Seorang pemimpin memang tidak akan terlepas dari 'wabak dilema' yang berlarutan. sama ada dilema itu berupa dilema gagasannya, dilema tuntutan penyokongnya, ataupun dilema peribadinya sebagai seorang manusia yang diamanahkan atas pundaknya tanggungjawab berat sebagai pemimpin. "Keserbasalahan" ini akan terus menghantui hidup politik seorang pemimpin.
Setelah Najib menduduki kerusi Presiden UMNO dan PM, menggantikan Pak Lah atas satu peralihan kuasa yang 'didesakkan' oleh situasi penurunan pengaruh dan martabat politik UMNO di mata rakyat..maka penyokong dan pemimpin parti Melayu yang telah melebarkan sayapnya di bumi Sabah 19 tahun yang lampau, di Bumi Usukan , dalam daerah Kota Belud..berkeyakinan bahawa Najib akan membawa perubahan besar dari sudut "kedemokrasian matang" , Kelestarian politik dan pengurustadbiran wang rakyat. Maka cita dan harapan ahli-ahli UMNO itu mula menjadi satu keyakinan bila Najib menggagaskan satu bentuk "TRANSFORMASI" parti dan kepimpinan, dan cuba mememangi hati rakyat dalam beberapa program Juara Rakyatnya.
Beberapa fasal dalam perlembagaan UMNO terutama berkaitan dengan soal kouta pencalonan dalam jawsatan tertinggi parti telah dipinda. Namun ramai pemerhati politik, berpendapat "TRANSFORMASI" yang dilaungkan oleh Najib itu setelah setahun berlalu, hanya berlaku di peringkat pimpinan atasan parti,sedangkan di peringkat akar Umbi terutama di peringkat negeri dan bahagian, isu "kepuakan" masih berlaku dan semakin parah.
Justeru dalam sehari dulu, persidangan UMNO akan diadakan, sudah pula terdengar idea dan gagasan politik Najib, betapa perlunya mewujudkan MODEL POLITIK BARU. Model ini sudah mula diperdebatkan. Lantas para penganalisis masih kebingungan, apakah perlunya ahli UMNO 'dikejutkan' lagi dengan satu Model baru, sedangkan TRANSFORMASI diperingkat akar umbi masih terlalu perlahan. Ramai pemimpin UMNO masih ketinggalan bas dalam meyelami naluri politik Najib. Justeru itu...ramai ahli UMNO mula merasakan Najib semakin terjebak dalam DILEMA YANG PANJANG.
Di satu pihak mantan PM Tun Mahathir , masih berpandangan bahawa Najib perlu berkerja keras lagi, dan beliau meramalkan bahawa PRU 13 akan datang, Najib akan gagal memperolehi kemenangan 2/3. Jika ini benar, maka adalah benar Najib berada dalam dilema dan kekalutan politik yang sukar dirungkai.
Di Sabah, isu perpaduan dan kepercayaan kepada pemimpin masih menjadi isu utama. Parti-parti komponen masih saling mencurigai kepimpinan sedia ada. Bahkan pemimpin UMNO negeri sendiri berada bukan dalam satu saf, sebaliknya masih berpuak dan berkepentingan. Dan dilema kepimpinan di Sabah, menambahkan kekalutan politik Najib. sama ada Najib berjaya meredakan kekalutan ini, gambarannya akan terjawab pada PRK BATU SAPI yang bakal diadakan kelak.
23 ulasan :
semua pihak perlu bersatu dan bersama-sama menyokong perjuangan PM agar apa yang dirancang dapat menjadi kenyataan. kerjasama yang kuat dan saling membantu akan memberikan hasil yang baik terhadap apa yang dirancang.
Seorang pemimpin akan berjaya jika rakyat menyokong penuh kepimpinan beliau. Peminpin bertanggungjawab tentu sahaja akan pergi jauh dalam membangun bangsa dan negara. Semoga Datuk Najib dapat memberikan komitment sepenuhnya dan dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang!
kita seharusnya bersatu jika ingin terus kukuh dan kuat, sikap berpuak hnya akan melemahkan kita.
PM Najib memang patut berusaha supaya kekal relevan.
Janganlah membiarkan sokongan rakyat disia-siakan.
Harap Datuk Najib melakukan yang terbaik untuk Rakyat Malaysia. Teruskan usaha PM sekiranya untuk kebaikan semua.
Kami rakyat malaysia pasti percaya bahawa Datuk najib akan dapat membangunkan Sabah masa akan datang. Kita haruslah memberikan sokongan dengan semua perkara yang baik untuk negara mahu pun kita semua.
Memang boleh dilihat bagaimana pemimpin2 UMNO di Sabah sendiri tidak bersatu hati. Ada pun hanya pada zahirnya.
Batu Sapi bakal menjadi tempat mana2 parti yang bertanding untuk mengukur populariti masing2. ia juga mampu mengambarkan masa depan politik Sabah selepas PRU13 akan datang.
asalkan semua pihak bersedia untuk bersatu dan bekerjasama, apa yang dirancang pasti mendapat hasil yang positif.
jika BN nak terus kukuh dan berkuasa, mereka perlu bersatu.
Lakukan sesuatu yang akan berbakti kepada rakyat jika ingin dikenang sampai mati.. Yang penting hati mesti ikhlas.
Setiap manusia pasti berdepan dengan cabaran.. so sebagai rakyat kita kenalah sokong PM bagi memastikan perancangan yang dibuat terlaksana.
Saya mendoakan kepimpinan Najib agar terus kekal maju dan relevan sepanjang masa :)
Saya yakin selagi perjuangan Najib berpaksikan kepada rakyat, rakyat pasti akan bagi sokongan yang tak berbelah bagi.
Lakukan yang terbaik utk rakyat dan pastikan keyakinan rakyat terhadapa kepimpinan Najib akan terus kukuh.
Ya zaimi. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!
Pembangunan di Sabah dan Sarawak perlu di utamakan. jika BN menjadi Juara Rakyat.Saranan PM suapaya kedua-dua negeri di Borneo ini diambil perhatian sepenuhnya dan dihayati oleh pegawai-pegawai persekutuan khususnya yang ada di Putrajaya.
najib harus pastikan transformasi ekonomi dan kerajaan yang diwar-warkan oleh beliau dilaksanakan sepenuhnya..pemikir2 konservatif seperti Tun M harus diketepikan dari mempengaruh kerajaan melaksanakan tugasnya.
MEB harus dipraktikkan sepenuhnya..DEB tidak relevan dengan konsep 1Malaysia maka ianya harus dimansuhkan.
najib harus lebih tegas dan teguh dengan pendirian beliau selaku PM..idea2 konservatif yang mana bersifat rasis harus ditolak sepenuhnya. fokus kepada perjuangan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' maka sokongan rakyat akan bertambah kepada beliau..ahli2 politik dalam kerajaan yang merupakan 'duri dalam daging' harus disingkirkan segera demi kesejahteraan rakyat dan negara.
dasar2 kerajaan yang dilihat tidak dan kurang relevan pada keadaan semasa harus dimansuhkan..ini adalah bagi mengurangkan tekanan ke atas kerajaan oleh pemikir2 konservatif..selamat maju jaya kepada najib.
Salam Kelapa Mawar,
Model politik baru atau cuba untuk mengekalkan model Politik Datuk Moyang??
bagi saya, perubahan mikro lebih berkesan daripada perubahan yg lebih bersifat retorik...kerana tidak ada apa2 perubahan yg boleh dilakukan dgn ucapan yg berapi2 & harapan yg menggunung2..
perubahan mikro yg sya maksudkan adalah sistem di dalam UMNO sendiri...cara pemilihan pemimpin, mewujudkan satu penguatkuasa bebas untuk mengekang politk wang, keputusan kolektif & bukannya keputusan individual etc...
Masih ada ruang untuk memperbaiki kesilapan lepas, berubah itu IS A MUST!
Post a Comment