Friday, October 29, 2010


Rasanya buat pertama kalinya sejak Tsunami politik melanda perbatasan politik negara, PRK diadakan di Sabah. Canangan bahawa Fixed deposit itu tidak akan mudah cair biarpun pelbagai dugaan melanda, benar-benar telah mencabar ketentuan itu. Dan setelah ditakdirkan, akhirnya Parlimen Batu sapi telah menjadi gelanggang pertaruhan pertama politik BN di Sabah apabila wakil rakyatnya dari PBS terlibat dalam nahas kemalangan Jalanraya dan memaksa satu PRK diadakan. 4 November ini adalah hari pembuangan undi yang menyaksikan 3 calon dari 3 parti iaitu PBS (BN) , SAPP dan PKR (PR).

Sepanjang tempoh berkempen, BN dilihat banyak menabur janji2 pembangunan walaupun pada hakikatnya dari segi pembangunan dan frasana fizikal kawasan Batu sapi masih ditahap yang "merundung malang". kawasan kubu kuat PBS ini tidak ada jauh bezanya, sejak 2004 apabila kawasan itu dimenangi tanpa tanding, sehinggalah pada PRU 2008, wakil yang sama memenangi sekali lagi.

Namun dalam PRK kali ini, beberapa isu yang seakan-akan disepakati oleh pembangkang ialah berkaitan dengan isu Autonomi. Janji pemberian kuasa Autonomi ini pernah disuarakan oleh DSAI akan diberikan kepada Sabah apabila PR memerintah. Walaupun isu ini adalaha tinggalan dari pemimpin terdahulu iaitu sejak zaman arwah Tun Mustapha lagi..sehingga ada usaha membawa Sabah keluar dari Malaysia..namun isu ini nampak masih relevan kerana penyertaan Sabah ke dalam Malaysia dilihat tidak membenarkan konsep persekutuan itu sendiri. Penyamaan taraf Sabah dengan negeri-negeri lain dalam Persekutuan pada waktu itu terutama dalam pengagihan peruntukan dan pembangunan, telah menginsafkan ramai pemimpin politik di Sabah, namun seperti kata mereka 'nasi sudah menjadi bubur'. Apakah ia benar atau sebaliknya? Kerana itu pada saya ada sedikit kelogikan apabila Datuk Yong Teck Lee mencabar Datuk Musa Aman untuk berdebat mengenai isu ini..

Antara isu tempatan yang cukup mengambil tempat ialah mengenai isu tanah yang dterokai oleh rakyat yang kemudiannya dikatakan dirampas semula oleh kerajaan di bawah BN. Malahan ada rumah yang dibakar dan ada rakyat yang dihalau keluar, hasil tanaman mereka dirampas dan diusahakan oleh beberapa koperasi. Rakyat rasa tertindas dan dizalimi. Isu ini gagal diselesaikan oleh kerajaan. Ketidakpuasan hati mereka ini, jika dibiarkan akan menjadi barah yang boleh merosakan fixed deposit itu. Jika sentimen ini diambilkira, dan bersandarkan kepada laporan beberapa rakan saya yang ikut berkempan...jikapun calon PKR gagal merampas kawasan Batu sapi ini, namun majoriti yang diperolehi oleh calon BN akan jauh merosot.

Sesekali apabila calon PKR Ansari Abdullah dilaporkan telah dua kali jatuh ke laut ketika berkempen...banyak tersirat dari kejadian itu. di pihak penyokong BN, mereka merasakan adalah satu petanda bahawa calon PKR itu akan 'jatuh' politiknya di Batu Sapi...mengalami kekalahan yang teruk. Namun pada naluri penyokong pembangkang insiden itu sebenarnya membuktikan bahawa BN selama ini gagal membawa pembaharuan dalam kehidupan penduduk Sabah. Jika jambatan yang menghubungkan jalan utama dengan rumah begitu daif..mungkin dapat anda bayangkan betapa keadaan kehidupan penduduk kampung yang dilawati oleh calon PKR ini.

Kerana itu sebagai mesej kepada pengundi Batu sapi..pilihlah pemimpin anda yang benar-benar berjuang untuk kepentingan kalian. Janganlah mudah terpengaruh dengan janji-janji alam kayangan, kerana orang politik selalunya menanam tebu dibibir mulut. waspadalah! dan ingatlah bahawa keputusan anda hari ini akan mengubah kehidupan generasi akan datang. Pada andalah terletaknya naluri perubahan untuk politik Sabvah yang akan datang. semoga tangan-tangan anda akan memangkah calon yang membawa perubahan dalam hidup kalian.


28 ulasan :

Anak Sabah said...

Hanya rakyat sahaja yang berdaya menentukan kemenangan sebuat parti. Biarlah mereka mengundi calon yang dimahukan.

Anak Sabah said...

Kita akan tahu keputusan terakhir setelah undian dikira.

azman said...

setiap calon ada kekuatan masing-masing. namun faktor konflik dalaman PKR mungkin akan menjadi penyebab rakyat menolak PKR. bagaimana rakyat ingin memilih PKR, jika ahli-ahlinya bertelagah sesama sendiri? BN mungkin mempunyai lebih peluang.. apa pun sama-sama lah kita tunggu hasilnya nanti. semoga yang terbaik akan menang..

Antanum said...

Jangan lupa bahawa baru2 ini kerajaan telah memberi sebanyak 4.41 million untuk organisasi bukan muslim dan sekolah2 jenis kebangsaan cina untuk tujuan pembaikpulihan dan pelbagai kegunaan untuk keselesaan rakyat.

Anonymous said...

kepada pengundi di batu sapi, buatlah keputusan yang bijak semasa mengundi. pilihan anda menetukan nasib anda di masa hadapan.

Mahsiran said...

Keputusan dan kemenangan calon adalah terletak ditangan pengundi. Semoga mengundi dengan bijak. semoga berjaya setiap parti.

Unknown said...

Masing2 punya pros and cons sendiri. Dari rakyat ja tu.

evan medhousky said...

kuasa dan kemampuan bertindak terletak pada parti yang memerintah. hanya mereka yang mampu melaksanakan dan memenuhi tuntutan pembangunan. janji mereka adalah janji yang boleh mereka tunaikan, tapi janji pembangkang? malah negeri2 PR juga tidaklah terlalu sempurna, malah masih ada rungutan dikalangan rakyatnya..

evan medhousky said...

pengundi Batu Sapi perlu membuat penilaian sebaik2nya bukan sahaja terhadap calon malah parti yang diwakili oleh mereka.

Unknown said...

Nampaknya besar juga tanggungjawab penduduk Batu Sapi sekarang.

BELUM PENDEKAR said...

Salam rakan-rakan semua,

1. Saya tertarik dengan kenyataan KM yang berbunyi spt berikut "Janganlah mudah terpengaruh dengan janji-janji alam kayangan, kerana orang politik biasanya menanam tabu ditepi bibir". Sesungguhnya kenyataan ini amat tepat pada masanya kerana pihak yang paling banyak menabur janji alam kayangan ini adalah pihak pembangkang. Lihat saja janji mereka yang kononnya bila berkuasa kelak akan memberikan ukase autonomi kepada Sabah. Mereka juga berjanji memberikan 20 peratus royalty minyak kepada sabah disamping menjanjikan jawatan TPM kepada orang Sabah. Andai janji-janji ini diteliti dengan baik, ia sesungguhnya tidak ubah umpama janji alam kayangan yang disebutkan oleh KM kerana ia agak mustahil untuk ditunaikan. Perlu diingat bahawa DSAI dulu adalah TPM, jika benar ikhlas mahu memberikan peratusan royalty minyak yang sebegitu, kenapa tidak diberi masa beliau berkuasa dulu? Begitu juga dengan soal pemerintahan autonomi, adakah begitu mudah bagi DSAI menunaikan janji ini sedangkan beliau tahu kesan besar tindakan ini.

2. Mengenai kejadian calon PKR jatuh Kali kedua, saya fakir ia adalah tindakan yang disengajakan bagi tujuan menarik undi. Mereka tahu perkara ini boleh dijadikan modal untuk menacing undi maka tidak hairan kalau beliau sengaja melakukannya. Kalau jatuh sekali mungkin boleh diterima akal, tapi kalau sampai dua kali, saya fikir calon PKR ini sudah tidak betul. Bukankah seajack skein lama orang kampung berkenaan menggunakan jambatan yang sama? Kenapa kita tidak pula mendengar mereka jatuh? Barangkali, calon ini tidak tahu menage diri sendiri.. Dan, kalau diri sendiripun beliau tidak pandai jaga, mcm mana mahu menjaga rakyat?.

3. Apapun, saya secara jujur mengatakan bahawa apapun yang kita tulis di dalam blog ini, ia tidak Akan mempengaruhi pengundi batu sapi kerana saya yakin blog KM ini hanya dikenali dikalangan orang KB saja. Ia tidaklah sehebat mana sehingga dikenali diperingkat negeri.

Salam,
BELUM PENDEKAR

Logop said...

Semua terpulang kepada pengundi untuk memilih wakil mereka. May the best man win!

Leo said...

Saya setuju dengan pengomen "Belum Pendekar". Saya pun rasa calon PKR itu jatuh secara sengaja untuk mendapat "sympathy vote" . Adakah patut jatuh untuk ke-2 kali sedangkan calon2x yang lain tidak pernah pun jatuh atau pun penduduk di batu sapi. Mcm tidak logik pula kan.

Leo said...

Apapun, saya berharap pengundi akan bijak menilai calon mana yang ikhlas. Saya sendiri pun tidak pasti calon mana yang boleh dipercayai.

Paquin said...

Kutuk la macam mana sekalipun, kalau pengundi pilih BN, BN juga tu yang menang nanti :P

Paquin said...

Pengundi adalah penentu segalanya.. Jadi ramalan tu sukar dibuat sebab masanya belum tiba. hehe

Paquin said...

Tetapi saya sememangnya tak sabar menunggu kepeutusan... Sentiasa tertanya-tanya, mampukah Datin Linda menambat hati rakyat??? hhmmm

Paquin said...

Tapi saya yakin Datin Linda pasti ada cara tersendiri raih undi rakyat... Diam2 ubi berisi lah katakan.. hehhee

Paquin said...

Apapun, tunggu dan lihat sajalah apa yang bakal berlaku nanti :)

watasikadi said...

salam KM,
apapun saya tetap optimis di samping sangat berharap SAPP menang di mana kemenangan ini sahaja dapat menunjukkan bahawa orang sabah bukanlah pak turut bagai kerbau dicucuk hidungnya. sudah pasti juga orang2 BN optimis dan yakin untuk menang, harus diingat orang semenanjung semakin berani menidakkan hak kita dalam pemimpin2 kita dibuai mimpi. Jika SAPP menang maka ini akan membuka mata pemimpin pusat dan akan takut serta tidak memandang remeh rakyat sabah. jika BN menang maka hak dan manipulasi politik akan berterusan..bagi orang UMNO mereka pasti yakin calon BN dari PBS akan menang walaupun beberapa pemimpin PBS sendiri menentang dan kalau hati sudah melekat, taik kuching rasa coklat...SAPP boleh!

mambangtiora said...

Buat Belum Pendekar
"Mengenai kejadian calon PKR jatuh Kali kedua, saya fikir ia adalah tindakan yang disengajakan"..kenyataan saudara berunsur taksub dan tidak dapat menerima hakikat...siapalah yang mahu dan sengaja jatuh dilaut....luka dan lebam lagi...saudara mahu kah..kalau mahu saudara pergi mana-mana jeti yang uzur di Kota belud tu dan buatlah pura-pura jatuh sampai 2 kali(ada jeti uzur di Kg Tapukan rampayan laut ..lantainya banyak lubang..tolong cuba jalan atau berlari dijeti tu..kita tengok saudara jatuh atau tidak)....itulah tandanya banyak jeti di kawasan perkampungan nelayan tidak pernah diganti walaupun uzur....masa pilihanraya baru sibuk nak baiki...sebelum pilihanraya pelbagai alasan..kononya tiada peruntukan..terpaksalah orang kampung membaikinya dengan kaedah tampal dengan apa saja bahan yang mereka jumpa dipersekitaran....hodohlah jadinya jeti tu..tapi apakan daya jika dibiarkan susah pula...takut runtuh......undi BN pun tidak salah Undi PKR pun tidak salah...undi SAPP pun tidak salah.....bagus juga ada pembangkang untuk mengimbangi kuasa atau penyalahgunaan kuasa....PKR menang pun tidak salah...orang pulau Sapi ambil angi sekali sekala....BN kalah tidak salah..untuk muhasabah diri lain kali cuba lagi...

langsat said...

walau masing-masing calon mempunyai kekuatan, saya rasa rakyat sebenarnya sudahpun memilih siapa yang patut mereka undi. kekuatan tersebut sedikit sebanyak tertakluk kepada parti utama yang banyak memberikan mereka peruntukan dan pembangunan!

langsat said...

pertelagahan antara calon sememangnya amat tegang..terutama YTL dan Ansari. Kedua-duanya mempunyai sikap suka bersaing antara satu sama lain. Masing-masing ingin berdebat dan mengeluarkan kata-kata berbentuk "SIAPA YANG PALING LAYAK". namun Datin Linda tidak pula mempunyai banyak isu..serba sedikit tentang isu dia sebagai suri rumah dan baru sahaja kematian suami. bagi saya itu tidak langsung boleh menjejaskan kredibiliti beliau sebagai calon berintegriti..

langsat said...

rakyat sekarang sudah tahu menilai dan memilih apa yang benar apa yang salah! jangan memperkecil2kan pemerhatian rakyat terhadap keupayaan bakal pemimpin

langsat said...

saya tidak boleh tunggu tibanya hari penentuan di batu sapi!

langsat said...

jangan lupa siapa penaung sebenar pembangunan sandakan!

BELUM PENDEKAR said...

Sdra Mambangtiora,

1. Saya tidak tahu mahu cakap apa lagi dgn sdra ni, sdra kan tau mereka skrg ni sag berkempen. PKR ni sdra, jangankan jatuh jeti mcm tu, jual negara pun diorang sanggup asal saja dap at kuasa. Penasihat merekakan paling pandai berlakon. Takkan itu pun sdra tidak tahu.

Hehehehehehehehehe......

Salam,
BELUM PENDEKAR

Mohd Ishak said...

Batu Sapi sudah membuat pilihan mereka, harap calon yang mereka memilih itu boleh membantu penduduk Batu Sapi.