Tuesday, November 22, 2011


Semalam Berita Astro Awani 7.45 menayangkan temuramah dengan dua orangt MP Sabah tentang kepentingan penggunaan Media Sosial, Blog,FCB dan Twitter kepada wakil rakyat sebagai sahutan kepada kenyataan PM Datuk seri Najib mengenai hal berkenaan. Dua Orang MP Sabah itu ialah Datuk Bung Moktar, MP Kinabatangan dan Datuk Rahman Dahlan MP Kota Belud. Namun apa yang menarik tentang jawapan spontan dari MP Kota Belud ini, ialah Media Sosial dikatakannya sebagai 'tempat' memantau perkembangan di kawasan yang diwakili oleh wakil rakyat. "Jika YB berada di luar kawasan selama berminggu-minggu maka laman sosial adalah tempat yang sesuai untuk mengetahui perkembangan kawasannya".Kata Rahman Dahlan.

Di Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan adalah satu-satunya wakil rakyat yang begitu aktif dalam menyahut seruan PM Datuk seri Najib supaya turut sama menyertai rakyat dalam laman sosial FCB dan Blog. Rahman Dahlan bukan sahaja mengambil risiko melayan pertanyaan isu berkaitan dengan kerajaan dalam FCBnya tetapi juga mengambil jalan menjawab beberapa penulisan para blogger di Kota Belud. Memperjelaskan sesuatu isu dan pada waktu yang sama turut memaparkan perkembangan isu-isu yang ditimbulkan. Antara yang paling laris dijawab oleh MP Kota Belud ini dalam blognya ialah masalah berkaitan dengan bekalan air bersih di pekan Kota Belud selain daripada isu kesesakan dan kes pengambilan tanah oleh kerajaan untuk tujuan pembangunan.


Rahman Dahlan kerap dikatakan sebagai pemimpin muda yang Agresif dan suka mendekati golongan muda berbanding dengan pemimpin yang lain di Kota Belud.

Di Sabah barangkali pemimpin yang paling aktif menggunakan laman sosial ialah YB Datuk Sapawi Ahmad Ahli Parlimen P178 Sipitang juga merangkap exco penerangan negeri Sabah dan pengerusi Lembaga kemajuan Tanah negeri Sabah (LKTNS) berbanding pemimpin-pemimpin politik yang lain termasuk Musa Aman Ketua Menteri Sabah.


0 ulasan :