Thursday, August 27, 2009


Barangkali kata-kata diatas, sekali pandang hanya membawa makna kepada seseorang dan tidak melibatkan satu situasi politik dan organisasi besar Seperti Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Namun dua kali pandang ada kebarangkalian..”minda yang baik berada dalam tubuh yang sihat..” Lazimnya bila melibatkan minda kelas pertama, factor terdekatnya ialah kecederasan fikiran dan kecergasan fizikal tubuh badan. Dalam dunia politik, “minda atau pemikiran pemimpin” berkaitan dengan “parti’ yang diwakili. Kalau sesebuah parti itu bergolak dan diselubungi oleh pelbagai krisis moral dan akhlak..maka bagaimana melahirkan pemimpin yang menjadi pilihan rakyat. Mana-mana pun, dan sampai bila pun, sesebuah parti adalah cerminan yang paling dekat kepada pemimpin…Biarpun kadangkala berlaku kemelesetan tanggapan ini..namun rata-ratanya begitulah..

Barisan Nasional bolehlah kita ibaratnya sebagai sesusuk tubuh yang mula dijangkiti penyakit-penyakit berisiko tinggi seperti buah pinggang, jantung, tinggi darah dan kalau dibiarkan boleh sampai ke tahap Stroke. Inilah yang sebenarnya berlaku..tetapi yang empunya diri masih berpura-pura mengatakan bahawa dia masih sihat dan bertenaga seperti 30-40 tahun yang lalu. Menafikan bahawa BN tidak sakit, akan membawa kepada satu tanggapan bahawa BN tidak perlu menjalani “rawatan’ mahupun Diagnosis mengenalpasti masalah kesihatan yang dihadapi. Walhal PUNYA ramai ‘specialist’ di dalam BN. Semuanya gagal memberikan cadangan untuk merawat parti perikatan terbesar dalam sejarah Negara sejak dimerdekaan 52 tahun yang lalu.

Pergolakkan parti UMNO yang merupakan parti dominan dalam BN, memang sejak dari dulu lagi..Puncanya hanya satu “perebutan’ kuasa peribadi politik. Sejarahpun sejak dulu,banyak menceritakan bahawa Orang Melayu acapkali bersengketa gara-gara ingin sangat menjadi ketua. Hasad dengki, fitnah dan penting diri…sudah menjadi ‘hidangan’ isitimewa dalam UMNO. 1987, politik tanahair menyaksikan satu perebutan kuasa terbesar pernah berlaku dalam UMNO….biarpun sebelum itu ada juga penyingkiran pemimpin berlaku..seperti Tun Mahathir pernah dipecat dari UMNO dalam era Tunku lagi..tetapi 1987 inilah yang ‘menjahanamkan’ UMNO sehingga diharamkan. Sejak itu..team-team dan kelompok mula tumbuh melata dalam UMNO..memperjuangkan politik peribadi pemimpin tertentu…apa yang lebih dahsyat, Politik wang dan adu domba berleluasa…”yang penting kuasa. Dong”.kata orang Indonesia.Tokoh-tokoh sekarang yang masih mendiami UMNO adalah tokoh yang pernah ‘hidup’ berpuak-puak dan berkelompok. Rais Yatim, Sabri chek, Zahid Hamidi,Tan Sri Muhyiddin yassin, hatta PM Datuk Najib pun pernah melaluinya.


Justeru itu..budaya dalam UMNO ini sukar dipisahkan…pemecatan DSAI juga bukan membawa kebaikan kesihatan kepada UMNO, malahan menjadikan UMNO tambah berisiko menghidap penyakit kronik…Hingga kini..ramai lagi rakan dan taulan DSAI yang masih duduk diam dalam UMNO..sukar diramalkan..sama ada sebagai ‘mata-mata’ atau memang sudah melupakan DSAI…inilah yang menjadikan UMNO tidak sepopular seperti 40 tahun yang lalu. Rakyat mula sedar bahawa ‘badan’ UMNO sudah dijangkiti ‘panau’ yang sukar diubati.Maka bagaimana kata mereka pemimpin dalam UMNO merawat ‘panau’ rakyat, kalau mereka sendiripun menghidap penyakit yang sama,malahan lebih teruk lagi. Nah kan “A sound mind in a sound body”..Akibatnya UMNO /BN terus ditolak oleh rakyat sejak PRU-12 yang lepas..biarpun sudah banyak PRK diadakan selepas itu.

Penyakit UMNO juga dihidapi sama oleh MCA..mulanya peralihan kuasa yang berlaku dalam kepimpinan MCA di era Dt.Seri Liong sik..nampak berhemah..tetapi juga sudah mula berpuak-puak dalam parti terbesar dan tertua kaum Cina itu..satu generasi kepimpinan, wabak kudis mula Nampak..akhirnya..kini “kudis dan panau” bertambah parah dan bernanah. Pemecatan Datuk Chua Soi Lek dua hari yang lepas..juga malapetaka kepada MCA. Skandal Presidennya Ong Tee Kiat berkenaan penerimaan wang 10 juta daripada BN parlimen Bintulu…tambah memporakperandakan kepimpinan MCA..Rakyat menjadi ‘hakim’ yang telus…MCA mula ditolak..dan apa yang peliknya seperti juga UMNO tidak ada usaha merawat MCA. Malang sekali…

MIC juga masih menjadi hero kaum india dengan Dinasti Monarki yang mampu bertahan lebih 30 tahun…Datuk Samy Vellu..masih bertenaga menyusun orang-orang pilihannya dalam MIC, untuk siapa..? dan Untuk apa..? suatu ketika dulu MIC juga bergolak dengan perebutan kuasa peringkat tertinggi..sehingga Samy Velu beberapa kali dicabar tetapi ada saja yang tak kena..seolah-olah ada kuasa mistik yang melindungi pemimpin paling lama menerajui sebuah parti politik itu. Terbaru..Samy Vellu memutuskan hubungan kekeluargaan politiknya dengan datuk S. Sothinathan kerana dikatakan engkar kepada titah perintahnya supaya menyokong penyandang jawatan Tim. Presiden G. Palanival. Sebaliknya datuk S.Sothinathan bertindak merebut jawatan Tim.Presiden….Bercelaru dan berkecamuk parti MIC, selagi Samy Vellu tidak berundur dengan rela dan melepaskan kepimpinan kepada pelapis pemimpin MIC dan membiarkan mereka sendiri yang mencorakkannya..

Parti-parti lain dalam BN turut bermasalah. PPP berpecah kepada dua kelompok besar..Datuk T.Murugiah dipecat kerana dikatakan merancang komplot menjatuhkan presiden Datuk M. keyveas..GERAKAN juga masih dirundung krisis kepimpinan yang sukar dirungkai..nyatanya BN semacam “Body” yang tidak mampu melahirkan minda yang baik dan bernas.

Di peringkat PAKATAN , juga mula dihinggapi penyakit..cumanya..penyakit itu baru bermula dan masih diperingkat awal…DSAI kadang-kadang menjadi “bidan’ untuk merawat DAP yang masih ‘berpantang’ daripada perbuatan PAS. Dalam sesetengah hal…DSAI pula menjadi “Mertua” yang menasihati PAS supaya menjaga hubungan “kahwin mutaah’ dengan DAP. Lagi-lagi DSAI menjadi “menantu” kepada DAP dan PAS, hingga PKR meenjadi buah hati, pengarang jantung kepada PAKATAN RAKYAT. Banyak juga isu-isu yang menimpa PR. Di Kedah silih berganti dari kes Kandang Babi, hingga kepada hilang kepercayaan kepada pemimpin. DAP keluar PAKATAN, Kini YB PKR keluar menjadi calon bebas. Ada sudah tanda-tanda kudis akan bernanah..tetapi boleh dirawat. Di Selangor juga berlaku perkara yang sama…Kes araknya..penggunaan wang Baitulmal, hingga kepada penyelewangan peruntukan kerajaan tempatan..Kes “lompat dan bunuh diri” masih menghantui PAKATAN Selangor. Di Pulau Pinang..juga tidak terlepas..Kuarinya, Kg.Palanya dan macam-macam lagi.


Tetapi kenapa Rakyat masih memilih Pakatan dalam beberapa PRK yang lalu…bagi saya kerana penyakit Pakatan tidak seteruk penyakit BN..dalam banyak hal..penyakit Pakatan dapat dirawat..sebaliknya BN bertambah parah..Maka rakyat berpendapat.,…daripada memilih’body’ yang menghidap selesema babi bagus pilih ‘body’ yang hanya menghidap selesema burung…confrm ada vaksinnya...

2 ulasan :

DEPU-DEPU said...

salam sdrii KM..

Satu isu yang besar danmemerlukan penelitian berterusan..
Bagi saya kekocakkan politik itu perlu segera ditangani samaada dari sebelah Bn ataupun Pakatan..Kuasa yang menjadi perebutan bisa membuatkan manusia bertambah rakus, ganas dan hilang kemanusiaanya..

Satu post yg menrik..Teruskan...

kelapa mawar said...

salam kembali sdr depu-depu..

Politik nasional menyaksikan satu pergolakkan yang tidak berkesudahan namun agak terkawal...Apa yang paling utama ialah kesabaran dan keihlasan BN dan Pakatan...Jangan pula seperti kata peribahasa gajah sama gajah berperang..kita yang rakyat biasa ini yang mendapat padahnya.

Ma kasih atas kesudian sdr memberikan pandangan.semoga sukses.wassalam