Tuesday, November 8, 2011


Oleh : W.Shawaluddin W. Hassan, Zaini Othman dan Md.Saffie Abd. Rahim
( Penulis adalah pensyarah UMS)

Isu PATI dan Pilihan Raya Sabah sememangnya dua isu yang sering menjadi perhatian sehingga beberapa kes telah memasuki pandangan media massa, iaitu calon-calon Pilihanraya yang terkenal di sabah didakwa terlibat dalam kes-kes pemalsuan kad pengenalan. Mislanya pada tahun 1999. seorang calon pembangkang dari daerah Likas, Dr.Chong Eng Leong, memberitahu mahkamah bagaimana beberapa orang ahli UMNO ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana pembabitan mereka dalam kes pemalsuan kad pengenalan.

MahkamahTinggi Kota Kinabalau akhirnya mengisytiharkan keputusan Pilihan raya kerusi Likas yang diadakan pada tahun 1999 sebagai batal kerana terdapat "pengundi hantu yang tidak wujud dalam daftar pemilih kawasan tersebut".Menurut hakim yang mendengar kes tersebut, "kewujudan pengundi bukan di kalangan warganegara dan pengundi hantu dalam daftar pemilih seperti yang disebutkan dalam perbicaraan mungkin hanya bahagian kecil daripada sesuatu yang lebih besar". Dr. Chong mendakwa terdapat pengundi daripada kalangan bukan rakyat Malaysia yang mengundi di kawasan Likas kerana SPR tidak mengeluarkan nama pengundi hantu itu daripada senarai pengundi walaupun bantahan telah dibuat semasa siasatan umum sebelum pilihanraya itu.

Mjoriti wakil parti pemerintah pada PRU 2008, menolak penggunaan PATI dengan alasan pengajaran daripada peristiwa 1999 lalu. Namun berdasarkan tinjauan serta pemerhatian yang dibuat di lapangan iaitu di KK, Sandakan, tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna isu menggunakan PATI sebagai pengundi hantu masih digunakan dalam PRU kali ini. Cuma dalam Pilihan Raya ini penggunaan mereka tidak dibaut secara terang-terang bagi mengelakkan diketahui masyarakat serta parti lawan.

Persoalannya mengapa PATI mahu mengundi? Apakah yangh diperolehi oleh mereka? Apakah yang diperolehi pemimpin parti politik dengan penggunaan PATI dalam pilihanraya? Dalam hal ini situasi menang-menang merupakan analogi yang menjelaskan dua persoalan diatas. Bagi PATI peluang digunakan sebagai pengundi sewaktu Pilihan Raya sangat berguna untuk survival mereka di Sabah. PATI menyedari bahawa sokongan mereka diperlukan oleh parti tertentu sewaktu Pilihanraya. Malah tenaga mereka juga turut diperlukan untuk membantu parti khususnya bagi kerja-kerja menampal poster atau menggantung banner parti atau calon bertanding. Lebih penting lagi kerana tenaga yangh digunakan ini akan mendapat habuan iaitu dari segi bayaran yang akan diterima pendatang yang bekerja untuk parti tertentu itu.

Bagi PATI menyokong parti pemerintah bermakna,koloni (penempatan) mereka akan dilindungi,peluang untuk dapatkan dokumen serta meneruskan kehidupan tanpa gangguan di negara ini. Bagi pendatang dokumen merupakan life line kepada mereka di negara ini. Tanpa, dokumen kehidupan mereka akan sentiasa diganggu oleh pihak berkuasa serta tidak dapat menikmati kemudahan sebagaimana dinikmati oleh rakyat negara ini.Lebih malang mereka berkemungkinan akan dihantar pulang oleh pihak berkuasa ke negara asal mereka sama ada ke Filipina atau Indonesia.(bersambung)

0 ulasan :