Friday, January 14, 2011


Agak tidak lewat jika dalam pentakwiman tahun 2011 ini, orang-orang di Kota Belud banyak dikejutkan dengan pelbagai insiden dan pencapaian politik, termasuk seorang pemimpin yang pernah digugurkan pada PRU 12 lepas kembali mendapat kepercayaan ,walaupun ada yang berpandangan, perlantikan DSSK ke jawatan Speaker DUN itu hanyalah 'mengisi' kekosongan setelah jawatan berkenaan ditinggalkan oleh Datuk Juhar selepas menjadi TYT yang baru. Namun kali ini bukanlah itu isunya, tetapi apa yang dipaparkan ialah kenyataan MP Kota Belud , Datuk Rahman Dahlan dalam satu wawancara di stesen TV swasta di negara ini, yang menyifatkan pengguna Facebook banyak didominasi oleh golongan tua. Sama ada kenyataan itu dibuat secara berseloroh, ataupun ditunjangi oleh asas dan dalil, sukar dipastikan kerana begitu banyak pengguna FCB di negara ini yang masih menyembunyikan status mereka terutama berkaitan dengan usia dan identiti.

Sepanjang Datuk Rahman menerajugi kawasan Parlimen di Kota Belus, banyak tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin muda ini menimbulkan polemik dan kontrovesi di kalangan masyarakat Kota Belud. Suatu ketika apabila Datuk Rahman mengumumkan penumpunannya dalam penyelesaian isu bekalan air bersih, ia mendapat pelbagai response positif dan tidak kurang juga persepsi negatif yang meragui keikhlasan DARD dalam soal itu, kononnya ingin menjadi 'hero' sementara.

Kemudiannya tindakan DARD membawa wartawan TV3 menaiki helikopter ketika meninjau kawasan banjir besar melanda daerah Kota Belud tahun lepas, juga menimbulkan kontrovesi kerana kononnya, apakah segala bantuan kecemasan itu hanya akan terlaksana di depan kamera TV3, hinggakan ada mangsa banjir yang merunggut kerana kelewatan bantuan terutama di perkampungan Tawadakan dan Kota Bungan. Begitu juga dengan isu judi yang pernah mengegarkan dewan parlimen apabila keputusan kerajaan pada waktu itu memberikan lesen judi sempena wold cup kepada sebuah syarikat yang dikatakan dimiliki oleh jutawan Vincent Tan. Dan ketika itu DARD juga membuat kenyataan menyokong langkah kerajaan itu. Namun pada akhirnya kerajaan atas desakan beberapa pihak membatalkan pemberian lesen berkenaan. Pada Waktu itu DARD menjadi bual mulut masyarakat Kota Belud kerana tindakannya seolah-olah 'menghalalkan' judi.

Terbaru apabila DARD mengeluarkan kenyataan bahawa pengguna FCB adalah terdiri daripada golongan tua. Ia menjadi perhatian umum terutama kepada pengguna laman sosial berkenaan di daerah ini. Antara yang tidak putus-putus mempersoalkan ialah YDP Perkasa Sabah, sdr Musli Oli. Seolah-olah kenyataan itu satu dosa besar yang tidak terampun. Namun secara jujurnya saya menganggap kenyataan DARD itu hanya bersifat peribadi dan bukannya ditunjangi oleh kajian yang mendalam. Agak menghairankan kerana kenyataan itu diperbesarkan, walaupun sebelum ini ada yang mempersoalkan hukum menggunakan FCB ini.

Agaknya DARD harus juga mengeluarkan kenyataan, mengenai rangking pengguna blog. Kerana jika fcb untuk golongan tua dan twitter untuk golongan muda, siapakah pula yang mendominasi penggunaan blog di negara ini? DARD rasanya tertawa membaca artikel ini.

11 ulasan :

ROJOKOBOG said...

Salam KM,
Apa pun kenyataan yang dikeluarkan oleh seseorang itu jika ianya melibatkan isu semasa, dasar kerajaan, dan sebagainya adalah berlandaskan kewarasan pemikiran yang kreatif dan inovatif, jika seseorang yang membuat tafsiran dan kenyataan itu merupakan orang yang dikenali ramai, popular pula, sudah pasti isu tersebut akan lebih sensasi dan menjadi bualan ramai, kemudian ada pula yang menokok tambah agar ianya lebih gempak lagi, jika disebaliknya org yang membuat kenyataan adalah org biasa yang tidak punya jawatan dan sebagainya sudah pasti tiada yang akan mengulas isu tersebut...
saya berpendapat bahawa DARD telah merungkai dan mentelaah FB yang diminati ramai oleh golongan tua atau 45 tahun keatas, rasanya tidak ada yang kontrovesi dalam kenyataan DARD tentang FB ini, itu adalah perkara lumrah dalam alam siber masa kini, jika isu air dan isu judi boleh mengemparkan masyarakat pada masa yg lalu sudah tentu jawapannya telah pun diulas oleh DARD dan para peminat bloggers yang lain...ELAKKAN PERKARA SENSASI MENGAIBKAN SESEORANG.

Anak Sabah said...

Tidak sukar percaya kalau semakin banyak warga tua memeluk IT.

tombolo said...

ada logiknya jg jika ramai org tua yang byk mendominasi FB dalam politik kerana golongan muda lazimnya kurang berminat dan terlibat dalam politik.

Anonymous said...

jika setakat ini tidak ada gambaran yang tepat berkenaan dengan siapa yang mendominasikan Facebook, kenyataan DARD mungkin ada logiknya dan tidak perlu sengaja dikontroversikan.

mandau said...

dalam FB sukar untuk kita ketahui identiti sebenarnya pemiliknya. namun, ada asasnya jg kenyataan Rahman Dahlan ni kerana golongan tua lazimnya lebih aktif dalam politik berbanding golongan muda.

Hamdan Hadillah said...

Pengguna FB tidak mengira tua tau muda. Maka semua golongan boleh melayarinya. Jadi tidak hairan kalau mendominasikan penguna FB adalah orang Tua.

Hamdan Hadillah said...

Apa pun kita harapkan mereka mengunakan FB ini dengan cara yang betul. Jangan salah guna FB yang mudah dilayari ini dan senang dapat maklumat dan tersebar dengan begitu cepat.

mike said...

apa yang kontroversi? mungkin dikatakan kontrovesi disebabkan oleh persepsi orang ramai mengenai kenyataan DARD.

mike said...

setiap orang ada pendapat masing2 mengenai sesuatu perkara..ada yang bersetuju dan ada yang tidak..ianya terpulang kepada individu yang menilai.

mike said...

apa pun, elakkan mensensasikan perkara yang boleh mengaibkan orang..

zam said...

pekara seperti ini tidak perlulah menjadi kontroversi. lebih baik jika semua fokus terhadap isu lain yang lenih penting.