Tuesday, March 2, 2010



Bagaikan ‘telur di hujung tanduk’ umpama ‘melukut di tepi gantang’, ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ begitulah agaknya perumpaan yang dapat digambarkan kepada ketua pembangkang DSAI, apabila kedudukannya sebagai ketua pembangkang itu berada dalam saat genting berikutan beberapa MP PKR telah keluar parti menyebabkan bilangan kerusi MP PKR menjadi 29, lebih satu berbanding DAP 28 dan PAS 23. Jika Nordin-Kulim keluar PKR bererti parti itu mempunyai bilangan MP sama dengan DAP. Ini membuatkan DSAI begitu bimbang akan kehilangan status berkenaan, kerana telah melakukan pengorbanan besar apabila ‘menggorbankan’ Datin seri Wan Azizah di Permatang Pauh.



Setakat ini sudah lapan orang wakil rakyat PKR meninggalkan parti itu. Mereka ialah


1. Ahli Parlimen (MP) Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim

2. MP Nibong Tebal, Tan Tee Beng

3. Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang (ADUN), Jamaluddin Mohd. Radzi,

4. ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu,

5. Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan ADUN Penanti, Mohd. Fairuz Khairuddin,

6. ADUN Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham Abdullah,

7. ADUN Lunas, Mohd. Radzi Salleh,

8. ADUN Ngemah, Gabriel Adit Demong



Ramai yang menjangkakan bahawa kedudukan DSAI tidak akan bertahan lama. Kerana jika bersandarkan kepada kenyataan bekas setiausaha Agung PKR Salahuddin Hasyim akan menyusul 10 orang lagi MP PKR keluar parti.Jika benar, Ini menjadikan DSAI begitu tersepit dalam PR. Desas-desus itu, menyebabkan PR terus berada dalam lembah kekacauan politik yang membimbangkan.



Namun begitu tindakan PAS dan DAP menyatakan sokongan penuh kepada DSAI selaku ketua pembangkang di Dewan Rakyat, dianggap oleh sebilangan penganlisis politik sebagai ‘bersifat sementara’. Ini disebabkan kerana PAS yang mempunyai 23 MP berserta 3 bergelar Senator sedaya-upaya meminimumkan pengaruh Lim Kit Siang yang menyaksikan DAP mempunyai 28 MP berserta 2 bergelar Senator.Manakala tindakan DAP menyatakan sokongan pula lebih bersifat ‘meneguk di air keruh” sebagai penafian politik bahawa PR masih mendapat mandate rakyat sekaligus juga meredakan pengaruh PAS yang dilihat lebih stabil berbanding PKR pada waktu ini. Selain itu, tindakan memberikan sokongan secara terbuka ini adalah sebagai ‘balasan’ politik kepada DSAI yang rela ‘melepaskan’ kawan dan karib lamanya dalam PKR, berikutan rasa tidak puas hati mereka dengan pentabdiran Ketua Menteri Pulau pinang yang juga setiuasaha Agung DAP Lim Guan Eng.



Inilah yang meresahkan DSAI kerana beliau tahu, sokongan terbuka yang diberikan oleh PAS dan DAP dalam pengekalan statusnya sebagai ketua pembangkang tidak akan bertahan lama, apatah lagi jika 10 MPnya yang diwar-warkan meninggalkan parti itu menjadi kenyataan. DSAI mula mencari formula unggul untuk mengekalkan sokongan dari rakan parti dalam PR itu. Bukankah juga DAP bercita-cita untuk merelaisasikan konsep Malaysia Malaysian. Maka tentu Lim Kit Siang sudah mula terhidu bau wangi kerusi ‘ketua pembangkang’ di Parlimen. Atas dasar ‘persaudaraan politik’ dalam PR, mungkin sokongan PAS dan DAP ini boleh dipertahankan walaupun pada jangka masa yang singkat.

2 ulasan :

Hussin Lampoyang said...

Kenapa ahli PKR keluar dari parti itu..?

Kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan.

Tatap PAS said...

Kenyataan penuh semua Ahli Parlimen PAS
Sumber: KL Post 02 Mar 2010

Kenyataan Media, Ahli-Ahli Parlimen PAS
3 Mac 2010

Kami Ahli-Ahli Parlimen PAS dengan tegasnya ingin menyatakan yang kami sepakat untuk terus melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu.

Kami sedar bahawa rakyat mengundi kami kerana mahu kepada perubahan dari suasana ketidakadilan, kezaliman, kemiskinan dan ketidaksamarataan hak-hak asasi kepada satu kerajaan berkebajikan dan bersih yang berasaskan prinsip-prinsip agama dan moral.

Oleh itu kami kesal dengan tindakan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang telah memilih untuk meninggalkan prinsip-prinsip murni perjuangan ini.

Kami kekal yakin dengan perjuangan dan kepimpinan parti-parti Pakatan Rakyat (PR) dan akan meningkatkan lagi usaha-usaha kami dikalangan masyarakat dan di Dewan Rakyat yang akan mula bersidang pada 15 Mac ini.

Kami menyeru kepada masyarakat untuk bersama kami menentang cadangan-cadangan baru kerajaan BN menaikkan harga petrol dan barang-barang keperluan lain dan memperkenalkan cukai baru seperti GST.

Kami juga ingin menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Dikeluarkan oleh Sekretariat MP PAS