Sunday, September 16, 2012



Mengikuti rancangan BICARA RAKYAT yang disiarkan secara langsung dari Dewan Undangan negeri Sabah melalui TV1 semalam tidak banyak menurjakan saya walaupun pada awalnya saya sangat berminat mengikuti atas dua factor semulajadi yang sangat relevan bagi rakyat Sabah keseluruhannya. Pertama kerana isu yang diperbincangkan ‘ 16 SEPTEMBER, MALAYSIA MELANGKAH KE HADAPAN’ adalah merupakan isu paling signifikan dalam sejarah kehidupan rakyat Sabah yangh menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembangaan. Kedua, kerana antara panel yang dipanggil membahaskan isu ini adalah ahli parlimen saya P 169 Kota Belud,yakni, Datuk Rahman Dahlan merangkap setiausaha BN negeri Sabah. Sebagai rekod sebelum ini isu royalty minyak, isu 20 perkara yang mempunyai kaitan rapat dengan isu 16 September, sempat kami perdebatakan dalam dunia maya melalui FCB, sama ada dalam wall Datuk Rahman sendiri ataupun dalam wall saya , dan juga dalam wall saudara Musli Oli yang begitu bersemangat menyebarluaskan mengenai 20 perkara ini. Biasanya perdebatan itu tidak banyak member kesan atau impak besar kerana hanya melibatkan pengunjung FCB sahaja. Selebihnya berlalu begitu sahaja, meskipun ada yang mengambil ‘hati’ dalam perdebatan berkenaan.


Seperti yang saya katakan dari awal penulisan ini, bahawa keretujaan saya hanya diminit-minit mula perbincangan tersebut. Terutama apabila MP Kota Belud yang mensinonimkan beliau sebagai ‘wakil golongan muda’ di Sabah itu secara lantang saya kira mahukan agar tarikh 16 September 1963 itu diterjemahkan terus sebagai tarikh kemerdekaan negera MALAYSIA yang merangkumi, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU, SABAH DAN SARAWAK. Dan bukannya 15 Ogos yang hanya merujuk kepada kemerdekaan tanah melayu dari jajahan British. Malahan kata Rahman Dahlan, media massa yang memaparkan 16 september sebagai ‘Hari Kemerdekaan’ tanpa ada perkataan ‘MALAYSIA’ di penghujungnya adalah sangat berpatutan dan harus diteruskan sebagai lambing semangat Malayasia yang sebenarnya.

Walaupun begitu saya tidak berapa setuju dengan kenyataan Datuk Rahman yang menyatakan bahawa tarikh 16 september ini menjadi isu sangat “panas” di Sabah. Pada perkiraan saya, “tarikh’ itu hanya ‘topeng’ kepada ‘kepanasan’ itu kerana yang paling membara ialah ‘semangat’ atau ‘roh’ tarikh itu yang gagal diterjemahkan oleh kerajaan Persekutuan sekian lama sejak 49 tahun lampau itu yang ‘memanaskan’ jiwa kebanyakkan ‘anak-anak muda’ yasng di dakwa oleh Datuk Rahman sebagai di wakilinya.

Memang ada benarnya bahawa Tsunami politik 2008 telah menunjukkan darjah perubahan yangt sangat besar. Bukan sahaja melanda bumi Tanah Melayu tetapi juga kepulauan Borneo ini. Kepentingan serta hak Sabah yang dalam banyak perbincangan ilmiah dan akademik yang saya hadiri dikatakan sebagai ‘hak-hak’ yang tertunda itu telah mula dipandang serius oleh kerajaan Persekutuan, meskipun sama ada ia lambat atau lewat sebenarnya tidak lagi diperbinacngkan. Kata Rahman Dahlan, rakyat Sabah harus mencontohi Sarawak yang tidak lagi memandang ke belakang sebaliknya bergerak maju meninggalkan Sabah yangt sama-sama “menyertai Malaysia’ untuk mendapatkan kemerdekaan.

Isu ini juga banyak menimbulkan tanda Tanya kerana bagi saya Sarawak bukannya tidak memandang ke belakang, bukannya tidak menginginkan roh 16 september itu diterjemahkan secara sama rata, tetapi Sarawak tidak ‘dikuasai’ politiknya oleh kerajaan Persekutuan sejak merdeka lagi. Kepmpinan di peringkat negeri ditentukan oleh orang Sarawak sendiri baik dari segi ke partian ataupun dari segi kepimpinan, justeru mereka lebih “:BEBAS” berbanding Sabah yang dengan sewenangnya diterobos oleh campur tangan KL dalam kepimpinan negeri dan kepartian. Bandingkan berapa sudah Ketua menteri Sarawak sejak merdeka dengan bilangan ketua menteri Sabah yang menduduki jawatan itu termasuk system penggiliran yang banyak memecahbelahkan idealisme dan kepimpinan di Sabah? Tentu punya beza yang sangat luas dan besar.

Hujah Datuk Rahman tentang isu kemiskinan di Sabah tampak begitu longgar. Rahman dahlan mendakwa bahawa kemiskinan di Sabah lewat 1963 dan tahun 70-an mencecah 80- hingga 90 %. Sejak itu kata Rahman kerajaan telah Berjaya mengurangkan kadar kemiskinan di sabah . Dengan mengambilkira laporan semasa, rahman Mendakwa Sabah kini hanya mempunyai kadar kemiskinan antara 15 % dan dijangka akan menurun lagi ke parasd 12% menjelang tahun depan.Sebagai menguatkan hujahnya , MP Kota belud ini dengan ‘rakus’ membawa perbandingan dengan pencapaian Negara-negara seperti AS, Australia dan Britrian. Rahman mendakwa, kerajaan BN telah mencatat sejarah paling Berjaya dengan menurunkan kadar kemiskinan itu waqlaupun mengambil masa 49 tahun katanya.

Mengambil perbandingan dengan Negara-negara luar bagi saya langsung tidak signifikan. Pertama kerana Rahman membandingkan dengan sebuah Negara. AS misalnya adalah sebuah Negara yang mempuyai autoriti dalam soal kewangannya sendiri. Begitu juga dengan Australia. Mengapa tidak bandingkan dengan pencapaian negeri-negeri di Malaysia termasuk Sarawak misalnya. Ini lebih signifikan. Sama ada Rahman membuat kenyataan membuta tuli atau menutup fakta. Itu tidak saya ketahui tetapi yang nyata, isu kemiskinan di sabah tidak dapat lari dari soal kepimpinan di peringkat negeri dan persekutuan.

Isu dipenghujung yang membuatkan saya terkejut adalah kenyataan Rahman Dahlan yang menyentuh tentang kelantangan pembangkang mahu mengembalikan roh 20 perkara itu apabila diberikan mandate oleh rakyat. Rahman mendakwa selain daripada sebahagiannya 20 perkara itu sudah terkandung dalam perlembagaan, Rahman juga mengungkit tentang PERKARA 1 yang menyentuh soal agama rasmi di Sabah serta perkara 2 berkaitan dengan bahasa Inggeris. Rahman dengan sikap menunjukkan beliau serba tahu, mendakwa perkara 1 dan 2 ini telahpun diubah oleh pemimpin Sabah dalam satu usul di Dewan Un dangan negeri pada tahun 1973 iatu 10 tahun selepas 1963.

Bagi saya jika perkara 1 dan 2 ini dipersetujui oleh kepimpinan Sabah pada tahun 1973 dengan menjadikan agama rasmi di sabah adalah agama Islam dan bahasa rasmi adalah bahasa kebangsaan, maka itulah ‘roh’ sebenar 20 perkara itu. Perkara yang lebih penting ialah Keserdajatan atau sama taraf antara Persekutuan Tanah melayu, Sabah dan Sarawak yang mebentuk gagasan Malaysia. Rahman juga turut mendakwa bahawa ketika Tun Muhd. Stepehens menyatakan deklarasi merdeka di padang merdeka Kota Kinabalu, pemimpin itu turut menyatakan tentang sabah sebahagian daripada 14 negeri-negeri di Semenjung Tanah Melayu. Persoalannya, jika benar, apakah perutusan ataupun ucapan Tun Muhd Stepenhens itu ‘membatalkan’ isu Keserdajatan yang terkandung dalam penyertaan Sabah, Sarawak ke dalam Malaysia?Apakah ucapan itu diterima sebagai dokumen menyokong pembatalan tersebut?Sedangkan daloam dokumen rasmi pemasyhuran Malaysia oleh tunku Abdul Rahman dengan jelas menyebut "TUAN YANG TERUTAMA YANG DI PERTUA NEGARA SABAH' ( istilah negara-digunakan) manakala kepada Sarawak jelas menggunakan perkataan TYT "negeri' Sarawak.



Perlu ada penglibatan ahli sejarawan mengenai isu 16 september ini. Pihak media terutama TV1 perlu lebih membuka ruang lebih luas kepada perdebatan itu. Memanggil ahli politik yang jelas pendiriannya ‘berat sebelah’ tidak akan dapat merungkai isu berbangkit.

7 ulasan :

mantera said...

Sanbutan hari Malaysia harus kita hayati dgn baik.

mantera said...

jgnlah ada pihak mempolitikkan Hari Malaysia.

Unknown said...

Kita tahu yang mana ada pihak yang cuba untuk menjadikan isu 16 Sept ini kepentingan politik mereka. Jadi kita harap mereka mempunyai fakta yang tepat dan bukannya rekaan semata-mata.

Unknown said...

Kita mahu Kerajaan lebih menumpukan kepada pembangunan yang berada diluar bandar. Ini bagi memberikan peluang kepada penduduk luar bandar menikmati pembangunan yang dibuat oleh kerajaan.

Sotong Kurita said...

hal2 yang bersangkut paut dengan sejarah perlu melibatkan pakar2 sejarah atau pakar undang2.. bukannya pakar politik..

Unknown said...

Seperti yang Musa katakan, berfikir dan bertindak sebagai rakyat Malaysia.

Unknown said...

Kenapa ahli politik saja yang bercakap mengenai sejarah? Di mana pakar2 sejarah Malaysia?