8. Mari kita fikirkan
Sunday, July 15, 2018
8:59 PM
kelapa mawar
8. Mari kita fikirkan
Wednesday, October 3, 2012
4:33 AM
kelapa mawar
Saya bersetuju dengan Datuk Salleh bahawa pembangunan adalah sifatnya berterusan dan tidak akan putus tetapi harus diingat apakah pembangunan dan kemudahan itu telah dapat dilaksanakan sesempurnanya atau sepenuhnya ketika ada peluang melakukannya. Atau agenda kemudahan asas itu terkebelakang dari agenda peribadi dan politik?
Mana-mana kajian yang dilakukan bukannya dibuat pastinya mematuhi garispanduan kajian supaya boleh diakui kesahan dapatanya. Sesuatu kajian akan boleh berdiri pada dirinya sendiri, serta ada peluang untuk dikembangkan. Jika dapatannya dipertikaikan, maka harus ada kajian lain yang menyangkal dapatan itu, tetapi tidak bererti dapatan kajian awal boleh ditolak sewenang-wenangnya.
Selama beberapa penggal Datuk Salleh menjadi wakil rakyat Usukan dan juga MP Parlimen Kota Belud, apakah beliau benar-benar percaya bahawa kemudahan dan pembangunan di Kota Belud telah dapat dinikmati oelh seluruh masyarakatnya? Bagaimana dengan keadaan Usukan yang begitu uzur dari segi infrasarannya? Bolehklah dapatan ini ditolak secara lisan hanya kerana sifat seseorang ahli politik.
Siapa orang Kota Belud yang tidak tahu lokasi dan keadaan Kg Suang Punggor seperti yang di dakwa oleh Media itu? Itu baru mewakili 1 daripada 40 buah kampung di daerah Kota belud yang begitu terpinggir dari arus pembangunan dan kemudahan asas.
Suatu ketika media turut melaporkan Kg Lilud bersempadan dengan Kg Tamau dan Kg Merbau begitu daif dan terpinggir sehingga masyarakatnya menggunakan air sungai untuk keperluan harian selain daripada keadaan jalanraya di Kampung tersebut yang masih belum bertar.
Keadaan daerah Kota belud yang rata-rata perkampungannya miskin, daif dan terpinggir dari arus kemudahan asas sepatutnya tidak berlaku kalau dibanding dengan pencapaian para pemimpin politiknya. Dalam sejarah politik di Sabah, Kota belud telah menyumbang potensi kepimpinan yang boleh dibanggakan. Malahan ayahanda Datuk Salleh Tun Said sendiri iaitu Tun Said Keruak telah menduduki beberapa jawatan paling kanan dalam parti dan kerajaan termasuk TYT.
Begitu juga Tun Mustapha , bapa kemerdekaan Sabah, Mantan Ketua Menteri Sabah dan mantan TYT pernah melabuhkan punggung politiknya di Usukan. Datuk Salleh Tun said pula mencipta rekod politik, di Sabah apabila antara wakil rakyat paling lama dalam sesuatu kawasan dan mampu meraih undi majoriti yang besar sehingga menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah atas ehsan sistem penggiliran.
YDP Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar juga menitis keringat politiknya di Usukan dan di Kota belud. pelbagai portfolio telah diduduki. Daerah Kota belud juga banyak melahirkan politikus luar seperti Datuk yahya lampong, datuk Mohd. Noor Mansor dan banyak lagi. dalam era 2008 , datuk Rahman Dahlan masih mampu memenangi parlimen Kota Belud.
Beberapa dasawarsa yang lampau, bandingkan pencapaian pemimpin politik di daerah lain. Sebab itu saya kadang-kadang terfikir, apakah sebenarnya bentuk 'balas budi' yang seharusnya disalurkan oleh pemimpin-pemimpin politik ini kepada rakyat Kota belud selain dari memenuhi tuntutan kehidupan mereka berupa pembangunan dan kemudahan asas?
Bukankah pelbagai insiden pengorbanan berlaku sehingga mengalirkan darah dan keringat semata-mata untuk mengangkat mereka ini di kedudukan yang selesa. Jikapun generasi dulu buta mata dan hati mereka terhadap tanggungjawab pemimpin yang dipilih rakyat, tetapi itu bukan satu peluang yang harus digunakan oleh pemimpin untuk membiarkan rakyat di bawah mereka berada dalam kedaifan kehidupan.
Seseorang pemimpin itu tidak akan dapat lari kematian, Rakyat juga tidak akan dapat lari dari ketentuan itu. Apakah kita telah bersedia berhadapan dengan soalan-soalan dari malaikat tentang hakikat tanggungjawab kita?
Thursday, September 8, 2011
5:16 AM
kelapa mawar

Tuesday, May 25, 2010
5:33 AM
kelapa mawar

Monday, March 22, 2010
11:43 PM
kelapa mawar
Satu daripada ciri politik konvensional ialah apabila ‘kuasa’ dikekalkan dengan cara apa jua. Manakala yang tidak berkuasa akan berusaha untuk mendapatkan kuasa. Dan itu adalah politik yang ‘dibaratkan’. Dalam agama politik kuasa lebih merujuk kepada ‘amanah’ dan amanah itu seharusnya dipelihara kerana pelaksana kuasa akan dipertanggungjawab kepada amanah yang dipikulnya. Semangat ‘amanah’ itu, sudah mula dipinggirkan ,malahan yang ada kini ialah politik pembaratan ,mengekalkan kuasa, dan kuasa adalah perebutan.
Resmi politik di KB, bergantung penuh kepada resmi politik Sabah. Percaturan peringkat negeri akan mempengaruhi percaturan peringkat daerah dan percaturan daerah akan mempengaruhi peringkat cawangan. Pertalian ini bertali arus dan sukar diputuskan. Justeru itu, apabila iklim politik Sabah mengalami perubahan dan penstrukturan kepimpinan, semangat perubahan itu menular di daerah kota Belud. Langsung menjadikan perubahan itu isu di peringkat cawangan dan akar umbi.
Pengguguran DSSK dan TSP pada PRU 12, telah mengubah landskap politik daerah kota belud, sekaligus mewujudkan satu paradigma baru diperingkat cawangan dan akar umbi. Bahawa daerah akan mengalami perubahan wajah politik .Bila DSSK dilantik sebagai Penasihat kepada Ketua Menteri, walaupun ada yang mengatakan jawatan itu adalah umpan kepada DSSK supaya tidak mencetuskan konflik politik suku di Sabah, namun perlantikan itu, nyata memberi impak dan response yang pelbagai di kalangan akar umbi. Pelbagai versi dan analisis yang dibuat mencerminkan betapa rakyat di peringkat ini begitu sensitive dengan pemimpin yang didukung oleh mereka. Ada yang menganggap jawatan ‘penasihat’ itu tidak ‘layak’ buat mantan ketua Menteri, dan tidak sewajarnya diberikan.Malahan ada yang bernai menyatakan bahawa cengkaman politik DSSK akan bertambah kuat dan boleh mengukuhkan pengaruh dinasti politik keturunannya .namun ada yang turut bergembira kerana bagi mereka, peluang sudah terbuka luas, termasuk dikalangan mereka yang mula mengampu dan mengharapkan balasan terhadap pujian mereka.
Bila DSSK dilantik sebagai penyelaras BN daerah Kota Belud, atas kapasiti kerana beliau adalah Ketua UMNO Bahagian KB, walaupun itu tidak semestinya berlaku kerana di Lahad Datu, Penyelaras BN bukan ketua Umno Bahagian itu, ramai juga yang menganggap bahawa sekali lagi Musa Aman menunjukkan kecekapan politiknya apabila pada waktu yang sama melantik Datuk Rahman Dahlan sebagai Setiausaha BN negeri. DARD sebelum ini memang dikaitkan dengan Datuk Musa Aman. Bagaimana dalam sebuah daerah yang mempunyai penyelaras BN akan berkerjasama dengan Setiausaha BN negeri yang telah “merampas” kerusi MP daripada penyelaras itu ? Saya rasa hanya kalian yang dapat mentafsirkannya.
Walaupun DSSK telah diberikan peluang sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Penasihat Ketua Menteri dan penyelaras BN daerah Kota Belud, namun itu semua dikatakan adalah atas ‘sabda’ Kuala Lumpur. Dan datuk Musa Aman dilihat sebagai ‘yang menurut perintah’. Oleh kerana itu, sebagai tidak mewujudkan konflik di peringkat pusat dan negeri Datuk Musa Aman merestui DSSK kembali dalam politik Sabah. Tetapi sebagai langkah berhati-hati, beliau juga menyusun orang-orangnya supaya ‘kuasa’ politik dalam politik Konvensional itu tidak terlepas. Inilah bentuk ‘pengekalan’ kuasa yang dirancang sebegitu rapi.
Maka itu, apapun Jawatan politik diberikan kepada DSSK, Datuk Musa Aman tetap akan ‘selamat’ percaturan politiknya. Sama ada, berlaku ‘pengkhianatan’ ataupun terjadi kesetiakawanan, DMA tetap berada dalam zon selesa dan eksklusif.Hanya bila peringkat Pusat bersuara, maka mungkin politik Sabah akan berubah. Tetapi apakah berlaku penurunan kuasa politik DMA, sedangkan rekod dan prestasinya begitu cemerlang..seperti yang dilaporkan oleh Datuk Yahya Husin bahawa Sabah telahpun Berjaya menurunkan paras kemiskinan sebanyak 7 %. Apakah ada lagi rekod sebersih dan setinggi ini yang pernah dicatatkan semasa Sabah dibawah kekuasaan BN ?. Saya pulangkan kepada anda, segala isu ini….
Tuesday, March 16, 2010
5:46 PM
kelapa mawar
Biarlah kita mengulas perhal ini secara lebih adil dan beradab ilmiah, kerana mahu atau tidak dan sedar atau sebaliknya, Datuk Salleh adalah pemimpin Kota Belud yang mula menyinar kembali tatkala PRU 13 mula mendekati kita. Sejurus selepas dilantik sebagai Timbalan ketua perhubungan Umno Negeri Sabah, DSSK tidak memerlukan masa yang agak lama untuk 'menjalinkan' kembali hubungan politik intim dengan Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi perhubungan Umno Negeri, Datuk Musa Aman, walaupun sebelum ini Datuk Musa Aman dil;ihat sebagai 'dalang' kepada pengguguran DSSK pada PRU 12 yang lepas.
Melancarkan himpunan ideanya yang dibukukan dengan membawa tema besar "meneraju Perubahan" dengan penuh simbolik hanya bersandarkan kepada kunjungan hormat kepada Ketua menteri itu, telah membawa bahana politik peribadi yang paling unggul dalam kerjaya politik DSSK. Kerana mengubah startegi politik dari 'mengancam' dan mengertak kepada 'berbaik-baik' nyata membuahkan hasil. Selang beberapa bula selepas itu DSSK telah di bawa menganggotai kebinet negeri sebagai Penasihat Sains kepada Musa Aman yang bertaraf menteri.
Mendepani idea kempimpinan sedia ada diperingkat negeri dan nasional telah membangkitkan idea Reb-branding atau transformasi logo BN. Ini menguatkan hujah sesetengah pihak bahawa DSSK bukan sekadar pemimpin kelas daerah tetapi telah mencapai tahap nasional sehingga Datuk Serio Najib juga melihat perlunya perubahan peringkat BN itu. Walaupun mendapat kritikan banyak pihak, berkaitan dengan kesesuaian idea perubahan itu dengan alasan parti-parti komponen BN masih bergolak, dan ini memungkinkan idea itu tidak berjaya mencapai matlamatnya, namun nyata akhirnya pengerusi BN, Datuk Najib mengumumkan bahawa Bn akan mengadakan konvensyen penghujung tahun ini.
Di Peringkat daerah Kota Belud DSSK juga mengutarakan betapa perlunya pembangunan pendidikan dikembagbiakkan. Pelenturan modal insan bukan sahaja menjamin masa depan yang cerah tetapi juga boleh menghadapi krisis kemiskinan yang lebih parah. ketika berucap pada bengkel Halatuju pendidikan Kota belud anjuran Yayasan Kota Belud, beliau menyatakan bahawa "Kita tidak boleh fokus terhadap penyelesaian jangka pendek sebaliknya memikirkan serta melihat masa depan melangkaui satu generasi atau tempoh 10 atau 15 tahun akan datang,"
"Kita hendaklah mampu meramal apa yang berlaku pada masa depan dengan menyediakan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi bagi membolehkan mereka bersaing dalam era yang lebih mencabar,"
Dan yang terbaru ialah apabila DSSK mengutarakan keperluan masa depan untuk menyerapkan gelaran kepada bangsa Melayu-Bajau ketika bersama dengan AMT USBO. Sambil mengakui bahawa berlaku kelembaban aktiviti bagi USBO beliau juga mengingatkan bahawa yang paling utama ialah kualiti aktiviti dan bukannya kuantiti. Agaknya idea yang kedepan ini harus diperhalusi kerana di peringkat nasional sendiri sudah berlaku pengiktirafan bangsa yang berteraskan kepada Melayu. Misalnya Melayu- jawa, Melayu siam., Melayu- Mamak dan sebagainya.
Jika idea ini menjadi kenyataan, maka kita akan menyaksikan bahawa bukan sahaja Melayu-Bajau, tetapi juga suku lain seperti Melayu-iranun, Melayu-suluk, Melayu-Sino barangkali boleh dipertimbangkan.
Idea-idea ini tentunya mempunyai impak berganda bagi penyatuan bangsa dan kesepaduan politik mereka. walaupun ada pihak yang menganggap bahawa idea-idea sebegini dibuat atas sebab semakin dekat PRU 13, tetapi nyata ia turut memberi kesan kepada pemikiran masyarakat sejagat.
Monday, March 8, 2010
7:22 PM
kelapa mawar

Dia mengimbau kembali sejarah masa dia mula-mula mencari perkerjaan. Ketika itu, saya sudah pun duluan mendapat kerja di sebuah jabatan kerajaan walaupun kami sebenarnya seusia, tetapi kerana kelulusan SPM nya hanya lah pangkat 3 dan kepujian BM, maka dia 'tercicir' dari melanjutkan pelajaran peringkat tinggi. Ketika itu mencari peluang pekerjaan di agensi kerajaan begitu payah di Sabah..sekitar tahun 1990-an. Bukan disebabkan kerana lambakan graduan seperti sekarang ini, tetapi disebabkan oleh peluang pekerjaan yang terhad.
Ketika Datuk Salleh menjadi ketua menteri, di sinilah bermulanya nostalgia kami berdua terhadap pemimpin KB ini. Walaupun saya sudah berkerja pada waktu itu, tetapi kerana rapat dengan rakan lama ini, saya selalu menemankan beliau mencari perkerjaan. Setelah mengambil keputusan, akhirnya beliau mengajak saya pergi ke bangunan Yayasan Sabah untuk menemui Datuk salleh menyampaikan surat permohonan perkerjaan.
Sejurus selepas kami keluar dari pintu Lif di yayasan sabah, saua pun tak berapa ingat tingkat berapa. dari jauh sudah kenampakan Datuk salleh bersama pengawai Yayasan Sabah, kalau tak silap saya baru saja berakhir pertemuan Datuk salleh dengan rakyat. ( Datuk Salleh adalah satu-satunya Ketua Menteri yang memperuntukkan 'hari' tertentu untuk bertemu dengan rakyat). Dari jauh rakan lama saya ini mengangkat tangan sambil berkata "Assalamuwalaikum Datuk !" Datuk Salleh menoleh kearah kami dan menjawab "walaikumsalam"..Sambil berjabat tangan, rakan lama saya ini memberikan surat sambil berkata " Saya dari KB Datuk, mohon agar Datuk dapat memberikan saya apa-apa perkerjaan di Jabatan Kerajaan mengikut kelulusan saya". Datuk Salleh menjawa Insyallah! saya kena tengok dulu surat ini.."
Selepas itu kami pulang ke kampung dan tidak terniat langsung beberapa bulan kemudian datang Surat temuduga untuk satu jawatan di yayasan Sabah. saya masih ingat lagi kawan saya ini meminjam baju formal saya untuk menghadiri temuduga itu. dan alhamdulillah berkat kesungguhan dan 'pertolongan' Datuk salleh tun Said, akhirnya rakan saya ini diterima berkerja di yayasan sabah sehingga sekarang. dengar khabarnya beliau adalah antara orang penting dalam jabatan nya.
Terfikir saya..alangkah senangnya Datuk Salleh dihubungi dahulu, senang di jumpa walaupun bertaraf Ketua Menteri. bagaimana situasi sekarang adakah Ketua Umno Kota Belud itu seperti dulu..?
Thursday, February 18, 2010
4:18 AM
kelapa mawar

Tentunya juga ramai yang tidak akan bersetuju jika DSSK dicalonkan menjadi wakil rakyat bukan di Kota Belud, tetapi di tempat lain. Atau lebih dekat kita katakan di daerah jiran kota Belud iaitu Tuaran. Mana mungkin keadaan itu akan berlaku..tentunya UMNO di Tuaran akan menolak cadangan itu..gempar ! dan akan menimbulkan perpecahan besar yang mungkin akan memberi kemenangan kepada calon Pembangkang seperti Hj. Ansari ataupun mungkin Kalakau Untol yang baru sahaja mengisytiharkan diri keluar dari BN dan menyokong Pakatan Rakyat.
Ada asasnya kekhuatiran itu, tetapi perkara yang sama telah berlaku di Kota Belud pada PRU 12 yang lepas. Awalnya ramai yang menjangkakan bahawa Datuk Rahman Dahlan akan menghadapi kesukaran menjadi MP Kota Belud. Bukankah DARD juga dari Tuaran dan bukan dari anak watan Kota Belud..? DARD menang dan dapat menyumbang idea dan pembangunan di Kota Belud. Malahan lebih dari itu DARD menjadi sebutan ramai kerana gagasan dan pendekatannya yang begitu mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat, walaupun sebelumnya segala tindak tanduk DARD diragui..tetapi nyata itu semua dapat ditangkis dengan baik dan berhemah.
Jika benar, kawasan Sulaman yang diwakili oleh Datuk Hajiji bakal menerima kekosongan pada PRU 13 ekoran rekod yang terlalu lama menjadi wakil rakyat di kawasan itu..maka adalah tidak janggal malah dibolehkan dalam undang-undang demokrasi untuk DSSK menawarkan dirinya sebagai wakil rakyat di kawasan itu dengan restu Musa Aman yang kini 'terpaksa' menerima nasihat DSSK di sebabkan Musa Aman sendiri yang melantik DSSK sebagai "penasihat" nya.
Mungkin kalau pun Datuk Hajiji tidak dicalonkan, pemimpin ini pasti telah memilih 'pelapis' atau penggantinya dari kalangan pengikutnya. Ini tidak menjadi masalah kerana, sewaktu DARD menerima pelawaan KJ dan MA menggantikan DSSK pada PRU 12 yang lepas, sebenarnya DSSK sendiri juga sudah ada 'penggantinya' dari kalangan orang Kota Belud, tetapi demi cinta dan taat kepada parti, maka DSSK juga hanya 'menyimpan' calon pilihannya itu dalam "diari' peribadi politiknya. Inilah masanya Datuk Hajiji pula menunjukkan 'taat' setia yang tidak berbelah bahagi dengan 'membenarkan' DSSK menjadi wakil rakyat di Sulaman.
Penulisan ini sekadar melihat 'kewajaran' tindakan itu..apakah perlu DSSK 'keluar' daerah untuk menyambung politiknya..? Atau mungkinkan DSSK akan 'merajuk' kepada masyarakat Kota Belud yang juga terlalu longgar kompromi dengan beliau. Atau apakah sudah sampai masanya DSSK 'berkelana' untuk menambah ilmu politiknya..? Ini bukan bermakna DSSK sudah tidak diperlukan di Kota Belud kerana kata orang tua-tua , AYAM ,kalau sudah dilahirkan sebagai raja sabung, walau gelanggang mana dia bertarung, pasti ia akan menang. Cuba kita fikirkan bersama.

