Begitu antara lain komen seorang pengunjung setia blog kelapa Mawar, apabila posting mengenai kaitan Thaksin Shinawatra dengan Datuk Musbah Adun Tempasuk saya paparkan berikutan posting Sdr Nujum Pak Belalang beberapa minggu yang lepas. Walaupun pandangan ini hanya bersifat peribadi tetapi sdr Belum Pendekar telah memberikan rasional di sebalik pandangan ini...
".....Ekspektasi saya terhadap kandungan blog seorang wakil rakyat adalah perkongsian pemikiran-pemikiran baru mengenai kaedah untuk memanjukan bangsa dan masyarakat. Wakil rakyat pada saya perlu mempunyai kebolehan untuk mengenalpasti masalah dengan tepat, mampu mencari jalan penyelesaian yang terbaik dan sentiasa mempunyai pandangan dan buah fikiran yang berbeza untuk dikongsi bersama dengan rakyat dalam usaha membawa mereka ke arah kehidupan yang lebih baik lagi. Kalau setakat menjalankan aktiviti rutin sepertimana yang mereka lakukan dalam laman blog tersebut, saya fikir siapa-siapa pun boleh buat. Sebab itulah barangkali maka terlalu ramai yang merasakan bahawa diri mereka layak menjadi pemimpin dan tidak sabar-sabar untuk “beraksi”.
Apa yang menyentak hati naluri saya sebagai seorang penulis atau blogger di daerah ini ialah pandangan ini begitu menarik diperbincangkan kerana ia bukan sahaja menyentuh perihal konsep kepimpinan dari sudut pengertian dan peranannya tetapi juga ia membawa makna yang lebih besar iaitu 'blog dan penulisan menggambarkan tahap pemikiran wakil rakyat di kota belud .
Secara ringkasnya, saya cuba menyelami pemikiran Sdr Belum pendekar ini..dan saya lawati kesemua blog wakil-wakil rakyat kota Belud termasuk DSSK yang kini ketua umno KB, tetapi bukan bergelar wakil rakyat. Tidak terkecuali TSP yang pernah menjadi wakil rakyat di daerah ini.
Berikutan itu mungkin beberapa perkara dapat kita kongsikan bersama. Jika berdasarkan kepada pandangan Sdr Belum pendekar, maka saya dapat Blog Wakil rakyat Usukan, dan wakil Rakyat Tempasuk, begitu banyak memaparkan perihal aktiviti 'turun padang' mereka. Misalnya Blog Adun Usukan, bukan sahaja sekadar memaparkan aktiviti YB ini, tetapi juga ia disertai dengan penerangan yang begitu ringkas. Ulasan atau komen "dibenarkan" tetapi tidak pernah dibalas atau di jawab oleh YB ini. ada yang menyatakan blog tersebut dikendalikan oleh orang lain atas nama YB USUKAN sejauhmana kebenaranya sukar kita pastikan. Namun benar kata Sdr Belum Pendekar..kita jarang dapat berkongsi pemikiran pemimpin tersebut. Pendirian, pandangan serta gagasannya membangunkan masyarakat tidak dapat kita ikuti secara lebih tuntas dan bertenaga. Isu-isu semasa berkaitan dengan politik, ekonomi atau sosial tidak pernah disentuh.
Beralih kepada Blog ADUN TEMPASUK, sarat dengan aktiviti 'turun padang' mendekati hati dan keperluan rakyat di kawasan terbabit. Memaparkan perkembangan sesuatu program secara lebih menyeluruh. Mengetahui perihal tahap kesiapsiagaan program ekonomi yang telah dirancang. Jarang ada isu nasional yang dipaparkan. Pendirian dan pandangan mengenai sesuatu isu politik dan ekonomi juga tidak dapat kita temui. Namun yang membanggakan ramai rakyat di KB ialah blog YB TEMPASUK diselenggarakan sendiri oleh YB berkenaan. dan setiap komen atau ulasan pelawat akan mendapat balasan dan jawaban. Tanpa berselindung!..
Blog MP Kota Belud pula agak menepati seperti apa yang dikatakan oleh sdr Belum Pendekar...memaparkan tentang isu nasional, turun padang serta pendirian dan pandangan berupa gagasan terhadap pembangunan rakyat di KB. Banyak program yang dijalankan diterangkan secara lebih terperinci. Perdebatan serta maklumat di Parlimen juga dikongsikan bersama pengunjung. Walaupun begitu blog MP KB ini agak lambat di up date..dan kadang-kadang ulasan serta pandangan pelawsat tidak dapat dijawab. Khabarnya kerana laman sosial Facebook menjadi pilihan MP ini.
Mantan wakil rakyat kota belud pula yang kini ketua umno KB, juga mempunyai blog. Datuk salleh sentiasa mengupdate blognya walaupun pada suatu ketika mengakui akan kesibukannya sebagai penasihat kepada KM Sabah. Banyak isu nasional, isu politik dan ekonomi. Termasuk juga sekali sekal memaparkan pergerakan aktiviti beliau. pada suatu ketika Blog DSSK ini dicap oleh blogger KB sebagai "buku Teks lama" kerana beliau tidak membenarkan ulasan dibuat oleh pelawat. Pandangan pengunjung tidak dipedulikan. DSSK hanya mahu kita mengetahui pemikiran beliau, tanpa menyuburkan budaya berhujah.
Menyelusuri blog TSP, begitu menyesakkan kerana sudah hampir 4 bulan blog itu tidak diupdate. selaku YDP dewan rakyat, barangkali beliau terlalu sibuk. sebelum ini banyak pandangan yang diberikan oleh Pak Min mengenai pelbagai isu nasional dan antarabangsa. Beliau juga membenarkan ulasan diberikan. tetapi sayang kerana pemikiran dan pandangan beliau tidak dapat diikuti kerana blog itu sudah tidak memaparkan psoting baru dari yang empunya badan.
Sedikit sebanyak, paparan ini memberikan kita satu penilaian semula tentang pandangan sdr belum pendekar. Bagi yang ingin berkongsi idea saya menantikan pandangan anda.
6:49 AM
kelapa mawar









