Wednesday, November 9, 2011


BAGAIMANA DENGAN PARTI PEMBANGKANG?

Apa pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai isu PATI? Ternyata Datuk Seri Anwar Ibrahim cukup kritikal terhadap isu dalam kempen-kempen sewaktu Pilihan Raya. Keseriusan PKR dalam isu PATI terbukti apabila isu ini diutarakan dalam manifesto parti. Seterusnya Pengerusi PKR Sabah, Ansari Abdullah yang bertanding di kawasan Parlimen P Tuaran telah mengutarakan isu ini sewaktu berkempen.


Begitu juga kemunculan semula Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dalam Pilihan Raya ke 12 ini memberi impak dan 'kemeriahan' sekali lagi dalam Pilihan Raya Sabah. Beliau telah membawa pelbagai isu untuk meraih undi. Isu PATI merupakan isu utama dalam agneda kempen beliau. Menurutbeliau, PATI telah memonopoli perniagaan pasar malam Keningau sehinggakan menjadi saingan kuat kepada penduduk tempatan Keningau berniaga.


Lagi mendukacitakan, apabila monopoli peniagaPATI berlaku di Keningau, ramai daripada penduduk tempatan tidak lagi berpeluang untuk medapatkan lesen berniaga di pasar malam. Begitu juga pemberian MyKad dan IMMI 13 kepadaPATI telah menyebabkan jumlah mereka semakin bertambah di kawasan pedalaman khususnya diKeningau dan sook serta Nabawan. Tidak kurang juga ada segelintir masyarakat tempatan di Keningau menurut Datuk Dr. Jefrey telah bertindak menyewakan tanah mereka untuk pembangunan perumahan setinggan kepada PATI.

Justeru, menurut Datuk Dr. Jefrey, PKR menganggap isu PATI sebagai isuyang belum selesai dan menjadi agenda utama beliau selaku calon PKR kawasan DUN N33 Bingkor serta N32 Tambunan. Walau bagaimanapun apabila isu ini diajukan kepada calon PKR bagi kawasan Parlimen P Silam, Datuk Seri Dr Hasbullah Haji Mohd Taha lain pula jawapannya. Dr Hasbullah, tidak melihat isu ini sebagai isu besar memandangkan penduduk di rantau ini bebas untuk keluar masuk Sabah. Bagi Datuk Dr Hasbullah kehadiran penjajah telah menyebabkan penggunaan dokumen telah dimulakan di rantau ini. Cuma pada PATI mereka masih tidak pernah menganggap kehadiran di Sabah sebagai tidak sah.

Bermula dengan itu maka isu PTI ini mula timbul.Parti pembangkang lain seperti parti DAP turut menimbulkan isu PATI dalam ceramah-ceramahmereka ketika kempen Pilihan Raya lalu. Malangnya dalam pilihan raya lalu, DAP Sabah tidakmempunyai manifesto seperti yang dilakukan oleh parti-parti yang bertanding. Tidak dapat dinafikan isu ini menjadi isu yang menyebabkan kemenangan DAP di Kota Kinabalu.


Malah menurut Dr Hiew, wakil DAP yang menang di Parlimen Kota Kinabalu, bercadang untuk membawa isu ini ke parlimen kelak. REAKSI PENDUDUK Kehadiran suatu unsur yang asing dalam sesebuah masyarakat sudah tentu meninggalkan kesan positif atau negatif. Begitu halnya dengan kehadiran PTI dalam masyarakat Sabah serta pembabitan mereka dalam pilihan raya. Sebahagian besar yang ditemubual menyatakan rasa tidak senang dengan PATI yang telah menganggu kehidupan mereka.



Rata-rata merungut kerana Kota Kinabalu telah dicemari gara-gara kehadiran PATI. Begitu juga kadar jenayah yang tinggi yang dikaitkan dengankehadiran mereka sehingga timbul rasa tidak selamat untuk bersiar-siar di Kota Kinabalu. Sudah tentu masyarakat tidak dapat menerima apabila PATI turut dilibatkan dalam Pilihan Raya.


Di Lahad Datu, kekotoran bandar cukup ketara dan dikaitkan dengan PATI terutama kawasan berhampiran pasar. Bahkan sewaktu penyelidik berada di Lahad Datu pada waktu siang kelihatan ramai sekaliPATI yang berasal dari Filipina serta Indonesia yang terlibat dalam aktiviti sektor tak formal. Pada sebelah malam pula berhampiran hotel yang diduduki oleh penyelidik terdapat sebaris gerai makanan yang kebanyakan peniaganya terdiri daripada suku etnik Bugis.


Di antara gerai makan yang terdapat ialah yang menjual ikan bakar, minuman, pisang, kueh, nasi campur dan sebagainya.Sebelah siang iaitu dari pukul 4 hingga 7 pula, kebanyakan PATI berjualan pakaian di kawasan letak kereta yang merupakan salah satu kawasan yang sibuk di bandar Lahad Datu. Memandangkan kehadiran PATI yang sangat ketara tidak hairan kenapa Datuk Datu Nasron menampal poster besar di beberapa kawasan strategik di Bandar Lahad Datu dengan moto, "Jadikan bandar Lahad Datu bersih, selamat dan cantik". Sudah tentu slogan atau moto begini sesuai dengan Lahad Datu.


Rata-rata pengundi Lahad Datu terdiri daripada keturunan keturunan Ida'an, Bajau, Bugis, Dusun, Cina dan Tidong. Calon merupakan keturunan Bajau. Sudah tentu kebanyakan pengundi keturunan Bajau akan memastikan YB akan menang dalam pilihan raya kali ini. Bagaimana pula dengan pengundi keturunan lain terutama Bugis? Sudah tentu golongan ini akan memberikan sokongan kepada YB Nasron terutama sekali mereka yang masih belum memiliki dokumen.



Selain Lahad Datu, satu lagi kawasan yang menjadi tumpuan PATI ialah Kunak. Calon BN bagi kawasan DUN N Kunak ialah Nil wan Kabang iaitu seorang berketurunan Bajau. Soal keturunan merupakan satu isu yang diperkatakan ketika pemilihan calon belum diumumkan. Nilwan dikatakan sebagai anak tempatan tetapi sejak 1995, calon BN yang bertanding seorang keturunan Bugis. Lebih menyedihkan kerana semua calon sebelum ini bukan anak tempatan.


Jadi isu ini sangat ditekankan kali ini. Bagaimana dengan isu PATI dalam kempen di Kunak? Isu PATI didiamkan meskipun Kunak merupakan satu kawasan tumpuan pendaratan PATI sejak dahulu lagi. Bukan lagi satu rahsia Kunak cukup popular kepada PATI terutama daripada Selatan Filipina untuk mendarat. Hal ini disebabkan Kunak ramai penduduk keturunan Bajau. Oleh itu migrasi rantaian merupakan penyebab utama kenapa Kunak cukup popular sebagai pusat pendaratan PATI terutama dari Selatan Filipina.


Di Tawau, merupakan sebuah bandar yang kini semakin didominasi oleh migrasi keturunan Bugis. Dominasi ini akan ketara jika seseorang melewati Pasar Besar Tawau yang sebahagian besar peniaga terdiri dari keturunan Bugis. Mereka juga dikatakan kini menguasai perniagaan pengangkutan, teksi, bas mini, bas ekspres serta lori.

0 ulasan :