Wednesday, August 3, 2011


"Kalau panggil Parlimen tergempar kerana Mismah, saya tak setuju. Tapi kalau isu kredibiliti Ketua Pembangkang, esok saya ke Parlimen."


Inilah kenyataan MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan dalam laman Fcbnya beberapa jam yang lepas, sekaligus mengundang pelbagai spekulasi negatif buat MP Kota Belud ini. Ramai yang menganggap bahawa Datuk Rahman Dahlan terperangkap dalam bebanan bagasi percaturan politiknya, setelah begitu ramai yang meramalkan bahawa Datuk Rahman adalah antara pemimpin muda yang 'bakal' tidak mendapat tempat di Kota Belud lagi pada PRU 13 akan datang. Nasibnya masih berada diawang-awangan kerana setiap kawasan pilihanraya di Sabah sudah punya calon pilihan masing-masing mengikut selera rakyat di kawasan berkenaan.
Datuk Rahman sanggup 'melobi' fikrah rakyat dan pucuk pimpinan UMNO yang menggambarkan DARD sanggup menjadi benteng kepada serangan pembangkang kepada kerajaan dalam isu ini.


Kenyataan Datuk Rahman ini jelas tidak membezakan antara keperluan yang melibatkan 'keselamatan' negara dengan isu politik. Walaupun kes Mismah didedahkan oleh pembangkang yang melambangkan seolah-olah berlaku kepincangan dalam pengurusan kewargnegaraan di negara ini dengan memberi debit kepada Kerajaan di bawah pimpinan Najib, namun sebagai MP Parlimen di Sabah, Datuk Rahman seharusnya mengetahui lebih awal bahawa kes seumpamanya itu banyak berlaku di Sabah. Manakan logik sebagai MP Parlimen di Sabah, Datuk Rahman lebih mementingkan persoalan kredibiliti Ketua Pembangkang daripada isu sebegini. Kenyataan DARD ini boleh digambarkan sebagai senjata makan tuan bila ramai yang menganggap bahawa DARD begitu angkuh dan pada waktu yang sama enggan mengulas lambakan permasalahan rakyat Kota Belud yang perlu diselesaikan.

Kes Mismah menggemparkan negara apabila penama ini yang berstatus Penduduk Tetap (PR) seperti yang dilaporkan dalam portal Malaysiakini dan memegang Kad MYPR bernombor 640704715238 telah didaftarkan sebagai pengundi baru. Namun yang lebih menggemparkan ialah apabila selang beberap jam selepas semakan yang dibuat itu mendapati Mismah telah menjadi Warganegara dengan MYkad Biru. Keadaan ini telah mencetuskan keraguan yang munasabah terhadap keneutralan dan ketelusan SPR dan KERAJAAN mengenai pemeliharaan dan pembersihan demokrasi di negara ini.

Seperti yang diutarakan oleh seorang pengunjung fcb Datuk Rahman yang juga rakyat Kota Belud, sdr Rosdeen bahawa daripada

"Ya Dato....daripada layan Mismah...bagus atur masalah d KB...dari layan isu kredibiliti ketua pembangkang yang memang kita boleh pertikaikan...bagus atur kredibiliti sendiri di kawasaan sendiri...atur masalah air,tanah di rampayan,isu empangan di Tambatuon dan banyak isu d P169 menantikan penyelesaian...selamat berjuang Dato..."



4 ulasan :

Watababai said...

salam KM

DARD mula sudah tidak disukai oleh org KB..tambotuan,rampayan,sangat benci kpd beliau ni..'gagal' selesaikan isu di sana..

Datu Kabogatan said...

menyangkal dakwaan Pakatan Haram bahawa seorang rakyat asing bernama Mismah telah diberi taraf kewarganegaraan dalam tempoh empat jam setelah mendapat taraf Penduduk Tetap.Ketua Pengarah JPN Datin Jariah Mohd Said dalam kenyataan di sini berkata
mengikut rekod,Mismah telah mendapat taraf Penduduk Tetap pada 17 Julai 1982 dan diluluskan taraf Kewarganegaraan Malaysia pada 31 Jan 2011.

Beliau berkata kewarganegaraan Malaysia itu diberi di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan iaitu warga asing yang telah bermastautin tetap di Malaysia tidak kurang dari 12 tahun.Datin Jariah Mohd Said berkata sejak 9 April 2009 hingga 1 Julai 2011, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menimbang sebanyak 72,334 pemohonan taraf kewarganegaraan Malaysia, dan sebanyak 29,290 daripada jumlah itu telah diluluskan.

Datu Kabogatan said...

KM..

komen diatas adalah saya copy dlm blog Senjaliza..harap dapat membantu

Ali kemad said...

Komen Datu Masdan Datu Nurasim dalam fcb KM...

Teruskan perjuangan YB..jgan gentar dgan tomahan yang dilemparkan kalau dipehak yang benar..