Adun Kadamaian Datuk Herbert Timbun Lagadan dikecam oleh masyarakat di kawasan itu kerana dikatakan gagal menunaikan janji-janji piliharaya yang dibuatnya pada 2008. Bukan sahaja Herbert gagal menunaikan janji malah dikatakan menyalahkan kerajaan kerana kahabisan peruntukan untuk menunaikan janjinya di kawasan Kadamaian.
KOTA BELUD : Jika janji untuk membaiki Jambatan Gantung Kampung Melangkap Baru sejak empat tahun lalu belum ditepati, bagaimanakah bakal calon BN mahu memperbaharui janji-janji yang bertimbun sejak 1994?
"Slogan 'Janji Ditepati' mungkin tidak sesuai di sini kerana belum ada satu janji Wakil Rakyat yang ditepati. Jika jambatan sekecil ini pun kepayahan mahu dibaiki, apatah lagi mahu menunaikan janji yang tinggi menggunung dan bertimbun-timbun sejak PRU-1994 lagi?," tanya Pengerusi CLC SAPP N7 Kadamaian, Agnes Liewpin.
Janji ADUN Kedamaian, Herbert Timbun Lagadan untuk membaiki atau menaik taraf 'Jambatan Usang' ini bukan sahaja memalukan BN malah menyusahkan penduduk kampung yang terpaksa menggadai nyawa ketika melaluinya.
Walaupun penduduk kampung telah membuat aduan rasmi dan Pengerusi JKKK telah membuat permohonan, namun kata Agnes, setiap kali ditemui penduduk kampung, Herbert akan memberikan alasan 'Kerajaan Kehabisan Peruntukan' atau 'Peruntukan Belum Sampai'.
"Mungkin Herbert mahu menunggu ada 'korban jiwa' atau harta benda barulah mahu membaiki jambatan gantung berkenaan," kata Agnes dengan nada kesal dan simpati melihat penduduk kampung terpaksa bergotong-royong membaiki jambatan tersebut secara ala kadar mengikut kemampuan mereka.
Manakala Ketua Cawangan Penaja SAPP Melangkap, Daniel Kassim yang melakukan lawatan bersama Agnes baru-baru ini menegaskan bahawa jambatan gantung yang menghala ke kampung Kebayau Lama ini bukan sahaja daif, tetapi langsung tidak ekonomi dibaiki.
"Sabah sudah merdeka 49 tahun, tetapi jika Kerajaan BN hanya mampu memberikan atau membaiki jambatan gantung, maka tidak gunanya kita berkerajaan. Jambatan dan perhubungan di zaman Jepun lagi baik," kata Daniel dengan nada berseloroh.
Tegas Daniel, sudah tiba masanya kedua kampung terpencil berkenaan dihubungi dengan rangkaian jalanraya berturap dan jambatan konkrit, sejajar dengan aspirasi Malaysia menuju Negara Maju 2020.(Sabahkini.Net)

15 ulasan :
Let him make an explanation.
There might be some misunderstandings going on.
We can't judge based on certain things only.
Don't be too emotional.
Ini yang susah kalau ada janji yang tak ditepati. ia hanya akan buat rakyat sedih dan tak puas hati.
Tapi sebelum menunding jari, kita dengar dulu apa kata Dun ini:)
Jadi calon seperti ini sememangnya perlulah digugurkan sebagai calon pada PRU13. Kerna calon ini hanya akan menjejaskan sokongan rakyat.
Kalau kita lihat sendiri pun masih ramai calon yang berkelayakkan untuk dicalonkan sebagai wakil rakyat. Jadi buat pilihan calon berdasarkan prestasi dan sokongan penduduk terhadap calon tersebut.
Setiap janji yang telah diberikan seharusnya ditunaikan sebaiknya. Kerana jika mungkir janji rakyat akan mengingat akan perkara itu selamanya. Ini akan menjejaskan sokongan jika berterusan berlaku.
Isu jambatan sepatutnya boleh diselesaikan dengan mudah jika peruntukan diuruskan dengan baik.
BN kena letak calon yang lebih baik dan mampu pikul tanggungjawab dengan jayanya. Isu seperti ini boleh menjejaskan imej parti.
setiap janji yang diberikan kenalah ditepati.
jika tak ditepati, ia memberi kesan terhadap sokongan rakyat.
YB. Datuk Herbert Timbun Lagadan, yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah telah merasmikan acara gontong royong pembersihan tapak pembinaan dewan KDCA daerah Kota Belud dan padang bola sepak, di tanah perkampungan baru Kampung Rangalau. Lebih 600 orang penduduk kampung Rangalau bakal menikmati kemudahan tersebut tidak lama lagi kerana dalam ucapan YB Datuk, KDCA negeri Sabah telah bersetuju untuk memberikan peruntukan untuk mendirikan dewan itu dan seterusnya menjadi pusat KDCA Daerah Kota Belud.
Di samping itu sejumlah peruntukan ADUN juga diumumkan untuk padang bola sepak. Setelah bertahun-tahun lamanya, impian untuk memiliki padang permainan kampung kini menjadi kenyataan.
Post a Comment