Monday, July 4, 2011


salah satu program Datuk haji Abdul Hadi Awang setelah dipilih semula sebagai persiden PAS dalam muktamar PAS yang lepas ialah 'menziarahi' negeri-negeri termasuk Sabah. Dan seperti yang terkandung dalam blog rasmi PAS Kota Belud, presiden PAS yang lebih mesra dipanggil Tok Guru Hadi Awang itu akan turun ke Kota Belud pada 4.Julai nanti disebelah malam untuk satu ceramah rapat umum bersama para pemimpin PAS Kota belud serta penyokong parti berkenaan.
Ceramah itu akan diadakan di Restoran Rasa Sayang Kota Belud tepat jam 8.00 malam.

Antara yang dijangka hadir ialah Pengerusi Perhubungan PAS negeri Sabah En. Paumin @ Mohd. Aminuddin Aling dan mantan calon PKR kawasan Parlimen Kota Belud pada PRU 12 iaitu Ustaz Laiman Ikin yang kini menjawat sebagai setiausaha PAS negeri setelah menyertai parti PAS danb beberapa lagi pemimpin tempatan yang turut menyokong parti berkenaan.

Sunday, July 3, 2011


Di Sabah dalam sejarah politiknya tidak pernah ada NGO suku yang secara terbuka memberikan sokongan politik kepada seseorang pemimpin luar dari suku mereka. Jika ada pun ia dalam kuantiti yang amat sedikit. Secara realitinya NGO bukanlah mewakili sepenuhnya sesuatu suku atau etnik itu, walaupun pemimpin dan ketuanya adalah dari suku berkenaan.

USBO walaupun dikatakan mewakili rumpun Bajau, namun tidak kesemua suku atau rumpun bajau itu 'reda' dengan perwakilan NGO berkenaan. begitu juga suku-suku lain. Tidak timbul soal bahawa bila NGO memberikan sokongan secara terbuka kepada seseorang pemimpin , maka undi majoriti akan diperolehi, apatah lagi jika NGO yang diwar-warkan itu diterajui oleh pemimpin yang nyata 'gagal' mengendali kepentingan suku dan rumpun berkenaan ketika berada di tampuk kuasa.

Beberapa hari lepas bila Gabungan Persatuan Suku Kaum bumiputera Sabah atau GPSKBS mengadakan kunjungan hormat kepada Datuk Musa Aman selaku Ketua menteri Sabah dan seperti yang dilaporkan oleh kebanyakkan media termasuk blog dan fcb, maka ramai yang heran kerana bagaimana Datuk Musa Aman bol;eh dilantik selaku pengerusi GPSKBS itu.? Apakah pertubuhan ini juga adalah merupakan pertubuhan berdaftar? atau mungkinkah ini ada agenda politik pemimpin tertentu yang menerajui USBO supaya memperlihatkan ketaatan mereka kepada Musa Aman dan seterusnya memberikan gambaran kepada Najib?

Politik adalah permainan dan permainan itu adalah rancangan politik yang berpanjangan. Justeru itu agak mengelirukan kerana pada laporan media GPSKBS itu adalah gabungan 13 NGO termasuklah pertubuhan suku Iranun. Yang menghaorankan ialah pertubuhan Iranun yang mana satu kerana sebelum ini ramai yang mengetahui PISBA telah dibatalkan pendaftarannya apabila gagal mengadakan mesyuarat agungnya, begitu juga PERISA yang masih belum mengadakan mesyuarat agung pertamanya. Apakah BKI atau ada pertubuhan lain?


Saturday, July 2, 2011


Politik Sabah penuh dengan liku-liku dan pancaroba yang mendebarkan sejak Sabah mengecepi kemerdekaan melalui penyertaan Malaysia. Politik Sabah penuh dengan ketolakansuran yang tinggi melewati batas tolak-ansur politik di Semenanjung. Hal ini boleh dibuktikan melalui beberapa siri perubahan pucuk pimpinan peringkat negeri. Zaman USNO yang beralih kepada zaman BERJAYA berlaku dengan penuh tragik tetap aman dan terkawal. BERJAYA kepada PBS juga berlaku yang sama. Dan PBS kepada UMNO juga menyaksikan adegan lompat si katak lompat berlaku dan suasana aman tetap menjadi keutamaan rakyat Sabah. Ada juga pernah berlaku 'demontrasi' Jalanan zaman USNO dan PBS yang menyaksikan rakyat di sekitar Sembulan dan bandar Kota Kinabalu berarak ke masjid negeri. Sabah waktu itu dalam keadaan anarki politik, beberapa insiden bakar kereta dan bangunan kedai berlaku (hanya berlaku di sekitar Kota Kinabalu) tetapi kemudiannya gerakan jalanan itu tumpas dengan kerelaan para pemimpin politik ketika itu untuk melangsaikan kekusutan dan kemudiannya Sabah kembali aman.

Pengalaman di zaman USNO dan PBS inilah yang kembali mematangkan politik di Sabah. Anak-anak muda menolak gerakan jalanan secara total. Perubahan kerajaan dan kepimpinan dilihat oleh anak-anak muda Sabah sebagai satu proses undang-undang yang sentiasa berjalan. Ada juga tanggapan bahawa kononnya permuda dan beliawanis Sabah tidak seberani gerakan belia di Tanah besar Semenanjung. Kononnya belia Sabah lembab menganjak minda politik mereka. Itu tidak cukup adil kerana apalah ertinya 'keberanian' politik dan kematangan demokrasi jika terpaksa menggadai keamanan dan ketenteraman rakyat dan negara? Apalah ertinya kematangan demokrasi jika hak-hak majoriti tidak dipelihara selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

Gerakan BERSIH untuk menghimpunkan sejumlah besar rakyat berarak dijalanan menuntut perubahan kepada sistem pilihanraya negara tidak akan mendapat sambutan di kalangan rakyat Sabah. sebab itulah ramai pemimpin nSabah termasuk ketua menteri Datuk Musa Aman digambarkan sebagai tidak 'berselera' untuk mengulas isu perhimpunan haram ini. Rakyat Sabah yang selalu digambarkan sebagai masyarakat majmuk yang terdiri daripada lebih 40 suku kaum dan etnik tidak akan mengorbankan kesefahaman dan ketolakansuran itu hanya kerana ingin mendukung idelisme songsang sesetengah pihak di semenanjung.

Sepatutnya BERSIH jika ikhlas memperjuangkan hak dan keduloatan para pengundi terutama di Sabah, sepatutnya bermula dari awal kerana senarai pengundi hantu di Sabah dikatakan cukup membimbangkan dengan menyaksikan pertambahan penduduk Sabah 300 peratus mengatasi keraguan demokrasi yang sebenar. Jika BERSIH mahukan sistem pilihanraya yang adil sepatutnya ia bermula di Sabah. Kerana itu bagi rakyat Sabah BERSIH punya agenda yang besar.

Tangkapan awal yang dilakukan oleh pihak polis melibatkan beberap pemimpin PKR beberapa hari lepas dilihat sebagai menjaga kepentingan orang awam danb keharmonian rakyat Sabah. BERSIH tentunya akan gagal merekrut rakyat Sabah untuk berdemontrasi pada 9 Julai ini.

Isu tuntutan Tanah Rezab kuala Pintasan yang suatu ketika dulu pernah mendapat perhatian masyarakat Kota Belud kerana dikatakan melibatkan sistem perundangan dan perjanjian lampau ketika ketuanan British masih diterima pakai nampaknya tidak pernah menemui jalan penyelesaiannya. Isu ini terus dibiarkan bagaikan menunggu durian yang tidak pernah jatuh. Sudah melalui proses "demonstrasi' aman, sudah pernah terpampang di dada akhbar, malahan Jawatankuasa kampung yang telah dibentuk khabarnya telahpun 'menghidangkan' di mahkamah keadilan. Namun ia masih 'lenyap' dan belum ada penghujungnya.

Kemudian beberapa bulan lepas, kedengaran pula isu rampasan tanah Warisan Iranun di Rampayan. Bahkan melalui laman sosial FCB ditubuhkan satu Jawatankuasa bertindak yang khabarnya diketuai oleh adik Tan Sri Pandikar, Bahi wata. Rampasan tanah ini juga dilaporkan melibatkan beberapa pihak yang berprestij termasuk syarikat-syarikat besar yang mendapat keuntungan. Ada yang menyalahkan pejabat daerah Kota Belud, ada yang menuding jari kepada Jabatan Tanah Ukur, dan tidak kurang juga ada yang mengaitkannya denganj 'peranan' tersembunyi' beberapa orang 'ternama' di daerah ini. Segalanya buntu, kaku, dan pilu untuk dibentangkan kerana sehingga kini tidak ada pihak yanhg dengan rela hati menawarkan diri tampil ke hadapan menyelesaikan permasalahan ini. Hanyasanya Datuk Rahman Dahlan yang memberikan response ringkas dalam FCB dan blognya, selebihnya, baik Datuk Salleh Tun said, baik Datuk Musbah, Baik Datuk Japlin Akim yang baru dibebaskan oleh UMNO daripada pergantungan keahlianya ataupun Datuk Herbert Lagadan juga terus membisu.

Rakyat terus dibiarkan menyalak bukit yang tidak akan runtuh. Salakan demi salakan dilaungkan namun lama kelamaan tidak kedengaran. Beginikah nasib masyarakat Kota Belud yang separuih dari usia mereka ditumpahkan dengan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada BN dan UMNO? Apakah nasib mereka ini tidak akan terbela lantaran kesilapan pemimpin terdahulu? Atau apakah masyarakat Rampayan yang rata-ratanya adalah dari suku Iranun akan terus terbiar dan tidak mendapat pembelaan sewajarnya? Atau apakah Rampayan dan perkampungan sekitarnya pada abad yang akan datang hanya akan tinggal sekerat seperti "kampung Baru' ditengah-tengah kota metropolitian , Kuala Lumpur?

Jika Datuk Rahman begitu berkesanggupan 'melayan' keluhan penduduk Rampayan,.apalah pula sokongan dan pendirian pemimpin yang lain? Bersuaralah wahai pemimpin yang pernah mendapat sokongan dari mereka ini? Berikanlah mereka harapan dan perhatian supaya generasi yang baru menghidu udara segar dipersisiran pantai akan terus memberikian sokongan kepada anda!



Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Dr Natassia Sarah Mohd Danny (atas, berbaju hitam) bersama enam lain ditahan polis ketika sedang makan di sebuah restoran di Kota Kinabalu.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Natassia berkata, hanya seorang dari mereka memakai t-shirt Bersih manakala tiga lagi hanya berpakaian kuning manakala bakinya termasuk beliau berpakaian hitam.“Antara 60 hingga 70 anggota polis bersama empat van menyerbu restoran semasa kami sedang makan mee goreng sebelum membawa kami ke balai polis Karamunsing.“Apabila kami soal atas sebab penahanan kami, polis cuma memberi alasan ‘kerajaan tidak suruh pakai baju kuning’ sedangkan baju yang saya pakai berwarna hitam,” katanya.Enam rakannya itu masing-masing empat dari KEADILAN dan dua dari PAS termasuk seorang pemuda (baju Bersih, di bawah) yang sebelum ini dihalau oleh seorang Ahli Jawatankuasa Masjid Bandaraya Kota Kinabalu kerana memaikai t-shirt Bersih ketika bersolat.


Mengulas tangkapan itu, Natassia menyifatkan tangkapan itu bertujuan menakut-nakutkankan rakyat untuk menyertai himpunan aman Bersih 9 Julai ini.

“Tangkapan ini semakin menaikkan semangat saya untuk menyertai himpunan Bersih pada 9 Julai ini dan saya menyeru rakyat agar turut sama dalam himpunan itu kelak.“Jangan gentar kerana ini hak rakyat untuk berhimpun sebagaimana tuntutan Perlembagaan,” katanya.Ketika ini, empat peguam diketuai Ansari Abdullah bersama Erviana Ansari Ali, Ryian Soo dan Christina Liew berada di balai polis Karamunsing untuk membantu.Bersih, anjuran bersama badan bukan kerajaan (NGO) dan didokong pelbagai aktivis rakyat serta Pakatan Rakyat bakal mengadakan himpunan amanpada 9 Julai ini di tiga lokasi di Semenanjung Malaysia, Selain di Sabah dan Sarawak.

8.02 Malam : Sementara itu, Ketua Cabang KEADILAN Tuaran, Ansari Abdullah (Berkopiah Putih, baju kuning) memberitahu, ke tujuh-tujuh anak muda itu dibebaskan sebentar tadi, dengan jaminan Polis.

"Alhamdullillah. Selepas solat magrib bersama tahanan di Surau IPD Karamunsing semua 7 orang dibebaskan dengan jaminan Polis. "Mereka diperintah untuk hadir diBalai pada 9 Julai ini, confirm tak dapat hadir perhimpunan BERSIH," kata Ansari.

Tuesday, June 28, 2011


Antara kerusi paling panas pada PRU 13 akan datang di Kota belud ialah kerusi yang diduduki oleh Datuk Rahman Dahlan kini iaitu kerusi P169 Kota Belud. Kerusi ini dijangka paling panas kerana akan menyaksikan perebutan sengit antara calon-calon dari parti pemerintah sendiri sama ada dari kalangan pemimpin lama atau pemimpin baru. Walaupun berkemungkinan kerusi parlimen ini boleh 'diserahkan' kepada pemimpin luar seperti yang berlaku pada PRU12, menyaksikan Datuk Rahman dari UMNO Tuaran, 'diterbangkan' ke parlimen ini, namun rata-rata pemerhati politik di Kota Belud berkeyakinan pada era Najib kali ini, peratusan untuk pemimpin luar dari daerah Kota Belud menduduki kerusi parlimen adalah setipis kulit bawang. Justeru itu kerusi parlimen ini akan menentukan jatuh dan bangunnya BN di bumi pekan koboi ini. Malahan ada yang melapah harapan baru supaya kalaupun ada yang ditakdirkan DUN di Kota Belud berjaya direbut oleh pembangkang, asal jangan sahaja kawasan Parlimen yang menjadi tonggak kekuatan kesekuruhan UMNO KB.

Menyedari 'bahang' kepanasan yang melampau terhadap kawasan parlimen ini, tidak heranlah jika isu siapa bakal calon parlimen mendapat tempat di hati pembahas-pembahas dunia cyber di Kota belud. Malah ada yang begitu berani meramalkan bahawa Datuk Rahman perlu' digugurkan' dari Kota Belud, walaupun pada masa yang sama mereka ini mengakui dengan setulusnya bahawa mantan setiausaha BN Pusat ini telah menunjukkan prestasi kerja yang membanggakan. Alasan mereka cukup mudah, bahawa Datuk Rahman sebelum ini, tidak punya langsung rekod bersih dan jasa besar dalam perjuangan politik di Kota Belud. Menyandar kepada prestasi pencapaian orang lain terutama pemimpin lampau, nyata tidak akan kekal lama. kerana yang lebih diingati oleh masyarakat Kota Belud adalah pemimpin yang celik mata politiknya sejak awal adalah di bumi Kota Belud.

Berdasarkan alasan sedemikian rupa. mahu atau tidak masyarakat Kota Belud perlu berani menyatakan pemilihan pemimpin peringkat parlimen selepas Datuk Rahman. Siapa dan harus bagaimana merealisasikannya adalah satu perkara besar yang perlu diperjuangkan. Namun dalam detik hati saya, seseiapa juga yang terpilih menggantikan Datuk Rahman di parlimen Kota Belud, beliau tentunya menggalas tanggungjawab yang maha besar, sekurang-kurangnya mampu mengatasi rekod dan pencapaian Datuk rahman sewaktu menjadi MP. Jika tidak, malahan rekod begitu-begitu juga, maka akan ada persoalan yang boleh ditimbulkan..Perlukah Datuk Rahman disisihkan dari Kota Belud?

Meneliti komenter sdr Musli Oli yang optimis melihat Datuk Musbah dialihkan ke Parlimen, mungkin boleh mengundang pelbagai spekulasi, kerana sebelum ini diketahui MO begitu 'sinis' terhadap pemimpin Tempasuk ini? Apakah kayu pengukur sdr MO untuk 'membentangkan idea' itu? Mungkin kah kesungguhan yang ditunjukkan oleh Datuk Musbah dalam membela nasib para petani melalui projek jelapang Padi menjadi penanda aras masyarakat Kota Belud? Atau apakah sdr MO sudah semacam melupakan niat dan hasratnya untuk bertanding pada PRU 13 di kawasan parlimen? Strategi politik apa yang diamalkan oleh sdr MO?

Ada pihak yang mahukan supaya Datuk Salleh diberikan mandat sekali lagi di Parlimen Kota Belud. walaupun ada yang menyedari bahawa setelah sekian lamanya DSSK bergelar MP Kota Belud, tidak banyak permasalahan rakyat yang dapat diselesaikan. selain daripada beberapa projek pembangunan yang tidak banyak menguntungkan masyarakat Kota Belud. wajah pekan koboi ini termasuk tamu minggunnya masih berada pada zaman 'Jepun". kalau DSSK menjadi MP sekali lagi mungkinkah akan ada perubahan dari segi pendekatan penyelesaian masalah rakyat di Kota Belud? Situasi inilah yang menjadikan kawasan Parlimen ini semakin panas dan bergelagak.

Monday, June 27, 2011


Dalam sebuah negara demokrasi 'kebebasan' bersuara, berpersatuan dan menyatakan pandangan dan pendirian adalah nadi utamanya. Sebab itu di negara ini, keluhuran demokrasi itu termaktub dalam piagam perlembagaan. hak kebebasan bersuara di jamin sepenuhnya. namun begitu syarat kepada pernyataan pandangan itu ialah tidak harus menganggu gugat hak dan kebabasan orang lain, apatah lagi jika hak dan kebebasan itu mewakili golongan majoriti. Jika situasi dan keluhuran ini dicabar maka akan mewujudkan situasi huru hara dan anarki. Sebab itu dalam memerjuangkan apa-apa pun idealogi politik dan roh persatuan, ia harus mengambil kira ketenteraman dan hak asasi golongan majoriti yang menerima prinsip demokrasi keseluruhannya. Jangan wujudkan perjuangan memertabatkan kehendak minoriti sehingga melanggar hak majoriti. kalau ini pun dicabuli, tunggulah keadaan anarki yang berpanjangan dan kalau ini juga berlaku, sesebuah negara akan bergolak , keharmonian dan kesejagatan hak akan terlucut.

Perhimpunan BERSIH 2.0 yang diwar-warkan akan diadakan secara besar-besaran dengan sasaran lebih 30 ribu orang memenuhi jalan raya utama di Kuala Lumpur, 9 Julai ini adalah dirancang dengan kepercayaan bahawa pernyataan keinginan dan pandangan dapat disuarakan untuk 'membersihkan' apa yang disifatkan oleh golongan ini sebagai bahan kotor dalam proses pilihanraya di negara ini. walaupun golongan majoriti 'tetap' berpendirian bahawasanya, pernyataan pandangan itu tidak harus berlaku dalam suasana demonstrasi jalanan yang mengundang banyak impak kepada kestabilan politik, ketenteraman awam dan pemacuan ekonomi negara. barangkali golongan ini telah lama 'muak' dengan dalih dan alasan pihak pemerintah berkenaan 'kebersihan' dalam suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sekalipun pelbagai jenama sabun cuci telah digunakan,namun kekotoran masih tampak kelihatan.

Disaat inilah kerajaan di bawah Najib harus memikirkan jalan alternatif berkesan dalam menangani apa yang dilaporkan oleh media asing sebagai 'kebangkitan baru' demokrasi di malaysia. walaupun 'kebangkitan' itu tidak membawa perubahan besar kepada sistem sedia ada. apa yang utama ialah najib tidak sepatutnya mengikut budaya lama politik negara dengan mengamalkan prinsip "diagnos" dan 'potong"dengan menakut-nakutan rakyat yang mengalami kebangkitan itu dengan lagu-lagu undang-undang dan tangkapan alah mafia.. yang harus difikirkan ialah mencari punca bisul dan kemudian merawatnya supaya akar-akar kanser kecil itu tidak berakar umbi pada badan pesakit.

Amalan "lewat' dan kemudian 'rawat' ini telah dipaktikan di Thailand sebelum ini. Perakan baju merah berlarutan sehingga menimbulkan kekacauan dan beberapa nyawa turut melayang, maka barulah pintu rundingan dibuka. Bukankah 'kelewatan' itu telah mengundang banyak implikasi negatif? Najib tanpa segan silu, harus membuka ruang perbincangan supaya 'kelewatan' itu tidak berlaku. Bak kata orang 'ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya". kemudian adakan reformasi dan transformasi dalam badan bebas SPR itu. kalau tidakpun dapat menerima lebih 20 tuntutan BERSIH, najib harus mengemukakan beberapa plan serta cadangan lain supaya rakyat nampak dengan jelas bahawa bukan sahaja pembangkang yang hendakkan "KEBERSIHAN" SPR , bahkan kerajaan juga turut mendukungnya. Barulah kredibiliti Najib akan melonjak.

Apa yang kelihatan sekarang ialah Najib tidak bertindak kearah itu, malahan menafikan pula sekeras-kerasnya bahawa SPR tidak mempunyai kekotoran walau secalit. Mungkin benar pada pandangan pihak kerajaan, tetapi mendengar dan mengambil kira pandangan pembangkang dalam meja bulat , rasanya tidak salah. pertama untuk meredakan kebangkitan golongan minoriti ini, kedua untuk mengelakkan campurtangan asing yang lebih parah, kerana sudah kedengaran kononnya BERSIH menerima dana dari pihak luar. Sentimen agama pula ditiupkan, walaupun itu sebenarnya tidak signifikan dalam tuntutan BERSIH.

Sunday, June 26, 2011




Pn Bahi Wata : Adik Tan Sri Pandikar Amin Mulia


Beberapa dasawarsa politik yang lampau, masyarakat di Kota Belud tidak pernah jemu 'menerima' dan memberikan sokongan kepada calon PRU dari gender Lelaki. Baik dari calon parti pemerintah ataupun calon dari parti pembangkang. Ini menyaksikan seakan 'sudah' tidak ada peluang lagi bagi kaum Hawa untuk membuktikan kepimpinan mereka membela nasib dan kehendak masyarakat Kota Belud. walaupun pada dasarnya wanita dikaitkan dengan runtunan 'nafsu' dan keinginan yang melampaui kaum Adam, tetapi dari segi perancangan dan perlaksanaan program , wanita tidak boleh dipandang remeh, malahan boleh lebih baik dari lelaki.

Beberapa minggu yang lepas, cerita-cerita kedai kopi di sekitar Kota Belud, 'membisikkan' mengenai keperluannya seorang wanita menjadi calon pada PRU 13 akan datang. Malahan daripada sembang-sembang di FCB juga membenarkan hasrat itu apabila beberapa pihak mencadangkan Pengerusi Badan Bertindak Rampasan Tanah Rampayan, Pn. Bahi Mulia yang juga adik kepada Tan sri Pandikar Amin Mulia menjadi ketua dalam membela nasib masyarakat di Kota Belud melibatkan isu Tanah di Rampayan. Jika itu berlaku, ada kemungkinannya calon wanita berpeluang dikedepankan. Agak janggal pada hemat kita kerana isu tanah Rampayan ini, tidak mendapat maklumbalas dari pemimpin "lelaki" yang sekarang mendominasi politik Kota Belud.

Beberapa bulan lepas juga isu calon wanita di Usukan ada diperkatakan. Datin Saidatul Badru, kakak kepada Datuk Salleh Tun Said disebut-sebut boleh 'melobi' untuk kerusi itu pada PRU 13 akan datang. Dikuatkan lagi dengan hubungan baik dengan Datuk Musa Aman. Kalau soekulasi ini juga berlaku, Kota Belud akan menerima calon wanita buat pertama kalinya.

Namun apa yang merunsingkan banyak kepala politik di Kota Belud, apakah politik Sabah akan mengalami ledakan perubahan yang pesat jika pemimpin politik dari kaum Hawa ini mendominasi sekurang-kurangnya 1/3 daripada calon yang dikemukakan pada pilihanraya akan datang.?

Di Kota belud pada rasanya belum bersedia untuk menerima calon wanita, berdasarkan rekod dan pencapaian mereka dalam politik Kota Belud. Tidak ada apa yang boleh ditunjukkan untuk dijadikan hujah penguat untuk Kota Belud menerima calon wanita. Walaupun kita sedar bahawa senario politik di pekan koboi ini tidak berkhendakkan yang demikian. Sesiapa yang juga yang diletakkan menjadi calon mempunyai peluang untuk menang.

Saturday, June 25, 2011


Kenyataan Najib bahawa hanya calon yang berupaya untuk menang akan dipilih pada PRU 13 akan datang dilihat sebagai satu strategi ampuh untuk mendapatkan kembali mandat rakyat yang hampir terlepas pada PRU 12 yang lepas. Justeru kenyataan itu turut mengundang spekulasi bari di daerah dimana UMNO sabah dilahirkan iaitu di Kota Belud.

Rakyat bukan sahaja mula menceritakan makna tersirat disebalik kenyataan itu tetapi juga turut mempetsoalkan kerasionalanya di peringkat Kota Belud. Kerana kata mereka jika berpandukan kenyataan itu maka semua calon yang lepas termasuk beberapa calon yang digugurkan pada PRU 12 adalah terdiri daripada calon-calon yang 'boleh ' menang. Senario di Kota Belud menggambarkan ,letaklah sesiapa jua pun asalkan berlambang "dacing' sama ada calon itu calon anak kota Belud atau calon import pasti berpotensi untuk menang.

Datuk Salleh Tun Said, Tan Sri Pandikar, Datuk Rahman dahlan, datuk Musbah dan Datuk Japlin adalah antara calon yang boleh menang jika di calonkan pada PRU akan datang. Oleh yang demikian dijangka Najib akan pening kepala untuk melakukan pemilihan berhemah pada masa itu. Malahan diandaikan pada PRU akan datang pelung beberapa pemimpin muda untuk diketengahkan juiga akan bertambah tipis ekoran kenyataan Najib itu, kerana ada dikalangan mereka yang belum terbukti boleh menang sebagaimana yang dikehendaki oleh Najib.


Friday, June 17, 2011


Potensi Datuk Shafie Apdal sebagai pemimpin nombor satu negeri Sabah memang tidak dapat disangkal. Malahan pada hemat saya, sesiapa pun jua adalah berpotensi untuk menduduki kerusi itu, hanyasanya dukungan dan sokongan dari rakyat jelata.

Berkenaan dengan sambutan luarbiasa yang disifatkan oleh Musli Oli dalam blognya sekali ketuk terhadap Naib presiden UMNO dari pantai timur itu, bukanlah sesuatu yang memeranjatkan, kerana sebagai pemimpin yang boleh dikategorikan sebagai pemimpin ketiga negara, tentunya Datuk Shafie dilihat oleh rakyat sebagai 'bayangan' Najib di Sabah, walaupun masih ada yang menganggapnya itu sebagai satu muslihat politik. Kerana orang-orang sebegini lebih berkecenderungan untuk meletakkan Musa Aman dikedudukan itu, apatah lagi kerana Datuk Musa Aman adalah KETUA MENTERI Sabah hingga saat ini.

Sokongan rakyat Sabah kepada Datuk Shafie Apdal, terserlah disegenap majlis yang dihadiri oleh Datuk Shafie. Baik di Kota Belud, ketika sambutan Hari Raya, tahun lepas, kunjungan Datuk Shafie begitu memukau rakyat Kota Belud. Walaupun sudah ada desas-desus ketika itu bahawa adanya arahan atasan untuk membiokot majlis berkenaan. Begitu juga dengan majlis di Kimanis yang juga menyaksikan gelombang sokongan rakyat yang tidak putus-putus.

Minat yang begitu mendalam rakyat kepada Datuk Shafie bukan sahaja pada majlis yang dihadirinya tetapi juga ketika Pemimpin ini pulang ke rumah keluarganya di semporna. Saya sendiri telah berkesempatan menyaksikan bagaimana sambutan yang begitu besar kepada Datuk shafie apabila berada di Semporna. Rakyat jelata berduyun-duyun di sepanjang jalaraya menuju ke rumah Datuk Shafie. Seorang rakan wartawan yang sempat saya temui ketika itu menggambarkan situasi tersebut sebagai "mengalahkan' orang kahwin.

Pembangunan di Semporna juga bertambah pesat. Ketika menjadi timbalan menteri Pertahanan, Datuk Shafie sempat 'membawa' Pangkalan tentera laut di raja Malaysia di Semporna. Ketika menteri hal-ehwal pengguna, beliau juga 'membawa' penubuhan cawangan kementerian Hal-Ehwal pengguna di daerah itu, di samping 'mengundang' pelaburan beberapa supermarket terkenal seperti Giant. Ketika berperanan dalam kementerian Kebudayaan dan warisan, datuk Shafie juga 'berjaya' meletakkan Perayaan regata lepa-lepa sebagai acara bertaraf dunia. Pada saya itu sudah cukup baik berbanding dengan pemimpin Kota Belud, yang nyata tidak berfikiran seperti Datuk Shafie. Lihat di Kota Belud, bukan sahaja rakyatnya dibelenggu oleh harga runcit yang tinggi, tetapi juga tidak mempunyai pilihan selain dari kedai runcit Gui Brothers yang menguasai sektor peruncitan di Kota belud berkurun lamanya.

Kerana itu saya tidak heran jika Datuk Shafie dianggap sebagai 'ancaman' besar kepada 'jerung-jerung' yang bergigi tajam. Apa yang benar berlaku ialah, rakyat Sabah terutama bumiputera Islam mahukan perubahan dalam landskap kepemimpinan di Sabah. Mungkin tidak lagi rahsia, kalau saya juga mengkehendakkan yang sama.

Monday, May 30, 2011


Walaupun Kota Belud tempat lahir UMNO di Sabah, walaupun Kota Belud telah melahirkan banyak pemimpin bertaraf nasional. Walaupun Kota Belud menjadi tempat tanah tumpah darah para pejuang terdahulu, namun semuanya itu bagaikan satu 'pukauan' yang sangat mengaibkan. Kerana lebih dua dekad bahkan mencecah 4 dekad, pekan kota Belud tidak pernah 'menikmati' manis-manis para pejuangnya yang acapkali menjejak kaki di pekan koboi ini. Pekan kota Belud terus terpinggir, rakyat Kota belud terus tidak terbela. Banyak masalah asas yang bersarang di pekan ini gagal disempurnakan oleh kebanyakkan pemimpin yang datang dan pergi. Masing-masing membawa kesempurnaan dan keuntungan peribadi mereka. Pekan kota Belud terus dibelenggu oleh pelbagai rencah masyarakat yangt terpedaya dengan laungan pemimpin yang berretorik setiap masa kononnyaq hanya parti yang mereka wakili akan dapat membela. Kononnya hanya pemimpin seperti mereka yang mendapat 'kuasa magic' persis filem Harry Potter.

Masalah keperluan air bersih, jalan raya yang masih tidak berturap di kebanykkan perkampungan.dan masalah kesesakan jalan umpama dibiarkan 'tergantung' tidak bertali. Kesesakan jalan menuju ke pekan koboi yang dihuni oleh sapi-sapi liar yang dijinakkan oleh lambakan sampah sarap akhirnya tidak pernah diselesaikan.

Jalan raya byapass yang diwar-warkan kononnya untuk mengelakkan kesesakan teruk di pekan ini nyata adalah mainan politik dan retorik pembangunan yang berselindung atas kepentingan rakyat. Masalah kesesakan di pekan ini terus menjadi 'hantu bangkit' dikalangan masyarakatnya termasuk masyarakat luar yang datang berkunjung di pekan yang terkenal dengan tamu mingguannya ini.

Masalah kesesakan ini berlaku disegenap pelusuk memasuki pekan ini. Dari kedamaian, dari Tempasuk dan dari Usukan terutama sekitar pukul 8.00 pagi hingga tengah hari setiap hari. Para pemimpin di dan wakil rakyat seperti mati akal untuk menyelesaikan masalah ini. Bila keadaan ini akan berakhir? bila PRU 13 muncul nanti, ikutilah kempen0-kempen pemimpin yang bertanding, pasti akan kedengaran dodoian si kaduk yang mahu menjadi hero menyelesaikan kesesakkan ini. selepas PRU, dodoian itu akan samar menjadi janji basi dan busuk. Wahai rakyat Kota Belud! bukalah minda! bukalah mata! kapan kamu menjadi kunang-kunang menerangi si pemimpin yang semakin buta matanya?

Monday, May 23, 2011


Jika sebelum ini DSAI tidak berkesempatan untuk menjawab 'leteran' politik ahli Parlimen Kota belud, Datuk Rahman Dahlan yang menyifatkan "buku Jingga' mengundang kebankrapan kepada negara jika dilaksanakan, ekoran 'ketiadaan' masa untuk menjawabnya lantaran terlalu sibuk dengan pelbagai kes 'luarbiasa' di Mahkamah yang mendepani ketua pembangkang itu. Kini akhirnya 'takdir politik' DSAI telah ditentukan lewat semalaman di daerah di mana Datuk Rahman menjadi ahli parlimennya. Khabarnya DSAI telah mengadakan rapat umum bersama pemimpin PR dan PKR yang disifatkan oleh beberapa orang sebagai 'kehadiran' yang memuaskan.

Dalam majlis itu DSAI tidak sekali lagi mengulas kenyataan DARD tentang ilham politik PR melalui buku Jingga sebaliknya DSAI meminta masyarakat Kota Belud bertanya kepada pemimpin UMNO mengenai saham bumiputera bernilai RM54 25 billion yang dikatakan 'hilang' dan hanya berbaki 2 billion sahaja.


'Orang Kota Belud patut tanya kepada pemimpin UMNO, ke mana hilangnya saham-saham ini", tegasnya.

Isu RM 54 billion yang diagihkan untuk orang Melayu di Bursa Saham telah didapati "hilang; dan tidak dapat dikesan oleh radar politik UMNO yang kini hanya berbaki sebanyak RM 2 billion selepas ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menimbulkannya pada Mac 2010. Saham ini dikatakan mampu mencapai sasaran pegangan ekuiti 30 peratus pada masa kini.

Dalam majlis itu juga DSAI telah mengingatkan para pemimpin pembangkang supaya tidak terpesona dan terpedaya dengan taktik UMNO dan BN yang suka menabur fitnah dan mengaibkan orang lain. menurut DSAI lagi tidak ada gunanya 'membalas' balik segala tohmahan yang dilemparkan kepada beliau, sebaliknya menghadapinya dengan tabah dan penuh kesabaran.

“Jadi, nak suruh saya fitnah dan maki mereka (juga)? Tak boleh. (Kalau buat begitu,) Apa bezanya (kita dengan mereka?). Kalau saya sanggup buat begitu terhadap mereka, apa alasan kita nak bagi pilihan dan kerajaan alternatif kepada rakyat.

Penjelajahan DSAI ke Sabah dilihat sebagai satu usaha besar untuk menggembeleng tenaga dan strategi berpusat pihak pembangkang terutama PR dan parti pembangkang tempatan dalam usaha menumpaskan UMNO dan BN di Sabah setelah pengalaman getir yang dilalui pada PRN Sarawak lepas yang menyaksikan PR gagal menidakkan 2/3 daripada penguasaan BN sarawak.


Sunday, May 22, 2011


Pemilihan wakil 7 UMNO Kota Belud yang telah berlangsung beberapa hari lepas tidak banyak mencatat sejarah demokrasi dalam parti itu. Isu yang diketengahkan oleh para calon masih ditakuk lama. Transformasi UMNO yang mengundang pemikiran kelas pertama, nyata tidak memberi kesan maksimum kepada minda para perwakilan yang mempunyai tugas berat memilih wakil 7 yang benar-benar berkarisma. Seperti yang dikatakan oleh Sdr Saibeh Hj Manshor dalam wall FCBnya bahawa ahali-ahli UMNO Kota Belud harus bermuhasabah menilai kembali tujuan mereka menyertai parti UMNO. Kerana kata beliau lagi pemilihan w 7 pada tahun ini masih mengekalkan prinsip lama, isu saudara, isu kawan dan kelik masih menjadi keutamaan para perwakilan.


Seorang AJK UMNO bahagian juga dalam laman FCBnya dengan terang dan tegas memperkatabahawa pemilihan W 7 kali ini masih dicemari olah politik wang. "rasuah' politik yang disalurkan kepada para perwakilan mencecah RM 20,RM 30 dan hingga RM 50. Seorang daripada perwakilan merakamkan gambar mengenai sampul surat berisi "kepala Raja" yang bertaburan di tandas lelaki dalam dewan Masyarakat Kota Belud dimana berlangsungnya pemilihan itu.

Itulah minda para perwakilan UMNO Kota Belud. Masih enggan menerima transformasi yang dilaungkan oleh Najib. Kegagalan menterjemahkan transformasi di peringkat akar umbi ini paling tidak akan menjerumuskan parti orang Melayu itu ke kancah kehancuran. Pemilihan wakil 7 dalam UMNO Kota Belud tidak dilihat sebagai satu pikulan tanggungjawab insan kepada masyarakat yang diwakilinya, sebaliknya menjadi satu "Pesta RM" dikalangan para perwakilan.

Kerana itu tidak heran jika, Kota Belud akan mengalami 'kemarau' pencarian pemimpin pelapis untuk dekad-dekad yang akan datang. "Ketandusan' para pemimpin inilah yang menjadikan Kota Belud masih menerima pemimpin luar walaupun daerah ini dikenali sebagai daerah pejuang.

Kelahiran UMNO Sabah yang menumpahkan darah akikahnya di Usukan tidak banyak diteladani oleh generasi pemimpin kel;as pertengahan di Kota Belud. Budaya songsang, patuh melulu dan juga mengharapkan habuan RM pada waktu pemilihan inilah yang mencacatkan kelahiran pemimpin pelapis yang diharapkan.

Keputusan pemilihan W 7 seperti yang dimumukan tidak banyak mengejutkan banyak pihak kerana wajah-wajah pemenang ini nyata lebih dikenali oleh para perwakilan. Bahkan boleh dilihat dan dibuat perhitungan, berapa kos melepas yang terpaksa dikorbankan oleh mereka. Nama-nama seperti sdr Tadzul Radim, Taip Sisai, Serin Hj. Sudah,Aziz Bilin, Arshad Bistari, Shamsudin Erang dan Ting Tong Fah adalah antara nama 'berulang' yang begitu menonjol ketika pemilihan w 7. Manakala nama-nama yang semakin ditolak oleh perwakilan adalah seperti sdr Musli Oli dan Selisih.

Kita mengharapkan agar budaya meletakkan pemimpin dan kepimpinan di tempat yang 'mulia' dapat diperaktikan oleh para perwakilan di masa-masa akan datang.Setidaknya 'roh' UMNO dan semangat juang USNO yang masih 'merah' di Kota Belud akan dapat disuburkan kembali.

Politik Sabah sejak dulu 'terkenal' dengan stail politik tikam belakang, politik peribadi, politik opportunis dan politik 'kawan makan kawan'. Segala-galanya boleh jadi asal habuan yang diberikan bisa menjamin kelangsungan kehidupan peribadi pemimpin yang 'diperdaya' melepaskan jawatan atau menerima keputusan 'musuh' politik yang berjawatan.

Sejak menjadi Naib presiden UMNO, Datuk Shafie dikatakan adalah orang yang paling 'dekat' dengan jawatan "ketua Menteri' Sabah. Itupun selepas Datuk Salleh Tun Said dilihat telah "gagal' melayakkan diri dalam pemilihan 'kesebelasan' utama dalam skuad politik Sabah pada PRU 12 yang lepas dengan beberapa lagi nama pemain politik Sabah yang 'dipaksa' memanaskan bangku simpanan sepanjang musim tersebut.

Oleh itu, di Sabah buat masa ini, tidak ada begitu 'dekat' dengan jawatan KM sekiranya benar Datuk Musa Aman akan 'dipencenkan' tatkala PRU 13 diumumkan kelak selain daripada Datuk Shafie Apdal yang dianggap dari rumpun Bajau Laut, di Semporna. Sebab itu tidak mustahil Datuk Musa Aman untuk gusar, risau, bahkan rasa 'terancam' kerana beberapa pergolakkan politik Sabah kebelakangan ini mencerminkan situasi getir,gersang dan penuh dengan 'permusuhan' dan tikam belakang dengan puak-puak politik yang boleh dihidu oleh Najib.

Jawatan sebagai menteri penuh ,kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah telah menjadikan Datuk Shafie nampak lebih 'berkuasa' berbanding Musa Aman terutama melibatkan pengagihan peruntukan berbilion kepada Sabah melalui kementerian itu. Suatu ketika wujud pertindihan kuasa berkaitan isu berkenaan apabila Musa Aman mengkhendakkan agar seberang peruntukan pembangunan Luar Bandar dan wilayah harus melalui kerajaan Negeri supaya pemantaun, penyelarasan dan juga 'sifar' kecacatan dapat dikurangkan. Manakala isu ini menjadi tegang bila prokasi Shafie merasakan 'kebebasan' mereka menjamah peruntukan kementerian itu disekat dan dipertontonkan kepada mata-mata lain yang juga berselera untuk merasai kelazatan 'hidangan' KKLBW itu.

Disinilah bertitik tolak bila ramai yang memerhatikan gelagat dua pemimpin Sabah ini. Shafie dilihat lebih banyak membelakangkan pentadbiran kerajaan Negeri di Bawah Musa. Datuk Musa Aman pula dikatakan 'berjaya' menarik kembali sokongan dari beberapa orang 'kawan' politik Shafie yang sebelum ini 'gagal' dimanfaatkan kewibawaan mereka oleh shafie.Antara yang berjaya 'dipujuk' oleh Musa ialah Datuk Salleh Tun Said dan Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Sejak itu Shafie dan Musa dikatakan'tidur sebantal, tetapi mimpi lain-lain.

Beberapa aktiviti Shafie di Sabah langsung tidak mendapat 'perkenan' Musa. Di Kota Belud, misalnya lawatan Shafie bersama rakyat dalam upacara sambutan Hari raya, telah menunjukkan gambaran jelas epada rakyat bilamana tidak ada satupun pemimpin politik yang turut menghadirinya. Terbaru program Shafie di Kimanis pada 15 Mei lepas juga menyaksikan proksi Musa tidak menghadiri majlis berkenaan. Bahkan MP Parlimen Kimanis yang juga adik kepada Musa iaitu Anifah Aman dikhabarkan turut tidak berada pada majlis berkenaan.

Regata lepa-lepa yang merupakan acara tahunan yang menjadi 'kegilaan' pelancong ke Semporna di mana Shafie menjadi ahli Parlimen dan disambut pada April lepas turut tidak dihadiri oleh Musa Aman. sekaligus membenarkan desas-desus bahawa memang wujud 'ketegangan' politik antara dua tokoh ini.

Shafie yang dikatakan menjadi dodoian Najib di Sabah, nyata menghadapi tentangan sengit dari Musa Aman bila dikatakan Musa mempunyai 'hubungan ' politik dengan Datin Rosmah Mansor iaitu isteri kepada Najib. Rosmah bukan sahaja mempunyai 'saham' besar dalam percaturan politik Najib tetapi juga turut menerima 'hadiah' besar dari Musa Aman bila 'wanita pertama' ini dianugerahkan pingat Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang merupakan anugerah pingat tertinggi negeri Sabah yang membawa gelaran Datuk Seri panglima, pada 8 November 2009.

Walaupun ada pihak yang meramalkan bahawa Shafie 'tetap' melangkaui kemahuan"Datuk Seri Panglima Rosmah' untuk mengekalkan Musa Aman di Sabah, namun harus diingat bahawa Musa telah 'berjaya' menyakinkan Najib betapa perlunya ketokohannya di sabah apabila Batu Sapi membuktikan segala-galanya. Hanya yang membimbangkan Najib ialah Musa Aman tidak mempunyai hubungan baik dengan pemimpin Masyarakat Cina di Sabah seperti Datuk Shafie. Jika pertimbangan Najib menjelaskan bahawa sokongan masyarakat Cina adalah 'king maker' pada PRU 13, ada baiknya Shafie dinobatkan selaku Ketua Menteri Sabah yang baru.

Thursday, May 19, 2011


Mungkin tidak salah jika saya mengatakan bahawa dua orang penulis politik Sabah yang begitu 'tragis' di sentiasa diteropong ialah Sdr Musli Oli pengendalai blog SEKALI KETUK dan pengendali laman Portal sabahkini, Sdr M.D. Mutalib. Kedua-dua penulis ini saya ikuti perkembangan mereka dibelakang tabir. Buku-buku karangan mereka memang 'seronok' dibaca. M.D. Mutalib dengan pendedahannya yang cukup "berani' abad ini berkaitan dengan Buku, "IC Palsu" dan Sdr Musli Oli yang terakhir saya membaca buku politiknya berkaitan dengan KONSPIRASI POLITIK MELAYU ( Buku terbaru belum dibaca lagi ).

Ketokohan kedua-dua penulis yang pada pengamatan saya begitu 'intim' terserlah terutama bila ada titik bengik perbezaan antara hujah dan persepsi mereka berkaitan dengan tokoh-tokoh politik Sabah. Terbaru saya mengikuti 'percakaran' kedua penulis ini yang melibatkan dua tokoh berpengaruh ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman dengan Naib Presiden UMNO Datuk Shafie Apdal. Beberapa penulisan yang berkaitan dengan percaturan politik Datuk Shafie disiarkan oleh Sabahkini melibatkan beberapa nama seperti AbdullahSani, Dan ketua Cawangan UMNO Tanjung Labian yang kemudian di dakwa oleh Sdr Musli Oli dalam Blognya Sekali Ketuk sebagai 'tidak wujud' dalam senarai perwakilan UMNO 2008. Pendedahan sdr MO ini nampak sangat bahawa terdapat 'aliran' fitnah yang dikumandangkan oleh Sabahkini. Benar atau tidak, itu adalah pendirian Sdr MO dalam Blognya seperti berikut :


SSecara kebetulan saya adalah perwakilan UMNO pada pemilihan 2008. Nama ketua cawangan UMNO Tanjung Labian, entah bahagian UMNO mana saya tidak tahu, bernama KUNSUL NAHUL yang buat kenyataan itu tiada pulak dalam senarai perwakilan UMNO Sabah 2008. Begitu juga nama penulis Abd Majid Hamid juga tiada dalam senarai perwakilan 2008 sewaktu pemilihan UMNO. Maknanya kedua-dua orang pembuat fitnah intu tidak tahu apa yang berlaku pada pemilihan UMNO 2008.

Selain daripada itu MO juga membuat pendedahan berani apabila mendakwa bahawa ketika Datuk Shafie bertanding Naib Presiden UMNO, terdapat arahan daripada pihak atasan yang melarang untuk memberikan undi kepada Datuk Shafie. Sebagai perwakilan pada waktu itu juga penggiat politik, saya merasakan pendedahan MO ini ada kebenarannya. Ini Mengingatkan saya kepada apa yanhg berlaku ketika kunjungan Datuk Shafie ke Kota Belud dalam satu sambutan Hari Raya , TIDAK ADA SEORANG PUN PEMIMPIN POLITIK di Kota Belud yang hadir meraikan kedatangan Naib Presiden UMNO ini, sama ada ADUN atau MP Parlimen termasuk Ketua UMNO Bahagian KOta Belud juga termasuk Tan Sri Pandikar Amin yang pada waktu itu dikatakan mengadakan majlis pertunangan anaknya.Sebagai anak jati Kota Belud, saya turut merasa malu dan terhina dengan perbuatan pemimpin tertentu ini. Apakah ada juga arahan supaya majlis tersebut dibiokot?

sebagai pemerhati politik tempatan,pendedahan MO ini jelas menggambarkan bahawa memang terdapat puak-puak dalam UMNO Sabah. Perbezaan dan percaturan puak-puak ini tidak lain tidak bukan kerana nak kan "kuasa'. Kepentingan rakyat Sabah yang begitu terpinggir dengan ratusan kes melibatkan tanah adat dan beberapa aspek pembangunan Infrasarana masih terus dibiarkan.Jika berdasarkan maklumat yang diudarakan oleh TV3, masalah bekalan air di Kota Belud akan berakhir seawalnya Julai ini. Dari raik pembangunan di Kota Belud, isu ini akan gagal disempurnakan.

Perebutan kuasa antara pemimpin bukan sahaja akan merugikan rakyat pada jangka panjang tetapi juga akan menimbulkan krisis kepimpinan yang tidak berpenghujung. Sebagai penulis profesional, kedua-dua pengendali Blog ini diharapkan dapat memberikan maklumat yang benar kepada pembaca.

Wednesday, May 18, 2011




Dalam jadah politik, tidak ada istilah pengikut yang setia pada satu pemimpin. Yang berlaku ialah pengikut sering beralih arah mengikut arus kepimpinan. Justeru itu dalam teori politik menyatakan bahawa rasa 'terancam' yang sentiasa dirasai oleh pemimpin politik akan membawa kepada percaturan luar jangka. Ini juga dikhuatiri akan menjangkiti penyakit 'mengkhianati' ketua dan seterusnya membawa kepada kelompok puak dalam sesuatau parti organisasi.

Di Sabah istilah puak dalam parti memang wujud seawal merdeka lagi. Dalam USNO, membawa kepeda perpecahan teruk yang menjadikan BERJAYA sebagai parti serpihan. Kemudiannya PBS juga adalah serpihan kaca BERJAYA yang berkecamuk pada waktu itu. Seketika apabila PBS memerintah Sabah setidaknya mencecah 3 penggal, perpecahan puak dalam parti agak kabur.

Kemasukan UMNO di Sabah lewat 90-an secara jujurnya membawa kepada perpecahan dalam parti USNO. Seperti yang dikatakan oleh Allahyarham Tun Mustapha, 'beralih dari perahu kecil kepada perahu Besar' tidak membawa ap-apa makna dalam politik penyatuan bumiputera Islam Sabah. Pertama kerana kemasukan UMNO turut membawa dasar "Pecah perintah' melalui kuasa yang digilirkan. Kedua kerana ketika USNO dimatikan, ramai pemimpin dalam USNO yang turut 'tidak dibenarkan' berpindah perahu. Ada yang segaja dimatikan dan ada yang halang dalam kompas politik Sabah. Tentu masih ada yang ingat nama-nama seperti Karim Bujang, Datuk Askalani, Dayang Mahani , Datuk Amir Kahar dana banyak lagi. Dimanakah kedudukan mereka dalam UMNO Sabah. Bukankah pemimpin ini adalah antara pemimpin hadapan dalam Parti USNO yang terpaksa 'disembelih' untuk upacara pengorbanan demi kemasukan UMNO.

Kini beberapa hari lepas, Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman mengingatkan ahali-ahli dan pemimpin UMNO dalam satu kenyataan bahawa harus menghindarkan kepuakan dalam parti. Seolah-olah perpecahan dan puak dalam UMNO Sabah sudah sampai seperti ibarat "bangkai Gajah yang tidak boleh ditutup lagi" Justeru Musa Aman menegur secara terus dan tidak berselindung.

Benarkah UMNO Sabah memang penuh dengan puak-puak atau team-team tertentu. Di sekitar beberapa bulan dan tahun kebelakangan ini terutama apabila UMNO mencatat detik paling malang dalam sejarah meraih sokongan orang Melayu pada PRU 12, UMNO di Sabah pada hemat penganalisis politik tempatan begitu nampak berpuak-puak. Lebih-lebih dengan kelahiran beberapa pertubuhan atau NGO Sosial yang berselindung pada bayang politik peribadi. Kewujudan NGO ini telah menyebabkan UMNO Sabah dilihat terbahagi kepada 2 kelompok besar.

Datuk Shafie Apdal yang dikatakan mempunyai keinginan untuk menjadi Ketua Menteri Sabah dilaporkan sebagai puak yang satu. Manakala Musa Aman pula berada pada puak lain. Kemudian wujud juga puak-puak kecil yang sedang berusaha mengorek perahu supaya yang lain turut tenggelam bersama. Itu belum lagi puak dalam BN yang nyata begitu kontra dengan Musa Aman.

Cabaran yang paling hebat bagi ketua Menteri Sabah untuk menyatukan puak-puak yang bertelagah dalam UMNO Sabah ini. Namun pada hemat saya proses penyatuan itu tentu sukar atas dua sebab seperti yang saya nyatakan di awal-awal penulisan ini. iaitu kerana budaya pecah perintah dan kerana penyisihan beberapapemimpin USNO terdahulu.

Monday, May 16, 2011


Mesyuarat Pergerakan Pemuda Umno Kota Belud yang telah berlangsung beberapa hari lepas telah sebulat suara berikrar menyokong tanpa berbelah bahagi gandingan Datuk Musa Aman dan Datuk Salleh Tun Said selaku Ketua Umno bahagian Kota Belud dan juga sebagai timbalan pengerusi Perhubungan Negeri. Sekaligus sebagai sayap kanan kepada UMNO Bahagian, berpatutan mengambil dan mempertahankan ketua Bahagian UMNO berkenaan.

Namun yang menimbulkan prasangka politik ialah apabila Ikrar itu hanya dilaungkan setelah hampir 2 tahun DSSK menjadi Ketua UMNO Bahagian setelah mencabar Datuk Musbah dalam satu pertarungan sengit yang menyaksikan DSSK dapat merampas kembali jawatan berkenaan. Sebelum ini dalam mesyuarat Pergerakan pemuda ucapan berapi-api tetapi 'lembab' sering mengambil tempat, namun tidak ada pula ikrar menyokong kepimpinan Musa-Salleh.

Dalam satu temubual penulis dengan beberapa orang perwakilan pemuda, penulis difahamkan ikrar itu agak longgar kerana atas alasan apa kapasiti Salleh berganding dengan Musa, sedangkan Salleh sendiri bukannya wakil rakyat dan bukan pula memegang sebarang portfolio dalam kabinet negeri. Selain itu ikrar tersebut juga disifatkan sebagai mengampu, berdasarkan andaian politik masa lampau pemuda, kononnya Ketua Bahagian 'mempunyai' kuasa simpanan untuk perlobian menjadi calon PRU. Sedangkan Najib dalam beberapa kenyataan menegaskan bahawa Jawatan dalam Parti tidak langsung menjamin seseorang 'diterima' untuk menjadi calon dan wakil rakyat.

Kenyataan Pemuda Kota Belud itu jugta dilihat mengenepikan peranan dan gandingan timbalan ketua menteri dari PBS, dan Umno sendiri. Seolah-olah Salleh digambarkan akan menduduki kerusi utama selepas PRU 13 akan datang. sepatutnya dalam parti UMNO sendiri di sabah, kepimpinan Musa Dan barisan kabinetnya harus disokong penuh untuk menjamin kelangsungan pembangunan di negeri bawah bayu ini yang mencatat sebagai negeri mundur dan miskin walaupun UMNO telah mentadbir negeri lebih belasan tahun.

Sekali lagi pendirian Pemuda Kota Belud diperkecilkan dan tidak harus menjadi tonggak idealisme pemuda harapan bangsa! Penulis sempat membaca ucapan Ketua Pemuda berkenaan dan dengan sinis dan yakin tidak ada apa yang perlu dipertahankan.

Saturday, May 14, 2011

Presiden PAGISA SDR.MILUS ALOH DAN SDR AKRIAH BARABAG.

Di kalangan orang Iranun di Kota Belud, perkataan politik membawa seribu pengertian, kerana setiapkali adanya pilihanraya, penggiat politik dari suku ini tidak pernah terlepas, bahkan ada yang begitu komited memperjuangkan idealisme politik mereka. Soalnya bukan sahaja politik parti pemerintah tetapi juga politik pembangkang.

Walaupun PRU 13 masih dianggap jauh, jika bersandarkan kepada kenyataan Tun mahathir bahawa Najib perlu lebih masa untuk memperolehi sokongan masdyarakat Cina sekurang-kurangnya sebelum tahun 2012, namun isu calon dikalangan masyarakat Iranun begitu panas saban hari. Panas bukan kerana perebutan tetapi panas dengan spekluasi yang pelbagai. Isu calon dari kalangan pendokong parti dan idealisme parti pemerintah juga isu calon dari ideologi parti pembangkang terutama PAS.

Antara kawasan yang menjadi perhitungan hebar pembankang di Kota Belud terutama PAS ialah kawasan Tempasuk apabila sebelum ini Usukan gagal dikuasai olehi parti Islam Semalaysia ini. Tempasuk dikatakan menjadi tumpuan dan percaturan penting kerana di kawasan ini majoriti adalah dari kalangan masyarakat Bajau dan Iranun yang beragama Islam , walaupun ada juga dari suku Dusun/Kadazan.

Calon yang disebut-sebut sebagai pilihan PAS Kota Belud ialah anak jati Kota Belud sendiri iaitu Sdr Akriah Barabag yang juga seorang usahawan farmasi yang berjaya. Mempunyai rangkaian perniagaan yang pelbagai, tokoh ini dikatakan kepada penulis oleh beberapa orang penggiat politik Iranun sebagai "sesuai' dan mampu memberi kejutan. Sebelum inipun sudah ada ura-ura sedemikian tetapi akhiranya disaat akhir sdr Akriah menunjukkan minat yang rendah untuk menjadi calon PAS, walaupun ramai yang mengakaui anak muda Iranun yang berjaya dalam perniagaan ini mempunyai pertalian erat dengan ideologi kepimpinan PAS negeri terutama pada era Allahyarham Datu Bandira Datu Alang.

Ada yang melahirkan keyakinan, jika calon UMNO di tempasuk pada PRU 13 akan datang dari kalangan pemimpin Iranun, adalah berkemungkinan besar PAS akan meletakkan calon pilihan mereka iaitu sdr Akriah. Ini selain memberi saingan yang hebat, jangkaan awal juga PAS boleh mengakhiri kemarau pencarian kerusi di Sabah. UMNO dan BN juga perlu bijak memilih calon supaya Tempasuk tidak menjadi galang ganti kepada kawasan PAS di semenanjung yang telah dapat dikuasai oleh UMNO.

Saturday, May 7, 2011


Benarkah TSP sudah merestui seseorang ?

Politik Iranun kini memasuki alaf baru, satu dimensi kepimpinan boleh ditautkan antara orang lama dengan orang baru, antara pemimpin lama dengan pemimpin yang baru menetas. Sayugia bahawa pemimpin muda adalah ibarat anak ayam yang baru menetas dari telur, entahkan dapat meneruskan kehidupan entahkan tidak. Tapi benar kata orang..ibu ayam tidak akan benarkan anak kelaparan dan kebuluran. Barangkali dapat disamakan dengan dunia politik Iranun.

Selepas PRU12, bilamana TSP 'digugurkan',maka ramai anak-anak muda Iranun yang mula gelisah, kerana kata mereka sedangkan TSP yang begitu berpengalaman dalam dunia politik senang dicatur...sehingga Iranun kehilangan wakil tunggal mereka dalam persada politik KB. Lantas timbul kesedaran bahawa betapa perlunya dari saat itu ada riak-riak anak muda yang boleh menjadi pelapis. Tujuannya jelas bukan kerana menidakkan tokoh 'agung' Iranun iaitu TSP, tetapi niatnya ialah untuk supaya Iranun tidak terus ketinggalan sepertimana suku-suku lain di KB.

Sejak itu juga dan hingga kini siapa bakal menjadi pelapis kepimpinan Iranun terus diperkatakan. ramai anak-anak muda yang berkelibar, namun sehingga kini pemimpin Iranun masih menyembunyikan keinginannya untuk merestuai sesiapa juga, baik sama ada dari kalangan penyokong setianya sendiri yang ada kaitanb kekeluargaan atau orang lain yang selama ini juga turut memberikan sokongan. Memang begitulah orang yang berpengalaman dalam politik, seorang mahaguru tentunya tidak akan membiarkan anak-anak muridnya saling mencurigai antara satu dengan yang lain.

Majlis perasmian bangunan TASKA (BKI) kampung Payas-payas beberapa hari lepas telah mengundang banyak spekulasi politik di kalangan blogger Iranun dan juga penggiat Facebook. Isunya adalah sama iaitu kehadiran TSP dalam majlis berkenaan. Sehingga ada pelawat facebook memberi andaian bahawa TSP sudah merestuai seseorang? Siapakah yang dimaksudkan? Berupayakah 'anak ayam' ini mengikut jejak ibunya? Atau apakah sudah sampai ketikanya Mahaguru politik Iranun membuat pengumuman mengejut tetapi tersusun?

PRU 13 semakin dekat, ada yang meramalkan tarikh 11.11.11 akan menjadi pilihan Najib. Ada juga yang masih meragui tarikh berkenaan kerana kata mereka, Najib memerlukan masa yang lebih panjang untuk mendapatkan kembali kepercayaan masyarakat Cina di negara ini. Kata mereka jika pada tarikh 11.11.11. itu menjadi kenyataan, maka Iranun sudah perlu lebih bersedia dari sekarang. Soalnya bukan individu tetapi kelangsungan bangsa Iranun dalam politik KB.

Siapa bakal direstui oleh TSP menjadi pengikut setia dan pelapis kepimpinan Iranun di masa depan? Cuba kita renungkan, mungkin anda lebih mengetahui dari orang lain.

Wednesday, May 4, 2011


Mesyuarat Umno Bahagian Kota Belud yang telah berlangsung beberapa minggu yang lepas, barangkali boleh disifatkan sebagai 'detik paling manis' dalam sejarah politik Umno Kota Belud, apabila Ketua Bahagiannya yang juga timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah, yakni orang kedua yang paling berpengaruh selepas Ketua Menteri dalam hal-ehwal pemilihan calon pada PRU 13 akan datang iaitu Datuk Salleh Tun Said memberi response positif terhadap hasrat dan ilham politik awal Yang Dipertua dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin untuk mewujudkan satu situasi persepakatan politik antara suku-suku yang mendiami daerah Kota Belud. Kesemua itu terangkum dalam satu formula politik iaitu formula 2:1:1.

Formula 2:1:1 ini adalah berlandaskan kepada persepakatan dan pemufakatan antara suku-suku di Kota Belud. seperti yang dikeudarakan oleh Tan Sri Pandikar Amin dalam Blognya pada tahun lepas mencatatkan bahawa terdapat 3 DUN di Kota Belud dan 1 Parlimen. 3 DUN itu ialah DUN TEMPASUK ( Datuk Musbah Jamli -Bajau), DUN USUKAN ( Datuk Japlin- Bajau), Dan DUN KADAMAIAN (Datuk Herbert Lagadan- Dusun) Manakala Parlimen adalah Datuk Rahman Dahlan dari Tuaran juga Bajau.

Menyedari hakikat itu maka TSP telah mengemukakan Formula 2:1:1 ini dengan memberikan ruang kepada suku Iranun dalam menyumbang perkembangan pembangunan di Kota Belud. dengan harapan agar parti khasnya UMNO memberikan ruang kepada suku Iranun pada PRU 13 akan datang.

Daripada maklumat yang diperolehi, dalam mesyuarat UMNO bahagian itu, isu formula 2:1:1 ini ada dibangkitkan. Dan pada asasnya Datuk Salleh dalam jawapannya ringkasnya bersetuju pada dasar itu, namun kata beliau lagi itupun terpulang kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri , Datuk Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah untuk mempertimbangkannya.

Namun pada realitinya peranan Datuk Salleh dalam "melobi' supaya formula itu dapat direalisasikan adalah dalam keadaan besar kerana , seperti yang sudah diketahui bahawa Datuk Salleh sekarang mempunyai hubungan intim dengan Musa Aman bersandarkan kepada perkembangan politik terkini.

Jika itu sesngguhnya berlaku,adalah berkemungkinan, suku Iranun akan menyaksikan satu DUN menjadi milik mereka. Justeru itu adalah lebih baik jika sama-sama memikul beban yang berat dan menjinjing beban yang ringan.