Monday, May 8, 2017



USBO pada awal penubuhannya adalah sebuah NGO "politik" yang membawa makna PERTUBUHAN BAJAU BERSATU SABAH" kemudiannya dijenamakan semula sebagai " PERSATUAN BUMIS BERSATU SABAH" dimana akronim BUMIS merujuk kepada Etnik Bumiputera Islam di Sabah meliputi bajau, Ubian, Melayu, Iranun dan Suluk. Presiden pertamanya adalah Datuk Salleh Tun Said, Timbalan Presiden adalah Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan penasihatnya adalah Datuk Shafie Apdal. Ketika itu USBO tidak sangat menjadi "fenomena" baru di Sabah. Malahan penguguran Datuk salleh dan Tan Sri Pandikar daripada menjadi calon Pilihanraya ke 12, menjadikan USBO dimata marhean di Sabah sebagai gertakan politik kepada etua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman yang dikaitkan dengan pengguguran kedua pemimpin USBO ini.

PENJENAMAAN USBO

Apabila Datuk Salleh, dilantik sebagai Senator dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia di bawah pentadbiran Najib dan kemudiannya dilantik sebagai Bendahari UMNO, ramai pemerhati politik percaya bahawa lambat laun USBO akan dilepaskan oleh Datuk Salleh ekoran 'hajat' politik beliau dapat dipenuhi dengan menduduki beberapa jawatan utamadalam kabinet Najib. Akhirnya Datuk Salleh mengumumkan akan melepaskan jawatan presiden USBO dan menyerahkan kepada Timbalan Presiden USBO iaitu Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Kemudiannya dalam mesyuarat agung USBO yang diadakan di sebuah hotel di kota kinabalu, memutuskan untuk melantik Tan Sri Pandikar Amin sebagai PRESIDEN USBOyang baru. Di sinilah bermulanya gerakan jelajah USBO yang kemudiannya dilabel sebagai" Kacau Daun" dan cuba mengheret politik Sabah dalam kencah "Permainan Daun Terup Politik"




JELAJAH USBO BUKAN SEKADAR 'MAIN DAUN'

Jelajah USBO yang pertama diadakan pada 22 April 2017. Dari beberapa maklumat media yang diperolehi, siri jelajah USBO ini turut menghimpunan lebih 155 buah kereta pacuan 4 roda dalam konvoi bermula di Kota Kinabalu dan berakhir di Tungku Lahad Datu. Apa yang menarik untuk ditelaah ramai pemerhati politik ialah sebelum bermulanya siri jelajah ini, dalam satu sidang media, Tan Sri Pandikar Amin mengumumkan akan bergiat aktif dalam politik menjelang PRU 14. Dengan menyifatkan dirinya sebagai "otai politik" yang berpengalaman lebih 33 tahun dalam politik Sabah dan 9 tahun sebagai speaker dewan rakyat, tentunya Tan Sri Pandikar tidak terlalu 'tua' untuk kembali menerjah politik Sabah yang berkilauan dengan kehadiran parti WARISAN pimpinan Datuk Shafie Apdal yang keluar dari UMNO ekoran krisis dan isu 1MDB. Seperti kenyataan TSP ”Saya ingin kembali berkhidmat kepada rakyat khususnya di kawasan saya sendiri dan itulah hasrat saya tanpa berselindung,”

Hasrat TSP ini di smabut baik oleh MP Kinabatangan Datuk Bung Moktar yang dipetik sebagai berkata :

"Kita mengalu-alukan sesiapa sahaja, termasuk Pandikar untuk aktif di dalam politik. Mungkin beliau merasakan boleh berkhidmat kepada rakyat dan negara. Jika itu yang difikirkan terbaik, pada saya, tidak menjadi masalah kepada mana-mana pihak.
"Seseorang individu itu mempunyai iltizam atau perancangan tersendiri untuk membangunkan masyarakat dan negerinya.

"Kita tidak boleh gambarkan sejauh mana impak yang berlaku di atas komitmen dan kenyataannya, namun pada saya, dengan pengalaman yang begitu lama, Pandikar boleh menjadi pemimpin yang baik,"

Kedua perkara yang unik untuk dikupas ialah, mengapakah Tungku  Lahad Datu menjadi destinasi pertama dalam siri jelajah USBO? Tentunya ia berkait dengan 'keinginan' TSP untuk aktif dalam politik kerana dalam sejarah politik pemimpin Iranun ini, TSP pernah bertanding di Tungku Lahad Datu, yang kebanyakan komuniti di kawasan itu adalah orang Iranun.



Ketiga ialah kenapa USBO perlu melakukan siri jelajah Sabah? Apakah UMNO di Sabah dan BN 'gagal' merencana, merungkai permasalahan dan pembangunan Rakyat? atau adakah UMNO BN tidak mempunyai 'kepakaran' menangkis propaganda pembangkang di Sabah? atau adakah USBO sebenarnya ingin mencetuskan 'kegelisahan' politik di kalangan pimpinan UMNO-BN sekaligus sebagai 'desakan' yang membolehkan TSP dicalonkan semula pada PRU 14?. Ini kenyataan Tan Sri Pandikar dalam laman rasmi Facebook beliau

"Saya cuma bilang saya mahu aktif semula berpolitik dan menawarkan diri untuk bertanding pada PRU14. maka itu terpulanglah kepada pucuk pimpinan UMNO samada mencalunkan saya atau tidak.

Kalau tidak dicalunkan pun bagi saya itu perkara biasa. Saya tidak dicalunkan pada PRU12 dan PRU13, saya tidak membenrontak dan merajuk.

Saya bubar Parti Akar sebagai presidennya, pencalunan dalam setiap PRU terjamin. Dgn pembubaran Parti AKAR saya telah 'membunuh' sendiri keoutomatikan untuk saya bercalun atau dicalunkan.

Saya letak jawatan sebagai ketua Bahagian UMNO Kota Marudu setelah saya menduduki jawatan Speaker Dewan Rakyat. Dgn bertindak sedemikian saya telah 'memutuskan' tali hubungan saya dengan politik.

Saya sekarang ini aktif sebagai presiden USBO untuk menjelajah negeri Sabah untuk "memberi penjelasan' kepada rumpun USBO betapa pentingnya untuk menyokong dan mengekalkan kerajaan UMNO-BN

Aktiviti ini adalah selari dengan perlembagaan USBO.

Kenapa timbul isu 'Apa lagi orang tua ini mahu? sedangkan objektif penjelajahan USBO telah dijelaskan.
Kalau pihak lain 'berhak' dalam demokrasi untuk 'mengubah' kerajaan, saya juga 'berhak' dalam demokrasi untuk berpendirian 'mempertahankan' kerajaan..

so, whats the problem here?

catatan FB : 8.Mei.2017






















Wednesday, April 26, 2017



Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Pandikar Amin Haji Mulia mengumumkan hasrat beliau untuk kembali aktif dalam arena politik tanah air khususnya di Sabah.

Katanya, masanya telah tiba untuk beliau mempertimbangkan hasrat itu setelah berkhidmat selama sembilan tahun sebagai Speaker Parlimen Malaysia.

“Dalam tempoh begitu lama mengetuai Persidangan Parlimen dan memberi arahan, teguran serta suruh duduk para wakil rakyat atau ahli-ahli Yang Berhormat (YB), suatu hari nanti saya pula akan berada di situ dan disuruh duduk seperti mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Program Lawatan Mesra ke Ladang Lebah Kelulut di Kampung Bodu dan Ladang Lebah Kelulut Kampung Onduon, Matunggong Kudat baru-baru ini.

”Saya ingin kembali berkhidmat kepada rakyat khususnya di kawasan saya sendiri dan itulah hasrat saya tanpa berselindung,” jelas Pandikar yang kini berusia 64 tahun.

Pandikar menceburi bidang politik pada 1982 apabila bertanding bagi kawasan Parlimen Kota Belud, tetapi tewas. Pada tahun yang sama beliau bertanding pada pilihan raya kecil kawasan DUN Usukan, Sabah dan berjaya memenangi kerusi itu atas tiket USNO.

Beliau juga merupakan bekas Senator dan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1999 sehingga tahun 2002 dan pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tempasuk pada tahun 2008.

Pandikar pernah menjadi Presiden Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR BERSATU), sebuah parti politik dari Sabah yang telah dibubarkan.




Pemimpin Umno di Sabah menyambut baik hasrat Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk kembali bertanding menerusi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.



Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin percaya berdasarkan pengalaman Pandikar, baik di peringkat kerajaan atau kawasan, pemimpin veteran Umno itu mampu menggalas tanggungjawab dengan baik.

Bung juga yakin 'kehadiran' Pandikar itu juga boleh menyemarakkan suasana positif bagi politik Sabah.

"Kita mengalu-alukan sesiapa sahaja, termasuk Pandikar untuk aktif di dalam politik. Mungkin beliau merasakan boleh berkhidmat kepada rakyat dan negara. Jika itu yang difikirkan terbaik, pada saya, tidak menjadi masalah kepada mana-mana pihak.

"Seseorang individu itu mempunyai iltizam atau perancangan tersendiri untuk membangunkan masyarakat dan negerinya.

"Kita tidak boleh gambarkan sejauh mana impak yang berlaku di atas komitmen dan kenyataannya, namun pada saya, dengan pengalaman yang begitu lama, Pandikar boleh menjadi pemimpin yang baik," ujarnya ketika dihubungi Antarapos.

Pandikar pada hari ini menyatakan kesediaanya untuk bertanding dalam PRU14 nanti, berdasarkan kepada pengalamannya selama sembilan tahun memimpin Dewan Rakyat.

Beliau bagaimanapun enggan memutuskan untuk bertanding sama ada di peringkat Dewan Undang Negeri (DUN) atau Parlimen, dan menyerahkan segalanya kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan.

Pandikar merupakan Presiden Pertubuhan Bugis Bersatu Sabah (USBO).

Beliau mula menyertai politik pada 1982 untuk bertanding di Parlimen Kota Belud, namun tewas.

Pada tahun yang sama juga beliau bertanding di Pilihan Raya Kecil DUN Usukan dan menang kerusi berkenaan atas tiket Usno.

Pandikar mula dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat ke-8 pada 2008 bagi menggantikan Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Friday, February 3, 2017


  1. Sejak kebelakangan ini media mula berspekulasi bahawa Pilihanraya DUN di Sabah mungkin diawalkan sekitar pertengahan tahun ini. Pegawai-pegawai SPR dilaporkan mula bergerak dan memulakan siri penjelasan kepada pegawai-pegawainya yang dilantik. Tambahan lagi media melaporkan bahawa Sabah kini menjadi KPI kepadaUMNO dan BN. Jika Sabah kekal menjadi fixed Deposit BN, bermakna hayat BN dan UMNO di Semenanjung masih panjang. Jika sebaliknya berlaku maka petandanya, BN dan UMNO akan musnah dari persada politik negara
  2. 2.Penentangan terhadap BN dan UMNO di Sabah mula hangat kembali dengan tumpuan mediakepada parti Baru WARISAN di bawah pimpinan mantan Naib Presiden UMNO , Datuk Shafie Apdal. Di dalam media maya, perkhabaran bertiup kencang kononnya dalam setiap road show WARISAN mendapat sambutan luar dari biasa. Dalam laman FB WARISAN dimuatnaik gambar-gambar dan video beberapa siri jelajah Shafie Apdal dan sememangnya ia mendapat sambutan.
  3. Jika berdasarkan pengamatan penulis, ada kebrangkalian BN-UMNO di Sabah mengalami saat-saat sukar dan lebih sukar daripada PRU13 lepas. Ini berdasarkan beberapa kes besar yang dekat dengan hati pengundi-pengundi generasi Y seperti GST, 1MDB, kenaikan harga minyak,kekurangan minyak masak dan banyak lagi.
  4. Di Sabah beberapa isu besar seperti skandal Rasuah Jabatan Air Sabah, Pemecatan Datuk Shafie Apdal dari UMNO dan penubuhan WARISAN, isu-isu Sabahan yang tertunggak dan seperkara yang turut dikatakan akan mempengaruhi mod pengundi ialah pengunduran Tan Sri Pairin dari dunia politik.
  5. Kedudukan Musa Aman juga menjadi perhatian umum apabila dalam media sosial ketua Menteri Sabah ini dikecam oleh seorang anak muda yang mempunyai follower yang ramai yang dikatakan akan menentang Musa Aman di Dun Sibuga. 






Sunday, October 9, 2016

Apakah benar seperti yang dipaparkan oleh penulis ini?



Fakta penglibatan Shafie Apdal bekas Menteri KKLW dan Datuk Yusof Sarangit Pegawai Kewangan Persekutuan Negeri Sabah bakal terbongkar tidak lama lagi. Pastinya kontraktor yang pernah terlibat akan membocorkan pemberian wang rasuah mereka.

Rasuah Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) iaitu Ag. Mohd. Tahir B. Mohd. Talib Pengarah dan Teo Chee Kong Timbalan Pengarah direkodkan sebagai tangkapan dan rampasan terbesar SPRM.



Ringkasan Fakta Kes yang mengejutkan.
RM 52 juta tunai dirampas dari kedua-dua tertuduh.

Pengarah 45 juta, Timbalan 7.2 juta.

23 juta dari simpanan di bank

37 juta dari akaun sebuah syarikat

9 buah kereta / bertambah lagi

Barang kemas, jam dan beg tangan jenama
Wang Disyaki ada lagi disimpan diluar negara
4 org ditangkap termasuk 1 pengarah syarikat dan 1 akauntan
Jumlah kini bertambah dilaporkan RM RM114.5 juta. Jumlah ini akan bertambah dari masa ke semasa.

Menurut SPRM pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Air Negeri Sabah itu mengendalikan projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 billion sejak tahun 2010. Projek-projek dimonopoli adik-beradik, sanak saudara dan proksi mereka. 



Susulan penahanan Pengarah dan Timbalan itu. SPRM turut menangkap seorang ahli perniagaan bergelar Datuk iaitu abang kepada Teo Chee Kong Timbalan Pengarah JANS dan akauntannya yang disyaki mempunyai kaitan dengan mereka. SPRM turut melakukan siasatan terhadap 38 syarikat iaitu 17 syarikat dimiliki adik beradik dan proksi Ag Tahir Pengarah dan 21 Syarikat oleh Timbalan Pengarah. 

SPRM juga sudah mengenalpasti lebih 40 individu bagi membantu siasatan kes itu serta akan memanggil saksi berkenaan dalam tempoh terdekat.

“Ada antara mereka terbabit secara langsung dalam dalam proses pemberian tender dan kerja. Ramai daripada mereka adalah pegawai jabatan air dan kontraktor," kata SPRM

Kes Rasuah Menakutkan?

Sejak kes ini didedahkan begitu ramai yang panas. Adakah hanya Pengarah dan Timbalan Pengarah JANS sahaja yang terlibat? Bagaimana pegawai Gred 52 punya begitu banyak kuasa? Peruntukan mana mereka gunakan? Apakah pemimpin politik terlibat? Begitu banyak soalan. Begitu banyak yang panas!. Bermacam-macam persepsi. Menteri lama, Pegawai itu dan ini. Mari kita perhalusi

Latar belakang Peruntukan dan Projek

Jabatan Air Negeri Sabah satu dari Jabatan pemungut hasil yang menyumbang kepada negeri Sabah. Kutipan tahunannya adalah RM220 juta (2016). JANS mendapat peruntukan dari Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan. Dua Kementerian yang biasa menyalurkan peruntukan kepada JANS ialah 

i. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (Bekalan Air Luar Bandar-BALB) dan 

ii. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, (Loji Rawatan Air)

Rasuah dari dana Bekalan Air Luar Bandar (BALB)?

SPRM menyebut rasuah adalah dari projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 billion sejak tahun 2010. Semakan menunjukkan dana terbesar adalah dari peruntukan kerajaan Persekutuan yang disalurkandaripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Ia diakui sendiri oleh Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah bahawa Kementeriannya tidak terlibat.


Untuk rekod, peruntukan yang diberikan kepada KKLW pada RMK9 ialah RM17.59 bilionRM28.4 bilion pada RMK10 dan RMK11, KKLW mencadangkan peruntukan sebanyak RM49.47 bilion untuk melaksanakan pembangunan di luar bandar.

Dato’ Seri Shafie Apdal adalah Menteri KKLW dari 2009 hingga 2015. Di bawah projek NKRA Luar Bandar KKLW menerima peruntukan terbesar menghampiri RM17 bilion. Projek NKRA 2010 hingga 2013 perlu diselesaikan untuk mengejar KPI. 

Disinilah kunci kepada Rasuah itu bermula dengan jumlah yang besar dan bagaimana Pengarah, Timbalan Pengarah dan beberapa Pegawai Utama Kerajaan terlibat termasuk Menteri KKLW yang menyalurkan peruntukan KKLW kepada Jabatan Air Negeri Sabah. 

Umum mengetahui tahun 2008 PM ketika itu Abdullah Ahmad Badawi telah melantik anaktempatan pertama iaitu Datuk Yusof Sarangit sebagai Pegawai Kewangan Persekutuan Sabahbagi menunjukkan pengiktirafan kerajaan terhadap keupayaan mereka memikul tanggungjawab berat bagi jawatan yang disandang.

Pelantikan Yusof Sarangit selain rahmat tetapi juga mimpi ngeri buat Kerajaan Negeri kerana khususnya YAB Dato’ Seri Musa Aman selaku Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan. Peruntukan Persekutuan tidak disalur terus kepada Kerajaan Negeri tetapi melalui Perbendaharan Malaysia Sabah selain Kementerian Kewangan. Yusof Sarangit, Shafie Apdal dan para Pengarah agensi serta jabatan di negeri bersekongkol sesama mereka. Dari peringkat iklan tender, penilaian tender, hinggalah keputusan tender. Musa Aman hanya berkuasa pada peruntukan Kerajaan Negeri sahaja.

Sekitar tahun 2011 kita pernah mendengar perbalahan dan perseteruan Musa Aman dengan Shafie Apdal hingga tahap semua Pegawai Daerah dihalang untuk menerima serta melaksanakan projek di bawah Kementerian Luar Bandar. Shafie Apdal pula yang galak sebagai Naib Presiden UMNO ketika itu menyelar Musa Aman. Perang mulut berlarutan Malah Shafie Apdal menggerakkan Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Projek Cawangan Negeri Sabah KKLW dan mana-mana agensinya seperti Felcra dan Risda untuk melaksanakan Projek KKLW di Negeri Sabah.


SHAFIE APDAL MENGGUNAKAN KUASA MENTERINYA

Shafie Apdal sedar jika dia mahu menggunakan menguasai dana peruntukan yang dia salurkan dia perlu menggunakan kuasanya. Iaitu

i) Kuasa Menteri sejajar dengan Akta Fungsi Menteri 1969 (Akta 2) yang jelas memperuntukkan kuasa Menteri ( Fungsi & Tugasnya) - Juga mengadakan peruntukan harta, hak atau tanggungan di nikmati atau dilakukan. Atau apa sahaja Rang Undang-undang baru di Kementeriannya selagi tidak bertentangan Perlembagaan Negara.

ii) Akta Kontrak 1949 ( Pindaan 1973) memberi kuasa kepada Menteri-menteri berkenaan bagi Kementerian-kementerian menandatangani kontrak dan juga memberi kuasa kepada Menteri-menteri berkenaan menurunkan kuasa kepada Pegawai Kerajaan untuk menandatangani kontrak bagi pihak Kerajaan.

Shafie menggunakan kuasanya untuk tentukan pegawai menandatangi kontrak dan had limit kuasa seseorang pegawai.

Akta Kontrak 1949 paling penting kerana menteri dapat menurunkan kuasa kepada pegawai seperti KSU, TKSU, SUB, KP, Pengarah dan lain-lain. 

Pada peringkat pertama Shafie Apdal di awal-awal tahun 2010 lebih banyak akur kepada prosedur kewangan untuk menyalurkan peruntukan kepada Jabatan Air Negeri Sabah. Kuasa jawatankuasa tender, penilaian dan perolehan diputuskan oleh Datuk Yusof Sarangit Pegawai Kewangan Negeri Sabah. Maka menjadi rajalah Datuk Yusof Sarangit sehingga dikatakan kekayaan Yusof Sarangit yang melampau malah beliau dikatakan sebagai “kaki perempuan”. Tanya semua kontraktor Sabah semua tahu siapa Yusof Sarangit ini. Para petugas Hotel Mewah Nexus Karambunai Sepanggar dan Magelan Hotel pasti amat tahu.


Antara kontraktor dan proksi Shafie Apdal yang mendapat manfaat ini ialahDatuk Peter Anthony yang sekarang menyediakan dana RM 200 juta kepada Shafie Apdal dalam kempen parti barunya PKRS. 


Syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd Proksi Syahfie Apdal. Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar dan JALB juga diperolehi syarikat ini. 



Dana berbilion sudah disalur kepada PMS bawah Yusof Sarangit maka pakatan Shafie Apdal semakin nyaman. Jadi banyaklah Projek Luar Bandar seperti paip, jalan, air dan elektrik perlu ditender. Dalam kes Bekalan Air Luar Bandar tentulah Jawatankuasa Penilaian Teknikal & Penilaian Harga dikawal oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS). Para kontraktor berbondong-bondonglah melobi Shafie Apdal Menteri, Yusof Sarangit Pegawai Kewangan dan Ag Mohd Tahir Mohd Talib Pengarah JANS. 

Bayangkan sejak 2010 hinggalah 2013 NKRA Luar bandar begitu rakus mereka. Semua peringkat dari Menteri KKLW hingga peringkat negeri rasuah memanjang berlaku. Skop dan kuasa masing-masing. Boleh disemak semua projek KKLW NKRA 2010 hingga 2013. Kemudian berterusan 2014 hingga 2015 sebelum Shafie digugurkan. 

Bagaimanapun hubungan Shafie Apdal dan Yusof Saringit ini tidak lama. Shafie beranggapan Yusof adalah orang kuat Musa Aman kerana Yusof menggunakan alasan mencampuri peruntukan persekutuan. Pengarah JANS yang mengawal peringkat teknikal bersekongkol dengan Yusof Saringit. Memandangkan projek Bekalan Air tender terbuka (bukan tender terhad) Mereka pun memasukkan syarikat kontraktor mereka dalam tender.

Akhirnya yang dapat syarikat milik dan proksi Pengarah, Timbalan Pengarah dan Yusof Saringit. Tidak hairanlah SPRM mengesan 38 syarikat proksi Pengarah dan Timbalan itu yang punya hubungan dengan Yusof Saringit juga Shafie Apdal. Mungkin banyak lagi. Ada juga kalangan kontraktor Shafie Apdal yang terkorban akibat permainan Pengarah/ Timbalan Pengarah dengan Yusof Saringit ini. Bayangkan bagaimana team JANS merembat rasuah dari kontraktor dari peringkat Jawatankuasa Spesifikasi, Jawatankuasa Penilaian Teknikal & Penilaian Harga, dibawa ke Lembaga Perolehan A putuskan, projek dilaksanakan sehingga tempoh siap serta tuntutan “claim” pun pegawai masih merembat lagi. Jika perlukan VO, tukar skop lain-lain. Pegawai Jabatan Air menjana duit dari semua peringkat.Anda hairan mereka boleh menyimpan tunai RM45 juta di rumah? 3 juta Pejabat? 

Menyedari hal ini Shafie Apdal tidak mahu menyalurkan sepenuhnya peruntukan yang sepatutnya kerana dikawal Yusof Saringit. KKLW mahu mengawalnya. Sebelum ini Menteri KKLW yang luluskan bajet dan turunkan peruntukan, Yusof Saringit pemutus lembaga perolehan tender dan Pengarah JANS pula mengawal teknikal. Yang paling dekat kontraktor seperti Pengarah pastinya akan lebih kaya raya. Jika tertangkap pun Pengarah dan Timbalanlah paling mudah ditangkap kerana bukti mereka dengan kontraktor.Shafie Apdal melihat Yusof Saringit dan Ag Mohd Tahir terlalu kenyang!

Selain Bekalan Air Luar Bandar, Shafie Apdal perlu memikirkan lagi kategoriutama NKRA yang perlu diberi perhatian iaitu Jalan Luar Bandar, Bekalan Elektrik Luar Bandar dan Program Bantuan Rumah. Belum masuk lagi projek baki RMK-9 dan pelaksanaan RMK-10. 


Shafie Apdal tidak begitu bermasalah dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sabah. Shafie Apdal mengubah taktik Penurunan Kuasa Akta Kontrak 1949 bagi Projek Jalan Luar Bandar (JALB) pada Ogos 2010. Perolehan tender bertukar dari tender terbuka kepada TENDER TERHAD Semua projek di putuskan oleh Lembaga Perolehan A dan B KKLW dan yang diberikuasa oleh Menteri KKLW. Walaubagaimanapun Teknikal projek masih dibuat oleh Jabatan Kerja Raya, Jabatan Air Negeri dan lain-lain agensi. Bagi Projek Jalan Luar Bandar penurunan kuasa untuk memberi LOA pun dibuat oleh Jabatan Kerja Raya. Kali ini Yusof Sarangit tidak berkuasa lagi.


Tender Terhad memudahkan Menteri dan KSU memilih kontraktor proksi
Berikut bukti Shafie Apdal meminta Kementerian Kewangan projek Secara Tender Terhad. Ini bukti Shafie Apdal menggunakan kuasa beliau. Ini berlaku kepada semua projek luar bandar. 10 syarikat bagi setiap projek. Kali ini tidak lagi memberi ruang kepada Datuk Yusof Saringit.  10 syarikat ini adalah dari kalangan antara mereka yang "kawtim". 

Setelah menyakau Bekalan Air,dalam masa sama Shafie Apdal meneruskan pula 16 Projek KKLW tahun 2010 dibawah program National Key Result Area (NKRA) Jalan Luar Bandar (JALB). Ini pemulaan, selesai itu berpuluh-puluh lagi tender terhad termasuk G6 bawah RM10 juta kuasa Menteri KKLW yang tidak perlu di bawa ke MOF. 

Shafie Apdal memohon dan MOF meluluskan tender terhad Rujukan bil. S/K.KEW/PK/KI 1/700/8/0209/156/12-43 Jld 11 SK 7 (16) bertarikh 18 Ogos 2010 dikalangan kontraktor yang disyorkan oleh Shafie Apdal. 

Perhatikan Syarikat yang pernah diluluskan Shafie Apdal untuk Projek Jalan Luar Bandar juga mendapat Projek Bekalan Air Luar Bandar selain Asli Jati Engineering Sdn Bhd antaranya ialah Akif Jaya Sdn Bhd, Prinsip Hasil Sdn Bhd, Jawat Johan, WBS Construction Sdn Bhd dan lain-lain lagi. (Boleh semak senarai dalam  ://myprocurement.treasury.gov.my/) 





Kebanyakan syarikat-syarikat yang dipelawa juga mempunyai kaitan dengan kontraktor proksi Pengarah dan Timbalan Pengarah. Datuk Teo Chit Ming @ Teo Chee Ming Pengarah Urusan Sino Land Group (Pemilik Hotel N05 Kota Kinabalu abang kepada Teo Chee Kong Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah. Datuk Teo Chit Ming banyak memegang lesen Syarikat pembinaan, bekalan air, pemasangan paip dan Loji Rawatan Air. Projek Rawatan Loji Air di Beaufort Sabah bernilai hampir RM300 juta bawah KKLW. Datuk Teo mempunyai hubungan yang rapat dengan Dato' Shafie Apdal. 

DATUK DITAHAN SPRM
Datuk Teo Chit Ming @ Teo Chee Ming Pengarah Urusan Sino Land Group (Pemilik Hotel N05 Kota Kinabalu abang kepada Teo Chee Kong Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah.Akaun syarikatnya dibekukan RM 37 juta. 
Begitu juga adik Pengarah Jabatan Air Sabah iaitu Ag Mohd Fauzi @Uji Mohd Talib yang jadi proksi Pengarah. Beliau adalah Proksi projek Bekalan Air Luar Bandar KKLW kepada Dato' Shafie Apdal.  

Ag Mohd Fauzi Mohd Talib adik Pengarah Proksi Shafie Apdal. Maklumat yang diperolehi Pengarah Jabatan Air abangnya dianggarkan mempunyai cash RM300juta, termasuk aset dan wang di Australia, Brunei, Indonesi dan Singapura sekitar RM 1B. Semoga SPRM dapat menemui dana-dana itu. 


Sehingga 2013 perangai Shafie Apdal meminta Tender Terhad  10 syarikat ini
masih berlarutan


BAGAIMANA PENGARAH DAN TIMBALAN BOLEH MENYIMPAN DANA BESAR SEDANGKAN KUASA TERHAD?

Sama ada projek itu dari Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan (mana-mana kementerian) setiap pegawai tertakluk pada Seksyen 15 A (2) Akta Tatacara Kewangan 1957 (semak semula 1972) “ Tiap-tiap Pegawai Pegawal hendaklah tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis dana apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Kewangan di bawah Seksyen 4, menetapkan had mana kuasa-kuasa dan tugas-tugas yang diberi atau dikenakan ke atasnya boleh dijalankan atau dilaksana bagi pihak oleh mana-mana Pegawai Perakaunan di bawah kawalannya dan memberi arahan-arahan tertentu sebagaimana yang perlu untuk menjamin perjalanan atau pelaksanaan sempurna kuasa-kuasa dan tugas-tugas tersebut”
Penjawat Awam juga sedia maklum dan akur pada Arahan Perbendaharaan tahun 2008 (Klik) 



Bagaimanapun dibawah Kuasa Menteri Akta Kontrak 1949 Menteri mempunyai kuasa melantik pegawai yang sesuai bagi dirinya untuk menandatangi kontrak. Dalam masa sama selagi Pegawai itu terlibat dalam Jawatankuasa SpesifikasiJawatankuasa Penilaian Teknikal & Penilaian Harga atau Lembaga Perolehan Tender maka selagi itulah pegawai dapat menambahkan kekayaannya. Oleh itu Pegawai mampu mengumpul harta kekayaan yang luar biasa.

Lihat saja pada kekayaan Datuk Teo Chit Ming @ Teo Chee Ming Pengarah Urusan Sino Land Group (Pemilik Hotel N05 Kota Kinabalu abang kepada Teo Chee Kong Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah. Memiliki 21 syarikat, projek perumahan, hotel, dan lain-lain lagi.






Hebat tak bagaimana Shafie Apdal, Yusof Sarangit, Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah? Mereka saling mempergunakan antara satu sama lain. Akhirnya yang untung ialah Pengarah dan Timbalan. 

Datuk Yusof Sarangit tentu cuak sekarang. Kekayaannya sebagai Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah pun luar biasa. SPRM wajar menyiasat harta milik Datuk Yusof Sarangit. Bagi Shafie Apdal rasuah bukan baru baginya. Isu Pembelian bangunan MARA bawah proksinya Datuk Mohd Lan Alani (Mantan Bendahari) pun sedang berjalan di mahkamah. 

Itulah Shafie Apdal. Keluarganya kaya raya. Zahida Rafik turut kaya raya. SPRM wajar memanggil Shafie Apdal ini untuk siasatan. Rakyat perlu tahu bagaimana Beliau mengawal peruntukan KKLW itu sehingga mengkayakan pegawai dan kontraktornya. 

JM
8 Okt 2016
http://captainmgs.blogspot.my/

Wednesday, September 21, 2016



Kedengaran sejak dua menjak kini, mantan Naib Presiden UMNO yang juga mantan Ketua Bahagian UMNO SEMPORNA akan bergerak dengan menubuhkan parti baru di Sabah dengan nama GERAKAN PARTI TEMPATAN SABAH (GPTS) yang dijangka akan dilancarkan pada penghujung bulan September ini atau selewat-lewatnya sebelum PRU 14.

Sebelum ini DSA dilihat kembali menggegarkan politik di Sabah apabila mula melaungkan slogan Sabah For Sabahan selepas keluar dari UMNO dan tidak menyertai parti Baru Tun M iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( PPBM).

Walaupun DSA dikatakan sebagai "pemimpin Malaya" sebelum ini apabila mencatat pencapaian tertinggi sebagai Naib Presiden UMNO satu-satunya rekod yang pernah disandang oleh pemimpin Sabah, namun percaturannya menjadi HERO SABAHAN selepas kegagalan Dr. Jeffry menyegat pada PRU13 yang lepas dilkatakan mampu memberikan sengatan berbisa kepada UMNO dan BN di Sabah yang sebelum ini masih bergerak mencari formula penyatuan di kalangan parti-parti komponen BN tempatan.

Tentunya Senario PRU14 akan lebih unik dan bergelora kali ini, apatah lagi keputusan PRESIDEN PBS Datuk Pairin Kitingan yang dilaporkan tidak akan bertanding pada PRU akan datang atas faktor kesihatan. PBS yang dilihat parti komponen BN yang paling berpengaruh di Sabah akan diurustadbir oleh Dr Maximus Ongkili yang dilihat lebih partikal berkenaan tuntutan hak-hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia.

Sementara itu kewujudan GPTS akan memberikan saingan kepada BN di Sabah, apabila diramalkan beberapakerusi DUN dan PARLIMEN akan jatuh ke tangan GPTS kelak, khususnya di kawasan Pantai Timur. Berjayakah DSA menjadi ketua menteri Sabah pada era seterusnya? atau akan berpaling tadahkah DSA dengan menyertai UMNO semula? Dalam politik semuanya adalah kemungkinan.

Monday, September 19, 2016

Kewujudan DUN Baru N08 PINTASAN di kota belud, mungkin dianggap rahmat bagi sebilangan penduduk di kawasan itu, apa tidaknya, kawasan berkenaan tentu akan mendapat pelbagai kemudahan dan pembangunan apabila DUN Baru itu diterima dan diwartakan. Namun bagi segelintir pemerhati politik tempatan ia menjadi satu tandatanya baru olitik di KB dan di Sabah apabila dikatakan DUN Baru itu hanya mempunyai pengundi sekitar 9 ribu orang sahaja dan merupakan kawasan DUN di Sabah yang satu-satunya mencatat jumlah pengundi sekecil itu.

 DUN BARU ini ada mulanya dikatakan sebagai DUN PANDASAN tetapi ditukar kepada DUN PINTASAN sebagai lambang DUN di kawasan pesisir pantai, walaupun beberapa perkampungan di kwsn pesisir pantai tidak dimasukkan dalam DUN Berkenaan. Antaranya Kg Taburan, Dudar dan Sarang.

Sebelum ini kewujudan persempadan Baru kawasan Pilihanraya mendapat kritikn di pelbagai pihak terutama pembangkang yang mengganggapnya sebagai cubaan terdesak untuk memenangkan BN dan UMNO.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar menyelar sikap pembangkang kerana tidak memahami proses persempadanan semula kawasan pilihan raya, selain asyik menyalahkan kerajaan berhubung perkara itu.

Beliau berkata usul persempadanan semula dikemukakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu turut menyebabkan Umno tidak berpuas hati kerana ia dijangka mengurangkan jumlah pengundi Melayu di beberapa kawasan dulunya mempunyai majoriti pengundi Melayu yang tinggi di Selangor.

“Contohnya di Ampang, kalau dulu, satu kerusi Parlimen dan 2 Dewan Undangan Negeri (Lembah Jaya dan Bukit Antarabangsa), ketiga-tiga Umno bertanding.

“Tapi dengan persempadanan baharu ini, saya rasa Umno mungkin tidak dapat 3 kerusi itu di Ampang,” katanya ketika diminta mengulas mengenai hasrat pembangkang mengadakan pilihan raya di Selangor berikutan usul persempadanan itu.

Noh, yang juga menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan, berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Watikah Kepada Presiden Tribunal baharu Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) dan Tribunal Pengurusan Strata (TPS) di kementeriannya di sini, hari ini.

Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh sebelum ini, memaklumkan kajian semula itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lepas.

Mengikut persempadanan semula itu, SPR turut mencadangkan penambahan 1 kerusi baharu Damansara, yang meliputi kerusi Petaling Jaya Utara sebelum ini, dengan bilangan pengundi melebihi 150,000 orang.

Penasihat DAP Lim Kit Siang dilaporkan mendesak supaya Selangor mengadakan pilihan raya mengejut ekoran cadangan persempadanan semula, yang didakwa sengaja ‘mengubah’ peta negeri itu.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam, dilaporkan berkata Umno akan meneliti usul persempadanan itu dan akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 30 September ini.