Saturday, June 12, 2010


Petang semalam, seorang rakan lama saya yang juga seorang pensyarah di sebuah IPTA dan sedang mengikuti Muktamar PAS ke -56 yang berlangsung di Kota Bahru, menghubungi saya.Kami berbual mengenai perkembangan terbaru politik tanah air terutama di semenanjung. Beliau pada dasarnya mengikuti perkembangan perjuangan PAS tetapi kerana seorang yang berpendidikan tinggi peringkat PHD, mungkin pemerhatian beliau menjurus kepada kajian tindakan dan penyelidikan yang dibuatnya. Beliau menghuraikan panjang lebar tentang perbedaan orang Melayu UMNO dan Orang Melayu PAS..kerana menurut beliau isu ini amat penting kerana kedua-dua parti ini di pimpin oleh orang Melayu dan di sokong dan di dukung oleh orang Melayu sendiri. Jadi kerana kedua-duanya parti orang melayu! sudah tentu ada perbedaan yang jelas mengapa orang melayu berpecah memberikan sokongan kepada dua buah parti di negara di mana orang melayu bergelar "tuan".


Perbicaraan ini katanya tidak harus dipandang dari sudut agama kerana mungkin berat sebelah jika PAS dilabel parti Islam Semalaysia, sedangkan UMNO adalah pertubuhan Melayu Bersatu . Menurut beliau, sepanjang hampir 50 tahun kedua-dua parti ini menjadiu 'wira' orang melayu, pentarbiyahan kepimpinan berjalan dengan drastik. UMNO dan Melayunya mengalami proses pentarbiyahan yang bertali arus. Kepimpinan dan pemimpinnya ditonjolkan dalam ruang lingkup "keelitan"Maknanya serba serbi penampilan dan reformasi akhlak pemimpin Melayu UMNO selari dengan material yang dipamerkan. Pemimpin Melayu UMNO "gah' dengan kereta besar, rumah besar, hidup gaya artis, mempunyai asset dan hartanah yang banyak. Malahan ramai pemimpin melayu UMNO mempunyai hartanah di luar negara. Beberapa pemimpin Melayu UMNO mengetahui perkara ini. Berapa ramai peringkat pimpinan melayu UMNO tidak berperangai sedemikian. sedangkan menurut beliau, lagi..suatu ketika Melayu UMNO memunggut derma untuk menampung perjuangannya 'menuntut' kemerdekaan. Proses "mengkontraktorkan' pemimpin UMNO peringkat cawangan dan Bahagian berjalan dengan cukup pantas. Hasilnya selepas 50 tahun Parti UMNO ini dicengkam oleh idelogi 'elit' yang menekankan prinsip kebendaan.

Menyusuri melayu PAS, beliau merungkai bagaimana keadaan peringkat pimpinan melayu PAS yang begitu 'istiqamah' dan" tawaduk" dalam soal kebejatan materialistik. Ya! walaupun satu atau dua kes berlaku, namun ia tidak sehebat pimpinan melayu UMNO. Pemimpin melayu PAS nampak 'bersederhana' dalam soal kebendaan. Prinsip dan dasar kesederhanaan ini dipamerkan melalui cara berpakaian, cara hidup, cara pemilikan kekayaan dan paling besar adalah cara pentadbiran. Kerana itu menurut beliau, orang Melayu PAS nampak begitu 'setia' dengan perjuangan partinya. Pengecopan UMNO sebagai parti sekular diterima berdasarkan hala tuju pentarbiyahan pengikutnya.


Walaupun isu ini hanya berdasarkan kajian dan pemerhatian, namun ada kemungkinan isu ini menjadi 'pokok' kepada pertambahan sokongan melayu kepada PAS dan penolakan melayu (walaupun tidak semua) kepada parti UMNO. Adakah hal ini telah disedari atau sebaliknya?

6 ulasan :

BELUM PENDEKAR said...

Sdra KM,

Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam hal ini. Namun, saya berpendapat bahawa yang membezakan kedua-dua kumpulan ini hanyalah "peluang".. saya fikir, kalau diberi "peluang" yang sama, pemimpin yang dilebal sebagai baik itu juga akan mengambil sedikit sebanyak kesempatan. Kalaupun ada yang betul-betul berjuang dengan ikhlas tanpa "tujuan" tertentu, bilangannya mungkin amat sedikit... Dan, golongan ini juga ada dalam kelompok yang dikatakan sebagai pihak yang suka ambil kesempatan, pentingkan diri dan sebagainya..

Yang mengganggu pemikiran saya ialah pemimpin-pemimpin yang dilebal sebagi baik ini begitu kuat mengkritik pihak yang satu lagi sedangkan mereka sendiri setelah berbelas tahun memerintah di sebuah negeri nampaknya "gagal" membangunkan negeri berkenaan.. Tertanya-tanya saya, benarkah mereka ini berjuang untuk memajukan atau memperbaiki kehidupan rakyat yang selama ini menyokong mereka atau mereka hanya berjuang untuk diri mereka sendiri. Yang pasti, kehidupan rakyat serta penyokong mereka masih sedemikian rupa dan kehidupan mereka pula lebih baik berbanding penyokong tadi. Mereka lebih mampu..

Dan, bukankah seorang dua pemimpin yang ada dalam kelompok berkenaan sekarang asalnya dari kumpulan sebelah yang pemimpinnya dikatakan kuat menyapu peluang.. jika itu ukuran pemimpin sebelah yang satu lagi, maka sejauh manakah kita yakin bahawa pemimpin yang telah menyertai pihak yang "bersih" ini telah benar-benar bersih?..

Tepuk dada tanyalah fikiran...

watasikadi said...

salam KM,
tajuk yang menarik..sejauh man pun kebersihan itu kita tetap manusia biasa yang tetap melakukan kesilapan.namun kesilapan haruslah dibaiki.tajuk KM kali ini berkisar melayu UMNO dan melayu PAS dan bukanlah melayu PKR. dimana PKR merupakan pecahan dari UMNO itu sendiri dimana kita lihat katak-katak sekarang dari keadilan dan juga UMNO. jika ada mengatakan melayu PAS suka mengambil kesempatan berbanding UMNO boleh kita bandingkan pemimpin utama dari kedua parti politik dominan melayu ini..mungkin perlu ada penelitian turun padang atau lebih jelas lagi pergi sendiri ke negeri kelantan yang diperintah PAS, bandingkan cara dan kesederhanaan kepimpinan disana. jangan terkejut jika anda terserempak dan sarapan bersama tok guru nik aziz tanpa bodyguard seperti MB yang lain, pada waktu petang cubalah datang ke pantai marang dekat rusila terengganu dan memancing jangan terkejut anda memancing dengan tok guru hadi awang bersama cucu2nya dan sangat mudah didekati. pernah anda lihat DMA datang breakfast di Warung berseorangan? mungkin kita dapat lihat Datuk japlin pergi ke bagang dan tidur disana sehinggakan pemimpin kampung didatangani terkejut dan tak sempat memakai baju terpaksa menemani pemimpin UMNO sehingga subuh. namun itu juga membawa bodyguard. pendekatan PAS ini memudahkan rakyat menyuarakan masalah tanpa segan berbanding pemimpin UMNO walaupun saya akui tidak semua.

rojokobog said...

Salam KM,
Pada awalnya org Melayu UMNO dan PAS mempunyai matlamat dan tujuan yang sama untuk mempertahankan dominan politik org Melayu khasnya di Tanah Melayu suatu ketika dahulu (1946), apabila berlaku percangahan pendapat dan idealogi diantara pemimpin UMNO ketika itu maka tertubuhnya parti PAS yang didokong oleh ustaz dan golongan berilmu agama, sejak dari itu bermula lah perang saraf dari pemimpin dan penyokong kedua-dua Parti orang Melayu ini, apa yang paling ketara perbezaan antara org Melayu UMNO dan PAS ini ialah penekanan dari segi kehidupan wal duniawi dan wal akhirati, kemunculan pemimpin intelik dan propesional dari kedua-dua Parti ini menambah rancaknya persaingan dari segi pembangunan insan dan tidak kurang juga berbagai gejala sosial yang melanda Negara kita...

" Kami bukan berjuang untuk pangkat, nama atau wang tapi demi memerdekakan Negara " Ustaz Yahya Nassim serta rakan-rakannya Ishak Haji Muhammad ( Pak Sako ) Ahmad Boestamam, Dr. Burhanuddin Al-Helmy.

mambangtiora said...

Sangat bagus posting kali ini ..kelapa mawar..sekurang-kurangnya, dapatlah kita menganalisa pendapat umum secara empati berkaitan posting ini...Saya tidak setuju dengan pendapat belum pendekar pasal "peluang" ..mengarut????..yang utama ilah pegangan agama yang tegar akan menghalang semuanya walau berjuta peluang yang ada..Secara umum saya menyokong kebanyakan pemimpin PAS betul-betul berjuang demi kepentingan rakyat..Terutamanya yang sudah lama bersama-sama dengan TGNA.. belasan tahun memegang jawatan..tapi kehidupan mereka amat sederhana..tiada (Ninja King, BMW 7 series,Mercedes S,C Class)..sebab mereka benar2 istiqamah dengan tugas yang diamanahkan oleh rakyat kepada mereka..mengurus aset negara untuk kepentingan rakyat..Sebagai buktinya di kelantan sendiri.. Tahun lepas Datuk Husam megumumkan kerajaan negeri kelantan selesai membayar hutang kepada kerajaan persekutuan...hairan juga..bagaimana sebuah negeri yang dipinggirkan dan disisihkan dari pelbagai bantuan "FREE" dan sumber kewangan FREE dari persekutuan mampu membayar hutang lapuk yang ditinggalkan BN dahulu..kalau ada wang Ehsan pun bukan disalurkan pada kerajaan negeri tetapi pada agensi persekutuan.Itulah tandanya Istiqamah pada tugas.Tapi Sabah pula hampir diisytiharkan muflis kerana ketidak mampuan membayar hutang kepada persekutuan..mana sudah hasil sabah dan peruntukan berbillion dari persekutuan???..semuanya masuk poket pemimpin..dialah juga YB yang diamanahkan mengurus oleh rakyat...dia pula jadi kontraktor..dialah juga..tukang songlap..peruntukan 200 juta...untuk membina sekolah akhirnya menjadi 100 juta(100 juta lesap entah kemana oleh YB,dia juga kontraktor dan dia juga tukang songlap)..last2 sekolah runtuh sebab kualiti tiada...Baru jadi YB tak sampai setahun ada sudah banglo harga berjuta dan ninja king...gaji YB tak cukup bayar tu semua..."faham-fahamlah".Kita sebagai rakyat harus faham dengan tugas YB..kita lantik dia untuk mengurus aset negara demi kepentingan rakyat ..tu sebenarnya tugas YB..bukan kita lantik dia sebagai kontraktor yang berjaya..kalau mahu jadi kontraktor tak payah jadi wakil rakyat 'YB'(nama pun sudah wakil)..cuma rakayat sabah tidak faham tugas YB sebenarnya...dan tujuan mereka melantiknya..kalau mereka faham...paling lama YB bertahan di sabah ni pun satu penggal saja...salam..bersama-samalah kita renung-renungkan.

ANTI PAKATAN RAKYAT said...

Salam KM


bewgitulah perbedaan antara fahaman sekluar dgn fahaman islam...apa saja yg diurus jika berpandukan kp hawa nafsu..maka materialistikakan ke depan..tapi bila tuhan sudah ke depan..amanah akan dijaga dgn sejujurnya..

BELUM PENDEKAR said...

Saudara Mambang,

1. Saya tidak meminta saudara bersetuju dengan pandangan saya. Begitu juga saya tidak terikat untuk bersetuju dengan pandangan saudara. Ini adalah kerana dalam hal sebegini semuanya bergantung kepada persepsi.

2. Kalau saudara beranggapan bahawa pemimpin pujaan sdra adalah yang paling baik, maka baiklah untuk sdra tetapi belum tentu tidak pada orang lain. Pada saya, walaupun saya tidak boleh berbangga dengan apa yang ditunjukkan oleh pemimpin kerajaan sediada, saya juga tidak merasa sedikitpun kagum dengan apa yang ditunjukkan oleh kebanyakan pemimpin PAS. Saya mengatakan demikian kerana memang "TIADA" apa yang boleh dikagumkan. Sebaliknya, saya melihat bahawa mereka lebih banyak "mengarut" berbanding pemimpin lain. Tapi, biasalah kalau orang lain cakap sedikit saja pasal agama yang tidak menyebelahi mereka maka dengan pantas mereka menghukum kononnya orang itu mempersendakan hukum Allah dan sebagainya. Tapi, kalau mereka mengatakan bahawa Allah membenarkan manusia mencarut misalnya, boleh pula... dan, tidak dianggap mempersendakan hukum Allah.

3. Saya bersetuju bahawa pegangan agama yang baik akan menghalang seseorang daripada mengambil peluang yang ada jika peluang itu bukan hak mereka. Tetapi dalam kes di atas, saya tidak nampak ada jaminan bahawa mereka begitu suci. Dakwaan bahawa mereka mempunyai pegangan agama yang kuat... pada saya hanyalah tipu daya yang cukup besar. Jika tidak, tidaklah mereka memaki hamun, mencarut, melebelkan orang lain sebagai firaun dan sebagainya. Dan, yang lebih teruk mereka tidak berupayapun membawa pembangunan kepada rakyat mereka sendiri. Lihatlah kelantan yang begitu dibanggakan oleh sdra Mambang.. majukah?.. kalau setakat sedemikian, ketua kampung pun boleh mentadbir negeri tersebut.

4. Atas anggapan saya bahawa pemimpin tersebut hanyalah berpura-pura baik, saya mengatakan bahawa yang membezakan mereka dengan pemimpin yang dikatakan kuat mengambil peluang hanyalah "peluang" itu sendiri. Kalau ada peluang, saya percaya mereka juga akan melakukannya. Lihat saja balak di kelantan, bukankah balak tersebut juga telah habis "disapu".. lalu siapa yang menyapu balak-balak berkenaan?.. pemimpin sebelah ke?..

5. Sebab itu, meminjam kata-kata sdra Mambang... bahawa saya juga tidak bersetuju dengan pandangan sdra Mambang bahawa mereka ini berpegang kuat kepada agama dan ianya mungkin hanyalah "mengarut!!!" semata-mata..