Monday, June 18, 2012

Kata pepatah melayu, "dimana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi". Pepatah itu tidak banyak relevannya dengan pemimpin UMNO. Hanya PM Datuk Seri Najib yang setakat ini dikatakan begitu menjejaki kembali percaturan arwah bapanya Tun Razak di Sabah. Di saat PRU 13 hanya tinggal berbaki 9 bulan dari sekarang, Najib sudah terlalu 'kesempitan waktu' mengekalkan kuasa UMNO dan BN di negara ini. Duit atau 'kelapa raja' dihambur diserta pelusuk negara. di mana-mana Najib pergi, paling kurang peruntukan yang diumumkan adalah bernilai "juta'. Apakah begitu banyak pendapatan negara sehingga berlaku demikain rupa.

Beberapa pemerhati politik masih percaya bahawa peruntukan berbillion yang diumum dikala PRU 13 hampir nyata adalah datangnya dari proksi dan kroni serta aristokrat dan jutawan yang ingin budi mereka dibalas dengan penganugerahan peruntukan dan kontrak selepas PRU 13.

Di Sabah di keningau, sehari yang lepas, Najib meredah pedalaman di kawasan majoritinya KDM untuk meraih sokongan. walaupun meluluskan pinjaman 235 juta untuk bekalan air bersih di daerah itu, Najib seakan sudah kehilangan aset dan modal kerana yang diumum bukan peruntukan tetapi dalam bentuk "pinjaman' .kata rakan seorang, pinjaman tanpa faedah.

Dalam, tulisan Sdr Musli Oli dalam Blognya menceritakan bagaimana percaturan politik Tun Razak dalam menumbangkang USNO di bawah pimpinan Tun Mustapha. Tun Razak bukan sahaja meminta Tun Mohd Stephens yang ketika sebagai TYT untuk mengetuai parti BERJAYA tetapi juga menaja dari segi wang ringgit parti berkenaan untuk menumbangkan USNO. Hanya kerana sebab Tun Mustapha tidak bersetuju dengan royalti minyak 5% yang diberikan kepada Sabah oleh Kuala Lumpur.

Jejak kasih Najib di Sabah juga hampir-hampir serupa. Najib dalam sejarahnya sejaka menjadi PM, belum pernah datang ke kawasan pedalaman di Sabah terutama di kawasan KDM. Baru semalam, kerana Najib sudah mula mencongak-congak bahawa hanya sokongan KDM, BN akan terus memegang tampuk kuasa di sabah yang membolehkan sedikit UMNO dan BN bernafas di parlimen nanti.

Dijangka dalam keadaan terdesak, jika sekalipun pemimpin KDM berkhendakkan jawatan Ketua menteri Sabah, rasanya dalam saat getir sekarang, Najib akan memberi ruang untuk memikirkannya. pokoknya, sokongan KDM padu kepada BN.

namun selepas PRU 13, senario percaturan Najib diramal akan berubah. seperti berubahnya politik Tun Razak setelah USNO dapat ditumbangkang oleh BERJAYA dan setelah kematian tun Mohd stephens dan beberapa lagi pemimpin Sabah dalam nahas "double six" yang menyaksikan Datuk Harris Salleh menjadi ketua menteri Sabah.

Apakah Najib akan benar-benar menjejak kasih Tun Razak di Sabah? pokok tidak akan bergoyang kalau tidak ada angin.

Saturday, June 16, 2012

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO ketiak berucap di hadapan ribuan rakyat Sabah di Keningau kelmarin meminta rakyat Sabah menilai kembali janji-janji pembangkang yang dikatakannya sebagai "bulan dan Bintang' tetapi tidak dilaksanakan.Najib dalam ucapannya meminta dan memuji rakyat Sabah kerana bijak menilai janji yang mana pertama dan yang mana kaca. Beliau juga menyelar ketua pembangkang yang disifatkannya sebagai pembohong besar atas insiden 16 september dan juga krisis kewangan 1997. Dua peristiwa besar itu berpunca dari Datuk Seri Anwar Ibrahim ,katanya lagi.

Jika menyelusuri janji-janji pembangkang di Sabah, terutama menjelangnya PRU 13 ini, adalah lebih adil jika kita menelaah Buku Jingga yang memuatkan beberapa reformasi ke atas Sabah jika PR menawan Putrajaya. Dalam buku Jingga selain daripada memberikan royalti minyak 20% kepada Sabah, Pakatan Rakyat juga berjanji akan mengiktiraf Sabah sebagai rakan kongsi dalam Malaysia, memberikan kuasa outonomi kepada beberapa perkara menurut lunas 20 perkara, menubuhkan Suruhanjaya Diraja menyiasat kedatangan PATI di sabah termasuk pemberian kerakyatan Songsang dalam satu projek hitam yang terancang.dan Memberikan kuasa borneosasi kepada beberapa jawatan kanan kerajaan kepada rakyat Sabah .

Sepintas lalu janji-janji pembangkang ini lebih kepada menunaikan 'janji' yang sepatutnya BN tunaikan sekian lama, setelah Sabah Sarawak menyertai Malaysia lagi. Maknanya lebih 40 tahun janji-janji yang terkandung dalam 20 perkara itu tidak menjadi keutamaan BN di Sabah. Tidak kiralah sama ada 20 perkara itu berbentuk dokumen atau tidak, atau sekadar komitmen politik atau sebaliknya. Apa yang nyata ialah 20 perkara itu adalah persetujuan bersama dan jika pada fasal 6 menyatakan tidak boleh Sabah keluar dari Malaysia, dan itupun sudsah Sabah tunaikan , maka apakah salah dan daifnya BN menunaikan beberapa isu tertonggak lagi.

Pada saya menilai janji-janji pembangkang ini sangat-sangat perlu bagi rakyat Sabah. Mungkin soal keikhlasan sukar untuk rakyat Sabah tentukan, tetapi soal keazaman politik itu sudah ada. Komitmen PR untuk menunaikan 20 perkara kepada rakyat Sabah bagi saya bukan janji bulan dan bintang tetapi janji yang harus ditunaikan sepatutnya oleh BN sejak dulu lagi.

Rakyat Sabah juga jangan lupa menilai janji-janji BN selama lebih 40 tahun di Sabah. Apakah janji-janji itu telah tertunai atau ada juga janji bulan dan bintang yang masih gerhana di hati rakyat Sabah? Pembinaan Jambatan Menumbok- Pulau Labuan, Janji Pembinaan Jambatan Bum-Bum di Semporna, janji 100 hari bila UMNO memerintah Sabah, janji berkaitan dengan PATI, janji mengenai peningakatan infrastuktur di luar  bandar, pembinaan lebuh raya KK-sandakan dan bermacam lagi. 

Rakyat Sabah harus menghitung dengan kalkulator minda supaya bila memangkah pada PRU 13 nanti akan membuat keputusan yang wajar untuk generasi akan datang.

Thursday, June 14, 2012



Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi dijangka turun ke negeri di bawah bayu ,Sabah pada 16 dan 17 Jun ini. Kali ini Najib dijadualkan akan ke Keningau, kawasan di mana ia merupakan "segi tiga Bermuda' bagiu suku KDM. keningau satu-satunya daerah yang mencatat rekod politik "pelik tapi benar' apabila dikatakan antara sebab kepada kekalahan parti Berjaya kepada Parti bersatu sabah (PBS). Di keningau ini jugalah, Dr jeffry mengumumkan akan bertanding pada PRu 13 nanti atas tiket STAR. Dan di keningau ini jugalah presiden PBS yang juga Huguan Siou suku KDM 'bermaharajalela' dengan tampuk gelaran "wakil rakyat' sejak zaman PBS lagi.

Pada PRU 12 yang lepas Pairin mengalahkan calon PKR dengan mencatat majoriti sebanyak 4264. Manakala pada PRU 2004 Pairin Menang Tanpa bertanding. PRU 1999, Pairin ketika itu sebagai pembangkang menang tipis kepada  Tan Sri Joseph kurup dengan kelebihan undi 250 sahaja.

Berdasarkan reputasi Pairin ini, ada logiknya jika Najib turun ke keningau beramah mesra dengan masyarakat suku KDM ini, kerana jika benar Dr Jeffry akan bertanding di keningau, diramalkan Pairin akan kecundang.Dan jika ini berlaku, BN Sabah akan kehilangan satu lagi kerusi Parlimen dan ini memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat.

Najib sebelum ini juga telah mengadakan lawatan kepada masyarakat Iban dan dayak di sarawak sebagai usaha mendapatkan sokongan. Namun ramai pemerhati politik meramalkan tahap kebimbangan Najib di sarawak lebih rendah berbanding di sabah. Desas-desus beberapa pemimpin BN Sabah akan meninggalkan parti itu dan menyertai Pembangkang tidak akan melenakan mimpi Najib di putrajaya. Justeru Sabah akan menjadi keutamaanya untuk mengekalkan kuasa 2/3 di parlimen.


Pengundi hantu di seluruh negara kini berjumlah tidak kurang 1.7 juta orang, didasarkan kepada jumlah awalnya sebanyak 322,936 orang pada tahun 2006 menerusi "Projek IC di Sabah". Anggaran tersebut dibuat berdasarkan perkiraan setiap mereka yang telah diberikan kad pengenalan menerusi projek itu pada 2006 telah mempunyai anak sekitar 3 atau 4 orang, dengan kesemua anak-anak mereka itu juga sudah berumur 21 tahun ke atas dan layak menjadi pengundi. 

Penulis buku politik terkenal, Mutalib MD (gambar) mendedahkan, dalam masa yang sama, 322,000 orang warganegara asing telah dikesan menjadi pengundi hantu di Sabah bagi tahun ini sahaja yang juga dilahirkan menerusi Projek IC. Mereka yang terbabit itu warganegara Filipina, India, Pakistan dan Indonesia yang datang ke negara ini dengan status sebagai IMM 13 yang kemudian diberikan MyPR merah dan sekarang telah diberikan MyKad biru menjadikan mereka sebagai warganegara ini yang sah. 

Kata Mutalib, kewujudan 322,936 pengundi hantu pada tahun 2006 yang kini telah berkembang menjadi 1.7 juta orang di seluruh negara tidak boleh dinafikan oleh pihak kerajaan kerana ia berdasarkan penyiasatan beliau selama 15 tahun. 

"Perkara itu saya nyatakan dalam buku saya yang berjudul 'IC Projek - Agenda Tersembunyi Mahathir' yang diterbitkan pada tahun 2006. JPN sendiri turut akui buku itu sebagai buku yang bermutu dan turut dibahaskan di Parlimen," katanya ketika dihubungi Harakah. 

Katanya lagi, walaupun Projek IC itu dilakukan di Sabah, mereka yang terbabit itu tidak terus menetap di Sabah, malah berkeliaran ke negeri-negeri lain di seluruh negara termasuk ke Kuala Lumpur lalu menjadikan mereka pengundi hantu di seluruh negara. Di Semenanjung Malaysia, pengundi hantu yang dilahirkan bukan melalui Projek IC seperti yang dilakukan di Sabah, tetapi dengan cara lain iaitu menerusi persatuan-persatuan tertentu yang tidak wujud dan dengan menggunakan cap jari. 

"Mereka pakai persatuan-persatuan yang tidak wujud. Selepas itu, mereka ambil cap jari. Cap jari mereka itu akan diproses oleh JPN untuk diberikan IC kepada mereka bagi membolehkan mereka menjadi pengundi. Warganegara India pun ramai yang dapat IC dengan cara ini," tegasnya. Antara persatuan-persatuan tidak wujud yang digunakan oleh mereka itu, tegas beliau lagi, termasuklah Persatuan Suluk, Persatuan Bajau dan Persatuan Bugis. 

"Dengan cara itu juga, kita jangan terkejut nanti jika pelajar-pelajar IPT dari Afrika yang nama dan pengenalan dirinya tidak terdapat dalam sistem JPN, tetapi ada dalam sistem SPR lalu diberikan IC oleh JPN untuk membolehkan mereka juga menjadi pengundi di negara ini," katanya. 


Mutalib mendakwa, pandangan dan cadangan minoriti PSC berhubung penambahbaikan pilihanraya supaya dibersihkan daftar pemilih oleh SPR sememangnya berasas, namun ia enggan dibahaskan di Parlimen oleh para pemimpin Umno BN kerana ia jelas tidak akan menguntungkan mereka. 


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa memang terdapatnya pemimpin BN di Sabah yang berhasrat meninggalkan parti gabungan itu ekoran daripada beberapa sebab termasuk keretakkan 'tersembungi' yang berlaku pada parti-parti komponen BN di Sabah sekaligus meghilangkan kepercayaan mereka terhadap PM Datuk Seri Najib dan barisan kepimpinan BN yang menerajui kerajaan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keretakan dalam Barisan Nasional punca dua pemimpin parti komponen itu di Sabah berhasrat menyertai PKR. "Masalahnya ialah, (mereka) kehilangan keyakinan kepada Barisan Nasional. Ia keretakan dalam Barisan Nasional, bukan PKR. Ini satu kemajuan. Kita alu-alukan pendirian mereka," kata Anwar kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam .

Ahad lalu, Keadilandaily melaporkan, dua Ahli Parlimen BN akan menyertai PKR. Mereka adalah Timbalan Presiden Parti Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Wilfred Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran dan Ahli Parlimen Beaufort merupakan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Lajim Ukin. 

Anwar bagaimanapun tetap optimis dengan perubahan di negeri bawah bayu itu, meskipun program penyerahan borang PKR kepadanya yang dijangka diadakan sempena sambutan Perayaan Kaamatan di Kota Belud dan Majlis Makan Malam di Kota Kinabalu Ahad lalu terpaksa dipinda. 

Ini disebabkan kapal terbang yang dinaiki Ketua Umum PKR itu dilapor "dilencongkan" ke Tawau, bukan ke Kota Kinabalu sebagai destinasi pendaratan. Kata Anwar, antara janji BN yang masih belum ditunaikan temasuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah. 

Tambahnya, isu pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing, dalam masa sama gagal menyelesaikan dokumen peribumi Sabah menjadi punca kemarahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen BN Sabah. 

"Masih tak selesai. Ini alasan paling lemah dan hambar. Kertas siasatan tak disiapkan lagi. Ada orang Iban diketahui tidak ada kad pengenalan. Mustahil RCI batalkan hak mereka. Di Sabah, ada orang Bugis yang sudah tiga keturunan (menetap). Dia ada hak untuk jadi warganegara. Yang dibangkitkan ialah orang yang perolehi hak rakyat tanpa prosedur tepat, tanpa melalui peruntukan dan perlembagaan undang-undang…dan yang dibimbangkan juga ialah kenaikan mendadak (jumlah penduduk baru Sabah)," kata beliau lagi. 

Anwar berkata, banyak isu berkaitan pendaftaran daftar pemilih gagal diselesaikan SPR. Ia termasuk 26,000 nama dengan kod 12 yang berasal dari Sabah yang berdaftar di Selangor yang belum dikenal pasti dan disahkan. 





Sarawak Report yang merupakan portal internet membuat pendedahan beberapa dokumen penting mengenai isu rasuah dan pembalakan yang melibatkan ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman dan proksinya. Laman portal itu mendedahakan beberapa penyata akaun bank dan kenyataan bersumpah yang dikemukakan kepada mahkamah Tinggi Singapura. 


Laporan Media : 

Lagi dokumen dipaparkan di laman pembocor maklumat Sarawak Report berkaitan dakwaan jaringan pengubahan wang haram yang dikatakan melibatkan Ketua Menteri Sabah, Dato' Seri Musa Aman. Dokumen itu termasuk kenyataan bank dan kenyataan bersumpah yang dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi Singapura dalam kes sivil yang difailkan oleh seorang peniaga balak terhadap Bank UBS AG di Singapura. 



Peniaga balak itu, yang tidak didedahkan indentitinya oleh laman itu, merupakan pemilik berdaftar beberapa akaun bank yang didakwa digunakan untuk mencuci bayaran sogokan yang dikatakan dibayar oleh syarikat pembalakan kepada Musa. 



Menurut laman itu, peniaga itu mendakwa dia diabaikan secara tidak sah apabila UBS mematuhi arahan untuk mengosongkan dua daripada akaun tersebut dan memindahkan wang secara langsung ke akaun lain atas nama Yap Loo Mien. Yap merupakan isteri kepada Michael Chia, yang dihuraikan sebagai penama dan pengantara antara Musa dan pembalak. 



Suatu aduan di bawah undang-undang jenayah Swiss telah dikemukakan oleh para peguam terhadap UBS AG bank di negara itu. Badan guaman itu telah mengikuti laporan-laporan kami mengenai penglibatan bank itu menyalurkan hampir beratus-ratus juta dolar wang sogokan pembalakan dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah, Musa Bin Aman. Kami juga telah mendedahkan bagaimana, cawangan UBS AG di Hong Kong dan juga bekas ‘penasihat kekayaannya’, Denis Chua, telah terlibat menguruskan setiap langkah dalam siri-siri akaun berlapis-lapis, yang telah digunakan sebagai saluran wang dari kroni-kroni kayu balak menerusi penama-penama yang dikendalikan oleh ‘orang tengah’ Musa Aman, Chia Tien Foh (Michael Chia).
Semalam kami telah menunjukkan bagaimana penyata-penyata dari UBS AG sendiri mengesahkan bahawa wang itu telah dikeluarkan secara kerap dari jaringan akaun-akaun untuk membiayai pengajian dua orang anak Musa ketika mereka menuntut di Australia. Beberapa akaun ini di bawah nama Michael Chia sendiri dan Musa tetap menafikan hubungannya dengan Michael Chia.

Perkembangan ini telah berkisar pada bank terbesar di Switzerland. Membantu menguruskan wang sogokan adalah suatu kesalahan jenayah di bawah undang-undang Swiss dan ianya amat bertentangan dengan Prinsip Worfsberg di mana bank UBS AG merupakan pemeterai prinsip itu. Prinsip Anti-Wang Sogokan Wolfsberg bagi Perbankan Peribadi telah diwujudkan dan dimeterai di Switzerland dalam tahun 2007 bersandarkan Ketelusan Antarabangsa dan UBS merupakan sebuah dari sebelas buah bank sedunia yang turut sama memeterai prinsip tersebut.

Kini Sarawak Report memiliki banyak salinan keterangan dan bukti ke atas pemindahan wang dikaitkan dengan Musa Aman dan rakan-rakannya, yang telah membentuk sebahagian dari enkuiri Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam tahun 2008. Inkuiri tersebut telah membentuk 40 pertuduhan menentang Ketua Menteri Sabah kerana telah menerima sogokan yang mencecah jumlah ratusan juta dolar kerana mengeluarkan lesen-lesen kepada kroni-kroni balaknya.

Kebanyakan konsesi ini telah dianugerahkan untuk menerangkan kawasan-kawasan Hutan Simpan dan juga kawasan yang telah ditandakan sebagai kawasan terlindung antarabangsa di bawah Perjanjian Heart of Borneo. Kawasan-kawasan yang lainnya adalah pada lereng-lereng bukit yang cerun setelah peta kontur sengaja diolah dalam rekod Jabatan Hutan, agar ianya kelihatan sebagai kawasan pembalakan yang ‘dibenarkan undang-undang’. Akan tetapi, dengan adanya banyak bukti, Peguam Negara, Abdul Gani Patail, iaitu saudara dan juga selaku rakan politik kepada Musa Aman, telah enggan membenarkan perbicaraan diteruskan.

Persoalannya sekarang, kenapakah UBS AG, dengan adanya bukti yang mencukupi yang berkisar pada kes itu telah gagal menyiasat atau mengambil tindakan terhadap kemungkinan berlakunya penyelewengan wang menerusi akaun-akaun yang dikaitkan dengan orang-orang politik di Sabah?

Aduan terhadap UBS telah dilancarkan dari bandaraya Swiss yang sama di mana Prinsip-Prinsip Wolfsberg menentang penyelewengan kewangan dimeterai. Seorang peguam Swiss dan juga pakar komplian Monika Ruth telah mengemukakan aduan kepada pendakwaraya awam bagi pihak alam sekitar Sarawak dan NGO hak asasi manusia, Tabung Bruno Manser, yang beribupejabat di Basel.

NGO itu berharap bank itu akan dihadapkan ke mahkamah akibat kedaifannya. NGO itu seterusnya mengatakan bahawa ia telah mengemukakan banyak dokumen berbukti kepada Pejabat Pendakwaraya Awam Zurich, yang membuktikan bahawa Michael Chia, rakan kongsi kepada Ketua Menteri Sabah, menguruskan pemindahan jumlah wang yang besar dari syarikat-syarikat pembalakan di Sabah ke dalam akaun-akaun UBS di Hong Kong

Ianya seterusnya mangatakan bahawa “dari akaun-akaun yang sama, pembayaran-pembayaran telah dilakukan kepada anak-anak Musa Aman di Australia dan kepada Mohd Daud Tampokong, seorang pegawai kanan dalam Jabatan Hutan Sabah”.

Musa Aman mungkin berharap agar penafian-penafiannya dan dengan bantuan saudara yang juga rakan politiknya Abdul Gani Patail dapat menyembunyikan siasatan pihak anti-rasuah Malaysia. Namun kini kes itu telah menjadi kes antarabangsa, dan nampaknya kita menyaksikan permulaan aksinya.
Kini tanggapan awam terhadap UBS AG berkenaan perkara ini menjadikannya semakin diragui.

Wednesday, June 13, 2012



Pendedahan yang dibuat oleh kelapamawar mengenai keselamatan Politeknik Kota Kinabalu pada Mac tahun ini seperti yang disiarkan dalam blog kelapamawar, akhirnya  mendapat perhatian media pembangkang iaitu Harakah. Isu bangunan Politeknik Kota Kinabalu yang mengalami masalah mendapan yang serius dan keretakkan yang teruk telah dipaparkan oleh kelapamawar berserta dengan gambar yang sempat diambil.


Seorang pelajar yang memberikan komen di blog kelapamawar mempersoalkan beberapa langkah drastik yang diambil oleh pengurusan politeknik berkenaan.


Saya ialah pelajar Politeknik KK semester 3. Terdapat ura-ura mengatakan bahawa poli ini akan ditutup untuk di baikpulih semula(mungkin dirobohkan semula kali..). keputusan akan diberitahu oleh pihak2 tertentu pada tahun ini juga. dan maybe,sewaktu saya semester 5,pasti sudah ditutup jika keputusannya 'ya'. pelajar2 dan lecturer2 akan dipindahkan ke tempat2 lain. dengar2 lagi,maybe pelajar sem2 atas(6,7,8,9) pindah di cawangan poliKK Telipok. sem lain,maybe pigi poli Sandakan,Mukah(Sarawak) or bangunan lain yang akan disewa. apapun tunggu ja la keptusannya....



SALAH SIAPA?? SALAH TANAH??? ATAU PIHAK2 BERTANGGUJAWAB MEMBINA BANGUNAN INI YANG HANYA MAKAN RASUAH,MAKAN DUIT HARAM,SEHINGGA BANGUNAN INI JADI SEPERTI INI??? Padahal kawasa perindustrian lain yang berdekatan malah bersebelahan ok ja... and kalau kami p Sarawak,minta bayaran transport dibagi kerajaan(time awal sem,akhir sem,cuti raya,cuti seminggu).takkan kami tanggung sendiri.


Laporan Harakah:




KOTA KINABALU: Politeknik Kota Kinabalu yang siap dibina pada tahun 2003 dikatakan mengalami keretakan yang agak kronik pada satu blok bangunannya berikutan struktur pembinaan yang tidak bermutu.

Pemuda PAS Sabah difahamkan bahawa Politeknik Kota Kinabalu ini tidak pernah mendapat Sijil Layak Menduduki (CF) daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Namun apa yang menjadi tanda tanya ialah bagaimana Politeknik ketujuh di bawah kelolaan dan seliaan Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) beroperasi selama hampir 9 tahun.

Malah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) juga dikhabarkan telah mengeluarkan surat bahawa institusi ini tidak selamat.

Demikian kata Lahirul Latigu, Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah dalam satu kenyataannya hari ini.





Politeknik ini menawarkan pengajian peringkat diploma selama tiga tahun.

Menurutnya, daripada tinjauan yang telah dilakukan, dakwaan sesetengah pihak berkaitan dengan isu ini ada benarnya. 

Terdapat beberapa gambar yang disertakan telah menunjukkan memang benar berlaku keretakan di beberapa blok bangunan ini selain daripada bangunan di Blok B yang sedang dibaik pulih tersebut mengalami masalah mendapan yang amat serius serius.


(Antara tanda-tanda bangunan ini dalam bahaya)



Berikutan permasalahan berkenaan, Pemuda PAS turut difahamkan bahawa pihak Politeknik berkenaan tidak lagi menerima kemasukan pelajar baru sesi Jun 2012. 

Hal ini menimbulkan keresahan dan kesusahan bukan sahaja kepada pelajar yang terbabit, malah kepada ibu bapa mereka juga turut menerima kesan yang sama dengan terpaksa menghantar anak mereka ke Politeknik lain sama ada di Sarawak dan Semenanjung yang memakan perbelanjaan yang agak tinggi.

Apa yang dikesalkan ialah, isu ini dipandang remeh oleh KPT dan JPP walaupun ianya melibatkan nyawa dan seakan pihak KPT melalui Kerajaan Malaysia telah langsung memperjudikan nyawa ribuan pelajar yang tidak bersalah dalam mencari peluang pengajian.

Pemuda PAS turut menggesa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar mengambil langkah segera dengan membuat siasatan rapi termasuklah beberapa kemungkinan terdapatnya unsur penyalahgunaan kuasa serta rasuah dalam pengurusan tersebut.

Pemuda PAS, kata Lahirul, turut menyelar pihak KPT yang berselindung disebalik kemegahan Politeknik tersebut yang jelas mempertaruhkan masa depan anak-anak serta pelajar-pelajar dan langsung tidak mencerminkan ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.

Saturday, June 9, 2012


politik Sabah dijangka akan lebih meriah lagi menjelangnya PRU 13 apabila beberapa personaliti politik berpengaruh di negeri itu dilaporkan akan membuat kejutan petang ini dengan bertindak meninggalkan UMNO dan BN untuk menyertai parti Pembangkang.


Khabarnya Antara yang akan keluar dari BN petang ini di Sabah ialah Ahli Parlimen Tuaran dan Beufort.


Selain itu bekas ketua menteri Sabah, Datuk Seri Osu Sukam dikatakan akan turut menyertai Pakatan.

Semalam Free Malaysia Today melaporkan Presiden Parti Progressive Sabah (SAPP) memgumumkan akan memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim dan juga Pakatan Rakyat dalam PRU13 ini.

Langkah SAPP itu dilihat akan mengukuhkan lagi keyakinan Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya selepas PRU13 ini.


The Malaysian Insider pula melaporkan akan ada kejutan di negeri di bawah bayu, Sabah. Kejutannya adalah akan terdapat ahli parlimen dan senator Barisan Nasional (BN) yang bakal menyertai Pakatan Rakyat (Pakatan).

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke Sabah hari ini. Beliau dikatakan akan menyambut kemasukkan ahli parlimen dan senator tersebut dalam sebuah majlis.

Bekas ketua menteri Sabah, Datuk Seri Osu Sukam dikatakan akan turut menyertai Pakatan. Benarkah ini bakal berlaku?

Minggu lalu, timbalan presiden PKR, YB Azmin Ali dan pasukannya ke Sabah. Hari ini Anwar Ibrahim pula.

Mungkin kali ini, PKR mengubah strategi agar tidak menghebohkan perkara ini terlebih dahulu seperti kesilapan lalu diambang 16 September 2008. Laporan The Malaysian Insider:

Friday, June 8, 2012

Pengerusi AMANAH Sabah Datuk Walfred Bumburing mengingatkan kerajaan berkenaan hal penubuhan siasatan diraja atau RCI di Sabah dalam menangani isu PATI tidak seperti RCI kematian Teoh Beng Hock yang hingga kini masih dipertikaikan. Ketika ditemuramah oleh krew Sabahkini net. Bumburing juga berharap agar panel anggota RCI itu bukan sahaja datang dari kalangan Pro BN atau UMNO semata-mata.

Laporan Sabahkini.net:

TIMBALAN Presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing berkata penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bukan sekadar memantau kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), malah menyekat kerakyatan songsang yang sudah lama menunjangi politik Sabah.


"RCI adalah penanda aras kredibiliti kerajaan dan menjadi satu kemestian yang tidak dapat ditolak," kata Bumburing.


Katanya, pemberian kad pengenalan projek bukan lagi cerita baru ini sejak zaman BERJAYA kerana PATI yang datang dari Filipina, Indonesia dan juga Paksitan telah diberikan kad pengenalan melalui sindiket yang telah berjaya dipatahkan pada 1995.


Bumburing berkata demikian dalam satu wawancara khas dengan Sabahklini.Net sejurus selepas merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kecil Telupid yang di langsungkan di Dewan Belia Kampung Taviu, Jalan Telupid, kelmarin.


Menurut Bumburing, tindakan Perdana Menteri menubuhkan RCI itu memang baik dan wajar disokong oleh semua pihak; tetapi yang menjadi tanda tanya siapakah barisan ahli-ahli panel dalam jawatankuasa suruhanaya itu? Adakah hanya terdiri daripada ahli-ahli UMNO sahaja atau Pro-Kerajaan sahaja?


Untuk tidak meragukan semua pihak, ada baiknya jika ahli panel jawatankuasa RCI dilantik di kalangan tokoh bebas yang tidak menyertai mana-mana pertubuhan politik agar kredibilitinya tidak dipertikaikan kelak.










GIMIK…Bumburing memalu Gong sebagai tanda perasmian Pesta Kaamatan 2012.


"Andai kata hanya ahli UMNO atau BN sahaja yang menjadi ahli panel tersebut, maka tentu banyak perkara songsang akan berlaku; malah memesongkan persepsi orang ramai terhadap RCI kerana akan dianggap tidak telus dan tidak ikhlas. Kita tidak mahu RCI hanya sekadar melepaskan batuk di tangga," ujar Bumburing yang menggesa agar RCI yang bakal ditubuhkan tidak menjadi seperti RCI menyiasat kematian Teoh Beng Hock.


Bumburing yang juga Pengerusi AMANAH Sabah menjelaskan mengikut statistik, unjuran nisbah bilangan populasi penduduk asal suku/bangsa Sungai di Kinabatangan baru berjumlah 31 ribu orang berbanding dengan jumlah PATI yang sudah menjadi Warga Negara Malaysia gara-gara memiliki mykad projek ialah 172,000 ribu.


"Senario ini amat berbahaya untuk keselamatan Negara kerana sudah berlaku 'reverse take over' di Kinabatangan,” kata Bumburing yang menggesa rakyat di Kinabatangan bertindak sebelum terlambat.


Tegas Bumburing lagi, jika kerajaan tidak dapat memantau keadaan ini melalui penubuhan RCI, maka sudah tentu Negara kita akan terancam.


"Bagaimana nasib anak bumiputera tulen? Kita tidak mempertikaikan bangsa mereka terutama yang datang sebelum merdeka, terutama yang mendapat kerakyatan secara sah; sebaliknya hanya menumpukan mereka yang medapat kerakyatan songsang," ujar Bumburing yang kesal kerana Kerajaan Persekutuan masih menunggu Terma Rujukan (TOR) yang sesuai sebelum pengumuman rasmi dibuat.


Bumburing turut kesal kerana masalah kerakyatan songsang yang berlaku di Sabah sebelum ini telah merebak ke Semenanjung Malaysia sehingga mengubah pola pengundian dan hak kuasa untuk menubuhkan kerajaan.


"Mengenai kes kad pengenalan projek ini, saya sudah berkali-kali membawa isu ini ke persidangan Dewan Rakyat tetapi ramai memandang serong kepada saya yang kononnya membawa suara pembangkang; sedangkan saya hanya memperjuangkan hak rakyat Sabah dan kuasa kami memilih kerajaan yang sah," kata Bumburing yang mengakui landskap politik Sabah sudah jauh berubah sejak 1994.

Wednesday, June 6, 2012



Penaungan USBO kepada organisasi besar sama ada organisasi itu berkulitkan politik atau bertopengkan fahaman sosial kepada sebuah NGO yang dianggotai oleh rata-ratanya adalah "politikus" memberikan satu imej kepada pengkritik untuk memuntahkan tanggapan dan hipotesis Nol mahupun Hipotesis alternatif kepada perkembangan situasi tersebut. Blogger One Kota belud dalam artikelnya meraksayakan USBO sebagai satu Organisasi yang berada pada landasan benar. Hujahnya kerana USBO telahpun memikirkan jangka panjang ahli-ahlinya kerana itu bernaung di bawah BN. mengambil kira bangsa Melayu dan Bangsa Indonesia, penulis blog itu seolah-olah memberikan signifikan terhadap hujah dan analisanya. USBO mahu ,menjadi sebahagian dari bangsa besar di negara ini atau di Nusantara.

Artikel yang saya muatkan sebelum ini menjadi Provokasi kepada USBO serta AMTnya untuk melihat kerelevanan tuntuan menubuhkan satu Kolej atau akedemi pendidikan untuk rumpun USBO. Seperti yang dikatakan oleh Ross dan Wuu (1996) bahawa  keberjayaan seseorang individu itu mengurus penghidupannya ialah berkait dengan faktor pendidikan awal yang diterimanya. Ini memungkinkan bahawa ahli-ahli USBO yang terdiri daripada puluhan etnik di Sabah termasuk suku Iranun itu harus mengalami perubahan minda. Proses itu semuanya adalah melalui PENDIDIKAN.

Membawa USBO kepada apa yang Musram katakan sebagai MENJADI KUAT itu tidak punya apa-apa makna dari moral politiknya jika ahli masih berada pada minda kelas ketiga. Bagaimana sebuah nakhoda seperti USBO melangkaui keperluan pendidikan ahlinya dan hanya memikirkan untuk bergerak setaraf dengan NGO bersaiz besar penagaruhnya jika kekuatan dalaman ahli dan daya fikir diletak di "kepala Lutut". Bukankah membiarkan ahli dalam kebodohan, kejahilan itu adalah "pecah Perintah" penjajah yang diamal ramai politikus masa kini?

Mak saya hairan bagaimana idea penubuhan kolej USBO ini dilihat oleh Musram sebagai Kritikan "BODOH" . maka sudah bersediakah USBO bersiap siaga dengan segala macam transformasi negara? Atau adakah pemimpinnya sahaja yang mahukan halatuju USBO dipesongkan ke arah itu?

Mengambil langkah apa yang diusahakan oleh KDCA cukup merisaukan pejuang sosial di sabah. KDCA yang sinonim dengan KDM cukup merata strategiknya berbanding USBO. Mungkin USBO masih muda dan berdarah panas tetapi haluan itu harus dirintis dari sekarang. Lihat pencapaian KDCA? berapa bilangan pegawai kanan kerajaan dan juga pegawai besar swasta dari KDM? bagaimana usaha-usaha pendidikan di buat termasuk memertabatkan bahasa, budaya dan pendidikan mereka? Mereka tidak dikaburi matlamat besar mahukan duduk semeja dengan Bangsa besar...Mungkin kuasa politik masih bersemayam dengan USBO kerana macamana pun kepimpinan Negeri beralih arah, UMNO tetap akan menjadi terasnya. namun jangan kita alpa, kerana kuasa bila-bila boleh berubah. Jika ahli-ahli USBO tidak diasuh mindanya  melalui pendidikan maka tidak ada kabuspun, gunung tetap tidak akan kelihatan


Malaysia adalah sebuah negara bangsa yang sedang membangun. Pembangunan Malaysia bukan setakat berkisar dalam bidang ekonominya, tetapi dalam bidang-bidang lain juga termasuklah bidang pendidikan, bidang kesenian, bidang politik, dan sebagainya. Pembangunan dalam bidang-bidang tersebut didokong oleh warganegara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai suku kaum dan etnik, yang boleh dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu bumiputera atau peribumi dan bukan bumiputera.

Teras bangsa dalam kategori bumiputera ialah Melayu di samping suku kaum dan etnik tempatan di Sarawak dan Sabah seperti orang Suluk, Ubian, Simunul, Dusun, Iban dan lain-lain.Namun jika menurut tafsiran perlembagaan persekutuan di bawah perkara 160,definisi " MELAYU " adalah tidak termasuk mereka yang dilahirkan di Sabah kecuali ayah dan ibu mereka dilahirkan di Semenanjung atau singapura. Ini membawa makna bahawa bumiputera Sabah Sarawak dari segi undang-undangnya adalah bukan MELAYU.

Dalam konteks pembangunan dalam bidang politik, masyarakat suku kaum Bajau yang terdiri daripada subetnik Bajau (Obian, Simunul, Sibutu, Samah dan lain-lain), Suluk, Iranun, Kagayan dan lain-lain tidak menonjol dan tidak mempunyai peluang untuk menyuarakan pendapat, idea, dan kepakaran mereka. Hal ini tidak bermakna mereka tiada sebarang kepakaran, atau tiada sebarang sumbangan dalam pembangunan negara. Tetapi ini adalah kerana mereka tidak mempunyai bendera perjuangan sendiri.

kemasukan UMNO iaitu United Malays National Organisation atau melayunya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ke Sabah pada tahun 1991, dilihat secara umumnya tidak membawa aspirasi pejuangan bumiputera Sabah. Ini kerana asas pejuangan UMNO itu ialah mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa.

Kemasukan UMNO ini telah menguburkan USNO iaitu sebuah parti yang diklasifikasikan sebagai tempat beranung Bumiputera Islam di Sabah. USNO  pada asasnya boleh dianggotai oleh mana-mana suku kaum di Sabah tetapi pada dasarnya dikuasai oleh rumpun USBO. Ketiadaan USNO telah turut menyebabkan rumpun USBO menjadi 'pelarian' parti politik di Sabah.

Pada masa ini, politik masyarakat Bajau hanya menumpang di bawah panji parti-parti bangsa lain sama ada yang di dalam Komponen Barisan Nasional mahupun Barisan Alternatif. Masyarakat Bajau pada hari ini menjadi anggota kepada parti-parti seperti Parti Bersatu Sabah (PBS), SAPP, UMNO, PKR, PBRS, PAS dan lain-lain parti kecil seperti Bersekutu, Berjaya dan sebagainya. Sedikit sebanyak, masyarakat Bajau telah memberi kekuatan kepada parti-parti berkenaan sehingga parti-parti tersebut dapat mengukuhkan pengaruh dan kedudukan masing-masing dalam arena politik nasional. Dan oleh kerena masyarakat Bajau menumpang di bawah payung atau panji parti-parti politik orang lain, maka mereka sendiri tidak mempunyai peluang untuk menyuarakan pendapat dan menyumbang kepakaran dalam pembangunan politik di Malaysia. Lebih malang lagi, mereka tiada saluran sendiri untuk mengetengahkan segala permasalahan yang dihadapi oleh anggota masyarakat ini.

Justeru itu, dan sesuai dengan kehendak Perlembagaan yang bukan sahaja menjamin hak asasi kaum-kaum yang minoriti tetapi memberi kuasa kepada Yang DiPertuan Agong untuk memelihara kepentingan kaum-kaum peribumi di Sabah dan Sarawak, maka sudah sampai masanya orang Bajau membuka minda dan pemikiran supaya tidak perlu lagi menumpang di bawah panji parti politik orang lain tetapi harus mempunyai panji parti politik sendiri. Dengan kata lain, orang Bajau yang terdiri daripada gabungan etnik Bajau (Obian, Simunul, Sibutu, Kagayan dan lain-lain), Suluk, Iranun dan lain-lain itu harus mempunyai parti politik sendiri; mungkin atas nama Parti Bajau SeMalaysia. Apapun, terserahlah kepada kebijaksanaan orang Bajau sendiri untuk membuat keputusan mengenainya.

Tuesday, June 5, 2012



Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga Naib Presiden UMNO dalam satu majlis bersama rakyat di perkarangan Masjid pekan Semporna, Isnin lepas yang dihadiri oleh kira-kira 3 ribu orang terdiri daripada ketua-ketua kampung, Pengerusi JKKK dan pemimpin masyarakat membuat penafian secara terus berhubung dengan skandal dengan artis jelita Rafida Rafik yang dibongkar oleh ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin.

Datuk Shafie yang berucap dalam bahasa bajau pada majlis itu bersumpah "DENGAN NAMA ALLAH" bahawa beliau tidak terlibat dengan skandal tersebut dan membuat pengakuan bahawa beliau hanya mempunyai seorang isteri. Datuk Shafie juga mengingatkan masyarakat Semporna supaya bijak menentukan undi mereka pada PRU 13 setelah apa yang dilakukan oleh BN dan kerajaan selama ini.

Sambil menempelak beberapa orang yang diwar-warkan akan menentang beliau pada PRU 13 nanti sebagai tidak relevan terhadap kemakmuran dan kemajuan bangsa bajau beliau juga berkata golongan orang sebegini tidak tahu bersyukur. Sepatutnya kata beliau mereka ini berganding bahu dan bekerjasama dengan belaiu untuk memajukan bangsa bajau dan daerah Semporna. Lihat sekeliling dan nikmatilah pembangunan yang berlaku di daerah Semporna hasil kerjasama erat dalam UMNO. Katanya lagi.

Sebelum ini, Dastuk Shafie Apdal dilaporkan terlibat dalam skandal artis Rafida Rafik yang menyaksikan pembneria wang berjumlah lebih 1 juta Ringgit. Datuk Shafie juga pernah menafikan fitrnah tersebut dan berhasrat akan membawa kes berkenaan ke mahkamah. Namun pada majlis itu, Datuk Shafie bersumpah dan menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut.


Pemimpin politik Rumpun USBO tidak pernah sedar dari lena mimpi politik mereka. Laungan perpaduan untuk kepentingan rumpun suku kaum terbesar di Sabah yang berlingkar dalam istilah BUMIPUTERA ISLAM itu hanyalah metos dan retorik yang dilagukan untuk tujuan penyelematan politik pemimpin tertentu. Suku Kaum lain yang lebih bersiapsiaga meninggalkan rumpun USBO jauh tercorot dalam bidang pendidikan.

Buktinya ialah kecerdikan pemimpin politik suku KDM akhirnya membuatkan PM Datuk Seri Najib memberi 'izin' untuk penubuhan sebuah kolej KDM di Tambunan, tempat Huguan Siou mereka, Datuk Seri Pairin Kitingan Presiden PBS dan KDCA. Sebelum ini di peringkat pengajian Tinggi Awam iaitu di UMS sudah ada pengajian bahasa KadazanDusun.

Nampaknya dalam 10 tahun akan datang, kuasa politik suku KDM ini akan sukar untuk dilumpuhkan oleh USBO. Pemimpin KDM tidak tamak kuasa, mereka rela melepaskan sesuatu yang boleh berada dalam gengaman mereka, tetapi sesuatu yang mereka cita-cita tidak akan dilepaskan begitu saja. Pembinaan identiti suku dan peningkatan taraf pendidikan di kalangan suku mereka tidak pernah mereka letakkan dalam skop "pertelingkahan",sebaliknya mereka pergunakan peluang yang ada untuk merealisasikan impian mereka jangka panjang.

Sedang USBO dan pemimpinnya masih teraba-raba dalam pencarian pemimpin yang benar-benar membawa rumpun itu ke puncak kegemilangan selepas perginya Bapa kemerdekaan Sabah, Tun Mustapha. Lihatlah ketika Tun Mustapha menghembuskan nafasnya, pemimpin politik rumpun USBO yang memegang kuasa ketika itupun tidak 'berani' mengisytiharkan cuti umum dan menurunkan bendera separuh tiang.

sebaliknya lebih suka mengumumkan USBO menjadi rakan bersekutu bagi BN. Sedangkan KDCA ada mengambil peduli hal sebegitu..???


KOTA KINABALU: Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin), mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana meluluskan penubuhan Kolej Kadazandusun dan Murut (Kolej KDM) di Kaingaran, Tambunan, sebuah daerah di pedalaman Sabah. 

Sambil menyifatkan langkah kerajaan itu sebagai sesuatu yang wajar dan menepati keperluan masa, ketua penerangan Pekadin, Edward Kandok berkata ia juga membuka dimensi baharu dalam bidang pendidikan dan pembangunan modal insan di negara ini. 

“Rakyat Sabah, terutama daripada masyarakat Kadazandusun Murut, telah menyatakan pandangan dan menyuarakan sokongan mereka terhadap penubuhan Kolej KDM. 

“Jelas sekali, kerajaan mendengar suara orang KDM yang mahu agar kolej itu ditubuhkan untuk menyerlahkan peranan masyarakat itu, khususnya dalam bidang pendidikan ketika Malaysia menuju ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020. Ini hadiah Kaamatan yang sungguh besar bagi kami,” katanya kelmarin. 

Edward berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan di sini semalam bahawa kelulusan yang diberi kerajaan persekutuan bagi penubuhan Kolej KDM membuktikan bahawa Bumiputera di Sabah tidak dipinggirkan daripada proses pembangunan negara. 

Pairin, yang juga Huguan Siou (pemimpin utama) masyarakat KDM, dipetik sebagai berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menyempurnakan upacara pecah tanah bagi pembinaan kolej itu pada awal Jun. 

Sehubungan itu, Edward berkata Pekadin, yang mencadangkan penubuhan Kolej KDM di Sabah pada Mei tahun lepas, berharap kerajaan akan mempercepatkan penyediaan kampus tetap kolej itu di Tambunan untuk kebaikan rakyat dan negeri ini.


Penganalisis meramalkan bahawa semakin lama PM Datuk Seri Najib menunda dan melengah-lengahkan tarikh PRU 13, semakin itu juga sokongan rakyat terutama orang Melayu akan mengalami penurunan. Pemberian bantuan tunai kepada rakyat yang dibuat terlalu awal menggambarkan bahawa pembubaran Parlimen sebenarnya akan dilakukan tidak selewat begini. Namun maklumbalas yang diterima dari akar umbi dan laporan risikan memberitahu, masanya kurang sesuai untuk membubarkan parlimen. Justeru Najib kembali bermuhasabah untuk melaksanakan PRU 13 dengan sangat berhati-hati.

KUALA LUMPUR, 5 Jun — Kelewatan melakukan pilihan raya mungkin menyebabkan penurunan sokongan pengundi terhadap Barisan Nasional (BN) dengan krisis hutang di Eropah, menjadikannya lebih sukar untuk BN melaksanakan pemberian wang tunai untuk meraih populariti, kata penganalisis.

Pentadbiran Najib (gambar) melambat-lambatkan proses transformasi perundangan, dan ekonomi akan mengakibatkan penurunan sokongan daripada kumpulan minoriti Cina dan India berdasarkan kaji selidik Merdeka Center.

“Tangguhkan pilihan raya akan mengeruhkan keadaan. Perlu diingat, ada krisis di Eropah, dan ia mungkin akan melibatkan Malaysia,” kata Faisal Hariz, penganalisis politik dari Kuching kepada The Malaysian Insider.

Pakar ekonomi beranggapan penyingkiran Greece daripada Kesatuan Eropah (EU) akan menurunkan perkembangan China kepada 6.4 peratus tahun ini daripada 9.2 peratus pada 2011. Malaysia bersama dengan negara Asia yang lain telah meningkatkan perdagangan dengan China sejak bertahun lalu dan gergasi Asia itu kini merupakan rakan dagang terbesar.

Spekulasi menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin akan mengumumkan pilihan raya dilaksanakan selepas membentangkan Bajet 2013 pada 28 September, sebulan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. Kemungkinan pilihan raya paling awal adalah pada 21 Julai apabila bulan Ramadhan bermula.

Pentadbiran Najib telah membelanjakan rakyat apabila memberikan imbuhan tinggi kepada kakitangan awam dengan peningkatan kos sara hidup, memberikan voucher buku kepada pelajar, dan RM500 kepada keluarga berpendapatan rendah di bawah program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), yang menyaksikan sokongan Najib melonjak.

“Pemberian-pemberian seperti itu hanya akan menjadi gangguan daripada isu pokok bagaimana negara ini di bentuk dan sama ada ianya transformasi yang sebenar atau tidak.

“Kerajaan boleh menambah lebih banyak dalam bajet akan datang, namun sokongan pengundi Melayu mungkin sudah berada di kemuncak,” kata pensyarah politik dan hubungan antarabangsa ini.

Beliau menjelaskan, kaji selidik Merdeka Center menunjukkan 79 peratus pengundi Melayu berpuas hati dengan Najib, meningkat daripada 74 peratus pada Febuari.

Namun pensyarah Universiti Sarawak itu berkata terdapat “peningkatan ketara dalam sokongan terhadap pembangkang dalam kalangan Melayu walaupun bantuan diberikan, akan menyokong PR.”

“Sebelum subsidi “feel-good faktor” kerajaan perlu melaksanakan PRU. Jika BN tunggu lebih lama, ia akan kehilangan undi Melayu kerana faktor itu semakin susut,” kata Faisal.

Beliau berkata pengundi bukan Melayu melihat kerajaan kekurangan keupayaan politik untuk melaksanakan transformasi.

Beliau menjelaskan pentadbiran Najib dilihat berundur ke belakang apabila mengenakan polisi yang mengutamakan Bumiputera di bawah Model Ekonomi Baru (NEM).

Keengganan kerajaan untuk membebaskan tahanan di Kem Kamunting di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) walaupun telah memansuhkan akta tersebut turut mengurangkan sokongan pengundi.

Faisal menjelaskan kerajaan juga bertindak “ganas” apabila mengambil tindakan terhadap perusuh pada perhimpunan 28 April menurunkan sokongan pengundi China yang rata-ratanya merupakan pengundi bandar.

Seorang penganalisis politik lain, James Chin, berkata,” masyarakat India telah mula kembali kepada PR.”

Beliau menjelaskan kaji selidik Merdeka Center mendapati 72 peratus masyarakat India berpuas hati dengan Najib berbanding 80 peratus pada Febuari, turun lapan peratus dalam masa tiga bulan.

Beliau menambah penurunan itu daripada penyokong setia India BN berpindah kepada Pakatan Rakyat (PR) berikutan kekecewaan terhadap BN dalam menangani isu mereka.

“Ia mungkin disebabkan program kerajaan untuk komuniti India tidak berhasil,” kata pensyarah di Sunway Monash University ini, dan memberikan contoh masyarakat India yang tiada kerakyatan.

Wan Saiful Wan Jan, pengasas “think-tank” Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) turut menggesa pilihan raya dilaksanakan secepat mungkin.

Beliau berkata adalah sukar BN akan menarik undi pengundi atas pagar dengan keadaan ekonomi yang perlahan dan pengundi telah membuat keputusan.

“Fakto utama Melayu kembali kepada BN adalah ketakutan hilangnya kuasa politik. Strategi seperti ini dilihat berhasil.

“Strategi menunggu ini akan menguntungkan PR kerana mereka boleh mendedahkan lebih banyak skandal dan tuduhan kerajaan tidak menjalankan tugas,” kata Wan Saiful 

Beliau memberi amaran sokongan BN akan pudar jika pilihan raya dilewatkan.

“Saya tidak rasa Najib akan beroleh kemenangan dua pertiga majoriti. Rating Najib tidak akan diterjemahkan kepada undi. Mungkin kepada beliau secara peribadi, bukan untuk Umno,” katanya

Monday, June 4, 2012



ketulusan dan kemulusan hasrat PM memperkenankan penubuhan Suruhanjaya Sisatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing di Sabah dalam satu kenyataannya ketika pesta Keamatan yang lepas sememangnya dihargai oleh setiap inci sanubari rakyat Sabah. Setelah desakan demi desakan dibuat, tuntutan demi tuntutan di kemukakan dan pelbagai langkah dibuat seperti pengawalan sempadan negara dan sekatan jalan raya di beberapa kawasan strategik seluruh negeri Sabah yang menyaksikan segala langkah itu masih membolehkan pendatang asing membolosi sempadan negara, AKHIRNYA Perdana Menteri di era Najib ini hasrat menubuhkan RCI menjadi kenyataan.

Terma dan syarat penubuhan RCI berserta garis panduannya yang dimandatkan kepada kerajaan Sabah di bawah pimpinan Musa Aman, memberikan sedikit kelegaan bahawa penbubuan RCI ini akan sedikit sebanyak menemui punca dan sebab sehingga berlakunya kebanjiran PATI di tanah Borneo ini.

Jikapun ditemui segala rangka sebab kepada kewujudan PATI ini, namun tindakan susulan tidak dibuat secara telus, maka pada hemat saya RCI juga tidak akan ada gunanya. Apa yang diharapkan ialah selepas penubuhan RCI ini, dan segala macam penemuannya, maka akan ada tindakan dan penyelesaian supaya PATI ini benar-benar dapat diatasi. TETAPI jika hanya gah pada musim menjelang PRU 13 sahaja, maka tidak akan ada gunanya. Apatah lagi pengumuman RCI yang dibuat oleh PM ketika sambutan Pesta Keamatan memperlihatkan wujud motif politik untuk meraih sokongan puak KDM, lantaran sebelum ini PBS, UPKO,PBRS dan beberapa pemimpin KDM sebegitu lantang menuntut penubuhan RCI ini 

Buku penulis kontrovesi sdr MD Mutalib yang juga pengendali portal Sabahkini .net banyak membongkar kes PATI di Sabah. Buku seperti IC Palsu dan beberapa lagi turut mendedahkan penglibatan pemimpin KL dalam memberikan kerakyatan songsang kepada PATI di Sabah. Malahan pendedahan bahawa mantan Perdana menteri Tun Mahatir juga disyaki terlibat dalam skandal terbesar dunia itu turut dibuat .

Dalam beberapa hari lepas dalam satu kenyataan media melaporkan bahawa Tun Mahathir sebagai berkata, beliau tidak  banyak mengetahuinya. laporan itu dimuatkan dalam sabahkini.Net seperti berikut:

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui isu pemberian kerakyatan kepada pendatang asing tidak sah sekitar 90-an berlaku, tetapi mendakwa beliau tidak banyak mengetahuinya.


"Seperti juga jenayah yang berlaku pada masa orang lain, ia tidak semestinya membawa maksud pihak terbabit bersalah," katanya.


Dr Mahathir, Perdana Menteri selama 22 tahun, ditanya berhubung pengumuman penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat dakwaan ratusan ribu diberi kerakyatan dalam 'projek' itu.


Perdana Menteri terlama di negara ini bagaimanapun berkata sepanjang tempoh memantau pergerakan pendatang merupakan tugas yang sukar.


Katanya, jika beliau akan memberi penjelasan jika terdapat pihak merasakannya bertanggungjawab.


Bagaimanapun perkara itu berlaku ketika kemampuan untuk memantau pergerakan terhad, terutamanya apabila melibatkan suku yang sering berpindah randah seperti Bajau Laut, kata Dr Mahathir.


Apakah Penubuhan RCI ini hanya sekadar gimik politik?Apakah RCI ini akan dapat menyelesaikan kemelut PATI di Sabah? Apakah RCI ini akan banyak membuka pekung pemimpin UMNO dan BN?Apakah pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim juga terlibat sama ketika berada dalam kerajaan? Bersama kita tunggu penemuan RCI ini..

Sunday, June 3, 2012

Beberapa hari lepas politik UMNO di Sabah bergolak lagi. Jika sebelum ini ada ura-ura Datuk Lajim akan mengetuai parti baru di Sabah, dan kemudiannya "berani' berucasp dalam majlis pemimpin pembangkang di Kuala penyu. Kali ini Datuk lajim sekali lagi mengharu-birukan kepala pemimpin UMNO di Sabah apabila menuntut Speaker Dewan Undangan negeri, Datuk Salleh Tun Said supaya meminta maaf kepada rakyat Sabah dan memberinya masa 10 hari berbuat demikian ekoran kenyataan Datuk salleh berkenaan 20 perkara.

Namun dari makulmbalas Datuk Salleh seperti yang dilaporkan oleh blogger Ajin gagah dalam blongnya Suara Bebas Tuaran mengundang spekluasi berterusan apabila Datuk salleh dilaporkan sebaliknya mencabar Datuk Lajim meletakkan jawatan  selaku Timbalan menteri  dan Ahli Parlimen kerana kekeliruannya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau. Sambil ,menekankan beliau tidak akan tunduk kepada tuntuan Datuk Lajim, Datuk Salleh sebelum ini juga mendapat kontra dari datuk Maxmus Ongkili, Timbalan Presiden PBS.

Laporan blogger Ajin gagah :



Kelmarin saya sempat bertemu dan berborak dengan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah merangkap Presiden USBO, Datuk Seri Salleh Tun Said(DSSK) di majlis perkhawinan anak buah saya bertempat di kampung Bunga Tenghilan, daerah Tuaran.
Antara perbincangan dan persoalan hangat yang saya ketengahkan kepada DSSK ia lah rasional disebalik kenyataan beliau bahawa Perkara 20 tidak lagi relevent. 
Terutama sekali bilamana rakan beliau dari UMNO, Datuk Seri lajim Okin menyarankan agar DSSK menarik balik kenyataan dan memohon maaf kepada rakyat Sabah dalam masa 10 hari kerana tergamak menyentuh sentimen rakyat Sabah akibat kenyataan tersebut. 

Sebelum ini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili juga berpendapat kandungan dan semangat dokumen 20 Perkara bagi melindungi Sabah berikutan pembentukan Malaysia sah dan relevan hingga bila-bila kerana ia termaktub dalam laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dan Perlembagaan Persekutuan.

Anggota Parlimen Kota Marudu itu berkata 20 Perkara yang dimuatkan dalam satu memorandum oleh tujuh parti politik pada 1962 dan dikemukakan kepada IGC itu, bukan dokumen rasmi kerajaan, tetapi semata-mata satu memorandum politik.

Isu ini bermula bilamana Salleh dalam ucapannya dalam bengkel BN Cyber Toppers yang diadakan untuk menangkis propaganda pembangkang dalam alam maya dipetik berkata bahawa 20 perkara yang melibatkan Sabah Sarawak sudah tidak SAH dan TERBATAL setelah sebahagiannya menjadi Akta Malaysia 1963.

Rumusan yang saya hayati dari penarangan DSSK sendiri ia lah beliau bukan mempersoalkan tentang semangat yang termaktud dalam memorendum (perlembagaan awal) perkara 20, tetapi pada realiti yang tersurat dalam perlembagaan Malaysia dan juga negeri Sabah tidak mempaparkan bahawa perkara 20 itu sebagai rujuan resmi kerajaan masa kini.

Walau macam mana pun, menurut Salleh, ada di antara perkara tersebut yang telah pun dimasukkan ke dalam dokumen perjanjian Malaysia dan Perlembagaan Negara.
Justeru, hak rakyat Sabah dan negeri Sabah pasti terbela dan dihormati oleh Barisan Nasional dan dalam isu yang sama Salleh tegaskan bahawa beliau tidak pernah menyentuh soal "kesahihan" dokumen 20 Perkara sebagai memorandum tetapi bukan nya dalam bentuk perundangan.

Dalam pada itu, beliau merasakan bahawa beliau membuat kenyataan ada lah berasaskan lunas2 demokrasi dan hak beliau selaku pemimpin.
Orang lain tidak perlu memaksa beliau untuk mengikuti telunjuk mereka dengan menghalang beliau dari membuat sebarang kenyataan yang bertentangan dengan ideologi mereka. Masing-masing ada hak untuk bersuara , kata beliau.Selanjutnya beliau menekankan bahawa beliau tidak perlu tunduk kepada ancaman Lajim agar memohon maaf kepada rakyat dalam jangka 10 hari yang ditentukan.

Disebaliknya, DSSK mencabar Lajim agar meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri dan juga Ahli Parlimen kerana kekeliruan beliau sehingga memesongkan kenyataan yang tersurat dan tersirat DSSK.
Sumber: Penulis Solymone, Agensi

Seorang pemimpin kanan UMNO KB menceritakan bahawa perjalanan atau riwayat politik dua Sahabat dari Bumi Kota Belud ini seakan sudah direncanakan sejurus selepas kedua sahabat ini 'digugurkan' pada PRU 12 yang lepas. Sebelum ini nama politikus berkenaan sangat Gah dan Mashyur di merata bumi di negeri Sabah.Datuk Salleh dan Tan Sri Pandikar Amin Mulia adalah dua sahabat lama yang akrab dalam politik Kota belud, walaupun pernah turun sebagai "Lawan' di DUN Usukan yang berkesudahan Tan Sri Pandikar menang dalam pertarungan paling sengit dalam kerjaya politik kedua mereka itu.

Menurut khabar politik yang diterima lewat minggu lepas, memberikan signal bahawa Datuk Salleh mungkin terpaksa direhatkan seperti PRU 2008 yang lepas berdasarkan kedudukannya dalam hirearaki di Sabah. Lihat bagaimana Tan Sri Pandikar dilantik sebagai YDP Dewan Rakyat. memastikan beliau terpaksa 'meletakkan jawatannya terlebih dahulu sebelum menjadi calon pada PRU 13 nanti. Begitu juga dengan Datuk Salleh akan terpaksa meletakkan jawatann ya sebagai Speaker Dewan Undangan negeri untuk menjadi calon pada PRU 13. Persoalannya, apakah ada kesanggupan untuk mereka berdua ini  meletakkan jawatan?

Mungkin ada , tetapi apakah Musa Aman akan membiarkan keadaan itu berlaku? Jika keduanya ini masih diperlukan (atas alasan ) kononnya kerana kredibiliti Tan Sri Pandikar, maka ia diperlukan di Pusat yakni di Dewan Rakyat,manakala Datuk Salleh atas kepakarannya maka perananya diperlukan di peringkat Dewan Undangan negeri, apakah yang akan berlaku? Mestikah kedua tokoh paling berpengaruh di Kota belud ini akan memanaskan bangku simpanan pada musim ini?

Mungkin rakyat di bawah melihat, perjalanan kedua tokoh politik ini tidak direncanakan seperti yang di dakwa tetapi memberi umpan kepada musuh politik adalah menjadi sebab kepada kemerosotan politik di negara ini.

Semut juga akan bisa mati jika diberikan "gula' yang banyak, walhal semut memang sentiasa mengkhendakkan gula.

Friday, June 1, 2012


Orang nombor dua di belakang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Calon paling sesuai menerajui PKR selepas Dati Serio Wan Azizah. Dua sebab itulah Azmin kini diserang bertalu-talu setelah serangan peribadi kepada Anwar dilakukan lebih satu dekad. Matlamat kuncu-kuncu politik kotor dan jijik ialah mengaibkan Azmin  dan keluarganya. mensabitkan dengan pelbagai skandal moral dan integriti supaya Parti keadilan Rakyat hancur, musnah dan rebah menyembah bunyi. Kalau tidakpun akan dibubarkan dan dengan harapan penyokong PKR akan berduyun-duyun menyertai UMNO seperti yang berlaku kepada parti Semangat 46.

Kini Azmin bukan sahaja dipalitkan dengan skandal seks yang memaparkan perlakuan lucah pemim pin nombor dua PKR itu tetapi juga serangan adiknya Ummi Hafilda sehingga mengheret ibu mereka ke kancah politik kotor sangat dikesali. Azmin dimalukan dan dikatakan sebagai "si tanggang' moden, kononnya berlaku derhaka kepada ibunya. Persoalannya apakah politik di Malaysia sebegitu demokrasi dan suci sehingga cerita dalam "kelambu' orang pun dicanai ke sana dan ke sini?

Terbaru Azim pula dikaitkan dengan kes rasuah dan pengumpulan harta melebihi pendapatannya. Kes 7 tahun yang telah di siasat oleh BPR kini SPRM yang ditutup kerana tiada kes dibongkar semula kononnya ada petunjuk dan bukti baru ditemui. Walaupun dari segi perundangan itu tidak salah, namun di saat menjelangnya PRU 13, isu ini menjadi sangat besar dan mempunyai motif politik jahat.


KUALA LUMPUR : Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengarahkan siasatan dijalankan terhadap bekas setiausaha sulit Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, yang didakwa memiliki aset dan harta melebihi pendapatan penjawat awam, antara 1995 dan 1997.


Pengerusinya Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil berkata panel mengarahkan SPRM menyambung siasatan berdasarkan kertas laporan siasatan yang dibuka pada 2009.


“Kertas siasatan itu disambung semula berdasarkan maklumat tambahan yang terbaru dan ia disiasat untuk memastikan kebenaran dakwaan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau berkata mereka yang terbabit dalam siasatan itu termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri dan kini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.


Katanya cabaran utama untuk menyiasat kes berkenaan adalah mencari bukti kukuh kerana kes berlaku pada 1995 dan telah agak lama.


Pengendali portal Malaysia-Today Raja Petra Kamarudin mendakwa mendapat maklumat mengenai salah guna kuasa oleh Anwar untuk menghalang siasatan terhadap Mohamed Azmin daripada seorang bekas pegawai kanan Badan Pencegah Rasuah (BPR), yang menyerahkan dokumen sulit bertarikh 15 Mei 1995 itu di London bulan lalu.


Dalam portalnya, Raja Petra mendakwa berdasarkan dokumen mengikut Akta Rahsia Rasmi, BPR mempunyai bukti jelas Mohamed Azmin dan isteri, Shamsidar Taharin memiliki saham, rumah dan kereta mewah bernilai kira-kira RM1.5 juta dan hampir RM10 juta dalam bentuk wang tunai dan cek.


Hadenan berkata siasatan terhadap Azmin akan mengambil masa lama selain cabaran menentukan apakah seksyen yang bersesuaian untuk disiasat pada masa kini kerana terdapat perbezaan peruntukan undang-undang.


“Pada ketika ini adalah salah bagi penjawat awam yang memiliki aset melebihi pendapatan dan diragui punca hasilnya mengikut Seksyen 36 Akta Pencegahan Rasuah 2009,” katanya.


Beliau bagaimanapun berkata kes itu berlaku pada 1995 dan pada ketika itu undang-undang terpakai adalah mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1961 yang tidak mempunyai peruntukan undang-undang sekarang.


Beliau berkata mengikut undang-undang 1961, kesalahan seperti itu hanya memperuntukkan tindakan tatatertib oleh jabatan.


Hadenan berkata bagaimanapun panel penilaian mendapati adalah wajar satu siasatan dijalankan bagi memastikan kebenaran dalam dakwaan itu.


Katanya SPRM juga akan memanggil bekas Ketua Pengarah SPRM pada ketika itu, Shafee Yahaya manakala pegawai penyiasat kes tersebut telah meninggal dunia. (Bernama)