Sunday, November 7, 2010


Kota Belud adalah merupakan daerah pejuang yang paling menonjol di sabah. Pertama kerana daerah ini banyak melahirkan pemimpin bertaraf nasional, juga kerana daerah ini begitu 'pantas' dalam soal-soal kepolitikan. Allahyarham Tun Mustapha dikatakan 'menghabiskan' 1/3 daripada hayat politik dan perjuangannya di daerah ini. selain itu Kota Belud juga pernah menduduki kerusi TYT dan juga Ketua Menteri. Kota Belud mempunyai 3 DUN iaitu DUN USUKAN, DUN TEMPASUK dan DUN KADAMAIAN yang kesemuanya berada dalam Parlimen Kota Belud yang sekarang disandang oleh Datuk Rahman Dahlan, seorang pemimpin muda, mantan Setiausaha BN dan sekarang menjadi setiausaha BN Sabah.

Antara 3 DUN yang disebutkan itu, rasanya DUN USUKAN mempunyai profile politik yang lebih tinggi berbanding yang lain. Pertama kerana TUN MUSTAPHA pernah menjadi wakil rakyat di kawasan ini, TAN SRI PANDIKAR yang juga YDP DEWAN RAKYAT juga pernah menjadi wakil rakyat di Usukan, dan Datuk Salleh Tun Said yang juga Mantan Ketua Menteri dan sekarang penasihat Sains kepada Ketua Menteri Sabah juga pernah menjadikan USUKAN sebagai kawasan penerus hayat politiknya. Selain itu, UMNO SABAH juga dilahirkan di DUN ini. Sebagai rekod DUN USUKAN sekarang diwakili oleh Datuk Japlin AKim setelah diberikan laluan oleh Datuk Salleh Tun said.

Jika di Batu Sapi pada PRK yang baru berakhir beberapa hari lalu telah "memeranjatkan" ramai pemimpin BN dan Pembangkang dari semenanjung tetang kedaifan dan kemelaratan hidup bumiputera yang mendiami kawasan pinggir bandar sandakan itu, meskipun sudah lama menjadi kubu kuat PBS dan BN, saya menjangkakan jika USUKAN dikosongkan oleh Datuk Japlin Akim yang menghadapi skandal politik wang itu dan PRK diadakan dalam waktu terdekat sebelum PRU 13, satu kejutan yang maha besar akan berlaku. Kejutan itu bukan kerana berkemungkinan BN dan UMNO akan mengalami kekalahan di kawasan DUN majoriti kaum Bajau dan Iranun yang juga Bumiputera Islam tetapi "kejutan'nya ialah tidak tergambar di hati nurani PM Datuk seri najib, kawasan DUN USUKAN yang banyak mencatat kemenangan moral dan politik buat BN itu 'jauh' tersisih dari segi keperluan frasarana dan infrastuktur asas seperti bekalan air bersih dan jalan raya berturap. Itu belum lagi kita menceritakan kehidupan para petani dan nelayan yang tidak terbela. Kawasan penamanan padi di sekitar kg Timbang Dayang, Liang dan juga Pantai emas yang berada dalam DUN ini begitu 'mengharukan'. Sistem perparitan dan saliran untuk penanaman padi begitu daif dan ada petani yang masih bergantung dengan rahmat air hujan.

Sekolah Menengah Usukan yang terdapat di kawasan ini bukan sahaja menghadapi masalah bekalan air bersih tetapi juga beberapa jalan raya perkampungan yang menghala kepada sekolah ini nyata belum berturap. Selain itu, kawasan ini juga diluar liputan syarikat telekomunikasi seperti Celcom, membayangkan seolah-olah sekolah Menengah ini berada di kawasan yang jauh dari Pekan kota Belud, walhal hanya memakan masa lebih kurang 1o minit dari pekan Kota Belud.

Kejutan besar buat Najib kerana kawasan usukan ini pernah melahirkan banyak tokoh politik yang saban waktu mempamerkan 'kehebatan' mereka berpolitik sehingga keperluan asas rakyat tergendala dan terabai. Alangkah terkejutnya najib jika PRK kedua di sabah ini diadakan di USUKAN. Namun kejutan itu akan terubat dengan sokongan rakyat yang diberikan kepada BN dan UMNO seperti juga sokongan di Batu Sapi. walaupun ramai yang meramalkan Usukan akan menyaksikan PRk..tetapi mungkin tidak akan menjadi kenyataan. Namun sebagai rekod alangkah baiknya jika Najib 'turun' di USUKAN pada PRU 13 akan datang untuk melihat sendiri "kejutan' besar itu. Mungkin pada waktu itu nanti Najib akan mengetahui bahawa apakah ada kebenaran kepada ucapan seorang mantan pemimpin di kawasan ini yang mahu supaya orang melayu dan bumiputera tidak terus segan dan malu memperjuangkan nasib mereka pada Perhimpunan UMNO baru-baru ini.

19 ulasan :

Suara Rakyat said...

Pembongkaran hebat dan jitu.

ROJOKOBOG said...

Salam KM,
Apa popularnya DUN Usukan sehingga dikaitkan dgn Perdana Menteri Malaysia, kalau Kelapa Mawar kaitkan dengan Pengerusi Perhubungan dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah ada lojiknya...

Allah tidak akan merubah nasip sesuatu kaum itu jika mereka tidak berusaha mengubah nasip mereka sendiri....

Sedarlah bahawa zaman sekarang ini kita tidak perlu terlalu bergantung kepada kerajaan semata-mata, sebaliknya kita tanya apakah sumbangan kita terhadap Kerajaan, jangan hanya kerajaan sahaja yang berkhidmat dan menyumbang utk rakyat, sudah berpuluh-puluh tahun kerajaan telah menyediakan berbagai-bagai kemudahan utk keselesaan rakyat, rakyat harusnya berkorban untuk mempertahankan kerajaan, tetapi ada dikalangan kita yang terlalu angkuh sehingga memburuk-burukkan kerajaan walhal biasiswa anak-anak diberi oleh kerajaan...muka tak malu, kecil-kecil tak nak mampus, sudah besar menyusahkan org...

zam said...

semoga Usukan akan mendapat apa yang diharapkan oleh penduduknya. selain itu, setiap individu juga perlulah berusaha memajukan diri sendiri agar mereka boleh mencapai kejayaan..

Datu pitung said...

SALAM KELAPA MAWAR

di harap bukan sahaja Dun Usukan mendapat berkat diatas kepimpinan Najib sebagai PM, akan tetapi seluruh rakyat sabah yang memerlukan. bukan rakyat mengharap belas ihsan kerajaan, akan tetapi satu kewajiban bagi yang memimpim negara untuk membantu rakyat nya yang di dalam kesusahan.


salam hormat
datu pitung.

Hamdan Hadillah said...

Semoga PM membantu tempat yang begitu berjuang untuk UMNO.Janganlah kita lupa bahwa rakyat yang menentukan siapa calon pilihan mereka.

Anak Sabah said...

Diharapkan seluruh negeri akan diberikan bantuan tanpa diskriminasi ataupun pilih kasih.

mandau said...

semoga kemenangan BN di Batu Sapi menjadi contoh kepada BN kota Belud untuk terus kekal di Kota belud.

Unknown said...

Jika DUN Usukan sangat2 memberi kesan yang besar kepada kepimpinan Najib, saya rasa mungkin boleh buat sesuatu agar sokongan dan kesitiaan penduduk sekitar tidak akan pernah goyah!

madd said...

para pemimpin perlu terus berusaha untuk memajukan semua kawasan dan rakyat. ini bagi membolehkan rakyat merasakan pembagunan dikawasan mereka.

nickko said...

jika rakyat yang miskin, penyelesaiannya adalah individu itu sendiri kena berusaha. mengharapkan bantuan semata2 sampai bila2 pun ia tetap menjadi masalah. orang lain pun bermula dari kosong.

nickko said...

soal kemudahan, perlu disampaikan terus kepada pemimpin atasan untuk ambil tindakan, bukan sahaja tindakan untuk pembangunan malah tindakan untuk pemimpin2 yang tidak berkerja.

Anonymous said...

Bn harus memastikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat dilaksanakan dgn sebaiknya.

wata samar said...

Saya menyokong ROJOKOBOG semoga USUKAN akan maju selepas ini...

azlishukri said...

salam, blog tuan sudah dipaut..

Ajin b. Gagah said...

Salam Kelapa Mawar,
Kemenangan BN di parlimen Batu Sapi atau pun mungkin juga di DUN Galas , ada lah di sebabkan bahawa rakyat maseh mengharapkan belas kaseh dari Kerajaan BN. Terutama sekali UMNO untuk memperbaiki-puleh ekonomi mereka yang dikatakan amat menyayat hati .

Banyak pemerhati politik yang agak terkejut, bilamana melihat penduduk kampong, terutama sekali di pulau-pulau di kawasan Parlimen batu Sapi nampak seakan beria-ia sangat untuk menerima bantuan pari pemerentah berupa zinc, tangki dan wang berupa ‘ongkos pelicin’ dsn. Walau pun pada hakikat nya bantuan ini mungkin hanya sekadar sementara.

Saperti juga Kelapa Mawar, saya juga merasakan bahawa senario kemiskinan yang terdapat di Batu sapi itu pasti nya terdapat di banyak tempat di Sabah ini. Termasuk daerah Tuaran dan Kota belud.

So, dalam hal ini, selain dari melihat kemenangan berganda BN, kita juga telah melihat keadaan sebenar nya penduduk luar bandar yang susah. Nampak nya mereka memerlukan bantuan kerajaan pemerentah dalam kadar yang segera. Sekurang-kurang nya sebelum tiba masa nya PRU13 diadakan ini.

Saperti kata TPM baru-baru ini, kemenangan tersebut bukan nya satu jaminan bahawa Kerajaan BN akan mengulangi kemenangan tersebut di masa akan datang. Tetapi satu komitmen yang jelas bahawa kerajaan terpaksa berkerja kuat. Pemimpin –pemimpin BN terpaksa banyakkan tugasan ‘turun padang’ demi untuk menyelesaikan janji-janji sebelum ini.

Selain dari itu, kemenangan tersebut dilihat sebagai satu KONTRAK atau pun MOU yang telah dipersetujui oleh kerajaan BN dan rakyat yang telah menggundi baru-baru ini. Banyak hubungan kait nya dengan janji yang perlu di tunaikan.

Dalam pada itu, , kebanyakan rakyat Malaysia pasti nya telah memerhati perkembangan yang berlaku di kedua2 kawasan tersebut.

Dalam isu ini, harapan kita agar kerajaan BN akan menunaikan janji-janji yang telah dilafazkan oleh pemimpin-pemimpin agung yang telah terlibat secara langsung ketika berkempen baru-baru ini.

Apa-apa pun semuga kalian sukses

Paquin said...

Hhmm dunia politik jugalah yang paling complicated kan. huhuhu

Paquin said...

Apapun pandai2 lah rakyat membuat penilain k.

watasikadi said...

kalaulah PRK di usukan, dari pagi sampai malam aku kejar YB BN.. hahaha..undi tetap rahsia..

Mohd Ishak said...

Ya, undi tetap rahsia. Tidak kira siapa yang menang, harap calon tersebut adalah terbaik untuk rakyat.