Tuesday, March 2, 2010

Ilmu filosufi DSAI begitu memukau sehingga 'memaksa' orang luar mencampuri dalaman negara.


Situasi politik PKR yang mula berantakan dengan beberapa MP nya keluar dari parti itu, benar-benar menguji daya tahan dan pemikiran songsang politik DSAI. Kerana sudahlah dibebani dengan kes liwat yang mendapat perhatian Negara luar, DSAI juga ‘terlalu’ ketakutan akan kehilangan status “ketua Pembangkang” di Parlimen. Keputusannya ‘mengundurkan’ Isterinya Datin Wan Azizah di kerusi Parlimen Permatang Pauh, membuktikan bahawa DSAI mempunyai cita-cita yang amat tinggi untuk menguasai politik Malaysia. DSAI dilihat sebagai ‘ahli Tasawuf politik’ yang “kasyaf” mata dan hatinya melihat hala tuju percaturan peribadinya. Kerana ini DSAI begitu beriya-iya membawa DAP dan PAS berkerjasama ‘merampas’ Putrajaya, walaupun beliau tahu tanpa kehadirannya tak akan mungkin parti itu duduk semeja.



Fenomena pemimpin PKR meninggalkan parti itu, nyata tidak dapat ditembusi oleh ilmu Kasyaf DSAI . Tidak terbayang di matanya ,bahawa akan ramai pemimpin bertaraf wakil rakyat akan meninggalkannya keseorangan bersama DAP yang pernah diakuinya sewaktu masa dulu sebagai parti Racist. Malahan selain daripada dua MP yang telah nekad meninggalkan parti itu, Zulkefli – Kulim juga dilihat cenderung melakukan yang sama. Kehilangan banyak kerusi PKR yang beralih kepada BEBAS membuatkan DSAI mengakui bahawa beliau telah melakukan kesilapan dalam pemilihan calon ketika PRU yang lepas. Wal hal DSAI sedang menyembunyikan kebenaran bahawa ramai calon PKR adalah ‘bidan terjun” dan tidak berpengalaman langsung.serta terlalu goyah menongkah arus politik yang membingungkan.



Untuk menutupi kelemahan DSAI ini, ramai ahli “tasawuf” pembangkang mentakrifkan bahawa ‘keputusan’ beberapa pemimpin PKR yang meninggalkan parti itu sebagai telah berlaku ‘penyingkiran’awal pemimpin yang tidak berkualiti dalam parti mereka. Pemimpin yang racist, pemimpin yang senang terpesona dengan pelbagai bentuk ‘tawaran’ dari pihak kerajaan, pemimpin yang lemah, pemimpin yang bermasalah yang pada perkiraan mereka jika pemimpin ini terus berada dalam PKR ,maka ia akan merosakkan parti itu dari dalam. Ibaratnya PKR sekarang sedang ‘membersihkan’ roh dan dirinya dari anasir terkutuk itu.



Apakah bedanya dengan parti BN kata mereka., yang begitu ramai pemimpinnya yang tidak bermoral, korupsi, malahan lemah zahir dan batin politik mereka tetapi masih diterima dan dimaafkan dalam UMNO dan BN. Pemimpin seperti Ali Rustam, Khairy Jamaludin , Tan Sri Isa Samad dan ramai lagi termasuk pemimpin MCA yang terang-terangan tidak bermoral sehingga VCD lucahnya menguasai pasaran politik negera. Begitu juga skandal PKFZ yang dikaitkan dengan presidennya. kata mereka, malahan disanjung sebagai pemimpin. Kerana itu kata ahli Tasawuf PKR ini, walaupun UBN Nampak ingin berubah, tetapi kerana ada lagi masih pemimpin yang bermasalah dalam UBN, justeru Transformasi itu menemui kegagalan. Dan Bukan sahaja PKR dan PR yang sedang nazan, tetapi yang lebih parah UBN juga sedang menghadapi dilemma yang sama, malahan lebih teruk dan hancur.



Umum mengetahui bahawa DSAI bukanlah sembarangan tokoh politik, kepetahan berhujah bisa memukaukan orang yang mendengarnya. Kerana itu hujah-hujah yang abnormal sebegini dipergunakan untuk ‘membela’ imej PKR yang mula tercalar. Berhati-hatilah dengan dakyah-dakyah sebegini kerana kita juga mengetahu bahawa PKR bukan sahaja mempunyai agenda ‘mensosialiskan’ pemikiran rakyat, bahkan juga mendukung cita-cita politik seorang individu yang kepingin untuk menjadi PM.



Pendekatan UBN untuk tidak melayan dakyah penghujahan sebagai membuktikan kepintaran politik seseorang nyata begitu signifikan. Malahan adalah diyakini bahawa hakim rakyat sedang memerhatikan semua yang berlaku dan menunggu riak perubahan yang sedang cuba direalisasikan oleh Najib. Apakah PKR akan terus berantakan? Atau apakah ilmu filosufi DSAI ini akan terus mempengaruhi rakyat? Bersama kita membuat penelitian yang sewajarnya.

1 ulasan :

SUARA RAKYAT KUNAK said...

Pendapat saya, jika DSAI memikat Rakyat dengan Hujah2 nya, itu lah cara yang di guna pakai ole3h Rasullah pada zaman Jahalia, untuk mengembangkan Umat Islam.

Tetapi lain pulak cara UBN cara memikat YB2 PR, banyak faktor UBN gunakan, yang di luar daripada Demokerasi, seperti, sogokan kertas bernilai, ugutan2 SPRM dan bermacam macam lagi tipu hela yang tak berperikemanusiaan UBN gunakan, tungu la di PRU ke 13, Rakyat akan menghukum YB2 yang Belot, dan tungu lah dalam PRU Ahirat Allah akan menghukum kamu YB2 MD? Selain itu ROH2 YB2 PR yang belot akan merayau rayau di atas kubur. Wallahualam