Thursday, January 27, 2011


Ketika Datuk Musbah, ADUN TEMPASUK 'gagal' mempertahankan jawatan Ketua Umno Kota Belud daripada jatuh ke tangan Datuk Salleh Tun said, ramai politikus tempatan di daerah ini menyifatkan 'kegagalan' itu sebagai petanda awal kepada penurunan prestasi politik anak kelahiran Taun Gusi ini yang setelah itu 'selalu' di sinonimkan dengan "projek Jelapang Padi". Namun itu tidak mematahkan semangat ADUN ini kerana Kesungguhan dan aktiviti Turun Padang Datuk Musbah menemui rakyat di kawasannya dirakamkan dalam blog peribadi dan FCB wakil rakyat ini. Malahan ramai yang menyatakan kepada saya secara terus terang bahawa pengendali tetap Blog dan FCB itu adalah datuk Musbah sendiri dan bukannya "pembantu' seperti kebanyakkan pemimpin lain.

Suatu ketika dulu Blog Datuk Musbah http://musbahjamli.blogspot.com/ menjadi meja bulat bagi sesetengah rakyat untuk meluahkan pandangan dan pendapat mengenai sebarang isu yang melingkari permasalah rakyat khususnya di kawasan Tempasuk. Dan yang uniknya isu itu dijawab sendiri oleh Datuk Musbah dengan cukup bernas. Waktu itu, ramai pemerhati politik tempatan memberikan 'kredit' kepada Datuk Musbah kerana membuka ruang perbincangan di alam maya ini dengan cukup terbuka, berbanding sesetengah pemimpin di daerah ini yang hingga kini langsung tidak 'membenarkan' sesi percambahan minda berlaku di blog mereka. Antara yang konsisten dengan amalan itu ialah ketua Umno Kota Belud sendiri, Datuk Salleh Tun Said. Lihat blog ini : http://sskeruak.blogspot.com/ ..

Kini yang menjadi tanda tanya di hati rakyat Kota Belud terutama kepada masyarakat kawasan tempasuk ialah kemana DatukMusbah menghilang dalam dunia internet setelah lebih 5 bulan Blog Peribadi Datuk Musbah yang sebelum ini memaparkan aktiviti turun padangnya tidak lagi di update dan begitu juga FCB beliau..seolah-olah membayangkan Datuk Musbah sudah hilang dalam 'radar' internet di negara ini khusunya dan am nya di Kota Belud. Pun begitu masyarakat masih melihat kelibat pemimpin ini di majlis-majlis perkahwinan dan majlis kesyukuran serta majlis kematian.

Apakah strategi politik Datuk Musbah dalam hal ini? Apakah Datuk Musbah sudah 'sedar' bahawa penglibatan secara aktif dalam dunia internet ini tidak mendatangkan apa-apa 'hasil' dalam pelonjakkan prestasi politiknya? Atau apakah yang berlaku sehingga keadaan ini wujud. Sukar kita pastikan, namun di sudut hati paling dalam para penyokong Datuk Musbah seperti yang diceritakan kepada saya oleh beberapa orang 'orang kuat" ADUN Tempasuk ini, mengharapkan supaya beliau kembali "aktif" ,sekurang-kurangnya sebagai simpanan rekod generasi mendatang terutamaberkaitan gambar dan rakaman aktiviti yang sebelum ini dihari oleh Datuk Musbah. Bersama kita nantikan perubahan itu!

16 ulasan :

Anonymous said...

Datuk Musbah kini dilihat seolah2 hera di hati penduduk Kota Belud, beliau sering mendekati penduduk, ini yang menjadikanya disukai.

elia said...

Kepada Datuk Musbah, lihat rakyat masih lagi menaruh harapan kepada anda. Seharusnya anda memberi penerangan dan melaporkan status anda.

samm said...

walau pun Datuk Musbah tidak akif dalam dunia internet, tapi beliau masih kelihatan turun padang.

samm said...
This comment has been removed by the author.
samm said...

mungkin kesibukan Datuk Musbah menyebabkan beliau tidak aktif dalam dunia internet. apa pun, semoga beliau dapat menjalankan tugasnya dengan cemerlang.

Mohd Ishak said...

Harap Datuk Musbah akan membuat apa yang diperlukan.

mandau said...

Dauk Musbah mgkn kurang lagi aktif dalam blog2 kerana kini ia lebih menumpukan kepada turun padang mendekati rakyat.

Unknown said...

Mungkin Datuk Musbah tetap akan berjuang untuk rakyat walaupun beliau tidak sehebat dahulu.

Unknown said...

Ya, di manakah dia??

Unknown said...

Biarlah dia. Itu hal dia. Kemungkinan juga dia ada strateginya sendiri tetapi kita tidak tahu.

Unknown said...

Mungkin beliau tidak suka dengan polulariti..Apa pun harap Datuk Musbah dapat membantu untuk penduduk KB.

Anonymous said...

walau apapun alasan beliau untuk tidak aktif seperti sebelum ini, sepatutnya untuk kepentingan rakyat beliau tidak mempunyai apa2 halangan untuk kekal berinteraksi dengan rakyat.

Paquin said...

Mungkin Datuk Musbah patut tampil dan beri penjelasan akan hal ini.

Paquin said...

Jangan biarkan persoalan emi persoalan timbul tanpa sebarang jawapan konkrit.

getah lastik said...

kalau pun bentuk badan dia tidak kelihatan di N6 Tempasuk, namun orang no.2 dia skurang2nya ada penganti tapi malangnya PKR dia pun tak lantik.knapa tu ar?tak harap orang ke atau gila kuasa ke.mau jadi Hosni mubarak no.2 kot.kalau dia masih lagi dilantik yb n6 tempasuk next election,maka jadi lah org2 di n6 tempasuk dalam kerugian selama 5 tahun akan datang,percaya la

Anak Sabah said...

Bagilah peluang untuk Datuk Musbah menjelaskan diri.