Tuesday, June 19, 2012



Tajuk Debat kali ,Demonstrasi Jalanan mengukuhkan atau meruntuhkan Demokrasi, bagi saya adalah sangat neutral sifatnya, tajuk debat ini berdiri pada paksi hak-hak asasi manusia yang dituntut dan juga berada pada kerangka pemikiran demokrasi yang tulen. Mempertemukan dua tokoh muda yang beridealisme dan mampu membentuk kerangka ‘isme’ jangka panjang. Iaitu Datuk Saiffudin Abdullah Timbalan Menteri pengajian Tinggi dan juga Naib Presiden PAS, YB Sallahuddin Ayub.

Di Permulaan debat , pada saya kedua-dua tokoh ini telah Berjaya membawa ‘makna’ sebenar Demonstrasi itu dan kaitannya dengan Demokrasi dengan memberikan contoh ‘demontrasi’ secara relevan. Walapun ada sedikit beza antara keduanya dalam mengkategorikan “demontrasi jalanan’ itu mengikut persepktif masing-masing, namun bagi saya ia sudah cukup memadai.


Di Pusingan kedua, debat ini secara peribadinya memihak kepada Datuk saifuddin Abdullah. Itu pada hemat saya kerana beliau Berjaya membawa hala tuju perdebatan secara tuntas berada pada landasannya. Beliau memberikan wajah yang pada saya sangat ‘luarbiasa’ kebenarannya.Pada beliau dalam usaha mengukuhkan demokrasi di mana-mana Negara di dunia ini, maka pelbagai kaedah dan strategi boleh dilakukan, tidak semestinya melalui DEMONTRASI JALANAN’ , walaupun beliau mengakui bahawa demontrasi jalanan itu adalah salah satu aspek penting dalam demokrasi. Tinggal lagi kata beliau, kaedah-kaedah lain itu harus dirintis, dicerna,diperhalusi supaya makna sebenar ‘mengukuhkan’ demokrasi itu dapat ditemui.


Datuk Saifuddin cuba membawa satu persepsi baru, dalam usaha-usaha kerajaan mengukuhkan demokrasi di Negara ini. Misalnya kata beliau, Transformasi politik dengan keazaman yang kuat, membolehkan beberapa isu besar dapat ditangani secepat mungkin. Kenyataan ini pada saya ada benarnya, kerana salah satu transformasi politik yang dilakukan kerajaan seperti penghapusan akta Keselamatan dalam negeri (ISA), Akta percetakan, akta kediaman terhad dan terbaru sebagai langkah menyahut ‘pendemokrasian’ pilihanraya, kerajaan bersetuju supaya manifesto parti-parti politik dapat dikeudarakan melalui kaca-kaca TV samaada TV milik Kerajaan ataupun swasta.

Bagi saya, idea Datuk Saifuddin ini berada pada landas yang selamat dan berwibawa. Kerana pada kita rakyat Malaysia, kebebasan berhimpun, kebebasan bersuara dan kebebasan media juga harus mengambil kira kebebasan hak-hak orang lain yang inginkan keamanan dan keharmonian. Memang benar tidak semua demontrasi itu berakhir dengan kekerasan dan kemusnahan, tetapi di Malaysia situasi itu tidak berlaku ,biasanya di Malaysia Demonstrasi menimbulkan kekacauan social ,tidak kira samada atas provokasi pihak lain atau sebaliknya.Maka itu saya menyelar hujah ‘membolehkan’ demonstrasi jalanan dan pada waktu yang sama menuntut keselamatan kepada pendemonstrasi dan mebelakangkan keselamatan pihak yang tidak menyertai demonstrasi tersebut.

Di Pihak YB Salahuddin, hujah dan kerangka pemikiran yang diberikan juga boleh diterima tetapi pada saya tidak boleh dijadikan hujah penguat untuk ‘menghalalkan’ demonstrasi. Beliau memberikan contoh betapa demontrasi jalanan ini boleh mengukuhkan demokrasi. Antara yang beliau utarakan ialah kebersediaan kerajaan mendengar suara rakyat di Negara ini yang berada pada kedudukan yang sangat rendah. Kemudiannya beliau juga membangkitkan hak-hak kebebasan bersuara yang wajar dihormati oleh kerajaan. Malahan tekad Pakatan Rakyat katanya jika Berjaya menawan Putrajaya ialah akan menyuburkan prinsip demokrasi dalam pentadbiran Negara. Beliau memberikan contoh, di pulau Pinang juga Selangor, ahli-ahli UMNO mengadakan demontrasi jalanan tetapi ia berakhir dengan keamanan. Tidak ada kemalangan, tidak ada pemedih mata, tidak ada belantan dan tidak ada kerugian. Misalnya perarakan kepala lembu di Selangor, bantahan kepada Lim Guan Eng di Komtar, pulau Pinang yang membawa ‘kek Najis’. Contoh-contoh ini katanya membuktikan bahawa jika demonstrasi jalanan ini Berjaya diurus dengan baik, ia tidak akan memberikan keburukan sebaliknya mengukuhkan demokrasi sedia ada.

YB Salahuddin bagi saya seorang pemikir yang proaktif dan progresif, janji bahawa jika Pakatan rakyat memerintah UMNO dan BN juga bebas berdemonstrasi tetapi akan diurus dengan baik dan berkesan, bagi saya itu adalah “janji Politik’, tetapi boleh dilaksanakan jika kerajaan yang memerintah dan parti pembangkang di Negara ini ‘berlapang dada’.

Akhirnya, bagi saya debat kedua-dua tokoh ini sangat baik dipopularkan. Natijahnya harus dipandang pada dua aspek pemikiran yang matang. Melihat positif dan negatifnya. Seperti yang dikatakan oleh moderator debat tersebut bahawa bukan mencari pemenang tetapi mencari kerangka pemikiran baru dalam soal prinsip demokrasi di Negara ini supaya kita dan generasi dapat melonjak daya fikir dalam pembuatan keputusan dalam memilih berkerajaan.

7 ulasan :

mantera said...

debat ini agak menarik juga.

Anonymous said...

Makin ramai yang gunakan debat untuk keluarkan pandangan bagi isu semasa yang timbul. harap debat ni memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

Sanih Alias said...

Tidak ada hebat dan tidak ada yang menarik pun dengan debat tersebut sebenarnya.

Pusing Gasing Musing said...

ulasan yang sangat tidak bijak. tak ramai yang masuk beri komen... kasihan.

Green Sabah said...

A fight towards democracy does not necessary can be achieved through street demonstrations. However it could show that the people knew their rights.

http://sabah-go-green.blogspot.com/

Green Sabah said...

Voting rights is democratic, however there are still millions of Malaysians above the age of 21 but still have not registered as a voter, are they exercising their democratic rights?

http://sabah-go-green.blogspot.com/

Mumbai said...

kerajaan juga tidak menghalang demonstrasi atau perhimpunan, tetapi biarlah perhimpunan itu tidak bertentangan dengan akta perhimpunan aman..