Pakatan Rakyat melalui "buku Jingga' menawarkan beberapa pakej buat rakyat Sabah dan sarawak jika Pakatan pembangkang itu berjaya menawan Putrajaya.Beberapa tawaran itu seperti dalam buku jingga adalah antara inti pati perjuangan beberapa politikus Sabah yang inginkan 'kedaulatan' Sabah terpelihara sedpertimana ketika bersetuju untuk menyertai gagasan Pembentukan Malaysia.
Menghormati kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi Persekutuan Malaysia dan perjanjian-perjanjian yang telah dibuat, Pakatan Rakyat komited untuk:
Mengembalikan autonomi kepada Sabah dan Sarawak sejajar dan dalam kerangka Perjanjian Persekutuan dan Perlembagaan negara.
Menaikkan royalti dari hasil petroleum dan hidrokarbon dari Sabah dan Sarawak kepada 20% berbanding kadar 5% yang diamalkan masa kini.
Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.
Memberi tumpuan khusus membawa pembangunan infrastruktur di Sabah dan Sarawak agar setara dengan tahap prasarana yang ada di negeri-negeri lain di dalam Persekutuan.
Meningkatkan integrasi nasional di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung melalui perkongsian kuasa yang adil dan menepati semangat Persekutuan.
3:54 PM
kelapa mawar

