Monday, April 29, 2013







Masa berkempen bagi calon-calon PRU 13 telahpun memasuki fasa kedua. Ertinya di minggu kedua ini sewajarnya gerakan kempen dilakukan secara besar-besaran dan agresif untuk memastikan kemenangan calon yang bertanding jelas dan boleh dipertahankan.



Namun lain halnya dengan Ketua Pemuda UMNO KB, Sdr Barur Sawi yang sehingga artikel ini ditulis, kelibat beliau langsung tidak kelihatan. Dalam majlis-majlis kempen calon-calon UMNO terutama di kawasan N6 Tempasuk yang diwakili oleh Datuk Musbah Jamli dan kawasan P169 Parlimen Kota Belud yang diwakili oleh Datuk Rahman Dahlan, ketua pemuda ini langsung tidak melibatkan diri dalam memastikan kemenangan bagi ihak calon-calon UMNO/BN di dua buah kawasan ini.



Sebagai ketua Pemuda UMNO KB, Sdr Barur Sawi sewajarnya menyusun gerakan secara besar-besaran, kemas dan tersusun untuk mengembeling tenaga ‘Sayap Kanan’ parti itu, membantu calon-calon yang diperturunkan oleh Datuk Musa Aman dan Datuk Seri Najib itu. Sedangkan anak-anak muda yang menjadi pengundi di P169 Kota Belud adalah mewakili kek pengundi 40%.



Setakat ini hanya Naib Pergerakan Pemuda UMNO KB Sdr Arshad yang memainkan peranan menggerakan PEMUDA dalam kempen-kempen yang dijalankan. Apakah Sebenarnya yang berlaku kepada Ketua Pemuda UMNO KB ini? Apakah Sdr Barur ‘merajuk’ kerana tidak dicalonkan? Atau apakah Barur sengaja melakukan sabotaj kepada calon-calon UMNO di KB atau arahan pemimpin tertentu?



Beberapa hari lepas dalam wall FCB Sdr Mohd. Shukor Abd. Mumin PENASIHAT UNDANG-UNDAND USBO yang juga merupakan orang kuat kepada Datuk Salleh Tun Said, calon UMNO di DUN USUKAN, ada secara sinis menyatakan peristiwa yang berlaku ketika calon-calon UMNO/BN di KB, mengambil watikah perlantikan masing-masing sebagai calon ada PRU 13 ini, dengan menamakan personality politik itu sebagai Raman, dikatakan sempat berseloroh dengan Datuk Salleh agar jangan melakukan sabotaj kepadanya pada PRU13 ini.

"Sya dpt lpurn ktika trima watikah calon si Raman tunjuk SSK 'ko jgn sabotaj sya' smbil bredar. Wah! Org gini ada mntalmyophia ba. Slah sndiri slahkn org lain pula. Suda la d beri ruang gaya mcm bruang pla. Yg kmu tdk pndai turun pdg, jumpa org2 d rmh ckp org putih, tmbirng lg ada syt bskl, idris & asli jd MP, tajudin pla hijack pjk sna sni, kta bajau & irranun bkn kasi mnang ko tu apa???? Ingat bpa ko pnya KB! Phui!

 Adakah ini gambarannya bahawa sememangnya hubungan politik Datuk Rahman dengan Datuk Salleh seperti “retak menanti belah”? Dan adakah kerana itu Sdr Barur mendiamkan diri, kerana sebelum ini jawatan sebagai KETUA PEMUDA yang diduduki oelh Barur itu adalah kerana terlibat dalam team dengan Datuk Salleh ketika perebutan ketua Bahagian UMNO KB antara Datuk Musbah (penyandang) dengan Datuk Salleh Tun Said?

Jika Barur enggan dan tidak mahu berkerjasama dengan calon-calon BN/UMNO di KB, bermakna beliau bukan sahaja melakukan 'penderhakaan' kepada parti tetai juga melakukan sabotaj secara diam unutk tujuan kepentingan politik peribadinya. Atau mungkin juga Barur telah mendapat restu pemimpin tertentu yang rapat dengan beliau unutk memastikan kedua calon UMNO di Tempasuk dan Parlimen gagal mempertahankan kerusi masing-masing. 

1 ulasan :

Anonymous said...

Siapa agk2nya KP bru yg blh meneraju KB?sdr KM dicadangkan dapat mngupas sdikit kriteria calon2 yg layak utk memimpin Pemuda KB (sebagai pemerhati politik).