Friday, May 11, 2012



Ramai penyokong UMNO hari ini membuat pujian kepada parti itu terutama kepada PM Datuk Seri Najib kerana dapat mengadakan perhimpunan raksasa berwarna MERAH malam tadi di stadium Bukit Jalil dan berjaya menghimpunan lebih 60 ribu orang secara aman dan tidak berlaku insiden kekerasan. Itu kredit bagi UMNO dan BN kata mereka, berlainan dengan perhimpunan BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 yang juga berjaya menghimpunan ribuan rakyat.Bezanya perhimpunan BERSIH itu diadakan di jalan raya dan dataran merdeka. banyak insiden keganasan berlaku.

Tapi saya juga terfikir jika Pakatan Rakyat menjadi kerajaan apakah mereka akan masih berarak di jalan raya dan mengadakan demontrasi? Jawapnya tentu tidak lagi. Dan apakah pula UMNO dan BN yang pada waktu itu sebagai "pembangkang' akan pula mengadakan Demontrasi di jalanraya? Atau adakah mereka pula akan TETAP mengadakan perhimpunan di dewan tertutup seperti yang dilakukan semalam?

Banyak jawapan yang boleh diberikan, tetapi saya percaya sesiapa juga dan parti-parti mana juga yang menjadi kerajaan akan nampak lebih "BERSOPAN" dari sebelumnya. Dan mana-mana parti yang berstatus "pembangkang' akan juga melakukan benda yang saya yakni menunjukkan Protes dan kemungkinan besar dilakukan di jalanraya dan premis kerajaan.

Jadi yang demikian mengapakah minda kita tertutup kononnya, hanya UMNO dan BN yang menjadi parti bersopan santun di negara ini? Mengapakah juga kita memikirkan bahawa Pakatan rakyat adalah Pakatan pembangkang yang tidak bertamadun seperti yang di dakwa oleh PM datuk Seri najib semalam?

Sebagai golongan yang tidak memihak mana-mana parti baik parti pemerintah dan parti pembantah, saya melihat kedua-dua senarion perhimpunan UMNO  semalam dan Bersih beberapa hari lepas berisiko tidak menjadi panduan kepada pengundi dalam memilih pemimpin pada PRU 13 nanti. Dalam politik semangat dan motivasi harus selalu dipupuk supaya perjuangan dapat direalisasikan.

0 ulasan :