Beberapa maklumat yang diperolehi mengkhabarkan seorang pemimpin di Kota belud menawarkan RM 10 ribu dan lebih kepada blogger kelapamawar untuk memperkenalkan identitinya kepada umum berikutan blog kelapamawar ini menjadi perhatian masyarakat Kota Belud sejak 3 tahun yang lepas dengan cerita-cerita politik yang disampaikan secara bersahaja dan 'neutral' sifatnya.
Sebagai seorang blogger yang berada ditengah-tengah kancah isu politik di daerah Kota belud, kelapamawar menyajikan kepada pembaca isu-isu politik terbaru dengan diulas dari kaca mata yang lebih terbuka dan telus. Walaupun sekali-sekala penulisan dan beberapa artikel yang dikeluarkan itu nampak menyebelahi pihak-pihak berkepentingan, namun itu adalah secara kebetulan kerana kelapamawar bukannya ahli mana-mana parti politik, seyugianya isu berkenaan diulas dengan cukup adil dan tidak berkecenderungan.
Ada yang mengaitkan kelapamawar dengan idealisme parti pembangkang, sedangkan sebegitu banyak artikel yang kelapamawar pertontonkan turut menyebelahi Parti pemerintah. begitu juga sudah sekian banyak artikel yang menceritakan ketidakadilan percaturan parti pembangkang . hanyasanya pembaca terlewat mengikuti artikel-artikel yang kelapamawar postkan 3 tahun yang lepas.
Kelapamawar tidak punya nilai apa-apa dari segi wang ringgit kerana itu bukan matlamat utama. Apa yang menjadi tujuan awal ialah menyajikan sebarang isu dan berita dengan adil dan saksama. Menepati kata-kata keramat dalam blog Kelapamawar, mengkritik bukan bererti membenciq, memuji bukan juga bererti bersetuju, segala-galanya adalah untuk generasi yang akan datang.

1 ulasan :
" bukan senang menamsilkan pendirian umpama Batu Di dasar laut, makin dipukul ombak senancap kukuh kedasar" tahniah.
Post a Comment