Thursday, December 30, 2010


Apabila saya mengambil keputusan untuk menulis perihal tajuk ini, saya terfikir sejenak, apakah saya akan terus-terusan dilabel sebagai penulis upahan? walaupun pada penulisan yang terdahulu saya juga mengetengahkan keperluan Datuk Rahman selaku MP Parlimen di Kota Belud. Sedang saya juga memaparkan apakah natijahnya jika Ketua UMNO Bahagian iaitu Datuk Salleh dikembalikan ke Usukan dan TSP ke Parlimen KB pada PRU akan datang. Namun idea asal kepada penulisan ini adalah lahir dari perbincangan saya dengan seorang AJK Bahagian UMNO yang cuba mengulas keseluruhan personaliti pemimpin politik di daerah Kota Belud. Perbincangan yang diselang seli dengan pelbagai isu itu bersifat netural dan melihat secara jauh keperluan Datuk Musbah di kekalkan di DUN Temapsuk.


Datuk Musbah secara awalnya bukanlah seorang yang asing bagi masyarakat Kota Belud. Berasal dari keluarga petani dan beliau asalnya adalah seorang usahawan di Kg Taun Gusi. Melibatkan diri dalam politik sehingga mencapai tahap tinggi sekarang apabila dilantik sebagai Pembantu menteri Pertanian dan asas tani walaupun 'gagal' mempertahankan kedudukannya sebagai ketua UMNO KB daripada pencabarnya Datuk Salleh Tun Said. Secara asasnya projek Jelapang Padi dan Agropolitan KB sering dikaitkan dengan Datuk Musbah walaupun pada realitinya projek mega berdaya saing itu telah mula dicetuskan seawal Tan Sri Pandikar menjadi wakil rakayat di Tempasuk lagi. Walaupun begitu dari mana datang idea Jelapang padi itu tidak penting kerana yang lebih menonjol ialah keterbukaan dan kesungguhan Datuk Musbah meralisasikan projek tersebut.

Antara yang menjadi rutin YB Datuk Musbah ini ialah menghadiri majlis kenduri dan majlis perkahwinan di daerah Kota Belud. Apa yang memeranjatkan ialah sikap serta pendekatan Datuk Musbah yang begitu tidak mementingkan protokol. Beliau datang kadfang-kadang seorang diri dengan memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda dan tidak pula segan silu duduk bersama dengan rakyat biasa. Mendengar permasalahn mereka dan sedaya upaya untuk menyelesaikannya. Sikap berjiwa rakyat ini, nampaknya telah melahirkan poersefahaman akar umbi dan mengurangkan jurang antara seorang YB dengan rakyat yang mendukungnya. Oleh kerana itu tidak hairan jika Datuk Musbah begitu disenangi sehingga di minta menyumbangkan beberapa lagu dalam majlis perkahwinan yang dihadirinya.

Memang kita akui bahawa setiap pemimpin mempunyai kelebihan tersendiri. Misalnya Datuk salleh juga dilihat sebagai seorang yang lebih mementingkan pencapaian akademik masyarakat di KB. Tidak janggal jika kita melihat ketua Umno KB ini sering merasmikan acara-acara di sekolah sekitar daerah Kota Belud.

Sebagai satu jaminan bahawa projek Jelapang padi ini dapat direalisasikan seperti yang dirancang , adalah lebih baik sekiranya YB datuk Musbah terus diberikan mandat untuk menjadi wakil rakyat di Tempasuk pada PRU 13 akan datang. Apa yang penting ialah sokongan akar umbi yang tidak berbelah bahagi. Itupun terpulang kepada pengundi di Kota Belud untuk menilai beliau.

23 ulasan :

BELUM PENDEKAR said...

Salam

Pada saya, mengambilkira tanggapan pihak tertentu yang kononnya wakil rakyat terdahulu gagal menyediakan kemudahan asas spt jalan raya, bekalan air dsbnya, perkara yang perlu diselesaikan dahulu ialah perkara yang belum diselesaikan tsbt. Mengapa agaknya perkara itu tidak dijadikan keutamaan kalau benar ianya masih menjadi masalah besar kepada rakyat Tampasuk?

Disamping itu, mengapa agaknya jelapang padi yang menjadi keutamaan? Saya agak reserved, samada projek berkenaan memang beliau yang merancangnya atau secara kebetulan ianya dilancarkan masa beliau menjadi wakil rakyat maka beliau yang mendapat nama?...

Saya juga tertanya-Tanya, apa lagi pembangunan serta perancangan lain yang telah dibuat atau berjaya dilaksanakan oleh pemimpin ini. Adalah setakat menghadiri majlis kenduri Dan majlis perkahwinan itu sudah mencukupi bagi rakyat Tampasuk? Kalau itu sudah memadai, mengapa Ada pemimpin lain yang dike cam dengan bermacam cara kononnya gagal itu ini, walhal yang Ada skrg pun lebih kurang sama juga. Sebenarnya, inlah yang membuat saya agak berprasangka kepada pihak-pihak tertentu yang suka mencanagkan kelebihan yang sedikit sebagai pencapaian besar.

Saya sentiasa tertanya-tanya, ikhlaskah mereka dalam memeberikan ulasan? Atau Ada niat Dan masked disebaliknya?...

Salam
BELUM PENDEKAR

BELUM PENDEKAR said...

Sehingga kini, saya masih ternanti-nanti apakah respon pihak tertentu terhadap isu kejayaan DHMJ menyediakan kemudahan asas kepada masyarakat Tampasuk ini. Adakah selepas DHMJ menjadi wakil rakyat maka keperluan terhadap kemudahan tsbt tidak releven lagi?.. Mungkin, ianya telah dilaksanakan dengan jayanya barangkali... Dan, tentunya skrg ini jalan-jalan ke kampung-kampung DUN berkenaan telah aspal kesemuanya. Jika tidak, takkanlah pihak pihak yang sebelum ini begitu kuat mengecam pemimpin tertentu hanya diam membisu?.. Begitu juga, kalau kwsn berkenaan masih menghadapi masalah kemudahan asas yang sepatutnya menjadi keutamaan kerana telah dinanti sekian lama, takkanlah penulis yang sebelum ini menyatakan DSSK Dan TSPA gagal dalam perkara itu, dengan jelas memberikan justifikasi bahawa pemimpin tertentu ini telah membawa kejayaan yang besar kepada kawasan yang diwakilinya kerana telah berjaya membawa jelapang padi.. Saya tertanya-Tanya, manakah yang lebih relevan, antara jelapang padi atau jalan raya bypass tuaran-KB dan bypass KB-kudat?

Salam
BELUM PENDEKAR

zam said...

jika seseorang pemimpin itu menjalankan tugasnya dengan baik maka, wajarlah jika pemimpin tersebut untuk terus menjadi pemimpin.

Anonymous said...

jika benar Datuk Musbah adalah pemimpin yang disukai rakyat, ia patut kekal di Tempasuk.

zam said...

apa pun terserah kepada setiap individu untuk menilai prestasi pemimpin masing-masing.

Anonymous said...

What's important is that the leaders have done their duty well and was well respected by the people.

mandau said...

rakayt perlukan pemimpin yang sentiasa mendekati dan memahami keperluan rakyat. harap Datuk Musbah seperti itu.

Hati Seorang Wanita said...

bertemu kembali abg BP,

membandingkan TPA dgn DHMJ, saya kurang tepat/adil, DHMJ hanya pembantu menteri tidak lima tahun sedangkan TPA sudah memegang pelbagai kementerian dengan kedudukan sebagai menteri penuh sama ada peringkat mahupun pusat. Saya fikir abg BP perlu membeli kalkulator yang agak canggih sedikit jgn dok kira pakai jari saja....heheheh

getah lastik said...

seorang pemimpin yang baik adalah yang sangup dipimpin dan juga memimpin.kalau pemimpin dinilai dari segi kesudian beliau menghadiri kenduri,kematian,kahwin,pandai berkaraoke dll,maka itu adalah penilaian yang lemah bagi seseorang pemimpin.yang penting setakat mana pemimpin tersebut telah membangunkan minda(pembangunan insan) di kawasan beliau dan juga berapa sudah ahli akademik,tokoh korporat,ahli agama,petani/nelayan berjaya,ahli professional dll yang telah beliau usahakan hingga menjadi berjaya, dan tidak mementingkan diri sahaja.fikir fikir kan lah

Anonymous said...

kalau mahu jawapan yang paling tepat, tanyalah penduduk di Tempasuk.

BELUM PENDEKAR said...

Inilah masalahnya jika orang yang tidak faham bahasa. Orang bercerita mengenai perkara yang sepatutnya menjadi keutamaan untuk dilaksanakan, dia bercerita mengenai perbandingan... Tolol ka apa manusia ni?... Siap suruh Kira dengan calculator.. Soal mana perlu didahulukan Dan mana perlu di kemudiankan pun perlu calculator ka HSW?... Hehehehehehe... Lain kali, faham dulu apa orang cakap... Bukan main ikut suka je... Itu yang tekeluar Tajuk tu....

Apapun, saya tidak menyokong artikel yang ditulis oleh Malaysialeaks dalam Sabahkini mengenai pemimpin tertentu dari Sabah. Kaedah begini tidak elok samasekali.
Nak tau, apa pandangan HSW?

Salam
BELUM PENDEKAR

Ezef said...

Maybe he has something other people don't have.

onong said...

Penduduk Tempasuk lebih kenal pemimpin mereka sendiri.

chimchim said...

There are so many possibilities.

Velove said...

Rakyat tempasuk pasti tahu kebenaran di sebalik kejadian itu.

Nemia said...

I don't know. I hope he will be a great leader if re-elected.

Unknown said...

Mungkin ada sebab tersendiri kenapa Datuk Musbah dikekalkan di Tempasuk. kita sebagai rakyat pasti tahu untuk menilai yang mana baik dan buruk seseorang itu. maka kita berikan sokongan sekiranya kita masih mempercaya orang berkenaan. Datuk Musbah juga perlu memberikan jasa yang termampu untuk rakyat supaya rakyat percaya dengan beliau.

Sanih Alias said...

Mungkin kerana sokongan dan kepercayaan penduduk terhadap beliau maka sudah pasti beliau layak untuk terus menerajui kawasan tersebut sebagai pemimpin. Penduduk yang diwakil beliau saja tahu apa yang beliau lakukan kepada mereka. Layak atau tidak hanya mereka saja yang tahu semua itu. Maka harap Datuk Musbah akan melakukan yang terbaik kepada rakyatnya.

Hati Seorang Wanita said...

jika takut dilambung ombak jangan membina rumah di tepi pantai...maaf saya tidak pandai minum tapai

Anak Sabah said...

Harap Datuk akan bersungguh-sungguh memperjuangkan isu penting yang dihadapi penduduknya.

Anak Sabah said...

Harap Datuk akan bersungguh-sungguh memperjuangkan isu penting yang dihadapi penduduknya.

hashim bin andah said...

Apapun alasannya, Datuk Musbah secara realitinya telah membawa perubahan dan kemajuan pada daerah Tempasuk. Kesungguhan beliau membawa Jelapang Padi dan Agropolitan memang membanggakan. Renungkanlah di mana ada usaha untuk mengujudkan Jelapang Padi Di Sabah. Kenapa berapa ramai Menteri Pertanian yg terdahulu tidak berusaha mengujudkan perkara ini. Jelapang padi bila dpt dijelmakan di Kota Belud akan membawa daerah KB perubahan ekonomi yg lebih besar, penduduk yg mempunyai ekonomi yg kukuh dan pusingan wang di daerah ini akan menguntungkan setiap penduduk daerah ini. Cuba lihat di Sulawesi, Indonesia. Bila negara itu beralih ke pertanian penanaman padi bersistematik, negara berkenaan telah dpt memulihkan ekonomi dgn cepat dan penyumbang utama negara Indonesia ialah hasil ekspot padi. Kita harus belajar dari mereka klu kita mau anak cucu kita maju dan daerah Kota Belud menjadi makmur. Saya tidak teragak agak menyarankan agar Datuk Musbah diberi peluang sekali lagi mengekalkan kerusi ADUN Tempasuk. Pemimpin yg boleh mengubah wajah penduduk miskin adalah perlu di berikan sokongan. Saya rasa rakyat kawasan tempasuk sudah bersedia untuk memberikan sokongan dan ruang pada pemimpin ini untuk menjadi wakil rakyat mereka sekali lagi. Saya bukan penyokong Datuk Musbah tapi saya menyokong pada usaha beliau tg akan merubah nasib petani. Berapa ramai org berjiwa sedemikian. Ulasan saya tidak memihak pada sesiapa. Saya mengkritik secara bebas. Pada peduduk KB, buat penilaian dulu secara ilmiah.

Mohd Ishak said...

Harap Datuk Musbah akan teruskan usaha.