Thursday, February 18, 2010


Datuk Hajiji dikatakan adalah antara wakil rakyat yang paling lama menabur bakti kepada rakyat Sulaman.

Tentunya ramai di kalangan penyokong Datuk salleh Tun Said, bersorak riang apabila Ketua Umno Bahagian Kota Belud itu dilantik ke jawatan bertaraf Menteri. Kerana itu adalah petandanya aura timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri itu masih berbisa. Aroma politiknya begitu segar dan memukau. Lantas bertambah kuat keyakinan mereka bahawa DSSK akan kembali ke Kota Belud sebagai wakil rakyat, antara DUN USUKAN atau MP KOTA BELUD. Pemikiran biasa orang politik memang begitu..kerana pertimbangan hanya bersandarkan kepada apa yang sudah berlaku.


Tentunya juga ramai yang tidak akan bersetuju jika DSSK dicalonkan menjadi wakil rakyat bukan di Kota Belud, tetapi di tempat lain. Atau lebih dekat kita katakan di daerah jiran kota Belud iaitu Tuaran. Mana mungkin keadaan itu akan berlaku..tentunya UMNO di Tuaran akan menolak cadangan itu..gempar ! dan akan menimbulkan perpecahan besar yang mungkin akan memberi kemenangan kepada calon Pembangkang seperti Hj. Ansari ataupun mungkin Kalakau Untol yang baru sahaja mengisytiharkan diri keluar dari BN dan menyokong Pakatan Rakyat.


Ada asasnya kekhuatiran itu, tetapi perkara yang sama telah berlaku di Kota Belud pada PRU 12 yang lepas. Awalnya ramai yang menjangkakan bahawa Datuk Rahman Dahlan akan menghadapi kesukaran menjadi MP Kota Belud. Bukankah DARD juga dari Tuaran dan bukan dari anak watan Kota Belud..? DARD menang dan dapat menyumbang idea dan pembangunan di Kota Belud. Malahan lebih dari itu DARD menjadi sebutan ramai kerana gagasan dan pendekatannya yang begitu mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat, walaupun sebelumnya segala tindak tanduk DARD diragui..tetapi nyata itu semua dapat ditangkis dengan baik dan berhemah.


Jika benar, kawasan Sulaman yang diwakili oleh Datuk Hajiji bakal menerima kekosongan pada PRU 13 ekoran rekod yang terlalu lama menjadi wakil rakyat di kawasan itu..maka adalah tidak janggal malah dibolehkan dalam undang-undang demokrasi untuk DSSK menawarkan dirinya sebagai wakil rakyat di kawasan itu dengan restu Musa Aman yang kini 'terpaksa' menerima nasihat DSSK di sebabkan Musa Aman sendiri yang melantik DSSK sebagai "penasihat" nya.


Mungkin kalau pun Datuk Hajiji tidak dicalonkan, pemimpin ini pasti telah memilih 'pelapis' atau penggantinya dari kalangan pengikutnya. Ini tidak menjadi masalah kerana, sewaktu DARD menerima pelawaan KJ dan MA menggantikan DSSK pada PRU 12 yang lepas, sebenarnya DSSK sendiri juga sudah ada 'penggantinya' dari kalangan orang Kota Belud, tetapi demi cinta dan taat kepada parti, maka DSSK juga hanya 'menyimpan' calon pilihannya itu dalam "diari' peribadi politiknya. Inilah masanya Datuk Hajiji pula menunjukkan 'taat' setia yang tidak berbelah bahagi dengan 'membenarkan' DSSK menjadi wakil rakyat di Sulaman.


Penulisan ini sekadar melihat 'kewajaran' tindakan itu..apakah perlu DSSK 'keluar' daerah untuk menyambung politiknya..? Atau mungkinkan DSSK akan 'merajuk' kepada masyarakat Kota Belud yang juga terlalu longgar kompromi dengan beliau. Atau apakah sudah sampai masanya DSSK 'berkelana' untuk menambah ilmu politiknya..? Ini bukan bermakna DSSK sudah tidak diperlukan di Kota Belud kerana kata orang tua-tua , AYAM ,kalau sudah dilahirkan sebagai raja sabung, walau gelanggang mana dia bertarung, pasti ia akan menang. Cuba kita fikirkan bersama.

6 ulasan :

Ajin b. Gagah said...

Salam Kelapa Mawar,

Pada pendapat saya, sesiapa pun berhak dan mempunyai kebebasan untuk membuat 'hypothesis' dalam blog masing-masing... Sekadar untuk kongsi pandangan bersama.
Justru itu, saperti DARD yang telah berhijrah dari Tuaran Ke Kota Belud, saya tidak heran kalau DSSK juga menerima nasib yang sama. Walau pun secara logik nya kes saperti ini tidak mudah untuk di realisasikan.

Persoalan pokok pasti akan timbul sama ada DSSK akan melalui jalan mudah untuk menang di kawasan Sulaman dalam PRU13 nanti?
Dalam kajian sejarah, DSSK tidak akan berhadapan dengan banyak masaalah untuk memenangi kawasan tersebut kalau beliau hanya sekadar (bukan dengan tujuan memperkecil-kecilkan)berhadapan dengan Hj Ansari atau pun Datuk Kalakau Untol ( mewakili Pakatan Rakyat).

Justifikasi nya, ada lah beliau mempunyai kewaangan yang cukup, disamping sifat orang-orang Bajau disana yang (selalu nya) taat setia kepada Pemimpin yang sebangsa dengan mereka. Apa lagi kalau calon tersebut di pilih oleh parti tradisi mereka saperti USNO dan kini UMNO.

However, KALAU dan KALAU sekira nya DSSK terpaksa bertemu dengan Saya atau pun Sdra Pajudin ( mewakili Pakatan Rakyat dan dengan bantuan Hj Ansari dan Datuk Kalakau), mungkin juga cerita nya akan berubah dan lebih menarik kan?

Kerana dari segi rasional nya, kedua-dua kami (saya dan Pajudin) mempunyai ‘Home Advantage’. Apa lagi sejak akhir-akhir ini kami telah banyak mengenal pasti masaalah dan cita rasa sanak saudara serta golongan belia beliawanis di sana.

Walau macam mana pun, analisis singkat saya ini, ada lah sekadar pandangan yang berbentuk akedimik. Serius atau pun tidak terpulang lah pada pembaca kalian. Orang puteh bilang ‘Take it or leave it, I have nothing to lose’.

Semuga sukses selalu.

mambangtiora said...

salam kelapa mawar...lama betul saya tidak dapat megikuti blog saudara..blog saya pun tidak sempat dikemaskini..biasalah sabah ni masih ketinggalan dari segi ICT kalau dipedalaman.bengap otak kita kalau tak baca apa-apa benda....buat saudara solymone kemungkinan kepayahan DSSK bertanding dituaran tu memang pasti..tapi sekiramya beliau bertanding atas tiket UMNO saya pasti beliau akan menang di Tuaran..buktinya Rahman Dahlan diKB..rakyat sabah masih tidak dapat menerima PKR di sini..mungkin 2 atau 3 pilihanraya barulah ada peningkatan apabila generasi muda mula memahami apa itu politik..lagipun sabah akan jatuh kepada PKR sekiranya PKR dapat menawan keseluruhan semenanjung..maka berlompat-lompatanlah pemimpin Sabah yang selama ini UMNO tegar mengaku pula sebagai PKR tegar...fikir-fikirkanlah kebenaran ini

Unknown said...

salam KM, dalam keadaan UMNO masih tenat dan baru saja keluar ICU selepas menang PRK Bagan Pinang, cerita utk menukar-nukar atau menggugurkan calon popular seperti Hajiji bukanlah termasuk dalam cerita yang menjadi bahan menarik dikalangan pemimpin UMNO.

Barangkali jika UMNO kuat di peringkat Pusat dan menang 2/3, maka ini udah dilakukan seperti meltakkan Rahman Dahlan di Kota Belud.

PRU akan datang tidak semudah itu UMNO berbuat begitu tanpa ambil kira sentimen seluruh rakyat di semua kawasan.

salam MO

kelapa mawar said...

Salam Kembali sdr Solymone..

lama rasanya sdr tidak berkunjung di blog KM ini, rindu membaca idea sdr yang sentiasa menyerikan para blogger di Kb ini termasuk KM sendiri.

Sebenarnya penulisan KM kali ini, berkait dengan imaginasi politik yang belum tentu kebenarannya..meskipun begitu bagi KM mengandaikan DSSK 'keluar' daerah mungkin ada kebarangkaliannya walaupun 0.09%, memandangkan DSSK adalah antara pemimpin yg masih relevan di sabah..Jadi sebagai permulaan KM membayangkan kalaulah DSSK keluar daerah mungkin tempat yang agak selamat ialah di Tuaran seperti yg sdr katakan kerana Tuaran budaya dan cara hidup hampir2 sama dgn KB..

Walaupun idea penulisan KM ini hanya 'imaginasi' seorang penulis, namun ia mendapat ulasan yg cukup memberangsangkan dari sdr..siapa yg berdepan dengan DSSK kalau ditakdirkan di Tuaran ,mungkin akan lebih menarik, apatah lagi kalau calon pembangkang adalah dari anak tempatan sendiri..

Ma kasih sdr, kerana memberikan pandangan itu.Semoga sdr terus sukses dan diberikan kekuatan dan kesihatan yang berpanjangan untuk terus memberikan idea kp blogger di KB.

kelapa mawar said...

sdr mambangtiora..

kehadiran sdr memberikan komen dan ulasan sangat-sangat saya sanjungi dan hargai kerana ia bermakna sdr masih mengingati blog KM ini.

mengenai pandangan sdr itu, saya setuju bahawa PKR di Sabah, mungkin massih baru dan memerlukan masa utk mendapatkan sokongan..

itup[un tidak bermakna PKR tidak dapat menambahkan kerusi pada PRU 13 akan datang..

kelapa mawar said...

Salam SDr MO..

secara asasnya saya bersetuju dgn apa yg sdr katakan tetapi ia tidak membawa kepada kebenaran yang hakiki.

KM bedrpendapat walaupun UMNO masih tenat dari ICU dgn bayangan kekalahan dan penurunan sokongan org Melayu termasuk mendapat Simple majoriti (BN), namun ia tidak banyak memberi impak positif umno di Sabah..

Misalnya antara isu besar UMNO di Semanjung ialah penglibatan golongan muda yang terus menurun dalam UMNO selain politik wang yg kronik dgn pelbagai faktor seperti penglibatan ahli perniagaan dalam UMNO..tetapi di Sabah isu itu tidak sangat mendominasi permasalahan UMNO Sabah, bahkan..masih ramai anak-anak muda yang sudah menyatakan pendirian kepada PAS dan PKR...

dalam konteks di KB, kita melihat bahawa 30-40% orang muda, berpendirian menjadi 'pemerhati' kepada UMNO dgn tidak memikirkan penglibatan mereka secara lebih terbuka.

Di semanjung calon yg diletakan bukan anak watan di kawasan itu sudah lama berlaku..bahkan banyak jawatan yg septutunya diberikan kepada anak negeri seperti TYT diberikan pula kp orang diluar. Ertinya perkara itu biasa berlaku..

kita di Sabah selain RARD, termasuk juga Musa Aman yang dikatakan hanya menmpel di Sibuga..budaya meletakakkn calon luar agak logik tetapi masih sedikit..

walaupun DSSK ke Tuaran adalah imaginasi politik seorang penulis dan tidak ada sandaran fakta tetapi ia bukan bererti perkara ini tidak akan berlaku..kalau ia berlaku ertinya tidak semestinya di tuaran, mungkin di karambunai dan lain-lain tempat..

ma kasih kerana memberikan pandangan.Semoga sdr sukses.wassalam.