Sunday, August 7, 2011


Isu rampasan tanah adat (NCR)Iranun di Rampayan yang didakwa oleh penduduk didalangi oleh MP Parlimen Datuk Rahman Dahlan terus menjadi perhatian media terutama media ketiga. Desas desus menyatakan bahawa Datuk Rahman memainkan peranan penting dalam memberikan sokongan kepada sebuah Syarikat swasta untuk memiliki tanah adat seluas 1200 hektar di kampung Rampayan. Malahan menurut penduduk kampung mereka mempunyai bukti bahawa Datuk Rahman turut berada di pejabat Tanah ketika tawaran kelulusan kepada syarikat Kinsamewah Sdn.Bhd.

"Kami mempunyai salinan surat sokongan itu dan kami mendapati bahawa MP berada di sana apabila Jawatankuasa Penggunaan Tanah Daerah (LUC) yang telah meluluskannya pada bulan Ogos 2010, iaitu rancangan untuk memberikan tanah kepada syarikat itu, mengatasi tuntutan-tuntutan NCR kami.


"Kes ini kini di atas meja Ketua Menteri, perkara-perkara tanah adalah bidang kuasa negeri.


"Kami sedang menunggu apakah tindakan KM untuk menyelesaikan pantas hal ini," kata Akim Salleh, timbalan pengerusi jawatankuasa tindakan kampung bersama, Jawatankuasa Bertindak Tanah Warisan Kg Rampayan.


Namun apa yang menghairankan ialah pemimpin suku Iranun Tan Sri Pandikar Amin masih membisu seribu bahasa. Tidak ada langkah yang diambil oleh YDP Dewan Rakyat itu untuk membawa kes ini ke meja perundingan. malahan seharusnya sebagai pemimpin politik, Tan Sri Pandikar Amin dilihat lebih 'mesra' dengan Datuk Rahman Dahlan untuk mengatasi permasalahan ini.

Campurtangan YDP dewan rakyat itu adalah perlu terutama bila soal tanah berkenaan sampai ke pengetahuan Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman.

Sehingga kini tidak ada penjelasan yang dibuat oleh mana-mana pihak termasuk Datuk Rahman mengenai hal ini. Masyarakat Iranun yang tinggal di sepanjang persisiran pantai Kota Belud, mula merasa khuatir dan ragu, takut tanah adat yang berdekatan dengan perkampungan mereka akan menjadi seperti kes di Rampayan. Untuk meredakan kekalutan dan kekhuatiran itu, Tan Sri Pandikar Amin perlu turun padang memberikan penjelasan dan penerangan supaya kekalutan dapat dijernihkan semula. Jangan kerana karenah pemimpin keduanya ini, masyarakat Iranun di Rampayan kehilangan tanah mereka.



KOTA BELUD: Orang asli di Kampung Rampayan Ulu di sini yang telah menaruh kepercayaan kepada Ahli Parlimen tempatan Abdul Rahman Dahlan, baru-baru ini difahamkan bahawa beliau kononnya telah 'menjual' tanah mereka kepada syarikat swasta.

Penduduk asli beragama Islam yang dikenali sebagai Iranuns, mendakwa bahawa Ahli Parlimen UMNO Rahman telah 'menyokong' dengan tawaran sebuah syarikat tempatan untuk mengambil alih 1,200 hektar hak-hak tanah adat mereka (NCR) di kampung.

Pendedahan penduduk kampung tersebut telah mengejutkan banyak pihak, kerana sehingga kini hanya hak tanah adat NCR masyarakat Kadazan Dusun sahaja yang dipijak-pijak oleh syarikat-syarikat yang mempunyai hubungan yang kuat dengan berkuasa negeri.

Menurut penduduk kampung, Rahman turut berada di pejabat tanah ketika tawaran syarikat ini telah diluluskan.

"Kami mempunyai salinan surat sokongan itu dan kami mendapati bahawa MP berada di sana apabila Jawatankuasa Penggunaan Tanah Daerah (LUC) yang telah meluluskannya pada bulan Ogos 2010, iaitu rancangan untuk memberikan tanah kepada syarikat itu, mengatasi tuntutan-tuntutan NCR kami.


"Kes ini kini di atas meja Ketua Menteri, perkara-perkara tanah adalah bidang kuasa negeri.


"Kami sedang menunggu apakah tindakan KM untuk menyelesaikan pantas hal ini," kata Akim Salleh, timbalan pengerusi jawatankuasa tindakan kampung bersama, Jawatankuasa Bertindak Tanah Warisan Kg Rampayan.

Akim memberitahu kepada FMT bahawa penduduk kampung juga mungkin akan menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lama lagi kerana ia melibatkan pemimpin-pemimpin kerajaan.

Akim juga berkata bahawa dia telah menerima sepucuk surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Suhakam, Jasmih Selamat pada hari Jumaat yang meyakinkan penduduk kampung bahawa suruhanjaya hak asasi manusia akan menyiasat isu tersebut kerana ia berkenaan hak-hak NCR mereka dan hak asasi penduduk asli.

Lebih 'perjanjian'

Akim yang bekerja sendiri, 54, berkata beliau sedih kerana mereka telah mempercayai Rahman dan meminta beliau menjadi orang tengah untuk menyelesaikan masalah mereka.

Rahman, menurut Akim, telah bersetuju untuk membantu tetapi tidak pernah benar-benar mengambil langkah-langkah untuk mencari penyelesaian.

"Dia (Rahman) berkata satu perkara di hadapan kita, tetapi melakukan perkara berlainan di belakang kami ... Saya sedih," keluh Akim.

Menurut Akim syarikat itu adalah diterajui oleh dua usahawan wanita dari Putatan.

Beliau berkata syarikat itu dikatakan mempunyai rancangan untuk projek pelancongan di atas tanah NCR mereka, yang terletak berdekatan pantai yang indah dan bersih di Rampayan.

"Terdapat juga cakap-cakap bahawa mereka mahu mengambil lebih banyak tanah di kawasan berhampiran seperti Kampung Sarang ... kita tidak tahu apa yang akan berlaku," katanya.

Rampayan dan Sarang terletak di bawah DUN Tempasuk yang kini diwakili oleh Musbah Jamli dari UMNO. Sementara itu, FMT mengetahui bahawa terdapat juga tuduhan terhadap Musbah kerana menyokong syarikat terbabit.

Musbah, menurut penduduk tempatan, tidak agresif mempertahankan hak-hak pribumi ke atas tanah mereka.
Pemerhati tempatan di sini berkata isu tanah Rampayan mempunyai potensi menjadi undi protes terhadap parti pemerintah Barisan Nasional dalam pilihan raya umum yang akan datang jika tidak diselesaikan mengikut kehendak NCR kaum asli.

3 ulasan :

Ajin b. Gagah said...

Salam Kelapa Mawar

Kes yang KM post disini kali ini, bagai saya, ada lah satu hal yang sangat serius. Kerana kes ini hampir-hampir sinonim dengan kes tragis yang pernah terjadi di Nanamun-Rampayan pada suatu ketika. Kalau tidak silap saya, zaman pemerentahan Berjaya.

Walau macam mana pun, perkara ini seharus nya diuruskan terlebih dehulu melalui proses yang asaskan pentadbiran. Bukan nya semata-mata hanya bersenjatakan perjuangan politik.

Makna nya, Sdra Akim salleh perlu juga bertemu dan bertanya dengan Tuan Pegawai Daerah En. Abdul Gari Itam ( seorang anak watan Iranun) yang pasti nya tahu situasi sebenarnya kes ini. Disampin itu, En. Gari, selaku PD KB, sepatut nya banyak mengetahui selok-belok perkara ini.

Selepas itu, kalau proses biasa tidak memehak kepada penduduk Rampayan maka persoalan selanjutnya perlu juga dikemukakan kepada TS Pandikar Amin selaku pemimpin Iranun merangkap seorang yang maha tahu hal-ehwal kampong beliau sendiri.

Saya pasti, bila keadaan bertambah kritikal, TSP akan turun padang untuk menerangkan keadaan sebenarnya. Atau pun beliau bersama berjuang dengan penduduk kampung Rampayan untuk menyelesaikan perkara ini.

Dalam masa yang sama dan kalau perlu, Sdra Akim mungkin mendapat peluang bertemu TSP pada Hari Raya Aidil Fitri nanti. Kerana hingga setakat ini, TSP belum Pernah mangkir merayakan hari tersebut dirumah beliau di Rampayan Laut. Lagi pun saya agak Sdra Akim salleh sememang nya mengenali TSP lebih dekat lagi.

Dalam usaha kearah menyelesaikan sesuatu, kesabaran perlu dimanafaatkan...
Untuk itu, selamat berpuasa dan semuga terus sukses…

BELUM PENDEKAR said...

As Salam,

Tidal lama dahulu, ramai mengatakan bahawa Sekarang ini telah ramai pemimpin pelapis Irranun yang boleh menggantikan TSP. Ini Adalah kerana kononnya sekarang telah ramai yang terpelajar Dan lulus Dari menara gading. Saya tertanya-tanya, kemana mereka? Kenapa tidak mereka saja yang mengepalai Perjuangan Kali ini?..

Saya masih ingat Ada pihak yang berkata TSP hanya mementingkan diri Dan keluarganya sahaja Dan kononnya tidak pernah Berjasa kepada masyarakat Irranun. Soalnya, tahukah anda siapa sebenarnya yang mempertahankan Tanah Nanamun-Rampayan dulu?... Justeru, jangan menuduh tanpa usual periksa. Buktinya jelas, bila keadaan semakin sukar maka hanya TSP Dan keluarganya jugalah yang diharapkan.

TSP baru berdiam diri Kota Sudah merasa patah sayap. Bayangkan apa Akan jadi kepada kaum Irranun Malay TSP benar-benar berundur?.. Paling tidak pun, lumpuh separuh badan barangkali... Jangan pupa bahawa lawn yang Kota jmpa diluar sana itu jauh lebih tinggi ilmunya Dan dikalangan kita, baru hanya Ada TSP yang boleh berdepan dengan mereka.

Walaupun saya tidak rapat dgn TSP, saya dap at merasakan bahawa sebagai seorang pemimpin yang bertgjwb, beliau bukan diam tanpa berbuat apa-apa. Beliau tahu semua ini... Dan, Yakinlah bahawa Musa Amanda tidak Akan berani menfolk sarang tebuan. Beliau Kenal siapa TSP.. Andai beliau bersetuju dengan Shari at berkenaan, bermakna beliau telah memukul be dang peperangan yang kesannya hanya beliau yang tahu.

Kepada DARD, semua orang Sudah tahu peranan YB dalam isu ini. Maka, demi kebaikan politik YB dalam jangkamasa panjang, nasihatkan syarikat berkenaan berundur segera. YB Adalah wakil rakyat, bukan wakil syarikat.. Maka wajarlah Malay YB membela rakyat bukan membela syarikat untuk kepentingan sendiri.

Andai YB tidal mengambil langkah bijak, jangan salahkan kami andai ramai yang Akan masuk gelanggang persengketaan ini kelak. Jangan juga salahkan kami andai masalah ini nanti menjadi semakin rumit.. Orang tua-tua kata, Biar putih tulang, jangan putih mata. Itu pegangan kami jika terpaksa!. SO, DON'T PUSH US TOO MUCH YB.

Salam hormat
Belum Pendekar.

PENYANGGAH said...

 
 
TANAH WARISAN RAMPAYAN

Salam Kepada Masyarakat Iranun,

Telah lama saya mengikuti pendapat-pendapat bloggers KB berhubung pelbagai isu. Saya dapati banyak komen komen yang mengutuk dari yang membena. Umpamanya dalam isu "tanah warisan Rampayan" ini, saya perhatikan ramai pendapat yang telah dizahirkan oleh pelbagai pihak terutama dari genarasi muda. Namun, pendapat-pendapat tersebut lebih kepada mencetuskan perbalahan dari kesefahaman. Malahan,ada bloggers yang menyalahkan pemimpin "terdahulu" yang kononnya tidak ambil tahu atau tidak perihatin dengan isu penting ini.

Pengamatan saya, budaya menuding jari, menyalahkan orang lain dan sikap "saya lebih tahu" amat menebal dikalangan masyarakat minoriti ini.

Adalah tidak boleh dipertikaikan bahawa generasi Iranun dahulu, walaupun rata-rata tidak mempunyai pendidikan, telah berjaya "melahirkan" generasi yang berpendidikan menerusi keringat dan titisan air mata yang ditunjangi oleh harapan setinggi langit, agar bangsa minoriti ini akan dapat "berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah" dengan suku suku lain.

Akan tetapi, harapan ini tidak akan berbaloi sekiranya keadaan generasi "Iranun Baru" ini bak seperti maksud pepatah Inggeris, "Too many cooks will spoil the soup" (Ramai tukang masak akan merosakan sup).

Untuk makluman, sewaktu remaja dahulu, saya ingat perjuangan seorang pemimpin suku Iranun yang bersendirian menentang pemberian tanah seluas 10 ribu ekar lebih (tanah ragut Pintasan) kepada Aqua Bio Sdn Bhd untuk membangun tanah tersebut untuk ternakan udang. Pada waktu itu, kerajaan BERJAYA pimpinan Datuk Harris Salleh, melalui wakil Rakyat Tempasuk, Datuk Mohd Noor Mansur telah membuat keputusan untuk memindah masyarakat Iranun Rampayan, Kayu Putih, Tapukan, Nanamun dan Kilapi ke tempat lain.

Atas keberanian dan kebijaksanaan pemimpin tersebut, alhamdullilah, tanah yang saya maksudkan itu telah dapat dipertahankan. Cuma seribu ekar sahaja yang telah di luluskan kepada Aqua Bio Sdn Bhd sebagai pilot projek.

Perkara ini merupakan contoh bahawa "Iranun Lama" mempunyai kewibawaan tersendiri yang perlu diteladani oleh "Iranun Baru".

Jadi, jangan lah membuat andaian dan spekulasi untuk mengaibkan pemimpin-pemimpin yang telah banyak berjasa kepada sukunya semata mata untuk ingin "menempatkan" diri di atas pentas kuasa.