Monday, March 8, 2010


Beberapa hari yang lepas ketika menunggu flight di Terminal Tambang Murah Airasia Kota kinabalu, saya terkejut kerana bertemu dengan rakan lama yang kini bertugas di Yayasan Sabah. Setelah mengajak minum kami berbual agak panjang termasuk beberapa isu politik berkaitan dan yang paling 'berharga' ialah 'kawan lama' yang juga ada kaitan persaudaraan ini mempunyai nostalgia indah dengan mantan Ketua Menteri sabah, datuk salleh Tun Said.



Dia mengimbau kembali sejarah masa dia mula-mula mencari perkerjaan. Ketika itu, saya sudah pun duluan mendapat kerja di sebuah jabatan kerajaan walaupun kami sebenarnya seusia, tetapi kerana kelulusan SPM nya hanya lah pangkat 3 dan kepujian BM, maka dia 'tercicir' dari melanjutkan pelajaran peringkat tinggi. Ketika itu mencari peluang pekerjaan di agensi kerajaan begitu payah di Sabah..sekitar tahun 1990-an. Bukan disebabkan kerana lambakan graduan seperti sekarang ini, tetapi disebabkan oleh peluang pekerjaan yang terhad.



Ketika Datuk Salleh menjadi ketua menteri, di sinilah bermulanya nostalgia kami berdua terhadap pemimpin KB ini. Walaupun saya sudah berkerja pada waktu itu, tetapi kerana rapat dengan rakan lama ini, saya selalu menemankan beliau mencari perkerjaan. Setelah mengambil keputusan, akhirnya beliau mengajak saya pergi ke bangunan Yayasan Sabah untuk menemui Datuk salleh menyampaikan surat permohonan perkerjaan.




Sejurus selepas kami keluar dari pintu Lif di yayasan sabah, saua pun tak berapa ingat tingkat berapa. dari jauh sudah kenampakan Datuk salleh bersama pengawai Yayasan Sabah, kalau tak silap saya baru saja berakhir pertemuan Datuk salleh dengan rakyat. ( Datuk Salleh adalah satu-satunya Ketua Menteri yang memperuntukkan 'hari' tertentu untuk bertemu dengan rakyat). Dari jauh rakan lama saya ini mengangkat tangan sambil berkata "Assalamuwalaikum Datuk !" Datuk Salleh menoleh kearah kami dan menjawab "walaikumsalam"..Sambil berjabat tangan, rakan lama saya ini memberikan surat sambil berkata " Saya dari KB Datuk, mohon agar Datuk dapat memberikan saya apa-apa perkerjaan di Jabatan Kerajaan mengikut kelulusan saya". Datuk Salleh menjawa Insyallah! saya kena tengok dulu surat ini.."




Selepas itu kami pulang ke kampung dan tidak terniat langsung beberapa bulan kemudian datang Surat temuduga untuk satu jawatan di yayasan Sabah. saya masih ingat lagi kawan saya ini meminjam baju formal saya untuk menghadiri temuduga itu. dan alhamdulillah berkat kesungguhan dan 'pertolongan' Datuk salleh tun Said, akhirnya rakan saya ini diterima berkerja di yayasan sabah sehingga sekarang. dengar khabarnya beliau adalah antara orang penting dalam jabatan nya.


Terfikir saya..alangkah senangnya Datuk Salleh dihubungi dahulu, senang di jumpa walaupun bertaraf Ketua Menteri. bagaimana situasi sekarang adakah Ketua Umno Kota Belud itu seperti dulu..?

5 ulasan :

Unknown said...

Budi yang baik selalunya dikenang tetapi jarang dicatat atau didokumentasikan. tahniah kepada Kelapa Mawar.

dilemma pemimpin politik. Saya ambil contoh:

jika ada 10 orang memohon kerja, tapi yang dapat dibantu pemimpin katalah 6 orang, yang 4 orang gagal kerana tiada kekosongan atau tidak memenuhi kelayakan.

Yang 6 orang itu akan membisu tetapi yang 4 orang itu akan bercakap ke sana-sini kata mereka tidak di tolong!

Walhal pemimpin sudah membantu 60%.

begitu lah juga dalam hal-hal lain. Yang dibantu akan diam tetapi yang tidak sempat dibantu akan membuat bising.

Tahniah dan salam dari MO

rojokobog said...

Salam KM,
Kita tidak boleh mengharapkan 100% bantuan dari seseorang, dan bagi saya apa yang PALING MUSTAHAK adalah bantu lah diri anda sebelum orang lain dapat membantu, apakah sumbangan anda kepada diri anda? jangan mengharap jodoh akan turun dari langit, itu lah kata-kata Juara Raja lawak musim ke entah, Ahmad Nabil Bin Ahmad.

kelapa mawar said...

sdr MO..

ma kasih atas pandangan positif ini..dan situasi yang sdr ceritakan memang berlaku dalam masyarakat kita..

kelapa mawar said...

sdr Rojokobog..

ma kasih atas nasihat itu..kita hanya beruasah dan yang menentukan ialah tuhan.

BELUM PENDEKAR said...

Salam,

Saya amat bersetuju dengan pandangan saudara MO dalam hal ini. Dan, sebagai tambahan sedikit kalau boleh... ada juga dikalangan mereka yang "TELAH DAN SELALU" di tolong ini "terus" mengharapkan pertolongan walhal kadang-kadang mereka sudahpun boleh berdiri sendiri. Sekiranya tidak dilayan, maka mereka inilah yang akan lebih kuat bertempik dari orang lain yang tidak pernah dibantu.

selain itu, golongan yang kedua adalah mereka yang memang beragenda lain... iaitu yang menganggap seseorang pemimpin sebagai musuh besar kerana mereka ini lain fahaman politiknya.

Mengenai persoalan samada DSSK masih sama seperti semasa dia menjadi Ketua Menteri dulu, saya fikir... kalau semasa menjadi Ketua Menteri dia boleh bersikap sedemikian - prihatin kepada rakyat terutamanya masyarakat KB, saya tidak nampak kenapa sekarang ini beliau sukar didekati pulak.