Thursday, March 18, 2010


Kelmarin petang ketika saya minum di sebuah restoran di Tuaran berdekatan dengan Farmasi Aslam, yang dimiliki oleh seorang anak Kota belud yang berjaya dalam bidang Farmasi dan perubatan, saya didatang oleh seorang lelaki dan terus duduk semeja dengan saya. Setelah mempastikan, akhirnya saya cukup bersyukur kerana dipertemukan dengan seorang rakan lama yang seingat saya hampir 10 tahun kami tidak berjumpa setelah selesai menamatkan pengajian di sebuah IPTA di semenanjung. Rakan lama saya ini, memang 'orang Tuaran' , dan setelah bertanya khabar dia memaklumkan kepada saya bahawa dia sekarang berkerja di sebuah Jabatan kerajaan di bawah JPM. Kami berbual agak lama..maklumlah lama tak berjumpa...dari perbualan kami itu dia juga memklumkan kepada saya bahawa dia adalah seorang "penggiat" politik yang aktif di daerah Tuaran..terutama dalam UMNO bahagian itu. Secara berseloroh saya menyatakan kepada dia bahawa saya hanya "pemerhati" yang aktif dan sekali-sekala menganalisis politik berdasarkan pengamatan dan perbincangan dengan beberapa tokoh politik di daerah Kota Belud.




Namun cerita kami terus berkisar kepada ahli Parlimen Kota Belud yang juga 'orang Tuaran'.. barangkali sebagai tindakan provokasinya kepada saya, setelah saya menyatakan bahawa saya hanyalah pemerhati politik yang aktif..dia melontarkan idea bahawa "Orang Kota belud" perlu lebih banyak belajar dari "Orang Tuaran" . " Bagaimana Orang Kota Belud boleh yang terkenal dengan sentimen politik kesukuan yang menebal, boleh menerima "orang Tuaran" yang tidak mendapat tempat di tempat sendiri.." ? katanya memulakan hujah politiknya kepada saya.




""DARD adalah tokoh muda yang 'gagal' mendapat pengiktirafan perwakilan Umno di Tuaran"..tetapi boleh 'dimenangkan" oleh orang Kota Belud pada PRU 12 yang lepas...katanya lagi.. Apakah sebab berlaku penolakan kepada DARD di Tuaran? sedangkan beliau seorang yang berpengalaman dan 'dekat' dengan pemimpin politik..? Saya cuba mencungkil pengetahuan politiknya. Dia berhujah kepada saya bahawa, pengalaman dan 'kedekatan' dengan pemimpin politik tertentu tidak cukup ,malahan bukan prasyarat penting seseorang pemimpin itu diterima di Tuaran. lalu, kata saya Apa Prasyaratnya..? Dia meneruskan hujahnya dengan memberi gambaran bahawa penglibatan di peringkat akar umbi parti, serta kegelojohan untuk cepat mendaki tangga politik, menyebabkan ramai politikus rebah sebelum sampai ke puncak, bukankah itu kelemahan DSAI yang terlalu cepat ingin merasa kerusi PM, katanya... DARD di kacamata perwakilan Umno Tuaran, adalah 'asset" berharga yang belum lagi mencapai tempoh matang..dan ia perlu digilap dengan tertib dan betul..barulah ia akan terus bersinar..tambahnya lagi...




" Bukankah, punca kekalahan DARD merebut timbalan ketua bahagian UMNO Tuaran itu dikatakan kerana wujud dan rapuhnya politik gemtelmen di daerah ini..? Saya cuba membela. Dia menjawab..bahawa dalam politik , kita tidak harus melihat kejujuran..kerana sejauhmana berjayanya kita memanipulasi isu, maka kita akan berjaya..politik adalah tipu helah..dan penuh dengan kemungkinan"...DARD terlalu sibuk dengan jawatannya ketika itu sebagai S/U Barisan Nasional..katanya lagi.."




sekarang dia dilantik sebagai S/U BN di sabah pula,katanya... Orang Kota Belud tunggulah, dan lihatnya DARD akan bertambah sibuk sehingga tidak ada masa untuk bersemuka dengan rakyat peringkat akar Umbi..begitu dia membuat kesimpulan awal.



Saya menyatakan secara lebih berhemah bahawa DARD di Kota Belud, merupakan pemimpin yang mula mencipta nama atas keprhatinannya dengan rakyat dan permasalahannya..Dia hanya tersenyum dan sambil berkata bahawa,..."kami orang Tuaran, mengikuti sepenuhnya perkembangan "orang kami' di luar daerah.." .saya merasa terpukul dengan kata-katanya itu.




Program-program yang dilakukan oleh MP Kota Belud itu , adakah mendapat restu daripada Umno Kota Belud..? dia melontarkan persoalan..saya menjawab.."dia bukan ahli Umno KB.. "Tetapi bukankah dia juga ahli UMNO..apa bezanya ahli UMNO KB dengan ahli Umno..? katanya. " bukankah kita ini bangsa yang kaya dengan adab sopannya..kalau nak pergi ke rumah orang, ketuk dan beri salam..supaya kita dikatakan beradab.." dia memberi inori kepada saya.




"mungkin DARD akan "dikembalikan" di Tuaran pada PRU 13.." kata saya cuba mengalih topik lain..." Bagaimana dia boleh dikembalikan, sedangkan dia tidak ada tempat di sini.."Kalau pun benar di mana dia diletakkan..? Sulaman...? Impossible ! katanya kepada saya.."kalau begitu, kata saya..DARD akan menjadi "pelarian politik" seumur hidupnya.."Kata saya, cuba menutup perbualan kami..




"Orang Kota Belud, harus berani membuat penolakkan..kepada pemimpin luar" katanya lagi. "orang Kota Belud, begitu banyak pemimpin yang berkelibar..kenapa harus pilih orang lain?..Perkembangan politik terkini seolah mengesahkan bahawa Datuk Salleh akan kembali beraksi di Kota Belud, Kamu ada tan sri Pandikar Amin, datuk Musbah, dan beberapa ramai pemimpin seperti Serin Hj. Sudah, Idris nanti, Roslan Hj Manshor, Roslan Akik dan ramai lagi "katanya..Terkejut saya kerana dia begitu tahu, nama-nama di kota Belud..Saya berkeyakinan, dia punya pengetahuan politik yang baik..dan dia mengikuti perkembangan politik di Kota Belud.


Dia memberikan hujah bahawa pencapaian majoriti DARD pada PRU 12 yang lepas tidak dapat menandingi majoriti yang diperolehi oleh DSSK sebelum itu...malahan katanya DARD mengalami'kekalahan ' pada peti undi masyarakat bajau dan Iranun... ia menunjukkan kemenangan DARD lepas hanya kerana faktor parti, dan bukannya kepimpinan..''



Sepanjang jalan ketika saya memandu pulang..isu-isu ini begitu mengusik 'jiwa politik" saya...
banyak saya terbayang..bagaimana penubuhan skuad Parlimen oleh DARD yang bergerak..sendiri tanpa penglibatan UMNO KB..? bagaimana aktiviti turun padang yang dilakukan oleh DARD ini juga bersendirian, tanpa hubungkaitan yang rapat dengan pucuk pimpinan Umno KB..Dan macam-macam lagi..sehingga akhirnya timbul dalam benak saya...Apakah DARD sudah semakin dilupakan di Tuaran..?

14 ulasan :

Unknown said...

Salam Saudar Kelapa Mawar,

Kami rakyat biasa dan merupakan penyokong sejati UMNO di Kota Belud mahu semua calun BN di Kota Belud dalam PRU 13 nanti hendaklah pemimpin tulin UMNO tempatan dan bukannya import dari luar.Dard menang dalam PRU 12 bukan kerana dia punya pengaruh di KB tetapi atas prinsip orang mengundinya kerana parti UMNO. Kali ini kami tidak akan membiarkan pemimpin UMNO KB berputih mata hanya kerana memberi peluang kepada orang lain. Bah pepatah Biar berputih mata asalkan Calun BN akan datang dari pemimpin UMNO Bahagian. Orang luar seperti DARD sudah tidak releven di KB lagi.

Pak Cik Amin said...

kelapa Mawar..

Jangan kita terlalu taksub dengan pemimpin KB..kita harus buka minda kita...kehadiran DARD telah mematikan politik DSSK, sebab itu ada usaha utk menyingkirkan DARD di KB...

DARD sebagi orang luar harus bertindak mengikut resmi padi...semakin berisi semakin tunduk..

memang benar kata KM DARD banyak melakukan aktiviti diluar pengetahuan UMNO KB...rakyat KB tahu keadaan ini...

kenapa boleh berlaku demikian? saya rasa hanya Datuk rahman yang boleh menjawabnya...

kita minta supaya DARD dapat memberikan kenyataan dalam hal ini.

rojokobog said...

Salam KM,

Seandainya Datuk Japlin Hj Akim dan Datuk Hj Musbah Hj Jamli tidak tersenarai/digugur dari skuad bola sepak Kota Belud bagi Piala Dunia ke-13 nanti, saya berpendapat tidak ada salahnya kita memberikan peranan kpd Dato' Rahman Datuk Hj Dahlan untuk menyarung jersi pasukan Kota Belud dan diberi peranan oleh ketua pasukan Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said, dari segi stamina, skill dan displin saya rasa pemain import ini kita masih perlukan, sepertimana yang kita semua sedia maklum bahawa selama Dato' Rahman menyertai skuad bola sepak Kota Belud beliau merupakan penjaring terbanyak, ini merupakan satu kerugian besar bagi kita jika beliau berhijrah ke pasukan lain, beliau amat serasi dgn sesiapa saja jika digandingkan bermain sebagai ' Striker '. penyokong-penyokong bola sepak di Kota Belud pun agak senang dengan kehadiran beliau, kita kekal kan dulu untuk semusim ini dan setiap penyokong akan jadi pemantau pada setiap pemain.

Kota Belud Ku said...

Salam..

sdr Rojokobog..
saya kurang bersetuju dengan pandangan sdr itu kerana dalam permainan bola sepak , pemain import tidak semestinya memberikan penampilan yanglebih baik..kerana banyak faktor terutama dari segi kos dan logistik..

Berapa banyak gaji Scott dalam skuad Sabah pada suatu ketika dulu dengan dibandingkan dengan Matlan Marjan orang KB itu ?

kalau dibandingkan kos gaji dan emolumen yang diperolei oleh Scoot dengan kos melatih pemain baru seperti Borhan Ajui dll lagi ?

Dalam Politik, KB masih ada pemimpin yg harus diketengahkan...mrk ini perlu diberikan peluang, digilap dan diasuh dengan skill dan displin supaya dpt bermain striker...

itupun bergantung kepada rakyat KB..

Tatap PAS said...

Takbir !

inilah kelemahan UMNO asyik bertelagah utk merebuta jawatan sebagai wakil rakyat...berlumba-lumba utk menjadi pemimpin bukan kerana membela agama dan bangsa tetapi untuk mencari harta dan keuntungan..

saya menyeru kepada rakyat KB supaya menolak calon UMNO dan memberi kemenangan kepada PAS dan PKR...

Ajin b. Gagah said...

Salam Kelapa Mawar,
Selaku seorang yang di lahir dan di besarkan di Tuaran, disamping berkhidmat di Kota Belud selama beberapa tahun yang lalu, saya memahami inti-pati cerita yang KM sampaikan kali ini.

Secara am nya saya memahami dan terima pendapat sdra kita yang KM temui di Tuaran baru-baru ini. Namun saperti biasa, saya pandang isu ini dari kaca mata yang lebih luas. Maksud nya pandangan secara menyeluruh bukan hanya pandangan dari seorang “penggiat” politik dari Tuaran tersebut.

Sememang nya pendapat-pendapat saperti itu, saya juga selalu mendengar nya di sana. Saperti biasa berpehak kepada kepimpinan Datuk Hajiji dan dengan cara tidak langsung menidakkan Datuk Rahman dalam arena politik Tuaran.

Mungkin dalam masa yang sama juga, saya telah ditemui oleh beberapa orang pemerhati politik di Tuaran dan membincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan situasi politik sekarang dan masa akan datang daerah Tuaran.

Dalam pada itu, mereka juga telah memberi gambaran situasi BN dalam kontek kekuatan pada PRU13 akan datang.
Apa yang menarik, mereka penuh kepercayaan bahawa dalam situasi apa sekali pun, BN akan dapat mempertahan kan kerusi DUN Sulaman . Manakala kawasan Parlimen dan dua DUN Tamparuli, DUN Kilulu agak susah untuk di ramalkan kerana kawasan tersebut di diami majoriti nya oleh suku kaum KDM dan Cina.

Membincang tentang calun UBN di Sulaman pada PRU13 nanti, mereka merasakan mungkin ada kejutan dan perubahan calun berdasarkan beberapa faktor yang menarik.

Antara lain mereka terasa bahawa kemungkinan Datuk Hajiji akan di ganti oleh muka baru saperti Sdra Aliasgar dan Datuk Rahman Dahlan sendiri. Perlu juga di ingatkan bahawa dasar UBN sekarang bukan semesti nya memilih calun dari ketua Bahagian dsn.

Disamping itu, mereka merasakan bahawa Datuk Hajiji telah memegang tampuk kuasa sebagai ADUN sejak berkurun lama nya sehinggakan beliau sudah malas untuk merancang dan memberi idea-idea baru yang perlu untuk rakyat Sulaman dalam berhadapan dengan cabaran era alaf baru ini.

Sebagai bukti, Dewan Tuaran yang di kendalikan oleh Kementerian beliau sendiri, hingga kini maseh tergendala.
Seterus nya penduduk kampung sensasi,Penimbawan ( penduduk lebih kurang 2,000 oarang) kini, sedang berhadapan dengan kekurangan air yang kritikal bermula sejak Sabah merdeka melalui Malaysia.
Hingga kini tiada perancangan konkret dalam pembinaan bekalan air dan bekalan letrik di kawasan tersebut... Sungguh menyedihkan

Dalam masa yang sama, dikata kan beliau terlibat dalam skandal pengambilan tanah rakyat seluas beribu-ribu ekar. Bermula dari kawasan kampung Tajau hingga kepesisiran Pantai Torong Tanah, dsn.

Dalam kontek Negeri dan Nasional; ‘hypothesis’ nya, Datuk Rahman Dahlan mempunyai ‘connection’ yang sangat mantap. Dengan itu, ia nya akan memberi peluang yang besar untuk beliau dicalunkan; bukan di Kota Belud tetapi di kawasan DUN Sulaman Tuaran..Kita suka atau pun tidak lebih kurang begitu lah cerita nya.

Semuga kalian sukses

BELUM PENDEKAR said...

Salam saudara KM,

1. Pertamanya, saya ingin merakamkan ucapan tahniah di atas penulisan saudara yang pada hemat saya benar-benar neutral dan memberi ruang yang cukup luas untuk masing-masing berfikir mengenainya.

2. Pada saya, secara umum prestasi yang ditunjukkan oleh DARD sebagai seorang pemimpin bolehlah dikatakan sebagai agak baik. Cuma, barangkali beberapa kelemahan yang diutarakan oleh rakan KM seperti tindakan DARD yang bersendirian tanpa pengelibatan UMNO KB (andainya benar) perlulah diperbaiki. Ini adalah kerana pada saya, melaksanakan program secara bersama dengan UMNO KB akan lebih baik kesannya berbanding bergerak secara bersendirian. Dari sudut yang lain, saya nampak DARD jauh lebih menonjol berbanding DJA mahupun DMJ. Pun demikian, DARD ditolak pada awalnya oleh majoriti suku kaumnya sendiri di Kb kerana seperti yang kita maklum, beliau amat rapat dengan Musa Aman dan pada masa tersebut Musa Aman termakan hasutan pihak-pihak tertentu sehingga cuba "membunuh" pemimpin politik daerah yang tanpa beliau sedari merupakan ketua suku kepada masyarakat di KB.

3. Pada pengamatan saya yang tidak seberapa ini, pemimpin suku seperti DSSK, TSPM, AMIR KAHAR dsb sebenarnya tidak pernah menentang Musa Aman. Penentang beliau yang sebenarnya adalah komuniti rumpun baju yang merasa bahawa suku mereka telah dipinggirkan dan cuba diperlekehkan semasa PRU 12 lepas. Bayangkan apakah perasaan kita andai bapa atau abang yang begitu kita hormati dan sanjung tinggi tiba-tiba mahu "dibunuh" oleh orang lain kerana takut kedudukan serta kuasanya tergugat?.. Itulah yang membakar darah rumpun Bajau sebenarnya. Mujurlah Musa Aman sedar bahawa orang yang menasihatkan beliau supaya meminggirkan pemimpin suku ini sebenarnya silap besar dan dilihat berbaik dengan pemimpin suku ini. Jika tidak, rumpun Bajau sampai bila-bilapun akan menentang dan sanggup berkerat rotan dengan beliau.

4. Sekarang, kemarahan rumpun Bajau terhadap Musa Aman telah diredakan maka secara langsung penerimaan terhadap DARD juga mungkin bertambah baik. Pun demikian, andai kemarahan tersebut marak semula pada masa depan dan DARD masih dilihat sebagai sekutu kuat Musa maka kedudukan beliau dimata rumpun Bajau tetap akan tergugat.

5. Pun demikian, saya bersetuju dengan kawan saudara KM yang mengatakan bahawa dalam politik perlu naik secara perlahan-lahan. Jangan terlalu cepat mahu ke puncak sepertimana yang pernah cuba dibuat oleh Anwar Ibrahim. Saya juga bersetuju dengan ulasan TETAP PAS bahawa kelemahan UMNO ialah asyik bertelagah merebut jawatan. Sebab itulah maka apabila ada golongan muda yang sudah tidak sabar-sabar untuk mengambilalih teraju kepimpinan politik daerah, maka saya memilih untuk tidak menyokong usaha tersebut.

6. Akhir sekali, secara khusus saya ingin menyatakan bahawa DARD masih berpeluang untuk kembali ke Tuaran andai kaedah dan percaturan yang betul dibuat. Tapi, ia akan mengambil sedikit masa. DARD perlu membuktikan kualiti dirinya yang sebenar kepada masyarakat Tuaran (khususnya Sulaman) andai ingin menambat hati mereka.

7. Barangkali kami bloggers boleh menjadi "tink tank" Datuk untuk menawan Sulaman. Ops... maaf Datuk, sekadar bergurau saja.. kami tidak pandai dalam soal berpolitik.

PIPIT PEKEPA' said...

Anakanda KM,

Pipit ada tulis mengenai skuad 169 dalam blog pipitpekepa.blogspot.com boleh layari.

DARD tidak mahu gunakan jentera UMNO/BN dan jentera agensi kerajaan kerana DARD anggap jawatan MP itu jawatan peribadinya dan tidak ada kaitan dengan UMNO.

DARD bukan ahli UMNO kota belud dan dia sentiasa cuba laga-lagakan Musa aman dengan Ketua UMNO KB.

bacalah blog Pipit.

Unknown said...

Salam Rakan-Rakan,

Biarpun Dard itu lebih baik dari pemimpin kita di KB, yang pastinya kami rakyat Kota Belud mahu, biar calun BN akan datang dari Pemimpin UMNO Kota Belud. Jika tidak kami rakyat biasa yang menjadi penyokong tegar UMNO Kota Belud akan beralih arah ke parti Pembangkang, yang rugi bukan Dard, tetapi parti UMNO kerana kehilangan satu kursi di Kota Belud.

Anonymous said...

Assalamualaikum KM

mencela sikit...

mungkin kita terlupa peranan yang dimainkan oleh KJ dalam isu ini. Bagi saya kelibat kepimpinan di KB bermula bila menantu Pak La tu semasa mula berkuasa dulu dengan pengaruh yang ada di tingkat 4 putrajaya, dengan cita-cita untuk menjadi PM termuda, telah mula mencantas peminpin2 UMNO seluruh negara (ala ANWAR) bagi tujuan meletakkan calon-calon kroninya. Barang diingat DARD adalah antara kroni utama KJ di UMNO pusat(Pemuda).

Dengan tenggelamnya macai DARD dalam UMNO, nampaknya DARD mempunyai peluang yang sama rata dengan DSSK dalam merebut jawatan menjelang PRU nanti.

Mengenai Datuk Musa Aman pula senarionya adalah berlainan. Asalnya memang DMA berniat menenggelamkan karier politik DSSK kerana beranggapan ia adalah ancaman terbesarnya dalam mempertahankan jawatan KM tapi sekarang ancaman sebenarnya yang lebih nyata adalah seorang menteri pusat dari Semporna, dan kerana itulah DSSK dijemput kembali dalam kerajaan untuk meneutralkan pengaruh Datu Shafie.

Ini lah lumrah politik UMNO, jatuh menjatuhkan, kawan jadi lawan dan lawan akan jadi kawan. Kalau dah macam ini macam mana lah rakyat nak diutamakan, asyik nak jaga kepentingan diri saja....

windi said...

Pemimpin yang diundi ialah pemimpin yang prihatin pada rakyat dan selalu turun padang. Orang Kota belud sejati pun kalau tidak mahu salam orang kampung dan tidak buat perubahan pun buat apa.

Pendekar Tua said...

KM..

Tahniah atas paparan ini..saya begitu berminat membacanya..saya cuba menganalisis penulisan KM ini dari sudut yang terbuka...

1. lumrah kita di KB ini sejak dulu, ada saja orangh luar yg datang mempertaruhkan politik mereka. Orang KB terima..sebab saya katakan di terima sebab mereka ni menang..Tun Mustapha dan datuk yahya Lampong..

2. Soal suku tidak timbul tetapi isu parti main peranan. Usno pernah kalahkan berjaya di Usukan antara TSPAM dan DSSK..saya rasa KM masih ingat perkara ini..

3. Solah DARD diserahkan kepada KB..masih lagi isunya orang luar tetapi dia diterima buktinya dia menang walaupun KM katakan sokongan bajau dan Iranun menurun..tetapi pokoknya beliau menang..

4. Ada pemimpin luar yang tidak menyeralh di tempat sendiri tetapi menyerlah di tempat orang..itulah DARD..Tun Mustapaha pun tidak menyinar di Banggi atau kudat..betulkah..?

5. pemimpin yang baik,ialah mereka yg berjuang utk membangunkan kwsn yg mereka wakili..dan bukannya bilamenang tinggal orang kampung dia makan di hotel mewah dan duduk dalam aircorn..

6. Adalah lebih baik kita menimumkan rasa kesukuan kita tetapi kita lihat potensi yang ada..saya masih ingat KM pernah tulis betapa perlunya DARD di Kota Belud.

Idahan said...

Salam KM..

saya setuju dengan rakyat biasa...bagi peluang kepada pemimpin di KB..kita tengok apa yang mereka boleh buat...orang lain ketepi dulu barulah pemimpin tempatan diutamakan...

palingberani said...

sdri KM..

saya nak ulas sdr Belum Pendekar mengenai kata-katanya ini..

Pun demikian, saya bersetuju dengan kawan saudara KM yang mengatakan bahawa dalam politik perlu naik secara perlahan-lahan. Jangan terlalu cepat mahu ke puncak sepertimana yang pernah cuba dibuat oleh Anwar Ibrahim. Saya juga bersetuju dengan ulasan TETAP PAS bahawa kelemahan UMNO ialah asyik bertelagah merebut jawatan. Sebab itulah maka apabila ada golongan muda yang sudah tidak sabar-sabar untuk mengambilalih teraju kepimpinan politik daerah, maka saya memilih untuk tidak menyokong usaha tersebut.


ulasan saya :

1. saya rasa sdr Belum pendekar tidak menerima hakikat bahawa akan berlaku peralihan kepimpinan sedia ada di daerah KB

2. Bagaimana jika pemimpin muda itu benar-benar berpotensi..? tiakkah kita harus menyokongnya.

3. PM, Datuk Najib sering menyatakan bahawa golongan mjuda arus diberikan ruang kenapakita tidak boleh menyokongnya..?