Kata pepatah melayu, "dimana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi". Pepatah itu tidak banyak relevannya dengan pemimpin UMNO. Hanya PM Datuk Seri Najib yang setakat ini dikatakan begitu menjejaki kembali percaturan arwah bapanya Tun Razak di Sabah. Di saat PRU 13 hanya tinggal berbaki 9 bulan dari sekarang, Najib sudah terlalu 'kesempitan waktu' mengekalkan kuasa UMNO dan BN di negara ini. Duit atau 'kelapa raja' dihambur diserta pelusuk negara. di mana-mana Najib pergi, paling kurang peruntukan yang diumumkan adalah bernilai "juta'. Apakah begitu banyak pendapatan negara sehingga berlaku demikain rupa.
Beberapa pemerhati politik masih percaya bahawa peruntukan berbillion yang diumum dikala PRU 13 hampir nyata adalah datangnya dari proksi dan kroni serta aristokrat dan jutawan yang ingin budi mereka dibalas dengan penganugerahan peruntukan dan kontrak selepas PRU 13.
Di Sabah di keningau, sehari yang lepas, Najib meredah pedalaman di kawasan majoritinya KDM untuk meraih sokongan. walaupun meluluskan pinjaman 235 juta untuk bekalan air bersih di daerah itu, Najib seakan sudah kehilangan aset dan modal kerana yang diumum bukan peruntukan tetapi dalam bentuk "pinjaman' .kata rakan seorang, pinjaman tanpa faedah.
Dalam, tulisan Sdr Musli Oli dalam Blognya menceritakan bagaimana percaturan politik Tun Razak dalam menumbangkang USNO di bawah pimpinan Tun Mustapha. Tun Razak bukan sahaja meminta Tun Mohd Stephens yang ketika sebagai TYT untuk mengetuai parti BERJAYA tetapi juga menaja dari segi wang ringgit parti berkenaan untuk menumbangkan USNO. Hanya kerana sebab Tun Mustapha tidak bersetuju dengan royalti minyak 5% yang diberikan kepada Sabah oleh Kuala Lumpur.
Jejak kasih Najib di Sabah juga hampir-hampir serupa. Najib dalam sejarahnya sejaka menjadi PM, belum pernah datang ke kawasan pedalaman di Sabah terutama di kawasan KDM. Baru semalam, kerana Najib sudah mula mencongak-congak bahawa hanya sokongan KDM, BN akan terus memegang tampuk kuasa di sabah yang membolehkan sedikit UMNO dan BN bernafas di parlimen nanti.
Dijangka dalam keadaan terdesak, jika sekalipun pemimpin KDM berkhendakkan jawatan Ketua menteri Sabah, rasanya dalam saat getir sekarang, Najib akan memberi ruang untuk memikirkannya. pokoknya, sokongan KDM padu kepada BN.
namun selepas PRU 13, senario percaturan Najib diramal akan berubah. seperti berubahnya politik Tun Razak setelah USNO dapat ditumbangkang oleh BERJAYA dan setelah kematian tun Mohd stephens dan beberapa lagi pemimpin Sabah dalam nahas "double six" yang menyaksikan Datuk Harris Salleh menjadi ketua menteri Sabah.
Apakah Najib akan benar-benar menjejak kasih Tun Razak di Sabah? pokok tidak akan bergoyang kalau tidak ada angin.
15 ulasan :
tidak boleh samakan mereka. corak pemerintahan setiap pemimpin tidak sama.
apapun, harap Najib akan menjaga kebajikan penduduk Sabah.
Saya yakin Najib pasti mampu buktikan dirinya adalah PM yang mampu menjaga kebajikan rakyat Sabah dan juga seluruh rakyat Malaysia.
Sama-samalah kita menyokong perjuangan beliau:)
Najib is trying his best to be the best PM. Good effort of his.
All the best to Najib in making sabah a better place.
I hope his recent visit to the interior would make him realize how much development is needed. The interior areas should be prioritize.
KDM plays big role in determine the success of BN in this 13th GE. It seems more leaders and politicians are focusing in Sabah more than Sarawak.
Lain pemimpin, lain caranya. apa yang rakyat mahu nilaikan ialah sejauh mana pembangunan yang dibawa oleh kedua2 PM ni kepada rakyat Sabah.
PM kita akan sentiasa membantu rakyat Sabah.
Najib telah membukti kan kepda rakyat bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.
Pada pendapat saya bagus la ba tu. Sabah memerlukan peruntukan untuk membangun. Setiap peruntuk PM bagi adalah untuk pembangunan Sabah. Tapi dipersoalkan. Bagaimana Anwar boleh berjanji untuk beri pendidikan percuma.Pendapatan negara???
Terima saja tu, lepas itu kita sama2 tengok progress..
Kita harap datuk Najib mampu memberikan yang terbaik kepada penduduk Sabah.
berkenaan dengan pinjaman yang diumumkan Najib, negeri2 lain juga tidak terkecuali dari membuat pinjaman dengan kerajaan persekutuan termasuk negeri2 Pakatan..
Post a Comment