Wednesday, December 29, 2010



Pengguguran dua tokoh politik Kota Belud, datuk salleh Tun said dan Tan Sri Pandikar Amin pada PRU 12 yang lepas dianggap oleh kebanyakkan penganalisis politik tempatan sebagai satu “kesilapan” besar pimpinan BN negeri dan Pusat. Asasnya adalah pada hujah bahawa kedua-dua pemimpin ini mempunyai kridebiliti politik yang menyakinkan iaitu berpaksi kepada ‘kesetiaan’ total kepada kehendak pucuk pimpinan. Sebab itu sambung mereka lagi, kedua-dua pemimpin ini ‘tidak’ berpaling tadah , sebaliknya membantu kemenangan calon BN iaitu dari UMNO pada waktu itu. Justeru, adalah wajar pada anggapan pemerhati politik kedua-dua tokoh paling konsisten dalam landskap politik Sabah ini diberikan tempat pada PRU 13 akan datang?



Apa yang menjadi misteri politik di Sabah dan Kota Belud, ialah apakah punca besar kepada ‘pengguguran’ itu? Apakah kerana Salleh dan Pandikar serta beberapa orang lagi digugurkan berikutan ‘kegagalan’ mereka sebagai wakil rakyat di kawasan mereka? Atau kerana ada ‘musuh’ politik peringkat tertinggi yang mahu ‘memusnahkan’ pengaruh politik kedua-dua tokoh ini? Atau mungkin juga kerana mereka menjadi ‘kambing hitam’ sehingga terpaksa digugurkan untuk memberi laluan kepada pemimpin pilihan Khairy Jamaludin, yang waktu itu dikatakan sebagai “master mind” pemilihan calon PM ketika itu yang juga Mertuanya, Tun Abdullah?



Cuba kita ulas satu persatu hujah ini supaya ‘punca’ kepada pengguguran itu dapat dimuktamadkan. Pertama ialah mengenai apa yang dikatakan sebagai ‘kegagalan’ sebagai wakil rakyat. Walaupun hujah pertama ini nampak lebih luas ,mencakupi pelbagai bidang dan aspek, namun jika ditinjau dari sudut pembangunan fizikal kawasan yang mereka wakili, nyata prestasi kedua-dua tokoh ini berada pada paras ‘rendah’. Ini berpandukan kepada di mana kedua-dua tokoh ini pernah menjadi wakil rakyat. Datuk Salleh, mungkin boleh berbangga kerana membawa jalan raya Tuaran- Kota Belud ketika menjadi Ketua Menteri pada pasca penggiliran jawatan berkenaan, tetapi pada waktu yang sama, Datuk Salleh harus akur bahawa tidak banyak pembangunan asas yang dibawa oleh beliau di kawasan DUN USUKAN walaupun berdekad menjadi wakil rakyat di kawasan itu. Soal keperluan asas penduduk seperti, bekalan air, bekalan elektrik, jalan raya beraspal, perkembangan sektor pertanian melibatkan penanaman padi, sektor perikanan dan usahawan desa serta pengcungkilan kepimpinan belia, boleh dikatakan sebagai tidak berlaku.




Pandikar Amin juga ketika ‘bertahkta’ di DUN TEMPASUK, masalah keperluan asas juga ‘gagal’ diselesaikan oleh beliau, meskipun pelbagai ‘janji’ ditaburkan. Saya masih ingat ketika berkempen TSP pernah ‘berjanji’ akan menyelesaikan isu sistem perparitan dan pengairan ke kawasan sawah padi tetapi tidak ‘tertunai’, walaupun perlbagai portfolio pernah disandang seperti menteri Pertanian Perikanan, dan menteri di Jabatan perdana Menteri. Keperluan asas lain berupa bekalan air paip, jalan raya berturap, bekalan elektrik juga ‘gagal’ diatasi.




Oleh itu jika hujah mengatakan bahawa pengguguran kedua-dua tokoh ini adalah atas sebab ‘prestasi’, mungkin ada logiknya. Hujah kedua ialah kerana adanya ‘musuh’ politik yang saban waktu mengambil kesempatan untuk memusnahkan pengaruh kedua-dua tokoh ini. Realitinya dalam politik, tidak ada kawan dan tiodak ada lawan yang berpanjangan. Segalanya berkemungkinan. Kerana itu hujah kedua ini juga diterima sebagai sebab kepada pengguguran mereka. Dan sebab yang ketiga ialah kerana percaturan politik Khairy Jamaluddin. Hujah ketiga ini berkemungkinan menjadi “sebab’ kepada pengguguran TSP dan DSSK pada PRU 12 yang lepas. Ini berikutan tokoh yang menggantikan DSSK di Parlimen Kota Belud iaitu Datuk Rahman Dahlan dikatakan sebagai orang Khairy Jamaluddin. Begitu juga skandal DUN USUKAN yang membawa kepada penggantungan keahlian Datuk Japlin Akim juga dikaitkan dengan hubungan dengan Khairy. Oleh yang demikian ketiga-tiga hujah itu sangat relevan untuk diperbincangkan.





Apakah pemilihan calon pada PRU 13 akan datang terus diselimuti oleh soal-soal titik bengik pada PRU 12 yang lepas. Ketika mengadakan perbincangan politik dengan tokoh veteran di pantai Emas yang juga penyokong tegar USNO dan DSSK, serta pernah beberapa kali menyokong TSP, beliau berhujah kepada saya bahawa daripada perbincangan beliau dengan DSSK, ada keyakinan bahawa DSSK akan dicalonkan di USUKAN pada PRU 13, manakala TSP pula dikatakan akan dicalonkan di Parlimen Kota Belud. Apakah keyakinan ini ada asasnya? Akan saya ulas pada penulisan seterusnya.

29 ulasan :

getah lastik said...

mungkin dssk masuk sementara tsp kekal speaker

Anonymous said...

tidak pasti sama ada mereka akan dicalonkan semula pada PRU 13 nanti. sebarang kemungkinan juga boleh berlaku.

Anonymous said...

apa pun tunggu dan lihat sajalah sama ada mereka akan dicalonkan semula pada PRU 13 nanti atau tidak. semuanya akan diketahui apa bila tiba masanya nanti.

Anonymous said...

terdapat kabar angin bahwa Datuk salleh bakal menjadi speaker DUN Sabah.

Ajin b. Gagah said...

Salam Kelapa Mawar,

Walau pun pada asas nya, isu ini telah di bahaskan berulang kali dalam blog ini dan juga diluar sana. Namun kerana perkembangan terkini, isu ini mungkin releven untuk di halusi oleh penduduk Kota Belud khas nya. Kerana mereka lah yang akan menetukan kesinambungan atau pun tidak? kedua-dua Pemimpin yang hyper ini.

Dalam pada itu, saya selaku seorang pejawat jawatan kanan jabatan kerajaan di sana pada ketika kegemilangan kedua-dua pemimpin ini, merasakan releven untuk memberi ulasan sejauh mana ( yang saya rasa) kah creadibility mereka ketika itu dan Mungkin juga masa kini.
Persoalan tentang kenapa mereka tidak dipilih sebagai calon pada PRU13, saya kurang pasti dan sekali gus saya tidak tahu-menahu.

Walau macam mana pun, sebagai salah seorang ketua jabatan disamping ahli jawatan kuasa tetap pembangunan dan keselamatan daerah Kota Belud ketika itu, maka serba sedikit, banyak juga perkara yang saya tahu tentang pengelibatan pemimpin tersebut dalam perancangan yang ada berhubung kait dengan pembangunan dan keselamatan daerah Kota Belud.

Mungkin beberapa perkara yang mereka telah rancang atau pun laksanakan pada ketika itu di kategori kan sebagi sulit maka dengan itu, kebanyakan masyarakat am, tidak dapat mendalami sejauh mana kah peranaan pempimpin tersebut.

Antara lain, PERANCANGAN (yang maseh dalam ingatan saya ) yang telah diilhamkan oleh mereka ada lah;
DSSK ( selaku KM dalam masa yang singkat dan MP)
i) Jalan KK-KB
ii) Pemasangan Letrik di kawasan daerah KB
iii) Naik taraf jalan-jalan kampong
iv) Jalan Pantai Mas –Tamau
v) Jalan KB-Ranau ByPass
vi) Bantuan warga susah/tua
vii) Pengagihan rumah-rumah PPRT
viii) Dasar pendidikan daerah (termasuk pendidikan Islam dan anak-anak yatim). Sebagai contoh pembinaan sekolah menengah Agama KB.
ix) Pembangunan asas yang seimbang dikalangan rakyat di seluruh daerah KB
x) Perancangan wawasan, termasuk Jalan-jalan penghubung(networks) daerah kudat-KB-Kota Marudu-Ranau dan Tuaran yang dikenali sebagai’ Pembangunan Koridor Utara’. (Saya DAN Jurutera Daerah Kudat, di wakilkan oleh JKR Sabah sebagai salah seorang pemantau).
xi) Hal-hal yang berkaitan dengan keselalamatan daerah KB.
xii) Secara terus, beliau bukan perancang KB-Kudat bypass
xiii) Dan lain-lain hal yang saya tidak tahu.


TSPA ( selaku Menteri Pelbagai)
i) Jelapang Padi
ii) Program Membaik puleh penanaman dan pengeluaran getah ( kini di gelar Agropolitan)
iii) Menaik Taraf Jalan Rampayan Laut/ Jalan Sorob_Tempasuk II
iv) Jalan Mendawang
v) Komplek Pusat latihan Pertanian
vi) Komplek Sukan Betung
vii) Bantuan Warga susah/tuan di DUN Tempasuk
viii) Memperbaharui Pejabat JKR, Pejabat Daerah, Pejabat Pertanian dll
ix) Membantu DSSK dalam dasar pendidikan daerah dengan bantuan Pegawai Pendidikan Bahagaian
x) Keselamatan daerah
xi) Dan lain-lain hal yang saya tidak tahu

Dari apa yang saya perhatikan, kalau semua ini dapat direalisasikan dengan meneruskan perkhidmatan mereka sebagai wakil rakyat ketika itu. Seterus nya sebagai agen pemantau dan mempunyai kuasa melulus, saya percaya daerah Kota Belud akan ditransformasikan menjadi daerah dan Pekan yang termaju di Sabah.

Walau pun kini saya boleh diiktirafkan sebagai seorang ahli politik, namun saya tidak ingat, kelemahan-kelemahan besar yang mereka lakukan, kalau dibandingkan dengan pemimpin sebelum nya atau pun yang sedia ada.

Dalam isu samada ada mereka terpilih menjadi calon pada PRU13 nanti, saya malas untuk ulas. Kerana dalam hal-hal saperti ini macam-macam boleh jadi. Semua nya terletak pada budi-bicara pucuk pimpinan di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, sama ada mereka akan dipilih atau pun tidak, "politically speaking, I have nothing much to gain or to lose. Actually, I have my own political doctrine".

Semuga KP sukses seterus nya

gambir said...

tidak bermakna para pembangkang tidak hormati speaker - pandikar maka dia harus digugurkan....dan kena lihat juga jika Salleh berupaya bersuara lantang seperti Pandikar ketika Parlimen bersidang....saya lihat kebiadapan pembangkang tersebut ada kaitan dengan sikap mereka yang gentar dengan ketegasan Pandikar dan ia semua telah dirancang rapi untuk mengurangkan korum parlimen

gambir said...

ada masa bangun ada masa jatuh. kadangkala kita perlu beri peluang orang lain menerajui kuasa....untuk lihat suatu perubahan!

gambir said...

kalau Salleh dan Pandikar dicalonkan, ia adalah terletak pada tangan CM dan PM...

mike said...

terpulang kepada pucuk pimpinan untuk menentukan calon yang sesuai..

mike said...

yang penting biarlah calon tersebut layak dan dapat memberikan kelebihan kepada parti.

mike said...

kita tunggu dan lihat apa jawapannya kepada persoalan ini pada PRU 13 nanti..

Anonymous said...

kita lihat saja nnti siapa yang akan dicalonkan.

Anonymous said...

As long as the candidate that is chosen is suitable and capable for the position.

onong said...

Mungkin juga ada benarnya.

Nemia said...

Well,still a long way to go.

Anonymous said...

jawapan yang paling tepat ada pada penduduk kota belud..

Velove said...

PRU 13 masih jauh di ambang masa. Jadi ambilla masa itu untuk memilih pemimpin yang betul2 tersemat di hati.

chimchim said...

What say you?

Ezef said...

The time will tell.

Paquin said...

Politik adalah perkara yang sukar diramal dan apa2 pun boleh berlaku di luar jangkaan. huhu

Paquin said...

Mungkin cara terbaik ialah kita tunggu dan lihat sajalah apa yang bakal berlaku nanti.

Paquin said...

Setuju dengan komen mike terpulanglah pada pucuk pimpinan untuk menentukan calon yang sesuai!

Paquin said...

Siapapun calonnya, yang penting ialah pastikan calon itu benar2 layak utk jadi pemimpin :)

Paquin said...

Selamat berjuang dan bersiap sedialah utk berdepan dgn segala kemungkinan yang bakal berlaku next GE nanti :)

Bujang Senang said...

Siapa pun calon itu tidak penting yang penting nanti mereka berkerja sama untuk mempertahankan kerusi BN dikawasan tersebut dari pembangkang.

Unknown said...

Semoga mereka akan memberikan yang terbaik nanti untuk PRU 13 yang akan dilaksanakan pada bila-bila masa.

Unknown said...

Datuk Salleh dikhabarkan menjadi speraker itu satu tanda yang baik. Tidak ada masalah jika beliau menjadi speaker DUN Sabah nanti.

BELUM PENDEKAR said...

Saya dengar BUKAB DSSK tetapi DHMJ yang akan dilantik menjadi speaker DUN Sabah.. ada juga khabar angin yang sedang kuat bertiup mengatakan bahawa kemungkinan juga DHMJ akan dilantik menggantikan TSPA di Dewan Rakyat sebagai Speakaer Dewan Rakyat. Mari kita tanya Kelapa Mawar, HSW dan Mambangtiora yang berpengetahuan luas dalam politik. Di persilakan YB... siapa naka bagi penjelasan dulu, YB Mambang ke atau YB HSW atau YB Kelapa Mawar?...

Anak Sabah said...

Harap mereka yang dicalonkan adalah calon yang sesuai.