Wednesday, March 14, 2012



Kedudukan Datuk Japlin Akim pada PRU 13, masih menjadi tanda tanya rakyat di Kota Belud, kerana ADUN USUKAN itu dipetik sebagai berkata bahawa beliau pun masih 'samar' sama ada di calonkan semula aatu tidak. Kenyataan Datuk Japlin itu dikhabarkan oleh seorang AJK UMNO KB yang berkebetulan terjumpa dengan kelapamawar beberapa hari lepas.

Ini membayangkan seolah-olahnya DUN USUKAN akan menerima calon baru atau paling tidakpun calon "recycle" yang diulang-ulang oleh BN Sabah untuk memenangi kerusi paling banyak mencatat sejarahnya dalam politik Sabah dan Malaysia. DUN USUKAN yang tidak sampai 15 minit perjalanan dari pekan Kota Belud itu pernah ditandingi oleh bapa kemerdekaan Sabah, Tun Mustapha , YDP DEWAN RAKYAT Tan Sri Datuk Seri panglima Pandikar Amin Mulia dan juga mantan Ketua Menteri Sabah dalam sistem penggiliran, Datuk Salleh Said Keruak.

Dalam rekod politik Datuk Salleh Tun Said merupakan wakil rakyat yang paling lama di kawasan DUN tersebut yang dihuni oleh majoritinya suku kaum Bajau, Iranun dan sedikit suku kaum lain.Jika bersandarkan kepada kenyataan Datuk japlin tersebut, ramai yang meramalkan bahawa datuk Salleh akan turun semula di DUN USUKAN pada PRU 13 akan datang.

Seorang penyokong Datuk Salleh yang sempat ditemubual oeh kelapamawar di kg Pantai Emas menyatakan bahawa antara kekuatan asal Datuk Salleh di USUKAN ialah 'kekuatan modal" yakni 'wang' yang boleh mempengaruhi pengundi di kawasan berkenaan, walaupun hampir 2 dekad kawasan USUKAN 'mundur' dari segi keperluan asasnya. Baik berupa jalanraya, bekalan air bersih ataupun kemudahan para petani menanam padi.

Walaupun desas desus bahawa Sdr Musli Oli dikatakan akan bertanding di USUKAN, namun pada hemat Kelapamawar, iak tidak akan menjadi kenyataan kerana Sdr Musli tidak akan 'berani' menentang mantan bosnya itu. Dari gerak-geri Musli Oli menunjukkan bahawa beliau terlalu mengagumi Datuk Salleh berbanding pemimpin politik lain di KB. Dalam laman fcb atau blognya, Musli Oli banyak mengkritik Datuk Rahman Dahlan yang disifatkan 'mengganti' kepopularitian Datuk Salleh terutama apabila pelbagai masalah asas yang ditinggalkan oleh Datuk Salleh mula dapat diselesaikan oleh Datuk Rahman.

0 ulasan :