Sunday, August 1, 2010


Langkah kerajaan membenarkan kakitangan awam pendidikan gred DG41-DG48 menceburkan diri dalam dunia kepolitikkan adalah dihargai. Sebelum ini sekatan diberikan atas beberapa faktor perkhidmatan seperti peranan guru yang berupaya mepengaruhi anak murid, faktor kerisauan kerajaan bahawa guru-guru akan mencampuradukkan tugas rasmi dengan prinsip politik, selain kerana kekhuatiran guru-guru akan melepaskan jawatan jika mencapai prestasi jawatan dalam politik. Namun begitu langkah berani kerajaan ini, memberikan bayangan bahawa hampir 80% guru-guru di sekolah rendah dan menengah akan terbuka ruang untuk menceburkan diri dalam lapangan politik negara. Ini tidak menghairankan kerana sebelum ini pun status guru sememangnya diakui. Tun Ghaffar Baba, mantan Tim. Presiden Umno dan Tim. Perdana Menteri adalah bekas seorang guru, Tan Sri Muhammad, Mohammad Taib, mantan MB selangor juga adalah bekas seorang guru.MB Pahang sekarang dan Datuk Noh Omar juga pernah menjadi guru.


Di Kota Belud peranan guru dalam politik Umno memang tidak dapat dinafikan...beberapa nama seperti En. Jeniar Subeh, En. Ripin Soud,En Roslan Hj Manshor , En Marali Adim dan beberapa orang lagi yang tidak dapat disenarai pendekkan di sini , nyata adalah antara 'penggiat' politik dalam parti umno KB. Peranan guru dalam politik KB sememangnya diakui..kerana mereka ini bukan sahaja arkitek sosial di sekolah tetapi juga berupaya menjadi wadah pembentukan masyarakat dan negara.

Kalau dulu guru-guru ini begitu takut dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib , kini dengan langkah kerajaan membenarkan guru-guru DG41 0-DG 48 ini untuk aktif dalam politik akan membuka lembaran baru dalam dunia kepolitikkan di negara kita. Kebimbangan yang melampau oleh pemimpin negara atas keterlibatan banyak golongan usahawan dan kontraktor dalam politik sehingga mengundang banyak persepsi negatif terutama berkaitan usaha-usaha 'mengampu' untuk mendapatkan tender dan jawatan dalam parti dapat diseimbangkan melalui penglibatan banyak golongan profesionalisme termasuk guru.

Persoalan yang bermain dalam benak kita ialah apakah kepimpinan sedia ada boleh dengan jiwa besar dan tangan terbentang luas mengalu-alukan kehadiran guru-guru di daerah KB ini secara terbuka untuk menganggotai dan menungguli jawatan dalam parti..teringat saya peristiwa seorang AJK Bahagian, yang semua orang tahu "ditukarkan" ke Sandakan, hanya gara-gara bergiat dalam politik, sehingga khabarnya personaliti politik ini terpaksa meminta bantuan dari YB-YB di Kb..tetapi semuanya 'gagal' membela nasibnya. Hanya melalui seorang "guru" jugalah beliau berjaya 'menyelamatkan' diri daripada ditukarkan ke Sandakan...Semoga peristiwa ini tidak akan berulang ..apatah lagi bila kerajaan membenarkan penglibatan politik kakitangan awam yang bergelar "cikgu" ini.

4 ulasan :

Pendekar Tua said...

KM..

seluruh ahli umno kb harus mendepang tangan..menerima kepimpinan guru2 yg terbukti berjiwa patrotik dan bersungguh-sungguh dlm perjuangan..

beberapa orang guru yang saya kenali sejak dulu telah menunjukkan komitmen yg tinggi tetapi paling tinggi jwtn yg mrk sandang ialah setiausaha umno..slps itu hilang dlm lipatan sejarah..

berikan peluang kp guru2 supaya mrk juga menunjukkan kepimpinan mrk..

Ajin b. Gagah said...

Salam Kelapa Mawar,
Apa yang menarik dalam isu guru-guru gred DG41-DG48 di benarkan berpolitik ini ada lah ‘liberation’ dalam kontek kebenaran berpolitik itu oleh kerajaan.

Dalam kes ini Datuk Marsidi Manjun pernah meluahkan keraguan beliau terhadap hala tuju kebenaran ini. Antara lain nya;
1) Kebimbangan beliau tentang ganguan terhadap tugas harian beliau kira nya Guru-Guru itu lebih banyak memberi masa mereka kepada aktiviti politik dari tugas dan tanggung jawab hari mereka sebagai seorang pendidik.
2) Kalau tidak di pantau dengan rapi ia nya akan mengganggu sistem pempelajaran itu sendiri
3) Kalau di bandingkan tahap pendidikan di sabah maseh serba kekurangan kalau dibandingkan dengan mereka-mereka di semenanjung. Justru itu, ia nya akan mengundang kekeliruan di kalangan masyarakat dan guru-guru itu sendiri.

Bagi saya, maseh lagi tertanya-tanya sama ada kelulusan yang diberi ini ada lah berupa kebebasan yang mutlak dan tanpa syarat untuk guru-guru itu memilih parti politik yang mereka minat berdasar kan doktrine politik yang memenuhi selera mereka itu sendiri atau disebalik nya?

Dalam pada itu, apa kah impak nya bilamana kedapatan guru-guru yang di beri kelulusan itu tidak memehak kepada kerajaan pada PRU13 akan datang nanti?

Sebagai seorang manusia yang berpendidikan tinggi saperti guru-guru ini, selalu nya mereka berpandukan kepada ‘ seni, feel dan aliran intelectuallity mereka’. Maksud nya mereka ini mempunyai pendirian yang bebas, komplek dan kadang-kadang tidak semesti nya memenuhi kehendak yang tersirat kerajaan yang memerentah saperti kerajaan BN.

Telah ada bukti bahawa golongan academician ini lebih banyak berpehak kepada parti lawan; sama ada secara terang-terangan atau pun tidak.

Dengan sebab itu, pernah kah kerajaan terfikir bahawa kemungkinan besar ‘jasa Baik ’ guru-guru yang di impi-impikan lari entah kemana?

Walau macam mana pun sama-sama lah kita tengok dan lihat kan?
Saperti biasa, semoga KM sukses dalam career yang mecabar ini.

RakyatKB said...

kalau buka politik dgn guru2 alamat anak2 kita di sekolah tidak dpt belajar dgn baik sbb guru2 asyik keluar..sambut YBlah, ikut Program partilah, persidangan itu lah, persidangan inilah..dan macam -macam..

kempen politik di sekolah akan berlaku..murid2 dari kecil akan berpolitik...terutama di sek. Menengah...pemimpin parti2 politik akan dtg di sekolah rasmi tu, rasmi ini...last2 guru2 akan bergaduh siapa yg patut dipanggil utk rasmikan majlis di sekolah..

pendek kata sekolah akan porak peranda...pengetuanya org Umno, Pk1 nya org PAS, PK Hem nya org PKR..blum lagi PBS dan UPKO...

keputsan yg salah !

ROJOKOBOG said...

Salam KM,
Setuju dgn guru berpolitik tapi dgn syarat hendak lah mendisplinkan diri, berhemah, tahu membezakan antara politik dan pembelajaraan murid-murid, bertanggungjawap sepenuhnya terhadap risiko yg dihadapi, jgn ikut perasaan hingga aura politik terbawa-bawa ke sekolah, jika berpolitik hendaklah menyokong kerajaan sebab gaji dibayar oleh kerajaan yg memerintah, jika menyokong parti pembangkang adalah disarankan agar RESIGN dari bidang pendidik @ guru...agar dapat berpolitik sepenuh masa...fikir yg logik.