Tuesday, November 8, 2011


Semua orang tahu bahawa pengerak kepada NGO politik yang disenyawakan dengan NGO sosial budaya rumpun bajau adalah orang Kota belud, pemimpin Kota belud sendiri. Datuk Salleh Tun said dan Tan Sri Pandikar adalah "nyawa' kepada USBO. mereka yang melonjakkan perkataan USBO itu sehingga menjadi begitu 'panas', garing, dan 'laris', selaris pisang goreng di pasar malam di Pasar Philipine di Kota Kinabalu.

Semua orang tahu juga bahkan ia sudah menjadi rahsia Umum bahawa kekecewaan Datuk salleh dan Tan Sri Pandikar Amin pada PRU 12 diterjemahkan dalam bentuk "penentangan' senyap dengan 'menggandaikan' isu suku rumpun sebagai 'taruhan' untuk mendapatkan perhatian pemimpin UMNO di sabah dan di Semenanjung.

Ketika mengadakan perhimpunan raksasa di lahad datu, Datuk Salleh pada waktu itu mengingatkan bahawa USBO tidak ada tujuan politik langsung, bahkan ia dikatakan untuk dijadikan platform memperbaiki taraf hidup suku serumpun dari segi kemampuan untuk bersaing dengan suku lain di sabah.

Namun semua itu adalah dusta nyata yang tidak boleh disembunyikan lagi. USBO sebuah NGO sosial kemudiannya mengubah hala kepada NGO Politik. Alasannya kerana perubahan itu perlu dilakukan berikutan NGO USBO dipimpin oleh ahli politik yang kecewa kerana tidak mendapat tempat pada politik Pak Lah dan Politik Musa Aman di Sabah.

Kerisauan Tun Mustapha setelah Sabah merdeka tentang bilangan Bumiputera Isalm yang sedikit berbanding Bumiputera bukan Islam ada asasnya. sebab itu isu ketuanan suku rumpun ( bumiputera Islam) menjadi isu politik terbesar di Sabah sejak dulu lagi.

Politik USBO tampak berhasil, kerana Musa Aman mula sedar dari mimpi panjangnya bila melihat Salleh dan konco-konconya tidak berbaloi untuk disingkirkan. tambahan pula Musa Aman mula sedar bahawa suku minoriti seperti beliau nyata sukar berdiri sendiri tanpa sokongan suku rumpun bumiputera Islam di Sabah. Sambil mengakui kesilapan percaturannya dalam hati sedikit demi sedikit pemimpin "pelampau" USBO ini diberikan tempat.

Di Kota Belud Politik USBO tidak banyak mengubah landskap politik di daerah ini. Hanya kejayaan Datuk Salleh menyingkirkan Datuk Musbah dalam jawatan Ketua UMNO bahagian, itupun setelah ratusan ribu ringgit digunakan untuk memancing undi. Siapa yang tidak tahu fenomena itu sehingga ada perwakilan yang disogokan dengan RM 1500 hanya untuk meminta imbalan mengundi menjadi Ketua Bahagian UMNO. terlalu sengit, berkesudahan Datuk Salleh memenangi jawatan itu dengan perbezaan undi yang tipis. Tapi politik dan Nombor.Perbezaan 1 undi pun dikira menang. Datuk Musbah tersungkur!

Selain itu Politik USBO tidak banyak menyumbang apa-apa kemajuan dan pembangunan di Kota belud. Bah kan rakyat boleh menunjukkan apa bukti setelah Datuk Salleh menjadi ketua UMNO bahagian dan kemudian menjadi Penasihat dan jawatan Speaker Dewan Undangan negeri Sabah.

Pengumuman USBO menjadi rakan gabungan BN, bukan niat untuk 'mengubah' keadaan rumpun itu dalam politik. sebaliknya sebagai pembuktian bahawa pimpinan USBO masih bersetia,bersatu dan berkhidmat kepada BN dan UMNO. Itupun setelah 'impian' pemimpin USBO yang tidak ada galang gantinya itu tercapai.

Apakah signifikannya politik USBO di Sabah dan di Kota belud? Jawapanya tidak ada, malah isu kesukuan akan lebih menebal. Isu pemimpin yang tidak tahu bila sedarnya akan menjadi topik songsang di kedai kopi. Berhati-hatilah keran tidak semua NGO atas nama SUKU RUMPUN itu tulus dan murni perjuangannya!

0 ulasan :