Wednesday, June 2, 2010


Banyak cerita-cerita politik berkisar di Kota Belud...ibarat seorang penglipulara...di zaman dahulu, walaupun hanya berunsur spekulasi dan hipotessis, namun cerita-cerita ini tentu ada asas dan 'manis' nya kerana tak kan pokok bergoyang kalau tak ditiup angin.. Kota Belud adalah daerah yang begitu menonjol dalam dunia politik Sabah..bukan kerana disebabkan oleh beberapa pemimpin tempatan dan luar yang berhijrah di Kota Belud dapat mencipta populariti tetapi juga kerana masyarakatnya saban waktu, saban masa..begitu panas bercerita tentang politik negeri dan nasional..seperti kata iklan dalam TV...makan politik, tidur politik, minum politik dan serba serbi kehidupan masyarakat Kota Belud...terselit unsur-unsur politik yang terkini dan sensasi..rasanya amat rugi kalau tidak mendengar cerita penglipurlara politik kedai-kedai kopi di daerah ini.

Apabila desas-desus akan berlaku rombakan kabinet peringkat persekutuan..ia akan sampai lebih duluan di kedai-kedai kopi di kota belud..dari mana punca dan dari mana datangnya khabar angin itu..tentunya barangkali dari penggiat politik di daerah ini..kemudiannya 'turun' kepada para penglipurlara ini...

Memang benar, satu rombakan kabinet telah berlaku..dan Najib begitu bersemangat melantik beberapa 'senator' menganggotai kabinetnya...apakah signifikan 'Senator' dalam dunia politik Najib..kalau ramai lagi wakil-wakil rakyat yang membantu kemenangan BN pada PRU 12 yang lepas tidak mendapat "jawatan" dan keutamaan.?

Di daerah kota belud ini...ada khabar angin menyatakan bahawa rombakan kabinet itu akan melibatkan beberapa pemimpin KB..antaranya yang disebut-sebut ialah MP Kota Belud Datuk Rahman Dahlan...yang sebelum ini telah dilantik sebagai S/U Baru BN Sabah..seprang yang berpengalaman dan 'dekat' dengan beberapa personaliti politik negeri dan persekutuan...Namun spekulasi ini telah meleset setelah Najib mengumumkan barisan kabinetnya semalam.. Datuk Rahman tertinggal dalam senarai "menunggu".

Kemudian daripada itu..ada juga yang menyatakan bahawa Datuk salleh akan ke Persekutuan dan melepaskan jawatan sebagai penasihat sains kepada Ketua Menteri Sabah..Inipun tidak kesampaian..malahan nama DSSK pun tidak di sebut...penyokong DSSK menyatakan bahawa ia adalah satu petanda bahawa DSSK semakin dekat dengan kerusi CM sebab itu beliau dikekalkan di peringkat negeri..Walaupun mendapat saingan dari Datuk Shafie Apdal..namun DSSK dikatakan lebih berpotensi berdasarkan rekod dan kemampuan.

Selain daripada dua isu diatas...kelibat Tan Sri Pandikar Amin juga tidak lepas dari cerita politik di KB. Beberapa minggu yang berlalu..TSP dikatakan telah mengadakan program "juara rakyat peribadinya" apabila dilihat mengadakan kunjungan hormat di kedai-kedai kopi di pekan ini. beberap siri 'makan dan minum" bersama rakyat telah dirancang. Menghairankan!...sebelum ini setelah TSP tamat berkelana di Kota Marudu dan menjadi YDP Dewan Rakyat..sejak itu beliau menjadi "sunyi" dari cerita penglipurlara di pekan ini..hanya sejak kebelakangan ini..ia bertambah kencang dan mula melanda arus sungai Tempasuk yang mengiringi kehidupan masyarakat di pekan bertuah ini. Apakah strategi TSP? tiada ada siapa yang tahu...walaupun beberapa penglipurlara politik KB mula menokok tambah cerita-cerita mengenai hal ini, namun ia masih menjadi 'misteri'.

2 ulasan :

kunyit said...

Salam KM,
Datuk Salleh Tun Said berapa penggal jadi MP Kota Belud, jangan kan Menteri Persekutuan, Timbalan Menteri pun susah-susah mau dapat, paling besar Pengerusi Kraftangan M'sia...sekarang SSK bukan Ahli Parlimen mau dilantik Senator, jauh kita panggang dari api org KB, sebab api itu panas...musim Najib PM dia mau tengok wakil rakyat buat kerja, jadi SSK mau buat kerja apa, kasi kerja orang? kita imbas kembali Senator Tan Sri Kasitah Gadam boleh di beri kepercayaan oleh Tun M jadi full Minister, time tu SSK ahli Parlimen KB pun tidak kena lantik Menteri, something wrong with salleh...kita pun sama-sama paning kapala fikir kanapa jadi itu macam...kita lugi ma di KB bukan pemimpin yang rugi, dia ulang cuma tiada kuasa tapi luit manyak mah..haii yaaa ini politik mikin mingung...wa tala jahit ulang, wa jait kasuttt.

Bungabakawali said...

Kelapa Mawar,
Namanya pun cerita penglipur lara, kenapa dibetulkan dan dijadikan cerita serta isu politik untuk menyindir dan merendah-rendahkan pemimpin2 Kota Beuld. Sepatutnya, jika anda warga kelahiran Kota Belud anda akan berbangga kalau pemimpin2 Kota Belud di lantik untuk menerajui Negeri Sabah atau menjadi Menteri di peringkat Persekutuan.


kunyit,
Ini lagi satu,,,,namapun kunyit, hanya layak menjadi perasa masakan rebus pada ikan. Tak sedar diri, lu sapa mau masuk campur ini urusan? lu urus saja lu punya kasut..