Sunday, August 15, 2010


“Air yang di cincang tidak akan putus” Bagai isi dengan kuku” . Begitulah agaknya perumpaan yang boleh diberikan berkenaan kaitan Pemimpin dengan bangsanya. Seorang pemimpin yang diangkat, akan tidak dapat lari dari perjuangan dan dilema penyatuan bangsa kelahirannya. Malahan ketika ‘kuasa’ berada ditelapak kaki pemimpin, maka segala percaturan, pertimbangan, kehendak , keinginan dan buah fikirannya perlu ‘disenyawakan’ dengan bangsanya, supaya naluri kepimpinan akan dapat diterima. Dan bila sampai masanya, pemimpin akan pergi dan pengganti akan terus meneruskan agenda sebelumnya. Pemimpin yang pergi akan terus ‘hidup’ dengan ideanya ketika dia ‘berkuasa’.



Ketika saya menulis paparan ini, teringat saya Presiden Filipina, Marcos. Ketika pemimpin ini digulingkan oleh “people power” di Manila, pemimpin diktator ini telah menghubungi Presiden Amerika ketika itu Reagan untuk meminta bantuan. Dan antara lain yang diucapkan oleh Reagan ialah “Masa Mu telah tiba”. Kata-kata itu menggambarkan bahawa proses kepimpinan sebenarnya berperingkat dan berfasa. Bila tiba masanya, sama ada seorang pemimpin itu mahu atau tidak..”kuasa” yang dipegangnya terpaksa dilepaskan. Hanya situasi pelepasan kuasa itu yang berbeza. Misalnya Taksin Sinawat yang disinonimkan oleh sokongan akar umbi digulingkan oleh rakyat Thailand melalui kuasa tentera ekoran beberapa dasarnya di Selatan Thailand yang menerima kritikan hebat. Di Malaysia, Tun Mahathir melalui proses peralihan kepimpinan yang paling lancar di era pemerintahannya.



Isu-isu ini saya paparkan tatkala, saya membaca coretan pemimpin tunggal Iranun, Tan Sri Pandikar Amin yang memberi perumpamaan bahawa pemimpin lama ibarat pelita yangt bersinar dan diperlukan sangat-sangat pada zaman dahulu. Kata beliau lagi, zaman moden ini pelita telah banyak dan pelbagai warna dan ada yang menggunakan “janakuasa”. Sedangkan pelita kata beliau lagi bersinar tanpa bantuan ‘janagkuasa”.



Perumpaan ini bagi saya cukup besar maknanya.Terutama kepada pemimpin muda yang bakal mengambilalih kepimpinan suku Iranun ini. Apakah makna tersirat dari tulisan TSP ini dalam blognya? Apakah ada dikalangan suku Iranun yang berani tampil ke hadapan menyatakan dengan setulusnya kepada TSP bahawa “pelita” yang dimaksudkan itu adalah TSP sendiri? Atau adakah yang sanggup menyatakan kepada TSP bahawa “sudah sampai masanya”? Atau barangkali ada yang bersanggupan menyuarakan bahawa kesemua “pelita” sama ada baru atau yang lama adalah mempunyai tugas yang sama?



Idea dari seorang pemikir Iranun yang sempat saya tanya mengenai perumpaan TSP ini menyatakan bahawa pemimpin Iranun ini seakan mula merajuk dengan bangsanya. Memberi peringatan kepada pemimpin muda bahawa, tanpa sokongan dan keterlibatan mereka, maka TSP boleh berdiri sendirinya. (Pelita tidak perlukan janakuasa). Sekaligus ini juga memberi peringatan kepada pemimpin sedia ada bahawa kepimpinan Iranun adalah pelbagai variasi dan pendekatan.



Bagi Kelapa Mawar, pemimpin lama jangan dilupa. Angkat mereka di mana mereka harus berada. Jangan disisihkan dengan alasan “ sudah sampai masanya”. Alangkah baik dan ketikanya jika proses peralihan itu berlaku dengan sopan dan penuh kesantunan. Generasi yang ada dan akan datang ‘membesar’ dengan hati yang tiada lukanya.

24 ulasan :

Unknown said...

Salam KM,
TSP masih diperlukan.

ROJOKOBOG said...

Salam KM,
Pemimpin lama harus menyatakan pendirian dan keterbukaan mereka, harus juga memberi ruang dan peluang kpd generasi muda yg bakal menjadi pengganti mereka, memberi petua dan semangat yg wajar, mengkritik dgn cara membina jika ini diamalkan Insyallah penyatuan bangsa akan tersusun rapi bagi menjulang dan penyusunan kepimpinan yg rapi lagi mantap.
memang tidak dapat disangkal bahawa pelita satu ketika dahulu adalah penyuluh kpd kegelapan tapi harus diingatkan juga bahawa jika sumbuh pelita telah pendek lama kelamaan akan padam juga, zaman telah berubah dan harus permodenan telah merubah segalanya, cahaya pelita pasti akan tinggal dalam kenangan dan akan jadi sebutan sahaja, sebagai pengganti kpd kepimpinan lama jgn lah kita mendabik dada dan menyatakan bahawa aku lah yg bakal jadi pengganti, sedangkan tiada bukti dan jaminan yg terhidang dihadapan, keikhlasan dan kejujuran amat ditagih, jangan sampai bangsa kita ternanti-nanti bila wujudnya pemimpin masa kini sedangkan pelita tidak mampu menerangi seluruh alam ini.
Tidak dapat dinafikan bahawa yg lama mesti diganti dgn yg baru, yg lama tetap dikenang yg akan menerajui kepimpinan ingat lah bahawa anda juga akan menjadi seperti " patah tumbuh hilang berganti"

SMA said...

Kelapa Mawar,

Maaf, SMA mohon laluan di halaman mu ini. Agak lama saya tak kunjungi halaman ini atas sebab kesibukan menyara hidup sebagai nelayan. Embaal nia' kasibukan ku, paglawat aku ba tu'.

Saya terkejut membaca tulisan-tulisan KM tentang pemimpin kesayangan rumpun kami yang seolah-olah akan bersara atau dibersarakan. Kenapa, sudah tua betul dan kencing diseluar kah pemimpin ini? Atau TSPA itu sudah nyanyok dan tidak terdaya untuk berfikir lagi sebagai pemimpin kah?

KM,

Setahu saya TSPA adalah lebih muda dari Datuk Seri Najib, Tan Sri Muhyiddin, Datuk Zahid Hamidi dan lain-lain. Yang lebih tua lagi Tengku Razaleigh Hamzah. Tapi, saya tidak terbaca dimana-mana blog pun bahawa mereka ini bersara atau dibersarakan oleh pemimpin-pemimpin muda mereka di daerah masing-masing. Jadi, kenapa pula TSPA dibersarakan?

Atau, mungkin telah ramai pemimpin di Kota Belud yang belum cukup "matang" yang tidak dapat menahan hawa nafsu masing-masing untuk bertanding, bermimpi menang dan seterusnya bergelar sebagai YB? Kenapa, apa bila sudah bergelar YB, sudah jadi seorang "pemimpin" lah itu? TIDAK!. Di Pantai Timor, seperti Semporna, Lahad Datu dan Kunak mempunyai ramai individu yang telah jadi YB dan kini masih mempunyai ramai YB tapi belum boleh disebut/gelar sebagai pemimpin.

KM,

Bagi saya di Sabah tidak ramai yang boleh digelar sebagai pemimpin sebab istilah "pemimpin" itu amat berat maknanya. TSPA baru saja mencatat nama sebagai "pemimpin" dan pengiktirafan ini bukan diberikan kepadanya oleh pemimpin-pemimpin muda di Usukan dan Tempasuk atau kita di Sabah tetapi diberi oleh pemimpin-pemimpin di KL. Di Semenanjung Malaysia TSPA diakui sebagai "penyelamat" kerajaan BN dan dikenalai sebagai pemimpin yang mengangkat martabat pemimpin-pemimpin dari Sabah. Beliau ini dikenali sebagai "Wira Sabah" yang dapat dan mampu "bertarung minda" dengan pemimpin-pemimpin yang lebih berpengalaman dan jauh lebih tua dari beliau di gelanggang pertarungan pemimpin-pemimpin (Dewan Rakyat).

Jadi, kenapa pemimpin dari Sabah yang seunik ini pula digembargembur untuk dibersarakan oleh golongan pemimpin muda kita sendiri?

KM,

Sepatutnya, kalau kuasa dari Kuala Lumpur memaksa beliau untuk bersara lebih awal dari politik, kita yang protes. Sebabnya ialah kita perlu keberanian, pengalaman dan kebijaksanaan yang ada pada diri TSPA itu untuk "beradu minda" dengan pemimpin-pemimpin dari KL berhubungan dengan perkara-perkara kuasa vis-a-via KL dan Sabah.

KM,

Saya setuju sangat dengan makna pepatah, "Patah tumbu hilang berganti" dan istilah "Pemimpin datang dan pergi" tetapi dalam hal TSPA, "Patah dan hilang "nya masih lama lagi, Dan mudah-mudahan "Pergi"nya juga dapat kita pertahankan bersama kecuali kehendak Allah jua.

KM,

Saya kenal dengan wajah-wajah pemimpin yang di "tag" diblog ini dan saya hormati semua dan saya yakin dengan kebolehan dan keupayaan masing-masing. Akan tetapi, saya berpendapat mereka ini perlu bersabar dan berkorban dalam aspek masa untuk menunggu giliran.

Nasib sesaorang itu tidak kemana-mana tetapi akan diterimanya jua. Itu janji Allah.


Salam hormat, mohon beredar dulu KM.


SMA

madd said...

untuk menjadikan sesuatu bangsa itu dihormati dan berjaya, pemimpin lama dan baru haruslah berganding bahu. pemimpin lama sudah mempunyai pengalaman yang pasti amat berguna pada bangsanya. pemimpin baru pula mempunyai semangat dan idea yang baru. gabungan lama dan baru amat perlu bagi menambah kekuatan yang sedia ada.

mandau said...

pemimpin akan bertukar ganti namun idea dan semangat yang ada pada pemimpin lama perlu diambil dan diteruskan pemimpin baru.

songkilou said...

Apa yang penting kita jangan lupa orang lama dan jika berkesempatan, segala tunjuk ajar dan nasihat perlu diambil sebagai bekalan di masa hadapan..

Hamdan Hadillah said...

SAlam KM,

jasa seorang pemimpin memang tidak patut untuk kita lupakan, apatah lagi apabila dia berjuang untuk bangsanya. Oleh itu, teruskan perjuangan tersebut dan jangan tinggalkan begitu saja selepas bertukar pemimpin. Bawa sekali idea dan cara perjuangan pemimpin lama oleh pemimpin baru.

mantra said...

jasa, pengorbanan serta idea pemimpin terdahulu harus dimabil dan dijadi rujukan kepada pemimpin baru. dgn ini ia akan dpt membentuk satu kepimpinan yang lebih baik.

ANTI PAKATAN RAKYAT said...

Salam Rojokobog..

saya setuju supaya pemimpin lama memberikan peluang kp pemimpin muda..ia bukan berkait dgn usia tetapi kecergasan dlm kepimpinan..

pada waktu yg sama pemimpin muda jgn alpa dan terbuai, hormat pada pemimpin lama ibarat pelita lama ia kan menjadi antik..

Gambar seksi said...

Sdr SMA..

komen sdr menunjukkan sdr sdh semakin lupa bahawa munsia itu akan hidup selamnya.

Jika ada dri suku sendiri yg tidak senang dgn pjuangan kita ertinya ada tanda-tanda bahawa perjuangan kita tersasar.

Saya mengenali TSP dgn baik, sama ada sbgi org Iranun atau pemimpin Iranun. Saya tidak mahu komen peribadi beliau, tetapi saya dlm banyk hal ada juga idea yg melibatkan bangsanya yg saya tidak setuju.

Bukan faktor Usia saya rasa tetapi faktor perlunya Pelapis kepimpinan Iranun di wujudkan.

Sdr SMA,
Sdr Boleh sebutkan, berapa ramai pemimpin pelapis Iranun yg ditarbiyah oleh TSP selama lebih 30 thun bgiat dlm politik?

Sdr Boleh juga senaraikan berapa keputusan yg diambil oleh TSP saat menghadapi kegetiran yg dibuat dgn mengambil kira bangsanya?

Iranun dan kami tahu, TSP lari tatkala bubarkn AKAR..lari ke Kota Marudu...berapa org Iranun di sana?

Sehingga itu salam bt sdrku SMA berasal yg dari Pantai Timur (konon-kononya LAH )

BELUM PENDEKAR said...

Salam Sdra KM dan SMA.

1. Sudah lama benar saya tidak menatap komen dan perkongsian pandangan sdra SMA. Dan, pada saya apa yang diperkatakan oleh SMA adalah amat tepat dan benar. TSP adalah satu-satunya pemimpin Sabah yang boleh duduk sama tinggi dan berdiri sama rendah dengan pemimpin peringkat nasional dan antarabangsa dari segi kebijaksanaan, pandangan dan kepintaran. Justeru, sukubangsa beliau sepatutnya adalah golongan yang pertama mempertahankan beliau agar beliau boleh terus memimpin.

2. Namun, agak menghairankan sikap sesetengah ahli suku ini... bukan orang lain, malah merekalah yang berusaha sedaya upaya untuk cuba menjatuhkan TSP. Barangkali, mereka hanya akan sedar betapa beruntungnya suku mereka kerana di anugerahkan Allah seorang pemimpin yang cukup berkarisma seperti TSP bilamana TSP sudah tidak lagi memimpin mereka. Pada saya, bukan sahaja suku Iranun bahkan negeri Sabah sekalipun tidak akan dapat mencari pengganti yang setanding beliau jika beliau berundur. Oleh itu, selagi beliau termampu, TSP sepatutnya terus di "pujuk" agar bersetuju menjadi ketua kepada agenda perjuangan bangsa.

3. Masalah kita ialah, perasaan hasad dengki yang terlalu tebal. Kita tidak senang duduk kalau ada dikalangan orang kita yang diiktiraf pandai, bijak dan berkepimpinan oleh orang lain. Maka, mulalah usaha menjatuhkan "sipandai" itu direncanakan. Begitu juga, kita cukup mudah merasa bahawa kita sudah "cukup" segala-galanya dan telah bersedia mengambilalih kepimpinan..

4. Saya masih ingat, suatu ketika dahulu pemimpin muda beria-ia benar mahu diberikan laluan oleh pemimpin-pemimpin lama termasuk TSP di KB. Namun, yang anehnya, bila tidak mendapat sokongan, mereka menyalahkan TSP serta pemimpin-pemimpin lama yang lain kerana kononnya tidak memberi sokongan kepada mereka dan oleh sebab itu mereka kalah. Ini sebenarnya membuktikan bahawa kualiti kepimpinan mereka masih belum cukup ampuh untuk diketengahkan. Pemimpin yang berkualiti dan diterima umum tidak memerlukan sokongan pemimpin lain untuk naik, setidak-tidaknya untuk rumpun sendiri. Mereka hanya perlu membuktikan kualiti mereka, itu saja. Dan, kalau benar mereka ini telah bersedia, mengapa masih memerlukan sokongan dan pengaruh pemimpin lain?..

5. Percayalah, andai TSP berundur... ia adalah merupakan kehilnagan dan kerugian besar khusunya kepada suku Irranun. Samada kita menerima hakikat ini atau tidak, suku Iranun yang semua kita tahu adalah minoriti, sekarang ini dipandang tinggi kerana TSP.

6. Justeru berfikirlah dengan wajar... Jangan setelah terlambat barulah kita menyesal..

Anonymous said...

Ikutlah jejak pemimpin lama yang berjuang habisan unutk mempertahankan hak mereka dan juga, belajarlah dari orang yang berpegalaman seperti TSP.

samm said...

saya percaya jika ingin memajukan masyarkat, setiap pemimpin lama dan baru perlu bekerjasama. pemimpin baru haruslah menimba ilmu daripada pemimpin yang lama. apa pun yang ingin diperjuangkan, pastikan ianya membawa kebaikan kepada semua.

BELUM PENDEKAR said...

Salam sekali lagi KM,

1. Saya mohon memberi komen kepada ulasan sdra Rahman Taib mengenai perlunya diwujudkan pemimpin pelapis iranun dan pembubaran AKAR.

2. Saya fikir, sdra Rahman agak prejudice bila menyebut mengenai isu perlunya diwujudkan pemimpin pelapis Iranun ini. Sya mengatakan demikian kerana sdra Rahman seolah-olah menyalahkan TSP kerana "kononnya" tiada pemimpin pelapis yang diwujudkan. Sepanjang ingatan saya, tidak pernah sekalipun TSP menghalang atau tidak bersetuju dalam usaha mengwujudkan pemimpin pelapis ini. Bahkan, beliaulah orang pertama yang ingin melihat suku Iranun berkebolehan dan maju kehadapan.

3. Yang jadi masalah ialah, apakah usaha yang perlu dilakukan maka barulah seseorang pemimpin itu dianggap atau diambilkira sebagai mengwujudkan pemimpin pelapis?.. adakah perlu diadakah kursus, ceramah, bengkel atau sebagainya? atau adakah dengan membantu membuka peluang untuk suku iranun mendapat pelajaran yang sebaik-baiknya?, atau adakah dengan memberikan jawatan-jawatan yang strategik dalam perkhidmatan awam kepada suku iranun?..

4. Kecuali pilihan yang pertama, saya fikir TSP telah melakukan usaha sepertimana saya sebutkan dalam pilihan kedua dan ketiga di atas. Dan, perlu diingat juga bahawa kualiti kepimpinan itu bukan boleh diperolehi melalui pembelajaran akedemik semata-mata. Ianya juga perlulah disulami dengan nilai keperibadian dan kebijaksanaan serta kepintaran melihat halangan masa hadapan. Dan, andai pelapis yang ada gagal lantaran tidak mempunyai kemampuan dalam nilai keperibadian yang saya sebutkan, adakah itu juga salah TSP?.. Sesungguhnya, adalah lebih mudah untuk seseorang mencari kesalahan berbanding melakukan perkara untuk kebaikan orang lain. Inilah sikap sdra Rahman sebenarnya. Kalau boleh saya bertanya, kalau sdra Rahman mengatakan TSP gagal mengwujudkan pelapis pemimpin iranun, bagaimana pula dengan sdra?.. berapa ramai yang telah sdra wujudkan?..

5. Mengenai pembubaran AKAR yang kononnya didakwa TSP telah melarikan diri ke Kota Marudu.. Inilah yang terjadi jika orang yang bercakap agak daif pengetahuannya. Saya fikir, sdra Rahman bercakap atas dasar andaian beliau semata-mata dan lebih memburukkan keadaan apabila beliau cuba pula menyebarkan apa yang beliau yakini itu kepada orang lain sedangkan maklumat yang beliau ada salah belaka.

6. setahu saya, TSP menjadi ketua penaja UMNO Kota Marudu adalah atas mandat dan arahan UMNO Pusat. Oleh yang demikian, tidak benar jika dikatakan bahawa TSP lari. Andai diwaktu itu TSP diarah oleh UMNO pusat menjadi Ketua Penaja Kota Belud maka di Kota Belud lah TSP berkhidmat.

7. Saya percaya TSP membaca komen sdra Rahman berkenaan beliau saya juga percaya belaiu mungkin tidak akan memberi respon kepada andaian sedemikian. Inilah beza pemimpin yang berpandangan dan berjiwa besar dengan orang biasa mcm sedra Rahman.

8. Justeru, semua pembaca perlu mengambil iktibar dari komen sdra Rahman ini bahawa tidak semua fakta yang diberikan adalah betul. Oleh itu, fikirkan dan timbang sebaik-baiknya kerana sesetengah pihak mungkin ada agenda yang tertentu.

Unknown said...

Insya-Allah, selagi kudrat mereka masih ada, mereka akan memimpin dan menolong pengganti mereka nanti. Kerjasama antara pemimpin baru dan lama perlu ada. Where there is a will, there is a way.

Gambar seksi said...
This comment has been removed by the author.
Gambar seksi said...

sdr BP...saya tidak bersetuju dgn sdr SMA dan bukan sdr tapi tak apalah..kita kira berdebat sajalah ni kan..saya sahut cabaran itu..sbb saya ni rendah pemikirannya kata sdr BP..berbanding sdr BP..yg 'rapat'; dgn TSP atau kali TSP sendiri yg menyamar sbgi BP..hahahaha tak apalah..sapa-sapalahkan..yg penting kita bincang cara matang dan rasional..

1. Sdr silap sebenarnya..tidak ada dri suku Iranun yg ingin menjatuhkan TSP..mungkin andaian sahaja..kerana kalau ada TSP tidak akan diberikan sokongan sehingga jadi seperti begitu..mungkin bukan semua org Iranun sokong tapi majoriti sokong..

2. Kalau bukan lari apa namanya tu sdr BP..lari jadi ketua umno di Kota Marudu? Arahan kah atau memang utk menyelamatkan diri dgn cara lari dri suku bangsanya... berapa org Iranun di Kota Marudu? Tindakan ini tidak wajar..kerana jika TSP pada waktu itu ambil berat bangsanya dia tidak akan biarkan sebgitu ramai org Iranun yg menangis kehilangan dia di KB..Kau fikirkan lah bah wajai sdr ku BP..

3. apa yg org Iranun mahu ialah penyatuan Iranun dan bukan mahu menghalau TSP atau mencemburinya...TSP dah jadi kaya raya dah jadi org penting tak kan nak di kasi turun pula..apa yg berlaku ialah ada pelapis yg boleh membela orang Iranun sekiranya TSP mengundurkan diri kelak..

BELUM PENDEKAR said...

Salam Sdra Rahman,

1. Ini lah masalah dengan orang kita, asal memberi komen yang kelihatan menyokong TSP, maka kesimpulan akan terus dibuat bahawa orang ini adalah "orang dekat" dengan TSP ataupun TSP sendiri. Sebaliknya, mereka yang memberi komen yang menghentam TSP, tidak pulak dilebal atau mengaku bahawa mereka ini "musuh" kepada TSP. Soalnya, pada pandangan sdra apa istilah yang sesuai kepada orang seperti ini?..

2. Saya telah perjelaskan banyak kali bahawa saya bukan TSP dan bukan juga orang yang rapat dengan TSP. Malah, saya cukup percaya TSP sendiri tidak kenal dengan saya. Tidak seperti sdra yang mengaku mengenali TSP dengan baik samada sebagai orang atau pemimpin Iranun, saya tidak pernah mengakui saya baik atau kenal apatah lagi rapat dengan TSP. Saya cuma kagum dengan kebolehan dan kebijaksanaan beliau sebagai seorang individu yang berkebolehan sebagai pemimpin dan bukan kerana beliau juga dari suku Iranun.

3. Berbalik kepada hujah sdra mengenai kononnya saya tersilap kerana mengandaikan ada orang yang ingin menjatuhkan TSP. Saya bersetuju bahawa mejoriti suku Iranun masih menyokong kepimpinan TSP. Bagaimanapun, barangkali sdra tidak sedar bahawa perbuatan orang-orang spt sdra yang membuat bermacam-macam andaian terhadap TSP seperti tidak menyediakan pemimpin pelapis, lari daripada suku dan sebagainya adalah perbuatan yang boleh ditafsirkan sebagai usaha menjatuhkan beliau. Yang pasti beliau bukan lagi wakil rakyat Tampasuk yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas pengundi-pengundi di sana.

4. Saya fikir, penjelasan saya mengenai perkara mengwujudkan pemimpin pelapis ini cukup jelas. Namun demikian, barangkali perlu juga untuk saya perjelaskan bahawa beberapa tokoh negeri Sabah yang sekarang ini berjawatan baik sebagai pemimpin politik seperti Datuk Ronald Kiandee, Datuk Rosnah Shirlyn, Datuk Juhar Mahiruddin dan sebagainya pernah menjadi pengikut setia TSP suatu ketika dulu. Dan sekarang, mereka berjaya. Dalam pada itu, beberapa orang Iranun seperti sdra Musram, Allahyarham Datu Bandira dan beberapa orang lagi, juga pernah diberi peluang oleh TSP. Adakah salah TSP jika mereka tidak mampu menjadi seperti Datuk Juhar, Datu Ronald atau Datuk Rosnah?..

5. Mengenai isu lari ke Kota Marudu, inilah yang saya katakan pada sdra, jika tidak tahu fakta sebenar lebih baik jangan mereka-reka cerita. TSP adalah seorang pemimpin yang bertaraf tinggi dan dihormati oleh pemimpin pusat. Justeru, beliau telah diminta untuk menjadi Ketua Penaja UMNO di Kota Marudu kerana kepimpinan beliau diperlukan disana. Pada masa itu, Kota Belud sudahpun mempunyai ketua penajanya sendiri. Jika benar andaian sdra bahawa TSP lari ke Kota Marudu untuk menyalamatkan diri, kenapa TSP melepaskan jawatan Ketua Bahagian tersebut?. Pernahkah sdra terfikir mengenainya?.. sebab itu saya kata, sdra hanya tahu politik tahap kampung tetapi tidak politik peringkat tinggi.

...bersambung/-

BELUM PENDEKAR said...

...sambungan/-


6. Mengenai penyatuan Iranun, saya telah perjelaskan bahawa TSP pada hemat saya tidak pernah menghalang penyatuan Iranun. Jadi mengapa sdra seolah-olah mendakwa bahawa orang Iranun tidak boleh bersatu kerana TSP?. Kalau benar kata sdra bahawa majoriti Iranun menyokong TSP, bukankah itu bermakna bahawa suku Iranun itu sebenarnya bersatupadu? jadi "penyatuan" apa yang sdra maksudkan lagi?.. Maka, saya ingin bertanya kepada sdra, adakah Iranun tidak dikira sebagai bersatupadu kerana TSP masih menjadi ketua yang diakui sekarang ini? Buka mata dan telinga sdra... jadilah ahli suku uang berguna kepada kemajuan bangsa.

7. Berkenaan isu pemimpin pelapis, saya fikir adalah tidak manis untuk TSP "menunjuk" siapa dan siapa yang bakal menggantikan beliau kelak. Ini adalah kerana, sudah pasti akan ada saja pihak yang tidak bersetuju dengan pilihan beliau. Jika TSP memilih si A dari kumpulan A misalnya, orang-orang kumpulan B sudah pasti menentang sehabis-habisnya kerana pada mereka si A tidak layak dan sebagainya. Justeru, apa yang perlu dilakukan oleh mereka yang bercita-cita tinggi untuk menjadi Yang Berhormat ini ialah "membuktikan" kemampuan dan kualiti mereka masing-masing sebagai seorang pemimpin.

8. TSP sudah kaya?.. hahahaha... sungguh lucu andaian sdra. Cuba sdra bandingkan kehidupan TSP dengan pemimpin lain dari Kota Belud. Apakah taraf kekayaan TSP berbanding mereka.. realitinya, hanya andaian sdra yang mengatakan bahawa TSP adalah kaya...

9. Akhir sekali, saya kasihan dengan sdra.. walaupun sdra mendakwa bahawa sdra mengenali TSP dengan baik samada sebagai orang Iranun atau pemimpin Iranun, sdra sebenarnya tidak tahu apa-apa mengenai peranan dan sumbangan yang sedang beliau mainkan kepada suku Iranun, Kota Belud dan negeri Sabah keseluruhannya. Maka, komen lah dengan fakta dan bukannya "andaian" membuta tuli.

Salam dari
BELUM PENDEKAR

pendekarwati said...

Salam Kelapa Mawar dan kekanda Belum Pendekar,

Hanya satu persoalan dari saya, kenapa hanya menyalahkan Tan Sri Pandikar??

Kenapa beban untuk adanya pelapis bergantung kepada Tan Sri seorang??

Tidakkah ada orang Iranun lain yang boleh menjadi pemimpin seperti Tan Sri??

Saya rasa jawapan kepada persoalan itu hanya ada satu....

Bergantung kepada personaliti seseorang itu...

Setahu saya personaliti Tan Sri yang cukup hebat yang "makes him one in a million" sama seperti pepatah Inggeris A leader is born never made...

Berhenti untuk mencari jalan yang senang dengan menyalahkan org lain... Sahut cabaran Kekandaku Belum Pendekar dan cuba ubah cara fikiran serta pandangan

tawadakan said...

...teruskan kependekaran kamu dengan gelaran Pendekar Cahaya Lampu Minyak Tanah...nyasempel aaa girong mangatau aaa kampung kiagoyan sapalitaan sampai dih den pakanapas den ambuh nighidah ka run...pun manaya na aden pen e kapia yan dih pakailai...tangkaan ka dih ka den pakanapas...miatai kami pun manaya

Man Withot Face said...

jgn la kita terlalu mengagung-angungkan seseorang itu dgn keterlaluan.. perjuangan sesuatu bangsa itu memerlukan komitmen dr segenap lapisan msykt & bukannya terletak diatas pundak individu semata2.. pemimpin datang & pergi..

pendekarwati said...

Man Without face,

Saya amat bersetuju dgn saudara yang tidak bermuka.... Jgn mengagung - agung seseorang sahaja... dan pada masa yang sama, jgn seorang itu sahaja yang dipaksa memikul beban serta tanggungjawab...

Anak Sabah said...

Pemimpin lama masih perlu berjuang bersama dengan pemimpin baru.