Thursday, May 24, 2012


Debat Khairy-Rafizi berkenaan dengan Pemansuhan PTPTN dan halatuju pendidikan tinggi mencuit hati ramai pihak. Selain keduanya sebelum ini sudah berdebat di London, majlis debat itu juga disiarkan secara Langsung di kaca TV melalui saluran Astro Awani. Ramai yang percaya Astro lebih sedikit terbuka berbanding TV3 apatah lagi RTM.

Saya mengikuti debat ini dari mula hingga akhirnya. Penilaian secara tuntas saya katakan bahawa soal menang atau kalah bukan pokok atau isunya tetapi yang paling besar impaknya ialah kepada dua isu utama iaitu : Pertama, rakyat mahu tahu, apa rasional kepada cadangan Pakatan Rakyat untuk memansuhkan PTPTN dan apakah pula rasional BN yang tidak mahu  menerima cadangan PR itu. Kedua memalui debat ini juga telah membuka lembaran baru dalam kesuburan Demokrasi di negara ini. Ada yang masih mahu mengekalkan kepercayaan kuno bahawa DEBAT bukan prinsip demokrasi. Saya sendiripun tidak tahu dari mana punca ilmu fahaman sedemikian kerana dalam sejarah pentadbiran tamadun Manusia, DEBAT digalakkan terutama dalam penguasaan ilmu mantik danb kerasional.

Namun yang menggamit rasa saya dari dua aspek yang saya katakan itu, ialah berkenaan dengan KEBERANIAN moderator perdebatan itu yang melontarkan cabaran kepada dua pemimpin utama politik di negara ini, iaitu PM Datuk Seri Najib dan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya juga memulakan budaya DEBAT POLITIK ini dalam era perjuangan politik mereka.Nyata bukan ikut-ikutan tetapi keperluan supaya rakyat dapat membuat penilaian mengenai kerangka pemikiran kedua-dua pejuang politik kepartian ini. Apa salahnya jika Najib-Anwar mencipta sejarah dalam soal ini.

Mengulas dua spek yang saya katakan tadi, nyata Rafizi menguasai medan DEBAT tersebut. Dari awal Rafizi mengutarakan bahawa betapa perlunya PTPTN itu dimansuhkan, beliau berkata pemansuhan PTPTN ini bukan sekadar untuk 'membayar' hutang pelajar terdahulu tetapi berkait dengan dasar pendidikan tinggi di negara ini. dalam perkiraan beliau katanya menjelang tahun 2020, negara terpaksa menanggung beban hampir 170 billion melalui PTPTN jika mengambil kira kadar kutipan balik sepanjang 15 tahun lepas yang hanya mencapai 10% daripada dana PTPTN yang telahpun dikeluarkan. Rafizi berhujah bahawa keberdayaan pelajar ini membayar hutang bukan kerana sikap tetapi kerana prospek ekonomi negara dan global yang lembab dan krisis yang dihadapi. Harga barang naik mendadak, kadar UPAH rendah, peluang pekerjaan sempit dan kadar pengangguran berada pada paras merisaukan.

Bersandarkan kepada situasi sama yang dialami di AS, Rafizi cuba menyakinkan pendengar bahawa AS juga terpaksa menanggung hampir 1-3 Trillon ekoran dasar yang hampir serupa dengan PTPTN. Jadi sebelum keadaan parah, baik kerajaan memansuhkan PTPTN sambungnya lagi.

Dalam soal ini, bagi saya angka bukasn ukurannya. Kita tahu angka boleh dimanipulasi oleh sesiapa saja termasuk Rafizi, tetapi penerangan yang jelas serta rasional disebalik cadangan memansuhkan PTPTN itu telah berjaya dicerakinkan oleh Rafizi dengan cukup baik.

Di pihak Khairy, saya merasa hampa kerana nyata, khairy bukan sahaja tidak menerangkan rasional kepada penolakan pemansuhan PTPTN tetapi juga GAGAL meyakinkan Minda saya bahawa kerajaan akan menghadapi krisis teruk ekoran pemansuhan PTPTN ini. Apakah kerajaan akan bankrup? apakah kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi kepada rakyat? apakah kerajaan akan gagal memertabatkan pendidikan bertaraf dunia? atau apakah kerajaan akan mengamai krisis kewangan yang parah dan moral pelajar yang teruk akibat pemansuhan PTPTN? Itu semua tidak disentuh oleh Khairy.

Apa yang dikatakan oleh Khairy semuanya berkaitan dengan kegagalan PR di selangor, dengan memberi bayangan bahawa semua janji PR itu adalah Bulan dan Bintang yang tidak mampu ditunaikan. Sedangkan isu itu tidak berkait langsung dengan soal perdebatan. melainkan jika perdebatan itu berbunyi begini : PEMANSUHAN PTPTN, HANYA SEKADAR RETORIK PAKATAN RAKYAT.

Analisis ini akan bersambung...

1 ulasan :

Johan said...

Saya kira elok sangat PTPTN dimansuhkan kerana ia hanya memberi manafaat kepada pelajar yang bijak dan rajin. Kerajaan kena fikirkan kebajikan pelajar yang malas dan suka berhibur membuang masa dgn menyertai himpunan rafizi. Untuk menampung kos pengajian kerajaan boleh menaikkan segala bentuk cukai. Bolehkan. Dengan demikian ianya lebih adil kepada pelajar yang tidak suka menumoukan perhatian dalam kuliah. Namun kerajaan oatut juga mengambil kira penglibatan pelajar ini yang banyak menghabiskan masa dan nerosakkan harta awam untuk di beri merit bagi jawatan penting..
Manakala pelajar yang belajar tekun wajib ditolak kerana mereka tidak tahu pentingnya demo.