Monday, June 28, 2010



Persidangan pemuda UMNO KB yang berlangsung dua hari yang lepas cukup membinggitkan 'telinga' para pemerhati politik Kota Belud. Bukan kerana isu yang didendangkan kepada para perwakilan, dan bukan juga kerana kehadiran perwakilan pemuda yang langsung tidak memuaskan, dan tentunya kerana bukan juga disebabkan oleh 'politik' wang yang berlaku...Tetapi kerana Banner Ketua Pemuda yang dipasang menggunakan perkataan "KAPSUL". Agak ngeri, dahsyat dan punya tafsiran yang pelbagai.

Ada perwakilan pemuda yang mempertikaikan kewajaran penggunaan "Kapsul" itu, kerana kata mereka ia membawa kepada pengertian negatif. Apatah lagi sejak dua menjak ini, ketua Pemuda Umno KB sdr Barur Sawi dilaporkan sebagai mempunyai latarbelakang hitam sebelum bergelar "ketua pemuda". Kalau di perhalusi secara lebih terbuka blogger Siti Farhana dalam beberapa siri pendedahannya mengaitkan ketua pemuda itu dengan isu dadah berupa syabu. Sehingga kini, tidak ada ulasan dan response dari ketua pemuda ini. Apakah benar? apalah tidak, masih menjadi tanda tanya?

Justeru "kapsul" menjadi bahan tertawa para perwakilan...sekaligus memberikan satu gambaran betapa UMNO KB bisa hancur dan lebur kerana percaturan peringkat awal yang tidak diperalusi. Ada juga suara-suara dari belakang..pemilihan Sdr Barur yang dikaitkan dengan 'aura" DSSK dan TSP dulu adalah satu kesilapan besar yang memberikan kesan langsung kepada UMNO KB. Alangkah molek kata mereka jika Sdr Tajul yang terpilih menjadi "ketua Pemuda".

Mungkin kerana terlalu mahu mengkedepankan semula politik DSSK dan TSP yang semakin malap ketika itu ekoran pengguguran mereka pada PRU12, maka hanya dengan menaikkan orang yang tidak sepatutnya menjadi "ketua Pemuda" akan menjadi jaminan bagi kedua-dua tokoh ini. Ingatlah bahawa kesilapan hari ini, akan membuatkan generasi masa depan menghukum kita.

6 ulasan :

Gambar seksi said...

Dalam isu ini..perlu adapengakuan terbuka supaya masyarakat tidak rasa diperdaya...tiada manusia yang sempurna tetapi adalah lebih tidak sempurna jika menyembunyikan kebenaran..

Ali kemad said...

salam KM..

saya mengenali ketua pemuda ini kerana sama-sama satu sekolah...dan saya tidak ingin menyatakan keburukan seseorang..apa yang saya ketahui saya simpan..

hanya saya nak bagi tahu dengan KM bahawa walaupun saya juga perwakilan pemuda namun saya tidak pernah memberikan undi kepada ketua pemuda ini ketika pemilihan berlaku..

sebabnya kerana saya mengetahui apa yang berlaku..sama-samalah kita membina bangsa dan masyarakat kita di Kb ini dengan menolak mereka yang memecahberlahkan perpaduan masyarakat...tolaklah mereka yang gah pada nama tetapi malas membangunkan masyarakat kita..tolaklah mereka yang hanya duduk dan pakai remote control tetapi malas utk turun padang....

salam untuk anda dan pelawat blog anda..

Unknown said...

salam KM,

sebentar tadi saya dengan Wakil Pemuda KB yg menang tempat pertama, Fadli Juanas makan dan menonton bola di Restoran Seri Pacific KL.

saya tanya apa makna Kapsul dan gambar KP UMNO itu? dia jawab, dia sendiri tidak tahu....

DATU SI RENGIT said...

itulah dia dunia....siapa banyak duit sekalipun punya latarbelakang yang hodoh kuasa ditangan nya jua....

tolaklah budaya buruk dan keji ini...insyallah kita akan dpt pemimpin lebih baik dan cemerlang...

sekali lagi...kasihan baharul....

Tatap PAS said...

sdr MO..

kalau pemuda pun tidak tahu makna kapsul apa lagi orang awam...macam program Imam Muda plk

Ali kemad said...

selaku perwakilan pemuda saya benar-benar kecewadgn apa yang berlaku..Pergerakan pemuda adalah tangan kanan kepada umno KB tetapi berlaku sebaliknya..Umno bahagian KB plk menjadi tangan kanan dan kiri kepada pergerakan pemuda KB..malang sekali..

post mortem bole di buat apa punca kepada situasi ini..semua orang cakap termasuk pemimpin pemuda sendiri..pergerakan pemuda umno kb lembab dan tidak ada fungsi...