Sunday, August 22, 2010


Terima kasih KM, kerana tulisan dan luahan yang menggamit kalbu, saya juga terharu atas artikel ini. Saya amat menghargai setiap tulisan dan kritikan yang membina serta dapat mengingatkan kita atas kelalaian yang berlaku dalam masyarakat Iranun ini. Saya secara terus terang tidak terlintas untuk menentang sebarang penubuhan Wadah Baru Iranun. Pada saya sesiapa sahaja berhak melakukan apa yang mereka fikirkan baik untuk bangsa ini. Saya juga mengalakkan sebarang perbincangan yang menjurus terhadap pembangunan bangsa ini. Soal politik tidak ada termaktub dalam mana undang-undang atau perlembagaan Negara yang hanya dimiliki oleh seorang individu dan orang lain tidak berhak untuk berpolitik. WBI yang menjadi polimek sekarang ini pun berhak untuk lahir dan dilahirkan. Soal perpaduan yang dikatakan akan terjejas dengan adanya WBI, ianya adalah khayalan dan igauan yang tidak berpijak di bumi nyata. Selama ini Iranun sudah pun mempunyai ideologi politik yang berbeza, dan ianya berlaku sejak awal lagi.



Saya ada mengkaji politik Iranun dalam Master Sejarah saya di UMS dengan tajuk 'Masyarakat Iranun Di Sabah, 1780-an Hingga 1994: Persaingan Politik Akar Umbi Di Kota Belud', dan dalam analisis saya mendapati bahawa masyarakat Iranun telah terlibat dalam politik Nusantara sebelum 1700-an, dan orang Iranun adalah antara bangsa yang kuat dan aktif menentang para penjajah Barat dengan menyerang kapal-kapal pedagang tersebut, selepas itu mereka juga mempunyai hubungan politik dan perdagangan dengan beberapa kerajaan Melayu Nusantara seperti Johor, Kelantan, Siam, Acheh, Brunei, Singapura, Sulawesi dan Melaka, begitu juga Sri Langka, Afrika, dan Burma.



Selepas itu, orang Iranun menumpukan penentangan mereka di Sabah dengan menyerang penempatan English East India Company di pulau Balambangan yang diketuai oleh Datu Tating pada tahun 1775, mereka turut mempertahankan Kubu mereka di Teluk Marudu daripada serangan British pada tahun 1845 yang diketuai oleh Sharif Uthman, membantu Mat Salleh menyerang Ambong pada tahun 1897, menyerang Kudat pada 28 April 1900 yang diketuai oleh Mat Sator, pada ogos 1902 mereka juga menyerang Kudat kembali yang diketuai oleh Kamunta, serangan Raja Laut ke atas kapal British HMS Kestrel 1878 di Lahad Datu, penentangan Datu Kedunding 1879 di Tungku dan terakhir peristiwa Pandasan 1915.




Ketika pendudukan Jepun 1941-1945, ada orang Iranun yang terlibat dalam penentangan ini, antaranya Sharif Yakin di Kaniong, Haji Kasah Lawading, Datu Dani Datu Abpa, dan Datu Oker Datu Ansau, tetapi penentangan ini dilakukan secara senyap.



Era kemerdekaan pula, orang Iranun turut terlibat ketika kongres USNO di Kudat pada 24 Disembar 1961, yang diketuai oleh Haji Mulia. Namun pembentukan J/Kuasa USNO KB, Haji Mulia tidak dilantik sebagai AJK.



Semasa kemerdekaan, berlaku perpecahan politik antara masyarakat Iranun dalam USNO mula muncul, USNO yang dipimpin oleh Anuar Hj. Arshad telah memilih Iranun sebelah Kota Peladok dan Peladok sebagai AJK USNO KB, seperti KK Raya, KK Raup, Datu Ansau Datu Nanong, manakala Iranun sebelah Rampayan diberikan jawatan seperti Datu Oker dan juga Haji Mulia, situasi ini dilihat oleh Pinjaman Hasin pada masa itu sebagai menganak-tirikan orang Iranun dalam pentadbiran USNO, lalu beliau menubuhkan USAP dengan menyertai beberapa pilihan raya. Ketika pilihan raya 1974, beliau telah dibelasah oleh sebahagian penyokong fantik USNO yang menyebabkan kecederaan dan beliau tidak dapat bertanding kerana borang pencalonan beliau di kotorkan oleh penyokong2 fanatik USNO. Sebelum pencalonan beliau menjadi buruan dan mengisi borang dalam perahu ketika waktu malam, selepas itu beliau diburu lagi oleh pihak berkuasa untuk diISAkan, lalu rakan2 beliau dalam USAP yang tidak tahan dgn tekanan membatalkan USAP, beliau kemudian menyertai PEKEMAS dan berkempen menjelaskan hala tuju PEKEMAS ke seluruh pelusuk Sabah, namun parti itu turut terkubur.



Era BERJAYA 1976 yang menjatuhkan USNO, Jabar Khan Napi dan Raskan Asing antara tokoh utama selain Datu Masangkai yang menubuhkan parti ini, maka orang Iranun terbahagi kepada dua kumpulan iaitu USNO sebagai pembangkang dan BERJAYA sebagai pemerintah. Pada masa ini juga Tan Sri Pandikar muncul dalam politik USNO dan bertanding dalam pilihan raya 1981 dalam parlimen P. 169 Kota Belud dan beliau kalah, selepas itu memenangi pilihan raya kecil Usukan 1982.




Maka era Tan Sri Pandikar, orang Iranun mula mendapat tempat dalam politik Sabah dan KB dengan memegang pelbagai jawatan penting dalam kerajaan dan kini sebagai Speaker Parlimen. (lihat blog saya - abuhilmie.blogspot.com)




Melihat kepada sedikit urutan perjuangan Iranun, saya amat yakin bahawa perbezaan fahaman politik bukanlah faktor utama Iranun akan mundur dan miskin atau akan merempat dalam negara ini. Soal WBI bukanlah masalah sebenar, tetapi apa yang penting kita sentiasa membuka ruang kepada sesiapa yang berminat dalam politik. Kadang kita terlalu takut apabila ada kumpulan yang cuba mahu menjadi hero dalam masyarakat ini dan kita cop mereka sebagai petualang, pengkhianat, pemecah-belah, tamak, rakus dan berbagai tuduhan yang tak sepatutnya dipaparkan. Dunia ini Allah SWT yang jadikan bukan dimiliki oleh hanya satu bangsa, satu glongan, tetapi semuanya bebas menjalani kehidupan dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan.



Dalam perjuangan ini kita hendaklah sentiasa terbuka, bukan menghalang dan kalau kita ada sikap seperti ini, ianya lebih teruk daripada zaman British dan zaman Jepun. "Malaysia Negara Demokrasi' bebas bersuara, bebas berhujah, apa yang kita risaukan. Soal kepimpinan orang senior seperti Pinjaman Hasin, Tan Sri Pandikar atau sesiapa sahaja, kita tak pernah mengenepikan mereka, kita hormati jasa mereka, kita hargai pengorbanan mereka, kita kenang mereka, kita juga mengambil pandangan dan saranan mereka, tetapi kadangkala berlaku juga pertembungan idea dan pandangan dengan mereka, ini bukan bererti kita menderhaka. Berbeza itu bukan bererti berpecah, bersatu itu bukan juga menandakan kita sehaluan.



Agenda utama kita ialah meletakkan Iranun dalam pelbagai sektor utama negara ini, seperti Politik, Ekonomi, Sosial dan juga dalam Jabatan2 Kerajaan supaya masing-masing dapat memainkan peranan.




Kadang-kala kita tersalah tafsir bahawa hanya politik sahaja yang mampu melakukan semua ini. Kalau inilah tanggapan kita bagus semua kakitangan kerajaan yang berbangsa Iranun terjun dalam politik dan yang berniaga, yang menjadi nelayan, para petani dan sebagainya tinggalkan semua itu, kita berpolitik semua.



Saudara KM, jangan putus asa teruskan mendidik bangsa ini dengan pena anda, teruskan ...menulis dan terus menulis... kerana bangsa ini yang memerlukan pembelaan dan dahagakan pembangunan secara menyeluruh, membangun lahir daripada keupayaan menterjemah serta mengutarakan idea2 yang bermutu dan berwibawa.



Saya juga selaku S/U PAGISA yang dituduh gagal mengaktifkan persatuan ini memohon maaf. Saya ada beberapa kekangan dalam hal ini; 1. Saya tengah menghabiskan tesis master sejarah saya yang baru saja selesai pada bulan Julai lalu dan telah dihantar ke UMS.



2. Saya juga kakitangan kerajaan seorang Cikgu, kadang tumpuan lebih kepada perkhidmatan. 3. Kekuatan Ekonomi yang terhad, ahli tidak bayar yuran. dalam hal ini saya amat berterima kasih kepada Abu Aslam selaku S/U Kewangan yang banyak menyumbang dalam pelbagai aktiviti PAGISA dialah pendana utama persatuan ini. 4. Kelemahan saya sendiri.




Namun begitu PAGISA ada juga aktiviti yang dilakukan;

Peringkat International
1. Menyertai Delegasi Kecil Malaysia ke Syria dan Mesir (saya wakilnya)
2. Lawatan AMT ke India
3. Penganjuran bersama dalam CORNCEN Seminar BIMP-EAGA di UMS



Peringkat National
1. Menyertai Seminar Kesultanan Melayu Nusantara di Kuantan Pahang (saya dan presiden wakilnya)



Peringkat Negeri
1. Penganjur bersama CORNCEN 'Gejala Murtad' di Masjid Negeri
2. Penganjur bersama CORNCEN 'Isu Kalimah Allah'
3. Kunjungan Hormat dengan TYT bersama CORNCEN ( yang pertama saya wakil, kunjungan kedua Presiden)
4. Menghantar Surat bantahan kepada Ketua Menteri 'Isu Gejala Murtad' iaitu undang2 Syariah ( wakil Tim. Presiden)
5. Beberapa kenyataan akhbar bersama CORNCEN
6. Wacana Ilmu di Likas Plaza 'Penerangan berkaitan PAGISA' yang hadir tak sampai 20 orang bennar sudah digantung, namun tak ada sambutan.
7. Seminar Ekonomi di USIA pembentang Allahyarham Datu Bandira Datu Alang (yang hadir tak sampai 10 orang)
8. Kunungan Hormat kepada Datuk Masidi Manjun Menteri Belia dan Sukan Sabah pada masa itu.
9. Hari Bersama PAGISA sempena pelancarannya di KB dirasmikan oleh Datuk Masidi Manjun
10.Beberapa siri mesyuarat setiap bulan dengan CORNCEN



Peringkat Daerah
1. Rawatan Kesihatan di Kg. Pantai Emas dan Kg. Tamau (AJK yang hadir saya dengan Abu Aslam, isteri beliau adalah doktor yang dijemput sebagai perawat, ubat2an beliau yang dermakan). Program ini menjadi isu dan PAGISA dituduh mula berpolitik kerana Abu Aslam S/U Kewanagan adalah PAS.
2. Motivasi Siri 1 UPSR di SMK Arshad
3. Hari Anugerah Cemerlang UPSR, PMR, SPM, STPM di SMK Arshad
4. Motivasi Siri 2 UPSR di sekolah2 masyarakat Iranun.
5. Jamuan Hari Raya


Banyak lagi aktiviti yang tak sempat saya paparkan.




Apakah ini bukan aktiviti namanya sehingga PAGISA dituduh sudah lesu, tenggelam. Cuma aktiviti ini kami tak siarkan dalam akhbar atau media elektronik. Saya pun tak faham apa yang dimaksudkan aktiviti? Saya sedia meletakkan jawatan selaku S/U sekiranya ini adalah kegagalan saya dan berikan jawatan ini kepada yang berapi-api menuduh PAGISA sudah berkubur, kekangan kita kerana setiap aktiviti memerlukan kos dan perbelanjaan. Kalau bukan Abu Aslam, saya tak tahu macam mana PAGISA boleh bergerak sejauh ini?



Mungkin ada pihak mahu melihat para pemimpin PAGISA berdiri di medan politik, maka barulah PAGISA dikatakan aktif, atau mahu PAGISA membuat program yang akan menjadikan semua masyarakat Iranun kaya-raya. Ini mustahil boleh berlaku, tugas politik serahkan kepada yang berpolitik, kalau ada ahli PAGISA yang berpolitik jangan dilihat PAGISA terlibat dalam politik, kerana ada juga pemimpin2 pertubuhan lain yang pemimpinnya terlibat dalam politik, tetapi tak dituduh berpolitik, ini pemikiran songsang dan terkebelakang.




Saudara KM, hidup sebagai pengkisah kebenaran memang sentiasa mendapat krtitikan dan tentangan, lihat bagai mana ar-Rasul menyampaikan dakwah Islam di Makkah dan Madinah, apa yang beliau dapat bukan cemuhan dan ejekan. Siapa kita yang tidak boleh dikritik? tapi para pengkritik dalam Iranun tak tahu apa yang dikritik? masalahnya mereka hanya melihat apa yang dapat dilihat tak ada strategi, tak ada perancangan, kita ada agenda tersendiri. Mudaha2an komen ini dapat membantu.




Mohon maaf kerana memberi komen yang panjang. Terima kasih....wassalam

S/U PAGISA.

10 ulasan :

SUARA RAKYAT KUNAK said...

Salam KM, Salah 1 catitan sejarah tentang Suku Iranun, di dalam pejuang pejuang Iranun yang perlu di hargai, oleh Kerajaan Sabah, Mereka Mereka yang pernah berjuang menuntut Kemerdekaan, perlu di kenang, jangan lupakan Mereka, keraqna tanpa Mereka, kita tidak bertapak di Bumi Sabah sehinggah sekarang.

Man Withot Face said...

syabas saudara s/u PAGISA. pendedahan yg amat menarik. Hrp2 ianya "membuka mata" gol yg. rigid & bersifat taksub semata2. Moga msyk iranun akan maju ke hadapan seiring dgn bangsa2 lain di malaysia..

BELUM PENDEKAR said...

Salam Sdra KM dan SU PAGISA,

1. Saya fikir sdra terkhilap bila menganggap bahawa ada orang atau golongan tertentu yang cuba untuk menghalang orang lain daripada memberikan pandangan atau berhujah. Pada saya, kebebasan memberi pendapat serta berhujah yang sdra harapkan daripada pihak lain juga hendaklah sdra berikan kepada semua. Janganlah bila ada pihk yang membantah atau pandangan atau hujah yang sdra rasa sesuai dengan citarasa sdra maka sdra mengatakan itu sebagai menghalang. Jika itulah pandangan sdra, dimana demokrasi yang sdra laung-laungkan tersebut. Jika kita mahu orang lain menerima pandangan kita dengan hati terbuka maka kita juga perlu menerima pandangan orang lain dengan nilai yang sama tanpa cuba menuduh bahawa orang tersebut menghalang sdra atau sesiapa juga memberikan hujah. Pada saya, kalau sdra berhujah sampai 1000 mukasuratpun saya tidak kisah. Silakanlah...

2. Saya juga tertarik dengan kesungguhan sdra yang mengatakan bahawa "Agenda utama kita ialah meletakkan Iranun dalam pelbagai sektor utama negara ini, seperti Politik, Ekonomi, Sosial dan juga dalam Jabatan2 Kerajaan supaya masing-masing dapat memainkan peranan." Mengatakan perkara ini memang mudah. Namun, sepintas saya membaca senarai aktiviti PAGISA yang sdra tuliskan, saya tidak nampak satupun yang boleh dikategorikan sebagai boleh meletakkan Irranun ditempat yang sdra sebutkan di atas. Contoh yang mudah, aktiviti-aktiviti spt Menyertai Delegasi Kecil Malaysia ke Syria dan Mesir (diwakili oleh sdra), Lawatan AMT ke India, Penganjuran bersama dalam CORNCEN Seminar BIMP-EAGA di UMS. Apa sumbangan aktiviti ini kepada pembangunan ekonomi, sosial dan budaya Irranun?

3. Sdra juga mengaku bahawa sebagai seorang kakitangan kerajaan, amat skar bagi sdra melaksanakan tjwb kerana komitmen terhadap tugas rasmi. Nah, bukan kah ini menunjukkan bahawa untuk membangunkan bangsa itu bukan mudah. Terlalu banyak kekangan dan rintangan yang perlu dihadapi bukan?. Owh.. saya terlupa, sdra juga sedang sibuk waktu itu kerana menghabiskan tesis MASTER degree sdra... pada saya, perkara ini tidak perlulah dibangga-banggakan sangat kerana ramai lagi orang yang berkelulusan akedemik lebih tinggi dari itu. Dan, keluluswan akedemik semata-mata tidak pernah menjamin bahawa seseorang itu telah lebih unggul dari orang lain. Yang membezakan kita adalah pengalaman sdra.

4. Lalu, jika membangunkan bangsa itu tidak mudah, jangan terlalu mudah menunding jari bahawa seseorang itu telah gagal dan sebagainya. Sedangkan kita sendiri tidak membantu apa-apapun..

Salam dari
BELUM PENDEKAR

Milus bin Hj. Abd. Wahad said...

...terima kasih sdr BP... sdr tidak komen pengakuan atas 'kelemahan saya', saya sangat menghargai pandangan saudara BP...klu boleh berikan cadangan untuk PAGISA lebih mantap...apakah yang perlu dibuat oleh PAGISA supaya nampak idea saudara itu dapat membantu PAGISA dalam mencapai misi dan visinya... saya juga tidak ada mengatakan saya bangga dengan MASTER saya... yang saya nyatakan kekangan saya selama ini termasuklah menyiapkan tesis tersebut... itu juga merupakan kelemahan saya... siapalah saya yang kerdil ini, makhluk lemah... tiba-tiba mengaku bijak, mulia dengan MASTER... nauzubillah himin zalik... janganlah saya sampai jadi riya' begini... tak ada terniat dalam hati saya... sebelum ini... saya sudah nyatakan kepada presiden untuk meletak jawatan kerana tak dapat berfungsi dengan baik...tapi tak diterima... saya rasa sdr BP boleh menjelmakan idea2 yang baik dan secara sukarela saya serahkan jawatan ini... jawatan ini tak bergaji, demi bangsa terpaksa pikul juga... semua sukarela.. tak ada kenaikan pangkat... tak ada projek yang boleh dikejar... ini cuma tanggungjawab sosial... nak lihat keberhasilan dan keberuntungan dalam PAGISA jauh sekali... kami dalam PAGISA tak ada kekuatan untuk menyediakan program yang secara terus akan dapat hasilnya...PAGISA bukan satu kerajaan...hanya NGO... itulah aktiviti kami...rawat orang kampung...mudah2an mereka akan sihat... klinik UPSR, PMR, SPM dan STPM... mudah2an anak2 kita berjaya... lawat ke luar negara untuk mencari pengalaman dan berkongsi maklumat dgn rakan2... sertai NGO2 yang lain bina hubungan dgn pelbagai persatuan... supaya kita ada rangkaian... nak berpolitik tak mampu... belum ada duit berjuta2 ringgit...kalau juta rupiah bolehla.. soal politik tanya dengan Tan Sri sebab dia lebih hebat dan berpengalaman... sdr BP silakan mengkritik seterusnya berikan cadangan... Insya Allah kita pertimbangkan... kita mahu perkongsian bukan perdebatan yang tak bertempat...

BELUM PENDEKAR said...

Salam Sdra S/U PAGISA,

1. Sdra jangan merajuk dengan komen saya… sdra kata kita harus memberi ruang kepada orang lain untuk memberi pandangan dan hujah bukan?.. Bila sdra merajuk begini, saya fikir sdra sebenarnya cuba untuk menghalang secara halus agar saya tidak berhujah. Dan, itu amat kejam dari zaman penjajah bukan?

2. Sebelum saya menjawab isu yang sdra bangkitkan mengenai cadangan saya untuk memantapkan lagi aktiviti PAGISA, biarlah saya memberi penjelasan sedikit mengenai asas kepada kritikan saya sebelum ini. Ini penting agar sdra dapat membaca makna tersirat disebalik kata-kata kritikan saya dan tidak lagi salah faham akan maksud saya yang sebenarnya.

3. Untuk makluman sdra, saya sebenarnya tidak berniat sedikitpun untuk memperlekehkan kemampuan sdra dalam apa bidang sekalipun. Bahkan, kejayaan sdra sebenarnya memang amat membanggakan kita semua. Namun, saya sengaja memberikan komen sedemikian rupa agar sdra dapat memahami maksud saya secara mendalam. Apa yang saya cuba sampaikan ialah bahawa mencari “kelemahan dan kesilapan” seseorang itu bukanlah perkara yang sukar untuk dilakukan. Soalnya ialah, samada kita memilih untuk mencari kelemahan seseorang itu atau sebaliknya.

4. Saya percaya, sdra tentunya merasakan bahawa sdra sudah melakukan segalanya, namun kekurangan dan kelemahan di sana-sini tetap ada. Saya juga percaya dan amat faham bahawa apa yang sdra perlukan setelah melakukan segala macam pengorbanan seumpama itu ialah “sokongan” moral daripada semua pihak. Dan, bila sokongan yang diharapkan tidak muncul, malah sdra dikritik atas kelemahan yang disebabkan kekangan tertentu yang memang tidak dapat dielakkan, sdra sudah tentu amat kecewa dan berputus asa bukan?..

5. Nah, inilah yang dirasakan oleh pemimpin-pemimpin seperti TSP dan sebagainya yang dikritik dan dituduh dengan segala macam hujah yang biasanya tidakbenar pun. Di saat-saat seperti ini, orang spt sdra yang telah faham dan telah merasakan betapa sukarnya membangunkan bangsa seharusnya tampil kehadapan mempertahankan beliau.. Tapi, di mana sdra dan bijak pandai yang lain tatkala beliau dikritik hebat dan sebagainya?.. Tiada seorangpun yang mempertahankan beliau bukan?.. Spt sdra, TSP juga tidak bergaji, tiada kenaikan pangkat dan tiada segala-galanya dalam memperjuangkan nasib Irranun. Bahkan, beliau menjadi YPDR sekarang inipun adalah atas penilaian PM akan kebolehan dan keupayaan beliau sendiri dan bukannya kerana beliau itu ahli suku Irranun.

...bersambung/-

BELUM PENDEKAR said...

Sambungan.../-

6. Maka, bila sdra bertanya kepada saya mengenai kaedah untuk membangunkan suku Irranun sepertimana yang kita semua impikan, jawapan saya ialah banyak cara yang kita boleh gunakan sebenarnya, namun kita juga perlu ingat bahawa tiada aktiviti yang boleh dilaksanakan selagi kita tidak memenuhi prasyarat utama yakni “kita semua PERLU bersatupadu dalam satu perjuangan”. Bukankah bilangan kita amat sedikit, mengapa kita memerlukan begitu banyak wadah untuk memajukan bangsa?.. Saya yakin, hanya bila kita bersatupadu dalam satu perjuangan maka barulah suara kita yang sedikit ini boleh didengar di peringkat atasan.

7. Setelah perpaduan ini dicapai, maka barulah kita masuk ke fasa seterusnya iaitu merangka aktiviti bagi memajukan suku bangsa kita. Perpaduan yang sebenar penting kerana ia akan memudahkan usaha kita untuk mendapatkan peruntukan yang sewajarnya bagi membiayai dan melaksanakan apa juga aktiviti yang kita fikir baik kepada bangsa kita seperti pendidikan, membuka perusahaan kampung dan sebagainya. Malangnya, kita tidak bersatupadu seperti itu. Lalu, kalau fasa pertama pun kita tidak lulus, bagaimana kita mahu melaksanakan fasa kedua dan seterusnya?..

8. Sdra S/U, ambillah iktibar dari apa yang berlaku kepada kaum Melayu sekarang ini. Bukankah mereka telah mula berpecah dan kekuatan mereka semakin kurang?.. Bila sampai ketikanya dimana mereka kehilangan kuasa politik, siapa yang akan menang sebenarnya?.. Bukan PKR dan bukan juga PAS… pada waktu itu, Melayu keseluruhannya akan menangis meratapi nasib mereka tetapi barangkali sudah terlambat. Bukan orang lain, bahkan mereka sendirilah yang menghancurkan masa depan mereka.

9. Masalah kita ialah, sepertimana Melayu sekarang ini, kita suka bersaing secara tidak sihat sesama kita. Walhal kita semua tahu, “Yang kalah jadi abu, Yang menang jadi arang”. Saranan saya, andai kita berniat memperjuangkan bangsa kita, PAGISA perlulah memainkan peranan mengajak semua pihak bersatu dalam satu perjuangan yang kuat dan kukuh dibawah kepimpinan individu yang benar-benar berupaya dikalangan kita dan telah teruji kebolehannya.


Salam dari
BELUM PENDEKAR.

DATU SI RENGIT said...

pertanyaan kepada BP...apakah kaedah terbaik supaya kita boleh bersatu.....

ulas...jangan tak ulas....

Unknown said...

"Saya ada mengkaji politik Iranun dalam Master Sejarah saya di UMS" Kata-kata S/U PAGISA

"Dengan pengalaman yang ada sebagai penulis buku politik selama 30 tahun dan menghasilkan ? buku politik" Kata-kata Musli Oli

Ulasan Saya: dua insan yang berbeza tetapi mempuyai attitude yang sama...

Unknown said...

manga pagariku langun ah iranun ayautanun aki engemau sa kadtaru sa blog aya, mampiaatantu edtutuna tanu ebpipia tanu; Dih mapia egkailai atau sagit tanu di matitimu. Sudah tanu maitu epakaitu tanu atantu. Mapia langun idea yu anan. Malandi anan pun tanu pakdakelen su mutiara sasakeba ugu mutiara ah mala, ogo tanu ah matawag ah tau sagit tanu, bahawa benar den aki kadtaru ah mangalukus sekitanu den aki ah kapet se enged aya.

Unknown said...

assalamualaikum...mapai aki a idea e datu jamigul anan tau.BP. situasi S/U Pagisa amat kritikal sekarang ini..maaf sekiranya komen saya ini sudah terlewat tetapi andainya di terima saya alu2 kan.sebenarnya PAGISA telah saya dengar melalui dari seorang kawan pada tahun 2007. mungkin kah saya agak ketinggalan dalam arus perkembangan urang2 irranun di sabah negeri dibawah bayu ini. tetapi bagi saya tidak menjadi masalah untuk mengetahui tentang pertubuhan ini. lambat atau awal bukan pesoalannya.yang penting matlamat pagisa itu hendaklah diutarakan secara meluas.

sumbangan kita sebagai masyarakat minoriti amat lah terhad untuk di kongsi tetapi tidak mustahil untuk kita bangkit dengan penuh kekuatan andainya kita bersatu dan tidak menuding jari terhadap kelemahan orang lain.

terus terang saya mengikuti perkembangan bangsa irranun tercinta ini dari saya dibangku seolah lagi..saya kagum dengan sejarah irranun tulisan allahyarham datu bandira datu alang. buku itu saya masih simpan sampai sekarang dan ia adalah hasil pemberian ayah tercinta untuk saya mengenali irranun bangsa tercinta...

tatapi persoalannya wajarkah saya menyintai bangsa ini biarpan saya irranun tulen..

wajarkah saudara2 sebangsa ku yang saya yakini dari kota belud..sebab apa yang saya nampak irranun sama dengan bercakaran sesama sendiri sama dengan politik kedai kopi..

wajarkah untuk saya menyemaikan cinta ini juga kepada generasi saya yang akan datang sedangkan kita msaih bercakaran sesama sendiri dan buta hala tuju.

terima ksaih kepada SU pagisa nad komen datu jamigul kita bermuafakat bincang kan hala tuju bangsa kita ini. apa gunanya bijak pandai irranun kalau 1 idea pun x dapat di sumbangkan.. ketepikan politik ketapikan bergaduhan ketepikan pertikaman yang tidak ada penghujungnya.. fokuskan matlamat kuat kan ukuah.

saudara SU pagisa andainya teradapat aktiviti pagisa war2 kan lar masih banyak pemikir irranun dan cediakiawan irranun yang berminat dan ingin menyumbangkan idea bernas mereka.

tq