Thursday, May 17, 2012



Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan ketua strategi PKR Rafizi Ramil dijangka akan mengadakan sesi perdebatan selasa ini yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Awani jam 10 Malam. 

Tajuk perdebatan ialah pemansuhan PTPTN halatuju pendidikan negara. Isu pemansuhan PTPTN telah menjadi isu panas beberapa bulan lepas selepas ketua UMUM PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kenyataan akan memansuhkan PTPTN jika PR memerintah selepas PRU 13 nanti.

Sebaliknya Datuk Seri Najib pula berkata jika kerajaan memansuhkan PTPTN, kerajaan akan terpaksa menanggung kos sebanyak 430 juta ringgit. Sekaligus mendakwa ramai pelajar miskin akan tercirir daripada mendapat dan meneruskan pengajian peringkat tinggi.

Apakah ada rasional di sebalik pemansuhan PTPTN ini?


Pengumumkan Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhiyiddin Yassin yang juga merangkap Timbalan Perdana menteri pada sambutan hari guru yang lepas mengenai seramai 24,053 guru akan berpeluang menerima kenaikan gaji dan pangkat mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dianggap sebagai satu lagi langkah kerajaan membela glongan pendidik di negara ini.

Namun  pengumuman TPM itu hanya dianggap menguntungkan golongan pendidik seramai itu tetapi pada waktu yang Guru-Guru yang telahpun selesai mengikuti pengajian Jarak Jauh (PJJ) dan secara luar kampus termasuk guru-guru kohot pertama program pensiswazahan guru yang dikendalikan bersama oleh Bahagian pendidikan Guru dan OUM yang telah menamatkan pengajian mereka pada 2009 sehingga kini tidak dilantik ke Jawatan Gred DG41, meskipun telah ditemuduga oleh SuruhanJaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). 

Sejak 2009 sehingga 2011, dianggarkan lebih 10 ribu guru-guru di seluruh negara telah berjaya menamatkan pengajian tahap Ijazah Pertama mereka. namun yang menghampakan golongan pendidik ini ialah, perlantikan ke Gred 41 telah dibekukan. Sesuatu yang tidak adil,malah tidak patut dilakukan oleh KPM kerana, hasrat kerajaan yang mahukan guru-guru di sekolah rendah mencapai 40% berijazah pada 2010 manakala di sekolah menengah mencapai tahap 70% telah disahut oleh guru-guru terbabit, tetapi bila berjaya menamatkan pengajian termasuk ada yang menggunakan biaya sendiri, maka perlantikan ke Gred 41 pula dibekukan.

KPM seharusnya mengambil berat perkara ini kerana jika guru -guru sedia ada boleh dipertimbangkan kenaikan gajai dan pangkat yang dianggarkan menelan perbelanjaan tambahan jutaan ringgit mengapa pula golongan lain dipinggirkan.




KUALA KANGSAR 16 Mei - Seramai 24,053 guru lepasan ijazah dan diploma di seluruh negara yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan akan menikmati kenaikan pangkat mulai 1 Jun hingga 31 Disember ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan perkara itu berkata, kenaikan pangkat tersebut melibatkan 8,222 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Siswazah dan 15,831 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma.

‘‘Guru-guru boleh membuat semakan di laman web Kementerian Pelajaran mulai hari ini," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Dewan Jubli Perak, di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong; Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr. Rosli Mohamed; Ketua Pengarah Pelajaran; Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud, barisan kepimpinan kerajaan negeri dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, selaras dengan usaha menambah baik skim perkhidmatan pendidikan, peruntukan tempoh minimum kenaikan pangkat secara ‘time-based’ berasaskan kecemerlangan dikekalkan sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac lalu.

Beliau menarik perhatian, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah gred DG41 hanya memerlukan lapan tahun untuk kenaikan ke DG44, lapan tahun (DG44 ke DG48), enam tahun (DG48 ke DG52) manakala hanya tiga tahun (DG52 ke DG54).

Menurutnya, bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma pula, pemegang gred DGA29 hanya memerlukan lapan tahun untuk ke DGA32, lapan tahun (DGA32 ke DGA34) dan lima tahun (DGA34 ke DGA38).

Muhyiddin berkata, lanjutan pengumuman Perdana Menteri itu, 390 guru telah dinaikkan pangkat ke gred DG54, 676 (DG52), 3,938 (DG48) dan 19,805 (DG44).

‘‘Bagi Guru Bukan Siswazah pula, seramai 399 dinaikkan ke gred DGA38 manakala 2,639 (DGA34) dan 9,519 (DGA32)," katanya.

Selain itu, kata beliau, proses kenaikan pangkat pengetua dari gred DG48 ke DG52 dan penolong kanan dari DG44 ke DG48 telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran.

Setakat ini, kata beliau, 854 pengetua telah dinaikkan pangkat dari DG48 ke DG52 manakala 4,270 penolong kanan telah dinaikkan pangkat dari DG44 ke DG48.

Kenaikan pangkat itu kata Timbalan Perdana Menteri, melibatkan pengetua dan penolong kanan yang merupakan penyandang sedia ada sebelum atau pada 31 Disember 2011 serta yang memangku jawatan sebelum atau pada 31 Disember 2010.

‘‘Bagi penyandang jawatan penolong kanan gred DG48 ke gred DG52 seramai 430 orang dan baki penyandang jawatan penolong kanan gred DG44 ke gred DG48 iaitu seramai 2,655 akan diperakukan secara berperingkat mulai Jun 2012 setelah memenuhi syarat ditetapkan," katanya.

Menurut Muhyiddin, peruntukan sebanyak RM934 juta bagi urusan kenaikan pangkat pegawai perkhidmatan pendidikan membuktikan kesungguhan kerajaan memberi pengiktirafan kepada usaha para guru dalam membentuk modal insan berpersonaliti unggul.

Tuesday, May 15, 2012


Bila tarikh pilihanraya bermula, selepas dua peristiwa besar berlaku di negara kita ini. Pertama perhimpunan BERSIH 3.0 yang melihatkan lebih 250,000 orang keluar ke Dataran Merdeka kerana bantah dan duduk supaya SPR mengadakan pilihanraya yang adil pada PRU13 nanti.


Kedua himpunan sambutan hari lahir UMNO yang ke 66 yang dapat menghimpunkan lebih kurang 100,ooo ahli diseluruh negara dengan arahan punggah dan menyediakan pengakutan berbayar, bolehlah dianggap berjaya juga.


Melihat kepada kedua peristiwa ini, sudah tentu PR akan mendesak kerajaan supaya membubarkan parlimen dalam masa terdekat kerana 'mood' untuk menukar kerajaan sedang berasak-asak dalam pemikiran rakyat di malaysia hari ini, kelesuan sambutan rakyat terhadap program parti UMNO kian terasa kini setelah berbagai usaha dibuat bagi mendapat sokongan.


Yang jelas dapat dilihat ialah melalui program BR1M yang mana rakyat dihulurkan wang ringgit sebanyak RM500. tapi tidak merangsangkan rakyat menyokong UMNO secara total. Dan apabila pengagihan BR1M gagal mendapat sokongan sedangkan RM Billion telah dilaburkan kini kerajaan beralih ke kawasan FELDA yang mana sekurang-kurangnya boleh menyelamatkan sebanyak 56 kerusi Parlimen Melayu.


Itu saja harapan yang ada pada UMNO., sebab itulah satu keluarga peneroka diberi habuan yang dipanggil durian runtuh sebanyak RM15,000 satu keluarga. Biasanya wang ringgit kerajaan tidak bertahan sehingga kehari plihanraya dan sekiranya ini berlaku maka pelaburan sebanyak 1.7 billion ringgit yang kerajaan curahkan kepada peneroka FELDA tidak akan mendapat sokongan kekal sehingga hari PRU.


Apa saja rancangan yang dibuat oleh kerajaan dan UMNO sekarang dilihat satu cubaan membeli undi oleh rakyat. Bantuan kepada murid sekolah RM100.00, bantuan buku teks RM200.00, BR1M RM500.00, Durian Runtuh FELDA RM15,000, Kedai 1Malaysia, Klinik 1M semuanya diterima oleh rakyat kerana rakyat faham semuanya itu adalah tanggongjawab sebuah kerajaan dan duit tersebut adalah duit rakyat.


Rakyat tahu hak mereka, kempen UMNO yang mengatakan itu adalah hasil perjuangan UMNO diketawakan oleh rakyat, kerana rakyat juga tahu bahawa kekayaan negara malaysia ini kerana adanya rakyat yang membayar cukai dan atas penat lelah semua rakyat malaysia tak kira parti mana sekali pun. Jadi rakyat tahu hak mereka.


Tumbangnya kerajaan BN nanti bukan kerana rakyat tidak berterima kasih kepada pemimpin negara yang lalu dan dasar kerajaan yang telah diamalkan pada masa lalu, tapi rakyat menolak kerajaan sekarang kerana pemimpinnya tidak peka terhadap masaalah rakyat, rasuah berlaku didepan mata, kroni semakin menebal dan balaci UMNO tidak dapat meyakinkan rakyat bahawa mereka itu mempunyai budi pekerti yang baik.


Kegagalan pemimpin UMNO mendisplinkan ahli-ahlinya terutama balaci yang begitu rendah moralnya dengan mengeluarkan berbagai-bagai penulisan dan kata nesta kepada rakyat yang tidak menyokong UMNO menambahkan lagi kebencian rakyat kepada kerajaan kerana rakyat tahu orang UMNO yang bercakap pasal keburukan orang lain itu, perangainya lebih buruk dari 'yahudi'.


Fasa kedua kebangkitan rakyat bukan kerana rakyat menyokong Anwar Ibrahim, Haji Hadi Awang, Lim Kit Siang tapi rakyat mahu melahirkan bahawa sekarang ini kerajaan sudah tidak mampu membendung kemungkaran berlaku didepan mata. rakyat mahu menyelamatkan negara dari diperguna untuk mengaut kekayaan oleh 'haram jadah' (pinjam kata PM Najib). Rakyat mahu sebuah kerajaan yang benar2 bersih dan adil.


Lagi cepat tarikh pilihanraya diumumkan,maka lagi cepatlah rakyat malaysia akan dapat sebuah kerajaan baru sekiranya PR dapat membezakan perjuangan diantara kemenangan kerusi parlimen dengan kemenangan untuk meletakkan kroni sebagai calun.


RAMAI orang baik buat kebaikan. Tetapi ada orang baik yang buat kebaikan menyangka mereka boleh buat lebih banyak kebaikan jikalau mereka menyertai politik.

Jadi mereka pun terjun ke gelanggang politik. Yang berani, masuk politik parti manakala yang kurang berani tetapi hendak berpolitik juga masuk badan-badan bukan kerajaan yang partisan.

Dr Chandra, seorang cendekiawan kelas dunia dari Bidong, Kedah, begitu teruja dengan teriakan reformasi lantas menyertai Parti Keadilan Rakyat.

Ketika Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menjadi putera mahkota Umno dan bakal pengganti Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, Dr Chandra kritikal terhadap beliau. Tetapi apabila Anwar dipecat daripada Umno dan kerajaan, Dr Chandra mula teruja dengan beliau dan reformasinya.

Orang sebaik Dr Chandra pun masuk PKR dan kerana PKR dahagakan orang baik maka dalam sekelip mata Dr Chandra naik menjadi timbalan presiden. Tetapi Dr Chandra segera dapati yang idealisme, kecendekiawanan dan kemanusiaan tidak ada tempat lagi dalam politik kontemporari Malaysia.

Kerana teruja dan beranggapan bahawa orang politik lain juga baik dan idealistik seperti beliau, Dr Chandra menderita pemusnahan imej yang teruk. Pihak-pihak yang menyanjung beliau sebagai wira ketika menyertai PKR, memaki hamun dan menghina beliau apabila beliau keluar PKR. Dr Chandra orang cerdik, tetapi tidak pandai selok-belok politik.

Begitu jugalah dengan Tunku Abdul Aziz, pengasas Transparency International Malaysia. Beliau pun berasa boleh membuat lebih banyak kebaikan dengan menyertai politik. Lantas beliau menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP), dan sebagai wakil Melayu paling kanan beliau dengan cepat dinaikkan pangkat menjadi timbalan pengerusi.

Tetapi beliau juga mendapati bahawa idealisme demokrasi damai dan bertamadun yang ingin beliau perjuangkan melalui DAP tidak bertempat dalam sebuah parti yang cenderung kepada pencetusan gelora.

Batang jerami yang mematahkan belakang kerbau (padanan kepada ungkapan Inggeris the straw that breaks the camel’s back) bagi Tunku Abdul Aziz adalah perlanggaran Dataran Merdeka oleh penunjuk perasaan Bersih 3.0 pada 28 April lalu yang turut didokong oleh DAP. Beliau keluar DAP kerana “perbezaan yang tidak boleh diatasi lagi.”

Politik adalah mengenai kuasa. Kuasa, kata pembesar Inggeris kurun ke-19, John Emerich Edward Dalberg-Acton, boleh membawa kerosakan dan kuasa mutlak membawa kerosakan mutlak (power tends to corrupt and absolute power corrupts absolutely).

Apabila Anwar menyertai politik kepartian pada bulan Mac 1982 dengan menganggotai Umno, ramai berharap dan menyangka beliau akan membawa bersamanya idealisme dan perjuangan yang menjadikan beliau unggul sebagai pemimpin pelajar dan pejuang gerakan massa.

Tetapi orang yang oportunis segera mengelilingi dan memagari beliau. Sama ada daripada kelompok politik, korporat atau media massa, mereka “mengkorupkan” beliau dengan kesenangan, suit Brioni dari New York, kasut tempahan khas dari Milan dan segala bentuk kemewahan dan “decadence” sehingga hilanglah idealisme.

Saya tidak tahu lagi kalau pemuka politik kita hari ini, tidak kira daripada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat masih mempunyai idealisme dan melandaskan kerjaya mereka di atas perjuangan. Atau mereka masuk politik kerana mata benda dan glamor. Wallahualam.

PS.

1. Saya sokong Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat atas gesaan beliau agar Mufti Perak, Harussani Zakaria, tidak mencampuri urusan politik jika mengambil pendekatan serong terhadap pendirian dan matlamat perjuangan PAS. Saya sokong sebab Nik Abdul Aziz orang politik dan Harussani bukan. Betullah seperti yang saya selalu katakan, Nik Abdul Aziz adalah, yang pertama dan terulung, seorang ahli politik. Secara kebetulan latar belakang beliau adalah agama.

2. Lagi cerita orang Cina dari Negeri China di Singapura. Seorang Cina dari Negeri China yang tinggal dan menjadi kaya raya di Singapura membeli sebuah kereta Ferrari merah. Dengan kereta mewah itu dia melanggar mati dua orang di tengah-tengah Bandaraya Singapura. Dia pun mati juga. Menurut laporan syarikat berita Perancis AFP, peristiwa itu menyemarakkan lagi sentimen anti pendatang di kalangan warganegara republik itu yang majoritinya keturunan Cina.

Mengundi pada 7 atau 8 Julai!

Itu tarikh baru yang popular setelah jangkaan pada 9 Jun 'terbang' bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke United Kingdom malam kelmarin.

Sumber dalaman Umno memberitahu Sinar Harian, satu perhimpunan besar-besaran ahli parti komponen BN akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 17 Jun ini.

"Selepas itu, Perdana Menteri dijangka akan menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk bubar Parlimen. PRU13 mungkin pada 7 atau 8 Julai, iaitu sebelum puasa," katanya menerusi SMS yang dihantar malam tadi.

Berkongsi tarikh yang sama, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian ketika dihubungi sebelum itu berkata, PRU13 mungkin diadakan pada awal Julai.

“Semalam (kelmarin) Najib terbang ke United Kingdom dan mungkin apabila kembali pada hujung bulan ini. Beliau akan menggunakan masa yang ada bagi mengenal pasti calon BN yang akan bertanding nanti.

“Perkara ini (pemilihan calon) tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa bagi mengelakkan timbul isu lain. Saya menjangkakan Julai depan tarikh PRU13 iaitu sebelum bulan Ramadan atau secara tepatnya, 8 Julai," katanya.

Menurut Sivamurugan, jika negeri Pakatan Rakyat (PR) masih mahu meneruskan pilihan raya berasingan, ia akan memberi kelebihan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Saya melihat ini (pilihan raya berasingan) memberi kelebihan kepada BN dari segi logistik dan jentera pilihan rayanya, tetapi PR juga dilihat belum bersedia melakukan pilihan raya berasingan kerana kosnya agak besar,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak pula berkata, jika Perdana Menteri masih tidak membubarkan Parlimen bulan depan, hampir pasti PRU13 diadakan pada September ini.

Beliau bagaimanapun berkata, Najib masih mempunyai masa sehingga pertengahan Jun untuk memastikan PRU13 sempat dilangsungkan pada awal Julai, sebelum bermula Ramadan.

"Hari ulang tahun keputeraan Yang di-Pertuan Agong pada 2 Jun, jadi Perdana Menteri masih boleh bubarkan Dewan Rakyat pada Isnin selepas itu (4 Jun)," katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan Parlimen dibubarkan sebelum 2 Jun, Dr Mohamed Mustafa berkata, kemungkinan itu amat tipis kerana Najib sudah tentu tidak akan memiih untuk meraikan hari ulang tahun keputeraan Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri kerajaan sementara (caretaker government).

"Untuk majlis rasmi meraikan Yang di-Pertuan Agong sudah tentu belum mahu hadir sebagai Perdana Menteri yang sebenar," katanya.

Sementara itu, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian ketika dihubungi berpendapat PRU13 mungkin diadakan pada awal Julai.

“Semalam (kelmarin) Najib terbang ke United Kingdom dan mungkin apabila kembali pada hujung bulan ini, beliau akan menggunakan masa yang ada bagi mengenal pasti calon BN yang akan bertanding nanti.

“Perkara ini (pemilihan calon) tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa bagi mengelakkan timbul isu lain. Saya menjangkakan Julai depan tarikh PRU13 iaitu sebelum bulan Ramadan atau secara tepatnya 8 Julai.

Menurut Sivamurugan, jika negeri PR masih mahu meneruskan pilihan raya berasingan, ia akan memberi kelebihan kepada Umno dan BN.“Saya melihat ini (pilihan raya berasingan) memberi kelebihan kepada BN dari segi logistik dan jentera pilihan rayanya, tetapi PR juga dilihat belum bersedia melakukan pilihan raya berasingan kerana kosnya agak besar,” katanya. Sinar Harian

Monday, May 14, 2012


Musim melimpahkan peruntukkan pembangunan dan bantuan kepada rakyat telah tiba lagi, peruntukan demi peruntukan diumumkan oleh parti pemerintah.Bukan sedikit tetapi berballion ringgit. Duit siapakah yang digunakan? Jawabnya duit rakyat. Dari sumber mana diperolehi? Jawabnya dari sumber cukai yang dibayar oleh rakyat? Apakah perlunya pembangunan dihadkan hanya pada waktu PRU? Jawabnya sudah menjadi kewajiban sang pemerintah untuk membangunkan negara ini. Sesiapa juga baik BN dan UMNO atau Pakatan Rakyat yang menjadai KERAJAAN, maka tanggungjawab itu tergalas di bahu mereka.

Namun yang peliknya ialah bila peruntukan dan bantuan LUARBIASA yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat hanya menjadi "ANGPAU" ketika PRU. Setakat hari ini, dianggarkan bantuan kepada rakyat secara "cash' telah melebihi 30 billion. Tidak termasuk kepada keluarga FELDA yang menerima anggaran RM 15 ribu ringgit pada satu keluarga, walaupun menurut Rafizi ketua strategi PKR, berdasarkan maklumat pasaran saham dan penyenaraian FELDA di Bursa KL, sepatutnya ketua keluarga dalam FELDA memperolehi antara RM 50 ribu.

Walapun bantuan dan peruntukan berbillion ini dinafikan oleh parti UMNO dan BN sebagai "gula-gula' menjelangnya PRU 13, namun bagi anak-anak muda yang berpendidikan, perkara ini tidak dapat menyanggah tanggapan mereka. Apa yang berlaku sudah menjadi tradisi di negara ini setiap kali PRU atau PRK akan berlaku limpahan peruntukan yang banyak, seakan menjadi PESTA bagai pemimpin kerajaan mengumumkan peruntukan di sana sini. Persoalannya benarkah rakyat yang mendapat manfaatnya?

secara atas kertas, rakyat di sesuatu kawasan akan menerima impak kepada peruntukan itu, misalnya jalan raya yang menelan peruntukan RM 40 juta seperti ayng dimaklumkan oleh TPM di kawasan Kadamaian ketika mengadakan lawatan ke kawasan tersebut. Namun kerana peruntukkan itu diberikan secara mendadak, maka semacam ada pengabaian berlaku di kawasan lain. Banyak peruntukan di musim PRU ini tidak dirancang dalam temph rancangan Malaysia seperti dalam belanjawan negara.


Selalunya selepas PRU, kerajaan akan mengutip kembali "PERBELANJAAN" yang digunakan sewaktu PRU tersebut. Cukai dan harga barang serta pengurangan subsidi dalam beberapa sektor ekonomi akan dilakukan. Diramalkan harga minyak akan naik sekaligus harga barangan akan melonjak. Tarif elektrik, tarif bayaran telefon mudah alih, tarif perkhidmatan, tarif air dan bermacam-macam lain, termasuklah cukai jalan yang dijangka akan mengalami kenaikan.

Yang terbeban ialah rakyat. Rakyat ahnya dapat menikmati kemanisan peruntukan jutaan ringgit dalam temph masa berkempen selepas Parlimen dibubarkan. Purata 30-60 hari selepas itu Rakyat menanggung akibatnya selama 5 tahun. Begitulah gilirannya berlaku. Sekarang inipun, PDRM mempergiatkan aktiviti menyaman kenderaan di bandar dan di pekan-pekan seluruh negara. kata orang kampung mahu meningkatkan kutipan bayaran saman.

Bagi rakyat yang celik ilmu, sewajarnya menceritakan kerasionalan isu ini kepada saudara terdekat supaya, jelas dan tidak terlalu terpesona dengan tradisi politik yang diamalkan oleh rejim tertentu. rasionalkan minda dan fikirlah dengan tenang, ke mana hala tuju negara ini kita bawah 5 - 10 tahun akan datang.








Selalunya

Sunday, May 13, 2012

Seorang Guru yang mengajar di Sk pandasan dalam laman FCBnya memberikan gambaran ringkas tentang lawatan Ketua menteri Sabah datuk Musa Aman ke Kg.Pandasan kota Belud dalam kawasan N6 Tempasuk di mana Datuk Musbah adalah wakil rakyat di kawasan itu. Menurut pandangan guru berkenaan, kehadiran Musa Aman tidak membawa apa-apa makna apabila langsung tidak mengumumkan sebarang peruntukan sama ada peruntukan dari kerajaan ataupun sumbangan peribadinya.

Sebaliknya kata guru berkenaan, bangunan SK Pandasan yang kedua tertua di daerah Kota Belud, bukan sahaja dilihat dengan mata kasar tanpa penglihatan mata hati, malah kedaifan bangunan tersebut terus terbiar. Harapan warga pendidik di sekolah berkenaan untuk mendapatkan sedikit ehsan dari ketua menteri tidak kesampaian.

Walaupun program Yayasan sabah di jalankan di Kg berkenaan, namun  kehadiran YB-YB di kota Belud dalam majlis berkenaan bersama Ketua Menteri dilihat petanda semakin dekat PRU 13. Dianggarkan seramai lebih 2000 orang penduduk kampung menghadiri majlis berkenaan.

Saturday, May 12, 2012





Saya mendapat maklumat peralatan ICT yang dibekalkan kepada Biro ICT pemuda UMNO KOTA BELUD guna untuk menangkis segala propaganda pembangkang menerusi cyber telah di jual untuk mendapatkan keuntungan. Walaupun saya mengenali ketua biro ini iaitu sdr Ramilkan, namun masih belum berpelung mendapatkan penjelasan daripada beliau.

Sumber maklumat ini memberitahu Kelapamawar, bahawa UMNO KB telah menyerahkan sekurang-kurangnya 10 peralatan ICT berupa Lap-Top dan Ipad serta Brodbank kepada pemuda untuk menangkis dan menjawab segala propaganda pembangkang khususnya di Kota belud.

Dalam dunai tanpa sempadan ini, dunia cyber telah mengambil tempat sebagai sumber maklumat pantas masyarakat. Jika benar dakwaan dan maklumat ini, maka satu bentuk penyiasatan dalam harus dilakukan oleh UMNO KB supaya perkara seumpama ini tidak berlaku.

Namun jika perkara ini tidak benar, kelapamawar mengharapkan agar Biro ICT pemuda UMNO KB tampil memberikan penjelasan kepada umum supaya kekalutan dapat dijernihkan semula.

Friday, May 11, 2012



Pertelingkahan dan perebutan tanah di Sabah sama ada antara individu dengan syarikat tertentu sudah sampai ke tahap kronik. Suruhanjaya SUHAKAM dalam satu kenyataan menyebut terdapat 153 kes melibatkan tanah di sabah yang dilaporkan kepada suruhanjaya itu.

Laporan Bernama:

KOTA KINABALU : Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) cawangan Sabah menerima 250 aduan sepanjang tahun lepas dengan majoriti daripadanya berkaitan isu tanah.

Menurut laporan Tahunan Suhakam 2011 yang dikeluarkan di sini, suruhanjaya itu berjaya menyelesaikan 45 kes manakala kes selebihnya masih dalam proses siasatan.

Kes terbanyak yang diadukan kepada Suhakam Sabah ialah hal yang berkaitan tanah iaitu 153 kes, diikuti masalah pekerja migran tanpa dokumen pengenalan diri sebanyak 29 kes, kewarganegaraan 15 kes dan pelbagai kes lain.

Laporan itu menyebut suruhanjaya berkenaan turut menerima empat memoradum sepanjang tempoh itu iaitu berkaitan tanah, bantahan mengenai pemberian geran komunal dan penahanan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA).

Mengenai forum dan latihan terhadap sistem perundangan orang asal/asli (FTILS), suruhanjaya itu menyambut baik peruntukan kerajaan Persekutuan sebanyak RM30 juta kepada Sabah untuk tujuan infrastruktur dan pentadbiran di empat Mahkamah Anak Negeri dan penubuhan Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri. (Bernama)


Ramai penyokong UMNO hari ini membuat pujian kepada parti itu terutama kepada PM Datuk Seri Najib kerana dapat mengadakan perhimpunan raksasa berwarna MERAH malam tadi di stadium Bukit Jalil dan berjaya menghimpunan lebih 60 ribu orang secara aman dan tidak berlaku insiden kekerasan. Itu kredit bagi UMNO dan BN kata mereka, berlainan dengan perhimpunan BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 yang juga berjaya menghimpunan ribuan rakyat.Bezanya perhimpunan BERSIH itu diadakan di jalan raya dan dataran merdeka. banyak insiden keganasan berlaku.

Tapi saya juga terfikir jika Pakatan Rakyat menjadi kerajaan apakah mereka akan masih berarak di jalan raya dan mengadakan demontrasi? Jawapnya tentu tidak lagi. Dan apakah pula UMNO dan BN yang pada waktu itu sebagai "pembangkang' akan pula mengadakan Demontrasi di jalanraya? Atau adakah mereka pula akan TETAP mengadakan perhimpunan di dewan tertutup seperti yang dilakukan semalam?

Banyak jawapan yang boleh diberikan, tetapi saya percaya sesiapa juga dan parti-parti mana juga yang menjadi kerajaan akan nampak lebih "BERSOPAN" dari sebelumnya. Dan mana-mana parti yang berstatus "pembangkang' akan juga melakukan benda yang saya yakni menunjukkan Protes dan kemungkinan besar dilakukan di jalanraya dan premis kerajaan.

Jadi yang demikian mengapakah minda kita tertutup kononnya, hanya UMNO dan BN yang menjadi parti bersopan santun di negara ini? Mengapakah juga kita memikirkan bahawa Pakatan rakyat adalah Pakatan pembangkang yang tidak bertamadun seperti yang di dakwa oleh PM datuk Seri najib semalam?

Sebagai golongan yang tidak memihak mana-mana parti baik parti pemerintah dan parti pembantah, saya melihat kedua-dua senarion perhimpunan UMNO  semalam dan Bersih beberapa hari lepas berisiko tidak menjadi panduan kepada pengundi dalam memilih pemimpin pada PRU 13 nanti. Dalam politik semangat dan motivasi harus selalu dipupuk supaya perjuangan dapat direalisasikan.

Selepas lautan manusia berwarna Kuning membanjiri dataran Merdeka dan di beberapa tempat seluruh negara dua minggu lepas, hari ini satu lagi lautan manusia berwarna "merah' memenuhi stadium Bukit Jalil sempena ulangtahun UMNO yang ke -66.Jika diibaratkan UMNO itu Manusia, dengan umur 66 tahun rasanya sudah 6 tahun berpencen. Biasanya orang yang berpencen akan duduk diam di rumah, mengimbau kegemilangan lampaunya sewaktu masih muda dan bertenaga. Tentu pada benaknya, sudah banyak jasa yang dicurahkan kepada negara.

Sindrom baju berwarna mula mewarnai iklim politik di negara ini. Mungkin kerana pengaruh negara jiran Thailand yang setiap kali mengalami perubahan kepimpinan, biasanya rakyat akan memakai baju warna tertentu menyatakan sokongan atau bantahan.

sempena ulang tahun UMNO, penyokong UMNO memakai baju MERAH sebagai tanda sokongan kepada parti dan kepada PM Datuk seri Najib Tun Razak. Antara KUNING dan MERAH kedua-duanya adalah warna jalunbg gemilang. Ertinya kedua-dua perhimpunan itu tujuan asalnya untuk keamanan dan kesejahteraan Malaysia yang tercinta.

UMNO mahukan kesinambungan kepimpinan supaya pembangunan dapat diteruskan, walaupun ia memberi gambaran seolah-olahnya hanya UMNO yang boleh berbuat demikian. KUNING pula mahukan ketelusan dalam sistem pemilihan kepimpinan negara, supaya demokrasi tumbuh subur di negara ini.

Antara MERAH dan KUNING mana pilihan anda?

Wednesday, May 9, 2012



Cerita lawatan TPM Tan sri Muhiyddin Yassin di Kota Belud beberapa minggu lepas tidak pernah dilupakan oleh masyarakat Kota Belud. Di kalangan pemerhati politik, kehadiran TPm di bumi kota belud sangat-sangat unik untuk diceritakan. Beberapa adegan yang melingkari lawatan TPM itu masih segar di ingatan penulis.

Adegan Pertama:

Sebelum lawatan TPM, Isu kebersihan Pasar Besar Kota Belud telahpun diwar-warkan dalam dunia blog dan fcb ekoran daripada keadaan pasar berkenaan yang kotor dengan Najib burung. Hal ini juga pernah dimaklumkan kepada MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan terutama apabila beberapa pemimpin pembangkang membangkitkan isu tersebut. TIDAK ADA TINDAKAN YANG DIAMBIL. MDKB juga langsung tidak membuat tindakan susulan.

Yang peliknya sehari sebelum TPM turun ke Kota Belud dan akan dijadualkan mengunjungi sebuah Restoran di pekan itu, seperti yang biasa dilakukan oleh PM Datuk Seri Najib, Pasar Besar Pekan Kota belud 'diserang' oleh hampir 10 orang pekerja mengecat bangunan pasar besar tersebut. dari Pagi hingga ke petang, kerana besoknya TPM akan minum di Restoran kota Raya berdekatan dengan Pasar besar tersebut.

Begitulah cara kerja pemimpin-pemimpin kita di Kota Belud. "Last minute" kata orang putih. Lucu kerana orang yang tidak sempat turun pada hari bangunan Pasar Besar itu dicat, tentunya terkejut keesokan harinya melihat bangunan itu bersinar dengan cat baru persis cerita ALADDIN DENGAN LAMPU AJABINYA.

Adegan kedua:

Ketibaan TPM ke Kota belud dibawa ke kawasan Kadamaian, kerana di kawasan itu tidak banyak 'kerosakan' yang boleh ditunjukkan. Kawasan yang lebih maju dari kawasan lain di kota belud. Namun yang lucunya bila Muhiyuddin minum di restoran Kota raya, tidak ada pula kehadiran rakyat bersama. hanya orang-orang kanan dan pemimpin politik di Kota Belud yang 'menunjukkan' kebaikan mereka. TPM tentu hairan kerana mana sudah rakyat Kota belud ini, tak kan tak sedar dengan kedatangan TPM orang nombor dua selepas Perdana menteri .

Seorang AJK UMNO Bahagian Kota belud melahirkan rasa kecewa kerana, sambutan rakyat kepada TPM sangat-sangat menghampakan.Hanya orang-orang tertentu yang katanya berpeluang untuk bergambar dan menemui TPM. Pemimpin bukan untuk rakyat agaknya tetapi untuk orang tertentu.

Adegan ketiga:

Seorang belia yang sempat menceritakan bagaimana insiden isteri TPM yang ingin membeli kuih Pinjaram, menghulurkan wang note RM 50. Penjual tersebut kata, dia tidak ada wang kecil. isteri TPM menyimpan balik duit Rm 50 itu. kata belia itu lagi, kenapalah tak bagi sahaja 50 tu, bukannya pun banyak.


Adegan lain akan menyusul, nantikan!!!




Berikut Beberapa klip Video perhimpunan Bersih 3.0 di Kota Kinabalu, Sabah.





Projek bekalan air bersih di Kota Belud yang sudah dimulakan 5 bulan lepas sedang rancak dijalankan. Hampir ke seluruh pelosok perkampungan, jentera pengorek dan kontraktor dilantik sibuk menjalankan kerja-kerja penyambungan dan penanaman batang paip. "korek dan Tanam" itu "prinsip' kerja kontraktor berkenaan. Perkembangan ini sangat positif kerana setelah hampir  30 tahun masyarakat Kota Belud dibelenggu masalah bekalan air bersih, nampak gayanya masalah itu akan dapat diatasi tidak lama lagi.

Namun yang merunsingkan kita ialah pendedahan yang dibuat oleh seorang Blogger kota Belud dalam blognya yang mendakwa, batang-batang paip yang dipasang itu menyebabkan penyakit kronik pada jangka panjang kerana dibuat daripada bahan Asbestos yang di dakwa oleh blogger ini sangat merbahaya dan telapun diharamkan di beberapa negara.

Ikuti pendedahan blogger ini :

Pemasangan paip air yang sedang rancak di buat di sekitar Kota Belud. Rasa suka dan gembira memang tak terkata, namun setelah beberapa hari memandang batang-batang paip tersebut rupanya adalah seperti paip asbestos. Kalaulah anggapan saya ini benar maka penduduk di sini akan berhadapan dengan bahaya.







                                                             Batang Paip Asbestos






Pekerja Sedang Memasang Batang Paip




Kerja Pemasangan Di Sepanjang Jalan Kg Tamau


Apa yang saya tahu bahawa paip tersebut sebenarnya tidak selamat digunakan. Pengguna air daripada paip asbestos mengakibatkan pengguna keracunan. Menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menganggarkan bahawa 100,000 pekerja mati setiap tahun akibat penyakit berkaitan asbestos. Manakala beribu lagi terkorban daripada pendedahan dalam alam sekitar.


Paip asbestos banyak digunakan sebagai atap rumah, dinding, siling, jubin lantai, dan brek kenderaan. Asbestos satu ketika dulu dianggap sebagai bahan bangunan yang utama tetapi kini dikenali sebagai salah satu pembunuh di tempat kerja yang terbesar


Bahaya asbestos telah di ketahui banyak Negara di dunia, tetapi nampaknya kerajaan Kita tidak peka terhadap bahaya kepada rakyatnya sendiri. Terdapat 54 buah negara di seluruh dunia telah mengenakan pengharaman, menghadkan atau mengecualikan untuk penggunaan kecil asbestos. Di Malaysia, hanya crocidolite (asbestos biru) dilarang tetapi penggunaan chrysotile (asbestos putih), amosite (asbestos perang), tremolite, anthophyllite dan actinolite dibenarkan. Ini bermakna rakyat masih terdedah kepada bahaya penyakit yang berpunca daripada asbestos.


Oleh itu, boleh jadi bekal pengguna aip paip di kawasan Kota Belud ini akan menghadapi bencana penyakit kronik tidak dalam 5 tahun tetapi 10 atau 30 tahun kemudian……. Saya, keluarga dan masyarakad di sini akan berisiko mengalami keracunan, kanser paru-paru, asbestosis, mesothelioma dan kematian kerana penyakit berpunca daripada batang paip tersebut.


Tuesday, May 8, 2012



Di Sabah isu paling besar dan utama yang akan menjadi 'penentu' sokongan rakyat Sabah kepada parti UMNO dan BN ialah isu penubuhan Suruhanjaya Diraja mengenai Pendatang Tanpa Izin.Isu lama ini sangat penting baqgi rakyat Sabah. Kebanjiran PATI di Sabah sudah sampai tahap kronik.Menurut sumber media Datu Seri Nazri Azizi dalam satu kenyataannya di Dewan Negara menyatakan bahawa kerajaan telahpun bersetuju untuk penubuhan RCI pada Februari tahun ini lagi. Namun hingga sekarang tidak ada pun tanda-tanda kerajaan akan mengumumkan penubuhan RCI itu. Mengapa? adakah kerajaan Pusat ikhlas mengenai perkara ini? BAGAIAMANA dengan RAKYAT SABAH YANG DIKATAKAN SUDAH MULA MUAK DAN MARAH?



Rakyat Sabah marah dengan sikap ‘acuh tak acuh’ pemimpin-pemimpin Kerajaan Persekutuan menangani isu pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri itu.

Pengerusi Parti Reformasi Negeri (Star) Sabah, Dr Jeffrey Kitingan berkata kalau betul sudah setuju kenapakah Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan timbalannya (Tan Sri Muhyiddin Yassin) teragak-agak untuk mengumumkannya ketika mereka berada di Sabah baru-baru ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Dewan

Negara semalam bahawa kerajaan Persekutuan bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah PATI di negeri itu sejak 8 Februari lalu.

“Kalau mereka sudah bersetuju sejak Februari lagi kenapa begitu lambat umumkannya? Mana garis panduannya (TOR), siapa ahli-ahli RCI itu dan bila mereka akan memulakan kerja mereka menyiasat hal ini dan juga pemberian MyKad kepada para pendatang ini,” soal beliau ketika ditemui FMT di sini hari ini.

“Soalan-soalan ini mesti dijawab, mereka mestilah lebih spesifik dan jika Kerajaan Persekutuan jujur sepatutnya ada pengumuman awam dibuat dan penyiasatan RCI mesti memberikan jawaban dan penjelasan sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).

“Jika tidak, mereka tidaklah jujur dan orang akan cakap mereka mahu sembunyi sesuatu untuk digunakan dalam PRU13 nanti. Ada khabar angin dan laporan baru-baru ini bahawa ada lagi MyKad diberikan kepada para pendatang di Sabah.

“Kenapa kerajaan teruskan Projek IC ini jika mereka prihatin terhadap keselamatan negara dan kebimbangan rakyat Sabah terhadap pengambilalihan Sabah oleh orang asing?,” tanya beliau.

Sementara itu timbalannya Daniel John Jambun yang juga pengerusi Common Interest Group Malaysia (CigMa) menyifatkan pengumuman itu sebagai ‘seperti melepaskan batuk di tangga’ dan tidak jujur.Siasat dari segala sudut

“Kalau RCI betul-betul ditubuhkan untuk menyiasat hal ini, mereka mestilah menyiasat dari segala sudut dan membongkar siapakah dalang-dalang di sebalik kebanjiran pendatang Filipina dan Indonesia di sini,” katanya.

Semalam di Dewan Negara, Nazri juga berkata kerajaan sudah memulakan proses bagi menyediakan TOR suruhanjaya siasatan tersebut bagi memastikan semua masalah berkaitan PATI di Sabah ini dapat diselesaikan secara komprehensif.

“Terma-terma rujukan suruhanjaya itu perlulah menyeluruh dan tidak hanya terhad kepada aspek siasatan,” katanya ketika menjawab soalan Senator Paul Kong Sing Chu (BN-MCA) dari Sabah yang ingin tahu status terkini RCI.

Nazri dalam jawapannya berkata RCI itu juga meliputi aspek keselamatan, sosial, ekonomi dan alam sekitar. Katanya, ini bagi membolehkan suruhanjaya mengemukakan cadangan penyelesaian yang berkekalan.

Katanya lagi, kerajaan Persekutuan akan mendapatkan maklum balas dan pandangan daripada kerajaan negeri Sabah dan pihak-pihak yang berkenaan.



Awang Laiman lebih suka menjadi hero di tempat lain dari menjadi wira di tempat sendiri.


Saya tidak tahu, apa formula yang dipakai oleh partio-parti pembangkang di Kota Belud. Kokok saja kuat tetapi langsung tidak konsisten.Pada hemat saya Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR dan PAS yang bakal menurunkan calon mereka pada PRU 13 nanti, hanya sekadar melepas batuk ditangga. Tidak punya agenda membela masyaraklat Kota Belud.Kalau perkataan ini saya luahkan di hadapan pemimpin Pakatan di Kota Belud baik dari PAS atau PKR, tentu mereka marah kepada kelapamawar.Mereka tentu beranggapan kelapamawar pula sudah dibeli oleh pemimpin BN. tetapi tugas dan amanah dalam cyber ini, saya tunaikan dengan membuat teguran semaksimum yang mungkin. 



Musli oli lebih suka mendampingi   pemimpin pembangkang daripada mendekati masalah rakyat di kota belud

Mengapa saya beranggapan yang demikian? Kerana setakat hari ini belum adala pemimpin Pakatan rakyat baik dari PAS dan PKR yang benar-benar menjiwai setiap denyut nadi rakyat di Kota Belud. Pelbagai masalah rakyat yang bertimbun-timbun yang perlukan perhatian dan pembelaan langsung tidak mendapat tempat dalam perancangan politik pemimpin politik dari Pakatan ini.

Pemimpin PAS di Kota Belud, langsung tidak agresif membela beberapa isu besar yang melibatkan kepentingan awam di daerah ini. dalam blog rasmi parti PAS Kota Belud, hanya terdapat iklan dan pemberitahuan tentang aktiviti rasmi parti itu melibatkan ceramah umum dan kehadiran pimpinan PAS pusat di daerah Kota belud, selain itu masyarakat Kota belud tidak berpeluang langsung melihat beberapa masalah lampau melanda daerah ini diketengahkan baik dalam blog rasmi PAS apatah lagi di dada-dada akhbar Harakah lidah rasmi parti bertunjangkan Islam itu.

Dalam tulisan blogger Muraikb, bukan sahaja mempertikaikan kredibiliti Sdr Awang Laiman selaku ketua setiausaha Penerangan PAS negeri yang masih 'membisu' seribu bahasa tentang isu kelewatan Sk Tamau,walhal kediaman dan tempat dimana  beberapa program PAS Kota belud diadakan tidak sampai 1 km dari Bangunan SK Tamau. Selaku anak jati Kg Tamau, Awang Laiman juga lebih suka menjadi hero di perkampungan lain daripada menjadi wira di tempat sendiri.

Parti PKR pula hampir sama dengan PAS di Kota Belud. Musli Oli yang suatu ketika dulu sewaktu aktif dalam PERKASA pernah menawarkan khidmat guaman kepada beberapa penduduk di Kg Labuan yang dikatakan 'terindas' sewaktu pengambilan tanah mereka berikutan pembinaan jalan raya bypass Kudat-Kota Belud, waktu itu Musli Oli masih dalam UMNO. Sekarang bila  berada dalam PKR, Musli Oli seolah-olah tertutup mulutnya, kes rampasan tanah adat di Kg Taburan, kes empangan Tambotuan, kes kesesakan jalanraya di pekan Kota Belud, kebersihan dan kes berkeliaran lembu dan anjing liar,langsung tidak dapat mengetuk pintu hati Musli Oli untuk memperjuangkan isu ini bersama Sdr Saidil Simon, meskipun mereka sedar isu ini melibatkan kepentingan awam. Malah ucapan Musli Oli di Kg Rosok hanya menceritakan kelemahan UMNO secara global. Sedang kelemahan UMNO di depan mata tidak disentuh.

Jika beginilah pimpinan Pembangkang di Kota Belud, saya rasa masyarakat kota Belud perlu 10 hingga 20 tahun lagi untuk menunggu bagi kelahiran pemimpin yang menjadi "despardo" di pekan ini. Benar-benar lahir sebagai pejuang. Dan saya tidak heran jika pada PRU 134 nanti, masyarakat Kota belud menolak secara total kehadiran pemimpin pembangkang yang bermusim ini.

Monday, May 7, 2012



Kenyataan Tun Mahathir bahawa di negara ini tidak pernah berlaku penipuan dalam proses pilihanraya, agak tidak tepat kerana dalam sejarah ada sudah beberapa kes yang dibawa ke mahkamah kerana wujud keraguan dalam proses pilihanraya yang berlangsung. Di Sabah, mantan ketua menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee adalah antara yang dilucutkan kemenangannya di Likas kerana wujud masalah pengundi hantu.Apakah itu bukan satu penipuan? Bagaimana dengan pemberian wang ketika masa berkempen? apakah itu juga bukan penipuan?

“Kalau benarlah ada penipuan, kenapa setiap kali diadakan pilihan raya ramai calon lawan dapat kemenangan besar? Tak pernah berlaku pula, kerajaan (Barisan Nasional) dapat semua undi, sebaliknya ada yang hanya menang tipis,”.
“Kalau ada penipuan, maknanya bodoh sungguhlah kerajaan BN nak tipu pun tak pandai,” – Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu di Kuala Terangganu pada Khamis.
Bekas Perdana Menteri Malaysia itu berkata, dakwaan kononnya berlaku penipuan dalam proses pilihan raya di Malaysia, sehingga mengundang bantahan daripada pembangkang sama sekali tidak wujud.
Pendedahan Tun Dr. Mahathir itu mendapat sokongan kuat daripada Gabungan Anak-anak Peribumi Pedalaman Sabah (Peribumi), yang berkata dakwaan pembangkang itu semata-mata untuk merayu simpati daripada rakyat.
“Proses kiraan dilakukan di pusat mengundi yang turut disaksikan oleh wakil parti masing-masing, bagaimana boleh tipu,” Peribumi memberitahu dalam satu kenyataan di Keningau.
Ketika berucap pada program Bicara Negarawan bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad bertajuk “Cabaran Umat Islam Masakini; Persepsi dan Realiti di Terangganu, Tun Dr. Mahathir berkata;
“Rakyat di Negara ini perlu lebih rasional agar tidak terus diperbodohkan dan diperalatkan oleh pemimpin pembangkang yang tergamak menghalalkan demonstrasi ganas demi kepentingan dan cita-cita mereka untuk merebut kuasa’.
Katanya jika rakyat terus menerus terpedaya dengan usaha pembangkang itu, beliau menjelaskan mereka (rakyat) sebenarnya turut sama bersubahat kerana perbuatan sedemikian bercanggah dengan ajaran agama. “saya harap rakyat tidak mudah diperalatkan oleh orang lain,” katanya dan menekankan perbuatan keji seperti rusuhan bercanggah dengan ajaran agama

PILIHANRAYA umum dijangka mungkin berlaku seawal Julai depan sebelum bulan Ramadhan kerana Bersih 3.0 tidak memberikan kesan terhadap sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN), demikian menurut sumber BN.

The Malaysian Insider difahamkan pilihanraya tidak akan dilaksanakan pada Jun ini kerana Datuk Seri Najib Razak akan bercuti ke luar negara selama dua minggu bermula pertengahan Mei, walaupun beliau akan menghadiri perjumpaan 'Rakan BN' di London pada 14 Mei.
"Selepas sambutan ulang tahun Umno pada 11 Mei, Perdana Menteri akan menghadiri satu majlis di London, majlis graduasi anak lelaki beliau sebelum ke Sepanyol untuk bercuti," jelas sumber kepada The Malaysian Insider.

"Berkemungkinan pilihan raya tidak akan berlaku dalam bulan Jun. Julai seperti sangat sesuai memandangkan kebanyakan pemimpin BN sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya, katanya dan menambah, ia mungkin dilaksanakan sebelum 19 Julai memandangkan bulan puasa dijangka akan bermula. Lebih 60 peratus rakyat Malaysia beragama Islam dan berehat daripada aktiviti politik ketika bulan puasa.

Sumber lain menjelaskan Pengerusi BN itu telah mula mendapatkan sokongan daripada rakan-rakan dan penyokongnya di seluruh negara, dengan lawatan terbaru beliau ke Gua Musang Jumaat lalu yang mana telah mengenepikan dakwaan piihan raya akan dilanjutkan ekoran insiden keganasan Bersih 3.0.

Malah beliau menegaskan hanya rakyat yang akan menentukan tarikh sebenar pilihan raya. Beberapa laporan media antarabangsa menjangkakan Najib akan menangguhkan pilihan raya umum ke-13 selepas insiden Sabtu lalu.

Namun Perdana Menteri itu, ketika menjawab soalan pemberita di sini, tersenyum apabila diajukan persoalan tersebut dan menjelaskan "tarikh pilihan raya tidak akan tergugat dengan perkara itu."

"Ia terpulang kepada rakyat. Kita akan membuat keputusan berdasarkan pandangan rakyat terhadap kerajaan, tunggu sahaja," kata Najib.

Sumber itu turut menjelaskan Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah melawat ke semua negeri sejak beberapa bulan lalu bersama dengan ketua BN Sarawak minggu lepas dan timbalannya di Sabah pada hujung minggu lalu.

"Mereka yakin dan BN negeri turut yakin. Pilihanraya semakin hampir," kata sumber tersebut.

Beliau menjelaskan perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 yang dijalankan serentak di 11 negeri dan 80 negara di seluruh dunia hanya menguatkan lagi sokongan pengundi untuk menghadapi pilihanraya.

"BN masih kuat. Bersih hanya memberikan kesan yang minimum kerana ia dirosakkan oleh PKR dan keganasan sewaktu protes tersebut telah mengubah pendirian pengundi atas pagar," tambah sumber.

Rating Najib telah meningkat mendadak kepada 69 peratus dalam kaji selidik terbaru telah mewujudkan spekulasi pilihanraya bakal dijalankan pada Jun depan, walaupun penggal BN memerintah masih lagi berbaki hingga Mac tahun depan.

Pakatan kerajaan tersebut menguasai 138 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat dan menguasai kesemua negeri kecuali empat diperintah Pakatan Rakyat (PR).

Pilihanraya seterusnya bakal menyaksikan lebih 2.2 juta pengundi baru, yang telah mendaftar antara pilihan raya sebelumnya pada 2008 dan penghujung tahun lalu. Hampir 60 peratus pengundi baru berbangsa Melayu, bangsa dominan di negara ini.

Statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan jumlah pertambahan pengundi tertinggi adalah Selangor dengan 165,222 individu, diikuti Johor (124,240), Perak (96,710), Sabah (86,927), Kedah (84,704), Kelantan (69,344), Penang (64,029), Sarawak (63,305), Kuala Lumpur (61,040), Pahang (59,639), Terengganu (45,190), Negeri Sembilan (42,009), Melaka (31,827), Perlis (9,881), Labuan (2,863) dan Putrajaya (1,920).

Bersih, pertubuhan dengan 84 gabungan NGO. telah menolak daftar pemilih SPR dan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih ketika perhimpunan mereka sejak 2007, dan terbaru pada 28 April lalu, yang menyaksikan ribuan masyarakat turun ke jalanan untuk mengadakan tunjuk perasaan aman duduk bantah.

Perhimpunan itu bagaimanapun bertukar ganas setelah perusuh mula meruntuhkan penghadang yang didirikan bagi mengelakkan mereka memasuki kawasan Dataran Merdeka.

Pentadbiran Najib telah melaksanakan tuntutan Bersih 2.0 pada Julai lalu apabila membentuk pasukan khas pilihan Parlimen (PSC) berkaitan pilihan raya, namun Bersih tetap berkeras daftar pemilioh SPR masih lagi tidak bersih sepenuhnya.

Sunday, May 6, 2012



Keupayaan pihak pembangkang di Kota Belud pada PRU 13, seharusnya tidak dipandang remeh oleh UMNO dan BN. Tradisinya hanya dua parti dalam BN yang akan bertanding di 3 kawasan DUN di Kota Belud iaitu DUN N8 Usukan- UMNO, DUN N6 Tempasuk- UMNO, DUN N7 Kadamaian- PBS dan Parlimen P169 Kota Belud- UMNO.Manakala di pihak Pembangkang, pada PRU 13 ini, dijangka selain daripada Pakatan Rakyat, ada besar kemungkinan parti STAR dan parti pembangkang lain juga akan bertanding, bergantung kepada keputusan akhir perundingan antara Pakatan Rakyat ( PKR,PAS,DAP) dengan parti-parti pembangkang Tempatan.



DUN Usukan menyaksikan pada 99% calon UMNO adalah Datuk Salleh Tun Said. Ini memberi makna Datuk Japlin Akim digugurkan. Namun begitu percaturan akhir Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman akan menjadi penentunya. Setakat ini nama Datuk Salleh disebut-sebut sebagai calon Pilihan. Di DUN Tempasuk, nama Datuk Musbah masih dicalonkan oleh UMNO Kota Belud. Ini juga tidak menentukan Datuk Musbah akan terpilih menjadi calon. TETAPI jika bersandarkan kepada keupayaan dan kehendak rakyat Tempasuk, saya mempunyai keyakinan 90%, Datuk Musbah akan dicalonkan semula. Dun Kadamaian, secara tradisinya adalah kawasan KDM, kawasan ini adalah kubu kuat PBS sama ada parti itu berada di Luar BN ataupun dalam BN. Justeru kawasan ini pada PRU 13, akan tetap ditandingi oleh PBS. Cumanya ada kemungkinan PBS akan 'merehatkan' Datuk Herbert Timbun Lagadan, berdasarkan  rekod prestasi wakil rakyat tersebut, termasuk kes pemecatan ketua-ketua kampung ekoran krisis pembinaan Empangan Tambotuan. Dalam hal ini Datuk Pairin kitingan sewajarnya memikirkan perkara ini jika mahu terus menguasai kawasan Kadamaian.Kesilapan memilih calon di Kadamaian, boleh mencetuskan gelombang perubahan.

Secara logik dan atas kertas, saya mempunyai keyakinan antara 70-80%, kesemua kawasan di Kota Belud akan TETAP dikuasai oleh UMNO dan BN. Manakala peratusan 30-20% berkemungkinan salah satu DUN akan jatuh ke tangan Pembangkang dan kawasan Parlimen Kota Belud sekarang berada pada kedudukan PANAS, iaitu 50-50.Saya akan memberikan sebab kepada ramalan keadaan ini.

Kekuatan dan keupayaan pembangkang di Kota belud bergantung sepenuhnya kepada persefahaman antara mereka. di Pihak Pakatan Rakyat, saya menjangkakan hanya dua parti yang akan menurunkan calonnya pada PRU 13 ini iaitu parti PKR dan parti PAS. DAP setakat ini tidak menunjukkan MINAT di Kota Belud, walaupun cuba untuk menjadi HERO dalam kes pembinaan Empangan Tambotuan.

PKR,PAS dan STAR serta parti pembangkang tempatan lain, sewajarnya DUDUK SEMEJA membincangkan pembahagian kerusi di kalangan mereka jika benar-benar mahu "Menghalau" BN dan UMNO di bumi Kota Belud. Mencari titik pertemuan dan kesepakatan inilah yang paling sukar dibuat tetapi menjadi senjata paling berkesan untuk menawan beberapa kawasan di Kota Belud. Jika GAGAL, pihak pembangkang harus melupakan hasrat dan niat itu, kerana situasi SATU LAWAN SATU akan tidak dapat diwujudkan. Ini memberi "advantage" kepada UMNO dan BN.

Setakat ini PAS diwar-warkan akan bertanding di DUN Tempasuk. Ini bermakna sekutu PAS iaitu PKR tidak akan menurunkan wiranya di kawasan ini. Saya selalu berhujah bahawa percaturan PAS bertanding di Tempasuk bukanlah satu startegi yang berkesan. Jika PAS menurunkan Ustaz Awang Laiman Ikin iaitu setiausaha Penerangan PAS Sabah, sekalipun tidak akan dapat menudukkan keampuhan Datuk Musbah. Pada PRU 2008, Awang Laiman yang ketika itu sebagai calon PKR memperolehi 4109 dengan pencapaian MENANG di kesemua peti Undi suku Iranun KECUALI di Kota Peladok.Jika bersandarkan kepada rekod PRU 2008, Awang Laiman mempunyai penyokong dari suku Iranun, sedikit bajau dan dusun dengan SYARAT ,Awang Laiman bertanding atas tiket PKR. Jika atas tiket PAS, saya menjangkakan pencapaian 2008 itu tidak akan dapat diperolehi semula. Ini bersandarkan banyak faktor seperti, sentimen agama dan suku serta Kehadiran calon lain dari parti STAR dan seumpamanya termasuk calon BEBAS.

Di Dun N8 Usukan, saya merasakan adalah kawasan yang paling sesuai bagi parti PAS untuk menurunkan calonnya. Faktor dan sentimen agama mungkin tidak wujud di kawasan ini kerana majoritinya adalah Bajau-Iranun yang beragama Islam. Pada PRU 2008, calon PKR ,Mohd Shukor Abd. Mumin memperolehi undi 3941.Sebagai rekod calon PAS juga pernah diturunkan di Usukan pada PRU 2004 iaitu Hj. Norbin Aloh tetapi hilang wang deposit.Calon BEBAS Dr Saijan Samit memperolehi undi  4215.

Jika calon PKR diletakkan di Tempasuk dan Usukan, saya menjangkakan persaingan sengit akan berlaku. jika percaturan SATU LAWAN SATU berlaku, saya meramalkan, bahawa sama ada DUN TEMPASUK atau DUN USUKAN akan dapat dikuasai oleh pembangkang. Namun peratusan 70-80% adalah kawasan DUN TEMPASUK.

Manakala di DUN KADAMAIAN, saya lebih senang jika kawasan itu diberikan kepada pembangkang parti tempatan terutama STAR. bagi pengamatan saya kawasan Kadamaian masih terlalu awal menerima kehadiran  parti Malaya terutama PKR dan DAP. Jika calon STAR kena pada tempatnya, kawasan ini boleh menyaksikan penuruan sokongan kepada PBS.

Kawasan parlimen P169 Kota Belud pada saya lebih sesuai jika Parti PKR menurunkan calonnya. Pada PRU 2008, Saidil Simon  (PKR) memperolehi undi 14 822.Ini dijangka akan meningkat jika UMNO masih menurunkan Datuk Rahman Dahlan sekali lagi. Namun jika calon anak tempatan, saya meramalkan kawasan parlimen ini akan terus dikuasai oleh UMNO.






Ketua menteri Sabah, Datuk Musa Aman mengumumkan berita baik bagi seluruh petugas awam di Sabah apabila kerajaan negeri bersetuju memberikan kenaikan gaji selaras dengan sistem SSM (baru) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib penghujung Mac lalu.

Beliau berkata kerajaan negeri bersetuju dengan kenaikan itu melibatkan 17,151 petugas awam negeri berdasarkan Skim Saraan Malaysia (SSM) baru berkuatkuasa 1 Jan. 

“Implikasi terhadap kewangan negeri ialah RM61,393,936 setahun. Kami berharap dapat membuat pembayaran itu dalam bulan ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet negeri di sini. 

Musa, yang juga Menteri Kewangan Negeri berkata petugas tetap, kontrak dan sementara layak mendapat kenaikan gaji itu. 

Beliau berkata kerajaan negeri juga bersetuju untuk melanjutkan umur persaraan dari 58 ke 60 tahun mulai 1 Jan.