Monday, March 15, 2010

Selepas Tun Mohd Stephens, Datuk Pairin Kitingan dan PBS adalah wadah perjuangan KDM di Sabah.



Politik Sabah sememangnya unik. Kerana selain menjanjikan pelbagai kejutan, termasuk 'pertelingkahan' politik suku yang tidak putus-putus, di Sabah isu 'ketuanan' politik suku majoriti menitir dari bibir ke bibir para pemerhati politik. Suku KadazanDusun Murut (KDM) merupakan suku yang banyak mempengaruhi landskap politik di negeri "ARAMAI TI" ini. Ramai yang berpendapat kerana KDM adalah suku majoriti, justeru mempunyai 'tangan ajaib' untuk mengubah laluan politik di Sabah. Namun jarang diungkit persoalan bahawa suku ini punya penyatuan emosi dan fikrah yang kental bila menyebut soal politik. Penentuan pemimpin di kalangan Suku KDM., bukan retorika semata, tetapi ditimbang kepada pemikiran yang tuntas demi melihat suku mereka terbela nasibnya.



Oleh yang demikian, kita tidak tergerak hati dengan percaturan politik suku ini, kerana nyata sasaran utama mereka ialah kerusi "KETUA MENTERI". Selagi 'kerusi' itu dimiliki oleh suku lain, selagi itu percaturan KDM sukar dipastikan . Walaupun beberapa kali suku KDM telah menduduki kerusi panas itu pada seawal pasca merdeka lagi iaitu Donald Stephens 1963-1965, kemudian di lantik semula pada tahun 1975-1976, di susuli oleh Datuk pairin Kitingan 9 tahun selepas itu , iaitu pada tahun 1985-1994, kemudiannya yang terakhir ialah Tan Sri Bernard Dompok itupun hanya 8 bulan (1998-1999 ) sebelum tewas kepada calon PBS di Moyog.




Sejak itu, suku KDM hanya tinggal "mengidam" kerusi itu biarpun sudah mengandung 10tahun sejak 1999. Oleh sebab itu, bagi pemerhati pro PR di Sabah, menganggap kenyataan Lim Kit Siang bahawa KDM rugi di bawah BN, lebih merujuk kepada isu KDM tidak akan berupaya menduduki kerusi Ketua Menteri, kerana di dominasi oleh UMNO. Walaupun ada tanggapan bahawa kedapatan juga pemimpin KDM dalam UMNO Sabah seperti Datuk Masidi Manjun dan beberapa orang lain, namun tempoh yang agak lama diperlukan untuk merealisasikan matlamat itu disamping menghadapi saingan dari tokoh -tokoh suku lain seperti Datuk salleh Tun Said, Datuk Shafie Afdal dan juga suku bukan 'teras' dalam UMNO Sabah yang sudahpun menduduki kerusi itu lebih awal.

"kekuasaan' politik KDM jelas tergambar pada tahun 1975 apabila, sokongan mereka dialihkan kepada Parti BERJAYA di bawah pimpinan Tun Mohd Stepehens dan Datuk Haris Salleh. Namun sokongan itu beralih arah kepada PBS pada tahun 1985 ekoran daripada suku KDM mula melihat Datuk Haris Salleh gagal menyempurnakan kebajikan dan ketuanan politik mereka di Sabah.

Justeru itu timbul dalam isu politik di Sabah...adakah perlunya KDM sekali lagi "DERHAKA" kepada BN untuk menjamin kelangsungan penguasaan mereka dalam jawatan Ketua Menteri Sabah?. Kalaupun diukur kepada penglibatan 3 buah parti KDM dalam BN seperti UPKO, PBRS dan PBS, nyata hanya parti PBS sahajalah yang mampu menunjukkan 'taring' politik yang berbisa. Malahan kejatuhan kerajaan PBS suatu ketika dulupun bukan disebabkan kerana penolakan suku KDM kepada parti itu, tetapi disebabkan tindakan lompat parti yang mengaibkan politik Sabah hingga saat ini.



Sama ada PBS berada dalam 'zon selesa' sebagai parti komponen BN di Sabah atau berada dalam situasi 'menentang" iaitu dalam zon pembangkang, bukanlah persoalan yang penting bagi suku KDM. Malahan mereka telah membuktikan walaupun PBS berada di luar parti pemerintah, namun ia tetap mendapat sokongan dari suku itu. Inilah kelebihan politik KDM di negeri ini. Oleh itu isu 'perlunya 'penderhakaan' itu akan menjadi isu terbesar PRU 13 di Sabah.


8 ulasan :

Kota Belud Ku said...

Assalamuwalaikum KM...

1.tahniah satu penulisan yang menarik dan analisa yang baik..saya terpaut membaca penulisan ini...berkait dengan perang saraf suku di Sabah dan fakta politik..

2. Isu penderhakaan KDM kepada BN begitu besar di Sabah, kerana jika mereka mengalihkan sokongan kepada pembangkang ada kemungkinan BN akan tumbang..

3. Persoalannya siapa huguan siou selain Pairin yang boleh dipercayai oleh suku KDM ini ?

4. Kalau Dr Jeffry dan Kalakau rasanya sudah terbukti mereka gagal mendapatkan sokongan suku ini..Jadi..siapa ? fikirkanlah..

Watababai said...

Apa khabar sdri KM..?

harap sihat dan dapat meneruskan idea penulisan ini..

saya ada posting baru..harap sdri dapat jenguk..ok

PIPIT PEKEPA' said...

KM,

Dalam politik tiada istilah "derhaka" dalam erti kata yang sebenarnya kerana politik itu berebut "kuasa". Apabila sepak terajang politik berebut, bersaing, bertelingkah, perang saraf dan sebagainya utk dapatkan KUASA maka dengan sendiri "derhaka" itu tidak lagi relevan utk dipersoalkan!

KDM adalah bangsa Majoriti di Sabah. Sebelum persempadanan semula pada 1998, kerusi DUN Sabah 48 iaitu 20 kerusi KDM, 20 kerusi Bumiputra Islam dan 8 kerusi Cina.

sekarang daripada 60 kerusi DUN Sabah, tinggal 17 sahaja kerusi yang majoriti KDM walaupun KDM kaum majoriti. 33 kerusi majoriti Bumiputra Islam dan 10 kerusi majoriti Cina.

Amat sukar utk kaum KDM menggugat BI jika BI tidak berpecah. Walau mereka bersatu dengan 10 kerusi cina menjadi 27 masih tidak cukup memerintah. Tetapi jika ada 5 kerusi BI dapat ditawan, maka jumlahnya menjadi 32 dan boleh memerintah!

Soalnya, apakah BI sedia terima KDM sebagai KM Sabah?

palingberani said...

KM..

Saya tidak setuju dgn si Pipit ni..masakan tidak ada istilah derhaka dlm politik..

kuasa adalah daulat dan daulat itu bisa musnah dengan derhaka..

pipit oh pipit..

kelapa mawar said...

kota belud ku..

tahniah juga buat anda kerana baru menguinjungi blog KM semoga anda menjadi pelawat yang setia...

kelapa mawar said...

sdri watababai..saya ada mengunjungi blog sdr..teruskan memeriahkan dunia penulisan di KB

kelapa mawar said...

Pipit Pekepa..

ma kasiha atas idea itu..saya menghargainya...nampaknya sdr sudah mula menulis mengenai politik KB..teruskan saya mengikuti blog sdr itu..

kelapa mawar said...

Paling berani..

kita tunggu jawapan dari Pipit pekepalah...

ma kasih kerana berkunjung/