Wednesday, September 26, 2012

Saya setuju dengan apa dapatan yang diperolehi oleh Pusat kajian Demokrasi dan Pilihanraya UM (UMCEDEL) bahawa ramai rakyat di negara ini terutama golongan muda yang lebih dikenali sebagai generasi Y pada dasarnya sangat bersetuju dengan transformasi yangh dilakukan oleh Najib ,namun berpendirian tidak akan mengundi BN pada PRU 13 nanti atas faktor meragui integriti pemimpin BN

PETALING JAYA: Program transformasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjaya meningkatkan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional, menurut kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).


Kajian yang dilakukan dalam bulan Mac hingga April dan bulan ini menunjukkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM500 kepada golongan berpendapatan kurang dari RM 3000 berkesan.


Kajian pertama yang dilakukan dari 31 Mac hingga 15 April menunjukkan 66 peratus menyokong BN. Hanya 24 peratus tidak bersetuju dan 10% tidak pasti.


Kajian kedua pula dari 1 hingga 16 September pula menunjukkan 61 peratus bersetuju, 23 tidak bersetuju dan 16 peratus tidak pasti.


Trend sama dapat dilihat melalui program perkhidmatan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Klinik 1Malaysia (K1M).


68 Peratus Setuju KR1M


Sebanyak 68 peratus bersetuju dengan perkhidmatan KR1M berbanding dengan 28 peratus yang tidak dan 12 peratus tidak pasti empat bulan lalu.


Pada bulan ini pula, 56 peratus setuju, 26 peratus tidak bersetuju manakala 18 peratus tidak pasti.


Perkhidmatan klinik 1Malaysia pula diterima baik oleh 74 peratus dalam bulan April berbanding 65 peratus bulan ini.


Seramai 2282 responden telah menyertai kajian ini di dalam bulan April manakala 1536 responden menyertainya bulan ini.


Bagaimanapun terdapat kemerosotan sokongan terhadap Najib.


56 Peratus Terima Najib


Sebanyak 56 peratus terima baik pendekatan Najib terhadap masyarakat bukan Melayu di dalam bulan April namun penerimaan ini merudum kepada 43 peratus bulan ini.


Meskipun pendekatan Najib mendapat sokongan rakyat, beberapa isu nasional dijangka akan menjadi batu penghalang untuk menukar sokongan kepada undi.


Isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan, kilang nadir bumi Lynas, dan integriti pemimpin BN bakal memberi cabaran.


Kajian yang dibuat menunjukkan 65 peratus dari 2, 282 responden dalam bulan April dan 55 peratus dari 1, 536 responden dalam bulan ini merasakan isu NFC boleh menjejaskan prestasi BN dalam pilihan raya umum ke 13.


Isu Lynas turut memperlihatkan trend yang sama dimana masing -masing 64 peratus dan 59 peratus akan memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat.


Integriti Pemimpin Umno Dan BN


Isu yang lebih membimbangkan BN ialah 70 peratus yang ditinjau dalam bulan April yakin bahawa isu integriti pemimpin Umno dan BN akan mengalihkan undi kepada Pakatan. Di dalam bulan ini pula, sebanyak 66 peratus masih yakin.


Ini tidak bermakna Pakatan Rakyat akan mempunyai jalan mudah ke Putrajaya.


Percanggahan pendapat di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat dilihat sebagai halangan utama pengundi menyokong Pakatan Rakyat.


Sebanyak 55 peratus bersetuju bahawa percanggahan pendapat bersetuju faktor percanggahan menjadi faktor penolak Pakatan Rakyat dalam bulan April dan 59 peratus bersetuju dalam bulan ini.


Tinjauan yang dibuat turut mendapati terdapat peningkatan penolakan Pakatan Rakyat kerana kelemahan pentadbiran negeri di bawah Pakatan Rakyat yang didedahkan oleh media massa.


49 Peratus BN Terus Berkuasa


Sokongan meningkat lima peratus kepada 48 peratus bulan ini berbanding 43 peratus pada bulan April lalu.


Dari sudut keyakinan terhadap pakatan politik yang akan menerajui kerajaan persekutuan, 49 peratus yakin pemerintahan BN akan berterusan dalam bulan April manakala hanya 44 peratus senada di dalam bulan ini.


Bagaimanapun tinjauan terbaru di Selangor menunjukkan Pakatan Rakyat mengekalkan kuasa.


Sebanyak 50 peratus yakin Pakatan Rakyat akan berkuasa.


Keadaan di Kedah berlainan kerana dalam bulan April hanya 37 peartus yakin Pakatan Rakyat berkuasa berbanding bulan ini di mana terdapat peningkatan sokongan sebanyak 48 peratus.


Pola di Kelantan pula cenderung kepada Barisan Nasional. Ini kerana keyakinan responden terhadap Pakatan Rakyat jatuh dari 44 peratus kepada 41 peratus manakala keyakinan terhadap BN meningkat dari 27 peratus kepada 32 peratus.(FMT)

11 ulasan :

Unknown said...

Kalau kita menyokong Datuk Najib maka kita perlulah juga setuju dengan orang bawahan beliau.

Unknown said...

Kalau kita lihat sendiri sekarang ini memang sokongan kepada Datuk Najib sangat positif. Maka kita harap Datuk Najib akan menilai sendiri ahli pemimpin BN yang dicalonkan sebaiknya.

Unknown said...

Pemimpin yang telah menjejaskan nama BN dengan bukti yang benar-benar didakwa bersalah seharusnya digantikan.

Unknown said...

Untuk memilih calon pada PRU13 akan datang rasanya kerajaan Datuk Najib perlu menilai latar belakang calon tersebut. Bagaimana calon itu sebelum ini.

Unknown said...

Ini demi kebaikkan bersama parti BN itu sendiri untuk terus mendapat sokongan daripada rakyat.

Unknown said...

Peratus untuk BN menang masih besar.

Unknown said...

Normal kalau ada yang tidak setuju atau tidak undi BN nanti tapi mandat masih kepada BN.

mantera said...

ini hnya kajian, belum tentu benar, najib pasti akan terus menjadi pilihan.

Mumbai said...

begitu juga halnya dengan janji2 Pakatan.. rakyat bersetuju namun belum tentu akan mengundi PR.. sebab integriti pemimpin2 Pakatan juga boleh diragui..

Mumbai said...

tindakan pemimpin2 Pakatan hari lebih banyak menimbulkan keraguan daripada keyakinan.. isu terbaru ialah berkenaan dengan Jet.. kenapa jawapannya berbeza2? ada sesuatu yang disembunyikan?

Unknown said...

private jet tu memang satu isu yang pelik.