Thursday, February 4, 2010




Mungkin antara kesilapan besar pimpinan USNO ketika mengizinkan parti itu ‘dikorbankan’ untuk memberi laluan kepada parti UMNO, ialah kegagalan “mengrekrut” penyokongnya supaya memberikan tumpah taat setia kepada parti UMNO yang baru dilahirkan itu. Sehingga ketika membayangkan kemasukan UMNO dan Pembubaran USNO, TUN Mustapha ketika itu menyifatkan bahawa berlaku satu perpindahan dari “perahu kecil kepada kapal besar”.Satu bayangan bahawa, pengikut USNO akan menerima perjuangan baru sebagai landasan kepada penuntutan hak dan outonomi politik di negeri Sabah. Akhirnya setelah UMNO ‘hidup’ di Sabah,maka sudah kedengaran beberapa pemimpin USNO gagal mengikuti pelayaran kapal UMNO itu. Rakyat dan penyokong tegar USNO masih bergelimpangan dalam medan tempur politik di Sabah.Dan itu juga berlaku di daerah Kota Belud. Darah pejuang USNO masih segar dan harum meskipun parti itu sudah menjalani upacara pengorbanan yang sangat menyayat hati.


Menyedari hakikat bahawa sokongan ke atas UMNO KB mula menurun ekoran daripada beberapa insiden pemimpin bahagian ini yang susah dikemudikan rakyat, maka PKR Kota Belud mengambil jalan lurus untuk mengintai kembali sokongan pengundi yang beraliran fahaman politik USNO di daerah ini.bahkan pimpinan PKR kota Belud, jelas merasakan bahawa sokongan yang diperolehi ketika PRU12 yang lepas adalah datangnya dari pengundi USNO yang menunjukkan protes kepada UMNO, selain daripada beberapa factor yang masih menjadi ‘rahsia’ PKR kota Belud.



Datuk Musbah sudah terlalu sibuk dengan Jelapang Padi, sehingga melupakan bahawa musuh sudah semakin dekat.


Strategi PKR Kota Belud ini, harus segera dirumus oleh pimpinan UMNO Bahagian, kerana jika tidak harus akan berlaku sekali lagi isu penurunan undi ke atas calon UMNO KB pada PRU 13 akan datang. Ketegasan PKR untuk menawan dua kerusi DUN di Kota Belud, bukan sesuatu yang perlu di pandang ringan. Sekarang inipun sudah ada gerakan mendekati masyarakat kampung sekitar DUN TEMPASUK dan DUN USUKAN. Malahan gerakan itu termasuk meninjau kekuatan parti UMNO di beberapa kampung terbabit sehingga ada ahli dan pemimpin PKR yang telah mula mencatat senarai permasalahan rakyat atau masyarakat di kampung itu.

Datuk Japlin juga akan ditentang habis-habisan oleh PKR di Dun Usukan.


Walaupun penasihat umum PKR DSAI tengah bergelomang dengan kes Liwatnya siri ke dua, namun bagi pemimpin PKR Kota Belud dan konco-konconya, ia langsung tidak mematikan hasrat mereka untuk menawan dua DUN itu, termasuk berusaha menurunkan majority peringkat Parlimen KB.Sama ada kita berkeyakinan PKR Kota Belud akan Berjaya atau tidak, adalah tidak penting kerana jangan di sangka air yang tenang tiada buaya. Bukankah sungai di Kg. Merabau telah menggemparkan penduduk dengan penemuan seekor Buaya..setelah sekian lama hanya tinggal sebagai cerita dongeng.




11 ulasan :

palingberani said...

Salam KM..

biarpun PKR berupaya menghidupkan semangat USNO namun, ia tidakakan menjadi jaminan kepada parti itu untuk merampas Dua DUN seperti yg KM katakan itu.

Saya juga ada mendapat khabar bahawa PKR sekarang sudah membuka pejabat perhubungan mereka.

Pada PRU 12 yg lepas PKR juga menghambur wang yang banyak, namun masih tidak berjaya. Mana lawan dengan pemimpin UMNO yg kaya raya dan mempunyai aset yang banyak.

Saya tetap yakin, PKR tiak akan dapatmenawan DUN TEMPASUK dan USUKAN.

Pendekar Tua said...

Salam perjuangan KM..

Saya menjadi pengunjung setia kepada blog KM ini, bukan kerana apa, tetapi kerana penulisan sdri yang nampak bersahaja tetapi mempunyai persepsi yang berlainan dari orang lain. Hinggakan sdri boleh mengaitkan USNO dengan PKR di KB..

Dalam isu ini, memang kita akui bahawa ramai penyokong USNO yang masih memerlukan sokongan daripada UMNO, tetapi kerana bilangan itu tidak menyeralah maka ia dilupakan.

mana sudah datuk Askalani, Dayang Mahani dan beberapa orang lagi yang hilang dalam cerita politik di Sabah...?

Sebab itulah gerakan utk mendaftarkan kembali USNo tidak diluluskan kerana dikhuatiri akan memecahkan undi bumiputera islam terhadap UMNO.

Unknown said...

salam KM,

pandangan orang tua: Pada hemat saya PRU13, sungguhpun merupakan pertembungan falsafah perjuangan antara BN dan PKR dan parti-parti lain seperti PAS dan SAPP, namun saya ramalkan "pengaruh" peribadi calon-calon akan memainkan peranan besar kali ini.

Kata-kata seperti letak "tunggul kayu pun menang" jika mewakili parti-parti politik tertentu sudah berakhir. Rakyat sudah terlalu bijak membuat penilaian. Mereka tidak mudah dipengaruhi kempen, wang ringgit, provokasi, psy war, dan bermacam-macam teknik perang saraf! Mereka mempunyai "value judgement" tersendiri terutama golongan muda yg terdidik!

Saya melihat PRU13 begitu genting kerana seseorang calon pilihan raya tidak lagi "menumpang" kepada pengaruh parti politik. Tetapi kehebatan calon itu sendiri. kebolehannya berpidato, berdebat dan berhujah untuk menawan hati rakyat.

Parti politik hanya bisa membantu dari segi logistik, mobilisasi jentera dan wang ringgit.

itulah pandangan pak cik mu.

Salam MO

Unknown said...

Bertemu kembali Kelapa Mawar,

Pak cik pernah jadi Ketua Pemuda USNO Petagas, sewaktu arwah Hj Arif Ketua bahagian pada awal 80an. Kedua-dua kami dari Kota Belud.

Sebenarnya majoriti anggota USNO setia kepada UMNO. Hanya beberapa orang yg gagal mendapat tempat dalam UMNO yang kecewa dan menjauhkan diri. tatapi sebenarnya di peringkat awal penubuhan UMNO mereka telah diberi peluang berkhidmat dalam berbagai kapasiti tetapi rakyat mahukan perubahan dan mahukan kepimpinan baru.

Bila golongan ini terpinggir atau gagal mendapat tempat mereka ada yg sertai parti pembangkang. Ini adalah lumrah manusia dan lumrah politik.

saya tidak nampak sokongan dari bekas USNO ini signifikan sehingga menjadi satu kumpulan yg amat berpengaruh. hanya barangkali beberapa nama dan tokoh yg bijak berhujah dan membuat isu di kedai kopi tetapi pengaruh hanya setakat itu sahaja tidak sampai jejas keputusan pilihan raya umum.

Kecuali tokoh seperti Saijan Samit yg merupakan bekas pemimpin USNO dan UMNO yg mungkin ada peminatnya kerana pembawaan yg sederhana dan tidak menyerang peribadi orang2 politik. Pemimpin spt Dr Saijan masih dianggap relevan dan berpengaruh jika bertanding atas tikit apa sekalipun hatta sebagai calon Bebas terutama sekali di DUN Usukan.

Salam pak cik MO

Pak Cik Amin said...

Salam KM..

Saya mau response ulasan sdr MO ini..

Kecuali tokoh seperti Saijan Samit yg merupakan bekas pemimpin USNO dan UMNO yg mungkin ada peminatnya kerana pembawaan yg sederhana dan tidak menyerang peribadi orang2 politik. Pemimpin spt Dr Saijan masih dianggap relevan dan berpengaruh jika bertanding atas tikit apa sekalipun hatta sebagai calon Bebas terutama sekali di DUN Usukan.

ulasan saya:

1. Kemusykilan timbul dlm hati saya, apakah sdr MO berniat yg benar atau sengaja memancing sdr Saijan Samit utk bertanding sbg BEBAS bergandingan dgn beliau yg dikatakan berminat di kerusi Parlimen..?

2. Apakah kenyataan ini berbaur provokasi untuk menakutkan "calon baru" UMNO di Usukan..?

3. Apakah ada bayangan bahawa sama ada DSSK atau Datin Saida akan ke Usukan..kerana semasa G7 sdr Musli adalah antara org yg kuat mengkritik Datin Saidatul sehingga di cap sebagai "pengkhianat"..

4. Adakah PERKASA yang sememangnya NGO politik ini akan menempatkan calon-calon pada PRU 13..?

Harap Sdr MO dapat memberikan keterangan.

Unknown said...

salam KM,

Pak cik amin, komen saya berkaitan dengan tajuk yg dipaparkan Kelapa mawar. ia bukan provokasi. Saya lebih senang jika Dr Saijan sertai UMNO sekarang.

pertemuan kami dengan TPM sudah menjelaskan Perkasa bukan parti politik tapi NGO politik yg akan mempertahankan kuasa politik bangsa Melayu/pribumi.

Memang sewaktu G7 saya ada keluarkan ayat pengkhianat kpd pemimpin2 UMNO yg dapat keistimewaan dalam UMNO dan kerajaan. selepas itu lawan UMNO dan BN dalam pilihan raya.

Selepas gagal, minta ahli UMNO sokong mereka semula sebagai pemimpin UMNO. Jika pak cik tidak setuju dengan ayat "pengkhianat parti' kita tukar kepada ayat "pejuang parti yang tulin". Ia bukan saja di tuju kepada Saida Badru tetapi sesiapa juga yg pernah tinggalkan perjuangan dan selepas itu kembali dan bercakap pula soal kesetiaan kepada parti.

Mengenai saya tanding parlimen, mungkin sebagai calon BN/UMNO. politik segalanya boleh berlaku.

salam MO

Unknown said...

pak cik amin, kita fokus kepada tajuk kelapa mawar.

yang lain kita bincang di pentas lain. maklumlah dengan komen tadi saya pula akan jadi sasaran. umpamanya baru-baru ini orang lain yang ancam dan ugut pukul, nama saya pula dikaitkan.

orang lain buat blog nama saya juga di kaitkan kerana ada hubungan dengan kisah dengan Sang Kelembai.

salam MO

Pak Cik Amin said...

Sdr MO..

saya dengan ini mengumumkan bahawa jika sdr MO bertanding atas tiket Umno/Bn..saya akan memberikan sokongan penuh..

kelapa mawar said...

salam sdr paling berani..

Peninijauan kepada sokongan penyokong USNO mungkin ada yang tersirat.walaupun PKR tidak begitu kuat di KB..

Ma kasih atas ulasan sdr.

kelapa mawar said...

sdr Pendekartua..

ma kasih atas pujian itu, ia membuatkan saya sedar bahawa tidak semua penulisan dan hujah kita disenangi oleh orang lain.

kelapa mawar said...

sdr MO dan pakcik Amin..

ma kasih atas keterbukaan sdr berdua dalam hal ini..pandangan sdr MO telahpun KM postkan..harap dapat diperbincangkan dengan lebih lancar dan matang.