Tuesday, March 8, 2011


Walaupun ramai pihak di Sabah yang melihat bahawa janji-janji Pakatan Rakyat sebagai 'sumbang' dan 'fatamorgana' semata-mata, namun harus diingat bahawa janji Pakatan Rakyat yang terkandung dalam "BUKU JINGGA" itu harus dicerap secara ilmiah dan berlandaskan undang-undang Perjanjian Malaysia 1963. Ketika meneliti Buku Jingga ini, ramai penganalisis politik yang 'bertauliah' atas kepakaran mereka secara ilmiah dalam soal Penyertaan Sabah dan sarawa ke dalam gagasan Malaysia, menyifatkan 'janji' Pakatan Rakyat itu sebagai mengembalikan 'hak-hak' outonomi Sabah yang telah lama terhakis sejak merdeka.

Buku Jingga ini mengandungi segala perancangan startegik ekonomi, sosial dan politik pihak pembangkang. Dengan slogan "ubah sekarang, Selamatkan Malaysia" , Pakatan Rakyat mengetengahkan konsep Sabah dan sarawak sebagai "rakan kongsi". Selain diberikan outonomi , Sabah juga turut 'ditawarkan' kenaikan royalti minyak daripada 5% kepada 20%. Jika bersandarkan kepada kehendak dan isu yang diperjuangkan oleh segelintir pemimpin 'ultra' Sabahan, maka landasan Buku Jingga ini bertepatan dengan apa yang diperjuangkan.

Namun isu ini dijangka tidak akan mengoncang sokongan padu rakyat Sabah kepada BN dan UMNO pada PRU 13. Apa yang terus dilupai oleh pemimpin BN ialah Pakatan Rakyat melalui janji Buku Jingga ini sebenarnya telah memberikan 'pilihan' kepada rakyat Sabah yang mahukan perubahan dan mandat kepimpinan. Memang kita akui bahawa kadar peratusan perubahan itu adalah sedikit jika dibandingbeza dengan di Semenanjung, namun adalah tidak mustahil bahawa perubahan itu datang, tatkala pelbagai isu tertunggak kerajaan dan UMNO yang gagal diselesaikan.

Seperti yang disuarakan oleh mantan Bendahari UMNO Datuk Daim Zainuddin bahawa antara faktor kemerosotan sokongan rakyat keatas BN pada PRU 2008 adalah bertitik tolak dari isu sosial dan ekonomi yang gagal diselesaikan oleh kerajaan pada waktu itu.

Melalui Buku Jingga, Pakatan Rakyat bukan sahaja memberi alternatif kepada rakyat sabah dalam mengubah landskap politiknya, nyata Buku Jingga itu juga dijangka menjadi dokumen rasmi Pakatan Rakyat sebagai manifesto pada PR 13 akan datang. Bukankah rakyat sabah sebelum ini tidak punya peluang dan pilihan untuk selain mengubah kerajaan. PBS yang menyertai BN, dilihat telah menodai keinginan segelintir rakyat yang mahukan perubahan.

Apakah Buku Jingga ini akan mengubah landskap politik Sabah?

16 ulasan :

Anonymous said...

PR di Sabah dilihat sering dilanda masalah dan pelbagai isu. Ini menyebabkan rakyat sukar untuk menerima PR.

Anonymous said...

selain itu, negeri-negeri yang ditadbir oleh PR juga terdapat pelbagai isu yang melanda. ini juga menyebabkan rakyat tidak yakin dengan PR.

AJAI62 said...

Assalam

Kenapa sekarang tidak masa dulu semasa dia jadi orang kesayangan Tun M? Masa tu dia sepatutnya dapat mempengaruhi Tun M supaya Sabah dan Sarawak diberikan kuasa autonomi. Mesti Tun M akan mendengar unsur dan cadangan Anwar, tetapi dimanakah silapnya? Percaturan politik Anwar boleh dibaca, Beliau tidak akan melepaskan kuasa yang ada kepada Sabah dan Sarawak seandainya beliau menjadi PM kerana tamak kuasa. Jangan haraplah dia akan tunaikan janji-janji yang dibuatnya. Ibarat tin kosong, riuh rendah bukan main tapi isinya kosong.

tombolo said...

buku jingga adalah strategi pakatan untuk mengembalikan kuasa autonomi sabah. tapi benarkah pakatan boleh laksanakan dgn masalah mereka yang tak sudah2.

songkilou said...

Biarkan rakyat yang menentukan adakah buku ini dapat memenuhi kehendak rakyat.

Anonymous said...

masih ramai rakyat yang tidak yakin PR dapat menunaikan janji2 yang disaji dalam Buku Jingga. rakyat membuat kesimpulan sedemikian berdasarkan prestasi buruk kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh PKR. malah PAS dan DAP tidak begitu komited dan tidak memberikan kerjasama untuk menyertai majlis2 penerangan Buku Jingga.

Mohd Ishak said...

Betul, ajai62.

Bukan saja begitu, PKR juga enggan memberikan lebih banyak peluang kepada rakyat Sabah/Sarawak. Ketua PRK Sabah diketuai oleh calon semenanjung. Calon Batu Sapi sebelum ini juga tidak dipilih dengan teliti. Tidak tahu samada PKR betul-betul mahu membantu Sabah, ataupun sekadar nak menggunakan kita sebagai alat politik.

songkilou said...

Janji tetap janji sehingga ianya tertunai...

Sanih Alias said...

Itu terpulang dengan rakyat Sabah sendiri. SAPP juga memperjuangkan autonomy kita?Jadi perlukah kita memberi sokongan kepada SAPP??Begitulah juga dengan buku jingga PR??Jadi kita sendiri boleh memikirkannya sendiri. Janganlah mudah tertipu..

Unknown said...

ajai62, aku sokong dengan kenyataan kamu. Anwar hanya sekadar menjadikan impiannya menjadi realiti. Itu yang diingininya menjadi berkuasa di Malaysia. Setelah berkuasa, adakah janji tertunai??Tidak..musnahlah negeri kita..percaturan sendiri dilakukan tanpa memikirkan rakyat. Perancangan dilakukan untuk diri sendiri.

Hosie Masie said...

Janji PR bukan janji sebenar, tapi janji untuk kejayaan. Tidak ada janji selepas kejayan. Semua hilang dari mata si Juara..Jadi, fikirlah panjang demi masa depan kita. Kita tahu BN ini teruk kepimpinannya, tapi lebih teruk lagi jika PR yang memimpin. Kita telah tahu pemerintahan BN bagaimana susah pun kita, tapi kita dapat hidup dengan aman dan sederhana.

mike said...

tidak perlu terpengaruh dengan janji2 PR dalam buku tersebut..ia hanya janji kosong..

mike said...

lagipun sekarang, apa 'point' PR khasnya Anwar mengemukakan janji2 dalam buku tersebut dan bukannya pada masa anwar menjadi TPM dulu?

mike said...

janji buku jingga lebih kepada matlamat peribadi..

Sniper said...

salam...

mike...betul tu...saya setuju..

Mohd Ishak said...

Buku Jingga ini menjanjikan status PR kepada pendatang.