Tuesday, June 5, 2012



Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga Naib Presiden UMNO dalam satu majlis bersama rakyat di perkarangan Masjid pekan Semporna, Isnin lepas yang dihadiri oleh kira-kira 3 ribu orang terdiri daripada ketua-ketua kampung, Pengerusi JKKK dan pemimpin masyarakat membuat penafian secara terus berhubung dengan skandal dengan artis jelita Rafida Rafik yang dibongkar oleh ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin.

Datuk Shafie yang berucap dalam bahasa bajau pada majlis itu bersumpah "DENGAN NAMA ALLAH" bahawa beliau tidak terlibat dengan skandal tersebut dan membuat pengakuan bahawa beliau hanya mempunyai seorang isteri. Datuk Shafie juga mengingatkan masyarakat Semporna supaya bijak menentukan undi mereka pada PRU 13 setelah apa yang dilakukan oleh BN dan kerajaan selama ini.

Sambil menempelak beberapa orang yang diwar-warkan akan menentang beliau pada PRU 13 nanti sebagai tidak relevan terhadap kemakmuran dan kemajuan bangsa bajau beliau juga berkata golongan orang sebegini tidak tahu bersyukur. Sepatutnya kata beliau mereka ini berganding bahu dan bekerjasama dengan belaiu untuk memajukan bangsa bajau dan daerah Semporna. Lihat sekeliling dan nikmatilah pembangunan yang berlaku di daerah Semporna hasil kerjasama erat dalam UMNO. Katanya lagi.

Sebelum ini, Dastuk Shafie Apdal dilaporkan terlibat dalam skandal artis Rafida Rafik yang menyaksikan pembneria wang berjumlah lebih 1 juta Ringgit. Datuk Shafie juga pernah menafikan fitrnah tersebut dan berhasrat akan membawa kes berkenaan ke mahkamah. Namun pada majlis itu, Datuk Shafie bersumpah dan menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut.

11 ulasan :

mantera said...

Shafie dah menafikan hal ini dgn bersumpah lagi. lagipun tk ada bukti pun mereka ada hubungan.

Anonymous said...

Kena tambah dengan siasatan untuk yakinkan kepada rakyat bahawa skandal tu tidak benar sama sekali. setakat sumpah saja siapa2 pun boleh buat.

Anonymous said...

Saiful Bukhari pun pernah bersumpah atas al-Quran kan? Bersikap jujur dalam perbuatan kita dan tiada apa yang perlu ditakut atau disembunyikan jika kita tidak bersalah.

Anonymous said...

Walaupun Shafie sudah bersumpah, siasatan harus diteruskan.

Kris Jr said...

Beliau perlu meningkatkan prestasi untuk membela nasib rakyat. Banyak tempat di kawasan Semporna yang harus beliau beri perhatian dan selesaikan.

Hinamori said...

Bahagian Semporna ramai penyokong BN, calon pasti yang rakyat minat. Adakah Shafie akan tersenarai??

Hamdan Hadillah said...

Nampaknya Datuk Shafie dilema dengan isu Skandal dengan artis. Semakin hangat diperkatakan.

Hamdan Hadillah said...

Nampaknya Datuk Shafie dilema dengan isu Skandal dengan artis. Semakin hangat diperkatakan.

Green Sabah said...

Datuk Shafie Apdal has denied having any relationship with Zahida Rafik, but the authorities will be investigating this issue further to determine if the allegations are true or not.

http://sabah-go-green.blogspot.com/

Green Sabah said...

One of these days, the truth will be revealed, we should wait and see what else will be revealed next.

Mumbai said...

cantik ba si Zahida ni.. ramai lagi lelaki2 kaya yang dia boleh dampingi kalau dia mahu.. kenapa juga dia mahu si pendek yang tidak hensem ni..