Showing posts with label DSSK DAN TSP. Show all posts
Showing posts with label DSSK DAN TSP. Show all posts

Sunday, June 3, 2012

Seorang pemimpin kanan UMNO KB menceritakan bahawa perjalanan atau riwayat politik dua Sahabat dari Bumi Kota Belud ini seakan sudah direncanakan sejurus selepas kedua sahabat ini 'digugurkan' pada PRU 12 yang lepas. Sebelum ini nama politikus berkenaan sangat Gah dan Mashyur di merata bumi di negeri Sabah.Datuk Salleh dan Tan Sri Pandikar Amin Mulia adalah dua sahabat lama yang akrab dalam politik Kota belud, walaupun pernah turun sebagai "Lawan' di DUN Usukan yang berkesudahan Tan Sri Pandikar menang dalam pertarungan paling sengit dalam kerjaya politik kedua mereka itu.

Menurut khabar politik yang diterima lewat minggu lepas, memberikan signal bahawa Datuk Salleh mungkin terpaksa direhatkan seperti PRU 2008 yang lepas berdasarkan kedudukannya dalam hirearaki di Sabah. Lihat bagaimana Tan Sri Pandikar dilantik sebagai YDP Dewan Rakyat. memastikan beliau terpaksa 'meletakkan jawatannya terlebih dahulu sebelum menjadi calon pada PRU 13 nanti. Begitu juga dengan Datuk Salleh akan terpaksa meletakkan jawatann ya sebagai Speaker Dewan Undangan negeri untuk menjadi calon pada PRU 13. Persoalannya, apakah ada kesanggupan untuk mereka berdua ini  meletakkan jawatan?

Mungkin ada , tetapi apakah Musa Aman akan membiarkan keadaan itu berlaku? Jika keduanya ini masih diperlukan (atas alasan ) kononnya kerana kredibiliti Tan Sri Pandikar, maka ia diperlukan di Pusat yakni di Dewan Rakyat,manakala Datuk Salleh atas kepakarannya maka perananya diperlukan di peringkat Dewan Undangan negeri, apakah yang akan berlaku? Mestikah kedua tokoh paling berpengaruh di Kota belud ini akan memanaskan bangku simpanan pada musim ini?

Mungkin rakyat di bawah melihat, perjalanan kedua tokoh politik ini tidak direncanakan seperti yang di dakwa tetapi memberi umpan kepada musuh politik adalah menjadi sebab kepada kemerosotan politik di negara ini.

Semut juga akan bisa mati jika diberikan "gula' yang banyak, walhal semut memang sentiasa mengkhendakkan gula.

Thursday, February 24, 2011


Hasrat sebilangan ramai penyokong Datuk Salleh dan Tan Sri Pandikar untuk melihat kedua-dua pemimpin ini kembali 'beraksi' pada PRU 13 akan datang bukanlah sesuatu yang baru dalam politik Kota Belud. Malahan sejak kebelakangan ini kedua-dua tokoh yang pernah digugurkan itu telah mula menunjukkan reputasi yang cemerlang. Kedua-dua ini kini menjawat jawatan kedua paling 'berkuasa' dalam sistem demokrasi negara selepas Perdana Menteri dan ketua Menteri. Selaku YDP Dewan Rakyat, TSP dilihat mempunyai 'hubungan istimewa' dengan PM.Begitu juga DSSK selaku Speaker Dewan Undangan Negeri tentunya sudah terjalin 'hubungan intim' dengan Ketua Menteri Datuk Musa Aman. Maka reputasi inilah yang amat-amat memungkinkan mereka akan kembali semula memimpin masyarakat Kota Belud. Desas-desus politik yang dibawa oleh para penyokong kedua-dua tokoh politik paling berpengaruh di Kota Belud ini ialah DSSK akan kembali di Usukan dan TSP akan ke parlimen. Justeru itu apakah yang akan terjadi dengan politik Kota Belud jika ia benar-benar berlaku?

Pada waktu yang sama, para penyokong pemimpin yang lain juga turut menaruh harap agar pemimpin kesayangan mereka akan dicalonkan semula pada PRU 13 akan datang. Kawasan DUN USUKAN dimana DSSK dikatakan akan bertanding, turut dimanipulasi khabar politiknya apabila ada yang menjangkakan DATIN SAIDATUL BADRU akan diturunkan untuk melumpuhkan percaturan politik DSSK.Alasan yang diberikan ialah kononnya Datin Saidatul Badru yang dikhabarkan tidak sehaluan sejak dulu dengan ideologi politik DSSK yang juga merupakan adiknya, adalah merupakan satu-satunya 'seteru' politik yang dapat "meredakan" kemaraan politik DSSK sejak akhir-akhir ini.

Tidak dapat dibayangkan bahawa apabila TSP dan DSSK kembali semula beraksi di Kota Belud. Kerana dalam politik adanya 'kos' lepas, tentunya kehadiran mereka pada PRU 13 akan datang mengundang spekulasi bagaimana nasib Rahman Dahlan,Datuk Musbah dan Datuk Japlin Akim? Ramai yang percaya Datuk Japlin Akim akan menghabiskan khidmatnya sebagai wakil rakyat Usukan pada penggal ini berikutan beberapa skandal yang meringkari politik mantan ketua Pemuda Umno Kota Belud ini.

Sedangkan di Tempasuk pada 22.februari yang lepas, Datuk Musbah Jamli telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin akar umbi bahagian Tempasuk. walaupun pertemuan itu hanya disandarkan kepada taklimat pembangunan semata-mata namun ramai yang berpandangan bahawa Datuk Musbah sudah seakan mendapat petanda "mimpi' baru dalam kerjaya politiknya. Jika sebelum ini ramai yang menyuarakan rasa anda tanya kemana menghilangnya Datuk Musbah dalam dunia internet setelah sebelum ini begitu 'rakus'memaparkan aktiviti turun padangnya dalam blog dan FCBnya..namun rupa-rupanya, Datuk Musbah punya perancangan yang lebih jauh dalam mengekalkan popularitinya selaku ADUN TEMPASUK.

Sesungguhnya tidak dapat dibayangkan, bagaimanakah 'rupa' dan 'cerminan' politik Kota Belud menjelang PRU13? Apa yang pasti walaupun keputusan mengekalkan atau menggugurkan pemimpin tertentu berada di pundak PM, namun harus difikirkan bahawa kehendak dan aspirasi politik peringkat akar umbi tidak harus dipandang ringan.

Wednesday, December 29, 2010



Pengguguran dua tokoh politik Kota Belud, datuk salleh Tun said dan Tan Sri Pandikar Amin pada PRU 12 yang lepas dianggap oleh kebanyakkan penganalisis politik tempatan sebagai satu “kesilapan” besar pimpinan BN negeri dan Pusat. Asasnya adalah pada hujah bahawa kedua-dua pemimpin ini mempunyai kridebiliti politik yang menyakinkan iaitu berpaksi kepada ‘kesetiaan’ total kepada kehendak pucuk pimpinan. Sebab itu sambung mereka lagi, kedua-dua pemimpin ini ‘tidak’ berpaling tadah , sebaliknya membantu kemenangan calon BN iaitu dari UMNO pada waktu itu. Justeru, adalah wajar pada anggapan pemerhati politik kedua-dua tokoh paling konsisten dalam landskap politik Sabah ini diberikan tempat pada PRU 13 akan datang?



Apa yang menjadi misteri politik di Sabah dan Kota Belud, ialah apakah punca besar kepada ‘pengguguran’ itu? Apakah kerana Salleh dan Pandikar serta beberapa orang lagi digugurkan berikutan ‘kegagalan’ mereka sebagai wakil rakyat di kawasan mereka? Atau kerana ada ‘musuh’ politik peringkat tertinggi yang mahu ‘memusnahkan’ pengaruh politik kedua-dua tokoh ini? Atau mungkin juga kerana mereka menjadi ‘kambing hitam’ sehingga terpaksa digugurkan untuk memberi laluan kepada pemimpin pilihan Khairy Jamaludin, yang waktu itu dikatakan sebagai “master mind” pemilihan calon PM ketika itu yang juga Mertuanya, Tun Abdullah?



Cuba kita ulas satu persatu hujah ini supaya ‘punca’ kepada pengguguran itu dapat dimuktamadkan. Pertama ialah mengenai apa yang dikatakan sebagai ‘kegagalan’ sebagai wakil rakyat. Walaupun hujah pertama ini nampak lebih luas ,mencakupi pelbagai bidang dan aspek, namun jika ditinjau dari sudut pembangunan fizikal kawasan yang mereka wakili, nyata prestasi kedua-dua tokoh ini berada pada paras ‘rendah’. Ini berpandukan kepada di mana kedua-dua tokoh ini pernah menjadi wakil rakyat. Datuk Salleh, mungkin boleh berbangga kerana membawa jalan raya Tuaran- Kota Belud ketika menjadi Ketua Menteri pada pasca penggiliran jawatan berkenaan, tetapi pada waktu yang sama, Datuk Salleh harus akur bahawa tidak banyak pembangunan asas yang dibawa oleh beliau di kawasan DUN USUKAN walaupun berdekad menjadi wakil rakyat di kawasan itu. Soal keperluan asas penduduk seperti, bekalan air, bekalan elektrik, jalan raya beraspal, perkembangan sektor pertanian melibatkan penanaman padi, sektor perikanan dan usahawan desa serta pengcungkilan kepimpinan belia, boleh dikatakan sebagai tidak berlaku.




Pandikar Amin juga ketika ‘bertahkta’ di DUN TEMPASUK, masalah keperluan asas juga ‘gagal’ diselesaikan oleh beliau, meskipun pelbagai ‘janji’ ditaburkan. Saya masih ingat ketika berkempen TSP pernah ‘berjanji’ akan menyelesaikan isu sistem perparitan dan pengairan ke kawasan sawah padi tetapi tidak ‘tertunai’, walaupun perlbagai portfolio pernah disandang seperti menteri Pertanian Perikanan, dan menteri di Jabatan perdana Menteri. Keperluan asas lain berupa bekalan air paip, jalan raya berturap, bekalan elektrik juga ‘gagal’ diatasi.




Oleh itu jika hujah mengatakan bahawa pengguguran kedua-dua tokoh ini adalah atas sebab ‘prestasi’, mungkin ada logiknya. Hujah kedua ialah kerana adanya ‘musuh’ politik yang saban waktu mengambil kesempatan untuk memusnahkan pengaruh kedua-dua tokoh ini. Realitinya dalam politik, tidak ada kawan dan tiodak ada lawan yang berpanjangan. Segalanya berkemungkinan. Kerana itu hujah kedua ini juga diterima sebagai sebab kepada pengguguran mereka. Dan sebab yang ketiga ialah kerana percaturan politik Khairy Jamaluddin. Hujah ketiga ini berkemungkinan menjadi “sebab’ kepada pengguguran TSP dan DSSK pada PRU 12 yang lepas. Ini berikutan tokoh yang menggantikan DSSK di Parlimen Kota Belud iaitu Datuk Rahman Dahlan dikatakan sebagai orang Khairy Jamaluddin. Begitu juga skandal DUN USUKAN yang membawa kepada penggantungan keahlian Datuk Japlin Akim juga dikaitkan dengan hubungan dengan Khairy. Oleh yang demikian ketiga-tiga hujah itu sangat relevan untuk diperbincangkan.





Apakah pemilihan calon pada PRU 13 akan datang terus diselimuti oleh soal-soal titik bengik pada PRU 12 yang lepas. Ketika mengadakan perbincangan politik dengan tokoh veteran di pantai Emas yang juga penyokong tegar USNO dan DSSK, serta pernah beberapa kali menyokong TSP, beliau berhujah kepada saya bahawa daripada perbincangan beliau dengan DSSK, ada keyakinan bahawa DSSK akan dicalonkan di USUKAN pada PRU 13, manakala TSP pula dikatakan akan dicalonkan di Parlimen Kota Belud. Apakah keyakinan ini ada asasnya? Akan saya ulas pada penulisan seterusnya.