Sunday, February 14, 2010


"Mereka mungkin boleh memberi pendapat tetapi untuk meminta kerajaan menggugurkan dakwaan kes berkenaan adalah tindakan biadap,”kenyataan DARD pada sidang media selepas majlis pembayaran elaun sara hidup nelayan Persatuan Nelayan Kota Belud, di Dewan Tun Said,


Apabila 50 orang ahli parlimen Australia yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Kecil bagi Hal Ehwal Luar Parlimen Australia, Michael Danby membuat gesaan kepada kerajaan supaya mengugurkan kes liwat DSAI, ia menjadi perhatian bukan sahaja masyarakat luar tetapi juga rakyat di negara ini. Ia dianggap sebagai satu lagi cubaan pihak luar untuk mencampuri urusan dalaman Malaysia. Isu ini benar-benar telah membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat dan kemarahan yang meluap atas kelancangan mulut ahli-ahli parlimen Australia itu . Apakah keculaparan dan tindakan kurang ajar mereka ini disebabkan kerana Australia sendiri telah mengiktiraf kehidupan homoseks? Atau apakah kerana ada cubaan untuk mempengaruhi keputusan bidang kehakiman ?

Ahli Parlimen Kota Belud yang juga Naib Pengerusi Kelab Penyokong Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Abdul Rahman Dahlan menyifatkan gesaan 50 Ahli Parlimen Australia supaya kerajaan menggugurkan tuduhan liwat terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai biadap.

Beliau menegaskan, Malaysia bukan budak suruhan Australia dan negara ini mempunyai kedaulatan undang-undang serta institusi kehakiman yang bebas daripada pengaruh mana-mana pihak, termasuk kerajaan.

Keberanian DARD ini kena pada tempatnya, kerana sebagai sebuah negara berdaulat dan merdeka, rakyat di negara ini sewajarnya bangkit untuk mempertahankan negara daripada cubaan anasir luar untuk campurtangan dalam hal-ehwal dalaman negara.

Kita berpendapat bahawa, jika sekiranya Kes Liwat DSAI ini berupa konspirasi politik seperti yang didakwa oleh PKR , hatta sekalipun ia berupa fitnah, namun biarlah kes ini dihakimi berlandaskan undang-undang sedia ada negara melalui badan kehakiman di negara ini. campurtangan daripada negara asing bukan sahaja 'biadap" seperti yang dikatakan oleh DARD, bahkan harus dikutuk sekeras-kerasnya oleh setiap rakyat di negara ini.

Selain daripada DARD, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali, juga turut mengecam tindakan ahli perlimen Australia ini dan menganggap ia sebagai satu cubaan untuk mencampuri urusan dalaman negara.

6 ulasan :

Pendekar Tua said...

Salam KM..

Merdeka adalah satu nikmat besar yg wajib disyukuri ole setiap rakyat di negara ini.

setelah merdeka maka,memelihara kemerdekaan itu daripada penjajahan dan campurtangan luar adalah tanggungjawab yg terlaksana atas pundak kita warga Malaysia..

Keputusan 50 ahli MP Australia itu adalah tindakan keterlaluan dan bermotf politik.

Ia bukan sahaja biadap dan kurang ajar serta berat sebelah tetapi juga dianggap sebagai mencabar sistem kehakim,an di negara kita..

Sebelum membuat gesaan sedemikian itu, adalah wajar mrk mendapatkan penjelasan dan maklumat terdahulu melalui pesuruhjaya Malaysia di sana..

isu campurtangan ini bukan sahaja memberi kesan diplomatik antara dua buah negara tetapi juga akan mewujudkan suasana yang tidak baik antara rakyat di negara ini..

mrk harus menarik balik gesaan dan tuntutan itu..jika terus dihormati.

Salam
PT

Anonymous said...

Salam KM

Mungkin DARD juga patut mencontohi keberanian Ku Li dlm mengutarakan sebarang pendapat dan pandangan kerana umum tahu Ku Li bukan calang-calang orangnya.

rojokobog said...

Salam KM,
Berani kerana benar, takut tak terpilih calon nanti.

kelapa mawar said...

Salamkembali Pendekartua..

makasih atas pandangan yang cukup bernas itu..

KM juga berpendapat bahawa campurtangan dari pihak luar tidak harus berlaku..

semoga sdr terus sukses

kelapa mawar said...

bulanmengambang..

makasih kerana turut serta dalam perbincangan cyber ini..

ada satu ketika DARD harus juga mencontohi KU Li dalam memperjuangkan isu kebajikan masyarakat di KB..

ai bekalan air bila lagi nak selesai ?

kelapa mawar said...

Rojokobog..

ma kasih kerana memberikan pandangan..

berani kerana benar dan takut tidak tercalon dalam PRU ada benarnya,,, saya setuju