Thursday, June 14, 2012



Pengundi hantu di seluruh negara kini berjumlah tidak kurang 1.7 juta orang, didasarkan kepada jumlah awalnya sebanyak 322,936 orang pada tahun 2006 menerusi "Projek IC di Sabah". Anggaran tersebut dibuat berdasarkan perkiraan setiap mereka yang telah diberikan kad pengenalan menerusi projek itu pada 2006 telah mempunyai anak sekitar 3 atau 4 orang, dengan kesemua anak-anak mereka itu juga sudah berumur 21 tahun ke atas dan layak menjadi pengundi. 

Penulis buku politik terkenal, Mutalib MD (gambar) mendedahkan, dalam masa yang sama, 322,000 orang warganegara asing telah dikesan menjadi pengundi hantu di Sabah bagi tahun ini sahaja yang juga dilahirkan menerusi Projek IC. Mereka yang terbabit itu warganegara Filipina, India, Pakistan dan Indonesia yang datang ke negara ini dengan status sebagai IMM 13 yang kemudian diberikan MyPR merah dan sekarang telah diberikan MyKad biru menjadikan mereka sebagai warganegara ini yang sah. 

Kata Mutalib, kewujudan 322,936 pengundi hantu pada tahun 2006 yang kini telah berkembang menjadi 1.7 juta orang di seluruh negara tidak boleh dinafikan oleh pihak kerajaan kerana ia berdasarkan penyiasatan beliau selama 15 tahun. 

"Perkara itu saya nyatakan dalam buku saya yang berjudul 'IC Projek - Agenda Tersembunyi Mahathir' yang diterbitkan pada tahun 2006. JPN sendiri turut akui buku itu sebagai buku yang bermutu dan turut dibahaskan di Parlimen," katanya ketika dihubungi Harakah. 

Katanya lagi, walaupun Projek IC itu dilakukan di Sabah, mereka yang terbabit itu tidak terus menetap di Sabah, malah berkeliaran ke negeri-negeri lain di seluruh negara termasuk ke Kuala Lumpur lalu menjadikan mereka pengundi hantu di seluruh negara. Di Semenanjung Malaysia, pengundi hantu yang dilahirkan bukan melalui Projek IC seperti yang dilakukan di Sabah, tetapi dengan cara lain iaitu menerusi persatuan-persatuan tertentu yang tidak wujud dan dengan menggunakan cap jari. 

"Mereka pakai persatuan-persatuan yang tidak wujud. Selepas itu, mereka ambil cap jari. Cap jari mereka itu akan diproses oleh JPN untuk diberikan IC kepada mereka bagi membolehkan mereka menjadi pengundi. Warganegara India pun ramai yang dapat IC dengan cara ini," tegasnya. Antara persatuan-persatuan tidak wujud yang digunakan oleh mereka itu, tegas beliau lagi, termasuklah Persatuan Suluk, Persatuan Bajau dan Persatuan Bugis. 

"Dengan cara itu juga, kita jangan terkejut nanti jika pelajar-pelajar IPT dari Afrika yang nama dan pengenalan dirinya tidak terdapat dalam sistem JPN, tetapi ada dalam sistem SPR lalu diberikan IC oleh JPN untuk membolehkan mereka juga menjadi pengundi di negara ini," katanya. 


Mutalib mendakwa, pandangan dan cadangan minoriti PSC berhubung penambahbaikan pilihanraya supaya dibersihkan daftar pemilih oleh SPR sememangnya berasas, namun ia enggan dibahaskan di Parlimen oleh para pemimpin Umno BN kerana ia jelas tidak akan menguntungkan mereka. 

18 ulasan :

Green Sabah said...

The PSC has agreed to implement 18 out of 22 proposals.

Green Sabah said...

Hope that the Phantom Voter issues can be resolved before the next general elections.

mantera said...

apabila RCI ditubuhkan nnti, pasti hal ini akan disiasat

mantera said...

SPR jg kena bersih senarai daftar pengundi mereka.

Anonymous said...

Macam mana kita mahu adakan pilihan raya yang bersih jika pengundi hantui wujud?

Anonymous said...

SPR kena cari jalan penyelesaian masalah ini sebelum PRU13 diadakan. Akui kelemahan yang ada dan tidak berdolak lagi selepas ini.

unknown said...

Seriously? I bet those phantom voters are actually illegals or opposition allies.

onong said...

Isu ini harus diselesaikan segera.

Mei said...

its important for the phantom voter issues to be resolved before election come to ensure a clean and fair election.

Mei said...

1.7 million is a lot. I hope after the implementation of RCI in sabah, this phantom voters issue will be resolved.

noemi said...

This shouldn't be happened again as the authorities have buffed up the effort.

noemi said...

Phantom voters should never exist. Why it happens?

noemi said...

Never stops to cure the problem.

Unknown said...

Ramai juga pengundi hantu kalau macam itu. SPR perlu menyiasat mengenai nama yang meragukan sebelum ini.

Hinamori said...

SPR harus menyiasat sejumlah besar pengunndi hantu yang menjadi persoalan.

TuhauBam said...

SPR bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah ini.

Sotong Kurita said...

Mutalib MD patut dilantik menjadi anggota panel RCI.. jika beliau dilantik, confirm tidak ada yang terlepas..

Sotong Kurita said...

jika terbukti JPN dan SPR sewenang2nya memberikan taraf kewarganegaraan kepada PATI dan membenarkan mereka mengundi, eloklah jika ada pihak yang berani tampil membawa perkara ini kemahkamah antarabangsa, itupun jika mahkamah tempatan tidak ambil peduli dengan kes ini..