Wednesday, February 19, 2014

Pergerakan politik mantan Ketua Menteri Sabah dalam era penggiliran Dr Salleh Tun Said yang baru sahaja memenangi dan mengekalkan kerusi Ketua Bahagian UMNO KB beberapa bulan lepas kini dilihat sudah mula mengalami perubahan mendadak. Pendekatan turun padang pemimpin ini sangat kerap sejak kebelakang ini. Pelbagai program yang dirancang menyaksikan Datuk Salleh sekerap yang mungkin menemui rakyat bawahan dalam pelbagai jenis majlis terutama di kawasan Usukan.

Perubahan ini ditonjolkan berkemungkinan disebabkan oleh persepsi rakyat pada PRU13 yang lepas. Selain daripada program menemui pengundi dan rakyat setiap minggu, Datuk Salleh Tun Said juga dikatakan menerima kunjungan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kawasan DUN. Seperti yang diberitakan kepada kelapamawar, Datuk Salleh sekarang begitu berkerja keras, dan enggan melepaskan apa juga program rakyat tanpa kehadiran beliau.

Ketika PRU13 yang lepas semasa berkempen di Kg Bobot, Datuk Salleh memang pernah meluahkan rasa hatinya yang paling dalam dengan ungkapan "Salleh sekarang tidak sama dengan Salleh yang dulu". Ungkapan ini memberi makna yang paling mendalam pada kerjaya politiknya kerana selepas PRU13 dan memenangi Ketua UMNO KB, Datuk Salleh akhirnya membuktikan bahawa pendekatan politiknya lebih 30 tahun lepas perlu ditransformasi, perlu ditambah baik dan yang paling tepat ianya perlu dijenamakan semula.

Apakah perubahan pendekatan politik peribadi ini adalah persiapan rapi beliau akan dibawa masuk dalam kabinet negeri? Atau apakah perubahan ini adalah jelmaan kepada inspirasi dan aspirasi politik seleas mendapat Ph.D dan bergelar DR.?

Bersama kita menyelusuri perubahan ini...mudah-mudahan ia memberi manfaat kepada rakyat di Usukan. Kita masih kepingin melihat kawasan berkenaan mengalami perubahan pembangunan yang drastik selepas beberapa dekad UMNO menguasai kawasan itu.

0 ulasan :